Misi Pendakian Gua Hira'

Suasana di mekah memang tak tergambar dengan kata kata dan ayat..perasaan berada disana memang sukar nak diceritakan..sangat terharu apabila dipilih menjadi tetamu Allah.
Alhamdulillah semoga berkalikali dipilih Allah untuk menjadi tetamu NYA lagi.

kat post di blog ini..ciku memang tak byk cerita pasal suasana di sana so ciku citer pasal pendakian ciku ke jabal nur ye.

Alhamdulillah dapat gak menjejakkan kaki di kaki jabal nur / gua Hira'
trip rombongan kami dalam 36 orang..10 orang batalkan saat akhir.
dalam pukul 10 malam kami bergerak dari kaki bukit ke atas dalam pukul 2 pagi br dpt turun bawah.
ada 2 orang makcik umur 60++ dan seorang pakcik 70++ pun dapat naik bukit ni..sangat respek kat depa.

Gua Hira terletak di MakkahArab Saudi. Letaknya pada tebing menanjak yang agak curam walaupun Bukit Nur atau Jabal al-Nour tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit Nur yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.
ketinggian dalam 500 meter ..ada yg beli tongkat gak..ramai grup dr turki gak..tempat ni wangi dan sentiasa cerah..jabal Nur kan namanya. sampai atas ada gua kecil..kat situ tempat nabi (saw) selalu bertafakur.


Sejarahnya bg sesiapa yang tak tau ye.hiks
**** Ia untuk menghayati bagaimana kesungguhan Nabi saw mengorbankan masa untuk bertafaakur memikirkan masalah umat. Di sinilah segala-galanya bermula, ketika Nabi diutus wahyu pertama. siti khadijah isteri nabi waktu ni pun naik atas nak bg bekalan kat nabi.Hebat hebat..

alhamdulillah dapat naik atas jabal nur dan tgk gua hira'.













sempat snap pic dari puncak..gambar bandar makkahh kala malam


tgh beratur menunggu nak masuk dalam gua hira'.dah sampai atas jabal nur dah..alhamdulillah


ni dalam gua hira' muat dalam 2 orang jek.yg lain kena que ye.






terang benderang walaupun pukul 10 malam..kuasa Allah



Itulah antara pic yang dapat dirakamkan ..nasib baik ada member hubby yg duk keja kat mekah ..mmg photographer sampingan..haha..so dia pun ikut serta misi pendakian ni.tak susun ikut aturan lak pic ni sume..hiks.

Apapun alhamdulillah dapat mendaki jabal nur dan melihat gua hira secara dekat.

2 comments:

hanizeyecandy said...

wah.. bestnya dapat masuk gua Hira'

CIKU said...

best ssgt..kalau ada rezeki nak g lagi sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.