Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Fridge Magnet board dah sampai

Tak center la pulak.hihi
Salam
Fm board entry ni ciku dah stori sebelum ni kat mana ciku beli.Hari ni nak bgtau sebenarnya dah sampai ke tangan ciku dari fm mushima ni awal september hari tu tapi alkisah penat nak menggantung since TL pun xdok , g tour spain for 2 weeks ngan perantau so ciku baru hari ni rasa cam stabil sikit tangan ni nak gantung fm board ni plus buang sawang yang makin menebal tu.

Meh nak kongsi pic. So far ciku rasa best dan berbaloi.Dibawah tu ada gak url lama entry ciku pasal fm board ni ye.Sesiapa berminat boleh contact tokei tu dan untuk makluman ciku g amik sendiri je so takde al plus postage.Harga dari rm35 -rm140.Ciku beli saiz besar 3x3 = rm120.Opss ..lupa nak habaq , dia bagi sekali skru ada 4 biji - 2 set.

http://tanggadomino.blogspot.com/2014/08/fridge-magnet-board-baru-dijumpai.html



Anakanak ciku yg susun ni. Semua magnet ni ciku atau hubby beli masa melawat ke sana.

ketotop

Salam
Baru beli tadi di pharmacy -rm8.90 untuk 6pcs.made from seoul korea.membe rekomen for ciku sebab tangan sakit..lenguh lenguh kat area siku.

orite itu je Entry for today..esok cuti 2 hari rest tgk running man episod 213..hihi

Lanun One Piece di Huis Ten Bosch Japan

Salam,

Sebenarnya dah lama nak stori tapi selalu tak siap je masa nak buat entry yang majoriti memang ciku tak penah abis tulis untuk semua negara yang pernah di ziarah . Bagi ciku semua tempat di luar negara yang ciku pernah ziarah secara back pack bersama suami dan ada juga yang bersama 2 orang rakan lain adalah pengalaman yang "best"  .Kalau g sorang ciku pun tak reti..huhu. Sesatpun pernah..hihi.Orang kurang siuman usik ciku di korea dan sekumpulan wanita iran datang tanya ciku ni made from what (pelik soklan tu..hihi..ciku jawab Malaysia..betul ke ntah..hihi )pun pernah..huhu...dan ada macam macam jenis kat jepun area harajuku tu ..nasib baik tak jumpa Yakuza je..hihi .kalau jumpa yakuza mcm dalam drama my boss my hero tu okla..haha.

Ok nak stori pasal lanun One Piece tu .Ciku bukan peminat mangga cartoon jepun tu ..hihi.Ciku pegi Huis Ten Bosch(HTB) sebab ada pesta Tulips dan HTB adalah tempat unik satu satu bandar belanda di Jepun walaupun harganya agak mahal jadi kami memang studi dari awal cara nak ke sana.
Dalam HTB ni ada hotel gak tapi mahai so kami memang dah siap booking hotel Toyoko Inn sasebo dalam 25 minit ke HTB. Dari Shin Osaka -terus ke Hakata , jalan jalan tengok sakura kat area Hakata dulu.

Apapun yang paling utama kena print out jadual train tu atau minta je kat dalam station Hakata tu.Ciku dah pernah buat entry pasal HTB ni di entry japan dulu.

Boleh click sini ye Tulips di Jepun.

Meh nak kongsi gambo One Piece ..hihi.



Naik shinkansen JR shin osaka ke Hakata station,Lepas tu amik JR limited Express to Sasebo Station.Kami bermalam di Hotel Toyoko Inn Sasebo - 1minit ke sasebo station.

Kapal One Piece


Masa nak keluar dari HTB ni cam sesat gak..hihi..besar bonar.Tengok Map kalut. Ada kedai Red Lobster dalam ni.Kami seharian dalam HTB dari pagi sampai petang lebih kurang pukul 4 kot pastu terus ke Imari tengok Porcelain Noritake dan sesat..hihi tapi sempat sampai Hakata station untuk pulang ke Shin Osaka semula.hoho.


Dari arita station –hakata station (JR midori limited express)- (6.12 -7.35)
Hakata station – shin Osaka by JR sakura shinkansen tengok jadual shinkansen.Sampai hotel makan nasi goreng brahim lagi .Tido tersangat penat..huhu.

Murtabak biskut bolognese

Salam,

siap - Pic terrtarik panjang lak.


Hari ni ciku nak kongsi resepi ni.Orite selalunya ciku memang suka masak murtabak biskut sebab nya ianya bajet dan mudah dan cepat.(bajet tu kalau tak guna cheese parmesan le..hihi)

Inti Bolognese ni ciku buat seperti di resepi sebelum ni dan ada balance makan ngan pasta ciku akan buat murtabak biskut lak. 

