Showing posts with label Cuti sabah. Show all posts
Showing posts with label Cuti sabah. Show all posts

Tuesday, October 17, 2017

Cuti cuti Sabah - Kundasang , nexus Karambunai , Kota Kinabalu

Salam dari sabah

Alhamdulillah. Kami sekeluarga berpeluang sekali lagi bercuti di sabah tahun ini dan kali ni bersama baby..amik pakej Matta Fair 2017. Ciku duk tengok pic view desa dairy farm kundasang sangat cantik so terus decide nak kesana sambil nak makan seafood fresh di Kota Kinabalu tu. Ciku listed aktiviti kat sana.Kat bawah ni sume dah settle.Kami sebenarnya takde apa apa plan untuk ke KK selain nak g kundasang dan makan seafood..hihi.

Day 1 - 
  •     Tiket AA (7.50 pagi dari KLIA -tiba 10.30 di Kota Kinabalu dan terus ke kundasang by car rental Grand Livina )
  •     Penginapan di Pine Resort Kundasang
  •     Desa Dairy Farm Kundasang
  •     Susu dan aiskrim di Desa Dairy Farm
  •     Tengok view kampong Mesilau kundasang
  •     Lunch nasi goreng kampung , kuey Teow dan makan kepak ayam di Restoran  Hanisah di kundasang
  •     Rumah terbalik area balik dari kundasang ke karambunai
  •     Sejuk 17 degree
     Day 3 -
  •    Penginapan di Nexus Resort and Spa Karambunai
  •   Makan seafood murah dan sedap di Restoran Haji Manja atau Restoran Ummi di Kota Kinabalu. Kami ke umi restoran aje sebab haji manja blom buka kedai time tu (kul 4.10 petang)
  •     Beli keychain untuk kengkakwan anak dan FM untuk adikberadik 
  •     Pencarian Udang kering saiz besar dan ikan bilis
  •     Jejak kasih kawan lama di Sepanggar
  •     Jejak kasih jiran di Telipok
  •     Rest quality time with family -berbasikal ,main game dan rest di area hotel
     Misi bergambar before and After..Dulu masa tahun 2009 pernah datang ke tempat yang sama so kita bergambar dengan location dan orang yang sama..hihi
  •       Dataran Todak
  •      Lobby Nexus Resort Karambunai
  •      Chess Nexus Resort Karambunai
Day 5 -Flight balik ke KLIA
Settle 5 Hari 4 malam di sini.Moh tengok gambar.

Desa Dairy Farm

Mesilau Kampung




Kundasang Pine Resort 2 days 1 night

Nexus Resort karambunai 3 days 2 night

Nexus Resort karambunai

Dibawah adalah menu makan di restoran Umi berhadapan dengan restoran haji manja. Kot ada yang nak sama menu beserta total harga..hihi

Jenahak 3 rasa

sotong besar 10 ekor

udang saiz besar 6 ekor : Butter Prawn

sayur pucuk manis tumis telur

Suasana gerai Umi berdepan dengan gerai haji manja  .Lokasi : kalau dari mercu todak tu jalan kaki dan belakangnya ada tandas awam  

Ketam  4 ekor sasiz besar. Salted egg Crab

Ikan merah stim halia

Sotong sambal

Harga makanan semua tu termasuk nasi putih 6 dan air tembikai 1 jug  dalam  RM 220
Settle misi makan seafood di Sabah ..penjagaan kolesterol entah ke mana..hadui hihi.

Tips bawa baby dalam flight:
Menyusu / botol susu masa berlepas dan mendarat 
Satu beg sandang complete baju baby,pampers,baby wipe ,telon,napkin

Alhamdulillah misi bawa baby ke sabah settle .




Friday, February 11, 2011

Nexus Resort & Spa Karambunai , SABAH

Hari ni keja menepek gambar gambar jalan jalan jek..mmg tujuan utama buat blog nak tepek pic pic jalan jalan ni.wat kenangan
Actually aku nak buat photo album ala ala scrap book tu tapi tak sempat lagi "mendesign" lagipun design aku kelas bawah nak ke pertengahan jek.
belum expert lagi..kena byk g kelas belajar.hiks
aku pegi sini bawak mak mertua lak.saje jenjalan abiskan cuti jugak..kira mmg aku ni jenis guna sehabis baikla cuti yang diberikan..hiks.
sebenarnya flight kitorang ke KK hari tu tp dia stop kat labuan dan delayed lak 1 day so MAS bg hotel Manikar dan food also teksi free utk setiap penumpang yg delayed nih..apalgi time makan tu mmg order bbyk la ikut seat..anak anak aku bkn makan sgt so kami le nyup nyap nyup nyap..hehe.teksi free tu bawak kami jalan pekan labuan ..kecik jek..rokok la ada kat situ cam langkawi.tp kami tak belipun.
jumpa sedara gak kat labuan tu.jumpa kejap jek.sembang sembang.
Esok nya baru gerak ke KK..amik keta sewa dan terus check in .
air laut .pantai sgt cantik..putih bersih.
aku sampai tertido kat pantai tu.
ada satu hari tido rumah member "kak aisyah dan abg nuwe" kat sana..depa