Orite stori resepi murtabak biskut dulu ye.

Bahan bahan :
  • Bekas nak masak..hihi
  • Biskut crackers petak
  • Butter 
  • cheese  2 keping
  • inti bolognese (atau apa apa inti ajela -sardin pun ok)
  • susu cair
  • Telur sebiji
Kaedah:
  • Cairkan butter dan tabur atas bekas.(untuk bagi tak melekat)
  • Celup biskut dalam susu cair kejap dan susun atas bekas untuk layer pertama.
  • Tabur inti atas layer pertama 
  • Letak cheese keping 
  • Susun biskut yang telah dicelup susu cair di layer kedua
  • Letak cheese lagi
  • Pecah telur dan taburkan atas sekali layer.
Bakar di Oven dalam suhu sederhana dalam 15 minit-20 minit tengok keluasan bekas.
Settle.Boleh makan.

Doktor Gigi Putrajaya

Salam,


Antara percaya atau tidak..ini kali pertama ciku cabut gigi ngan doktor..hihi.Dulu masa zaman bebudak, gigi ciku tergugur sendiri..bila dah dewasa..ciku jumpa doktor gigi untuk cuci gigi..itupun pernah sekali je..gigi good..doktor kata..haha..ayat perasan.

Sekarang punya citer..gigi not good..huhu.lubang lubang..masa dalam flight nk ke  jepun hari tu..gigi ciku memang sakit yg amat..tapi bila landing je di bumi jepun..alhamdulillah hilang sakit gigi..hihi..teruja kot.

Orite nak stori , satu hari ciku p keja cam biasa..balik je rumah malam tu sakit gigi datang balik..huhu..lubang dah besar dan dah tampal sebelum puasa lagi tapi sakit..adoi..ciku mkn ubat tahan sakit sebiji dan tido. 

Pagi esoknya gigi ciku ok pulak..ciku terus survey no tepon klinik gigi izra area presint 8 - sebatang gigi rm90 tapi appointment free jumaat..ermm ciku try call klinik gigi bestari di presint 14 lak..doktor cuma ada pukul 7 ke atas je..huhu.camana ni..gigi ciku akan sakit time mlm je. 

Lepas maghrib tu jugak kami ke klinik pergigian bestari presint 14 , putrajaya. Melangkah masuk je..cantik design klinik ni..soft color dah macam kat rumah lak..purple. sejuk mata memandang tapi hati ciku masih dub dap dub dab.Setelah register, ciku duk diam sebelah hubby menunggu dipanggil..takut yg amat.hihi..gigil.Cakap kat anak jangan takut jumpa doktor gigi tapi ciku adoi takut gilos.Doktornya tengah solat maghrib time tu so depa suh tunggu sebentar.

Masuk je bilik doktor ..muka doktor tu chinese look dan masih muda , ciku terus cakap pasal gigi lubang dah tampal 3 bln lalu tp 2 hari ni sakit bila waktu mlm jadi ciku nak cabut je kasi buang. Berkalikali ciku tanya sakit tak..hihi..nampak benor penakutnya..ciku genggam erat tangan sendiri bila doktor nak cek gigi tu..dia bius dan rasa masa dia nak cabut tu..dia duk tanya banyak kali..sakit tak sakit tak. Kelakar lak..lama gak nk cabut gigi ciku tu tapi xterasa sebab bius kuat kot.Tetiba je doktor kata dah siap..aik..ciku cam terpinga pinga..haha, menggigil xhilang lagi. Budak nurse tu suruh letak kapas tekap kat lubang tu untuk halang darah dan bagi ubat tahan sakit.

Dalam pukul 12 malam sakit lagi denyut denyut ..itupun ciku dah makan ubat tahan sakit .adoi.macam tak nak dah cabut gigi..huhu.esoknya ciku MC .lunch nya ciku masak nasi lembek dengan kuah ikan.Menjelang 2 hari baru ruang kosong gigi tu ok .Alhamdulillah tapi kena makan slow slow belah lain dan jangan kumur kumur lagi dan jangan makan lepas cabut gigi sebab ubat bius tu cam kuat je takut tergigit lidah sendiri lak..hihi.

Apapun ,pendapat ciku kena jaga gigi dari awal lagi .Ada orang dah berumur 40++ pun gigi ok..Tips penjagaan gigi!!..hihi..better search di google or memana engine carian..pasti anda jumpa.Sekian tamat pasal gigi ciku dicabut oleh doktor putrajaya chinese look .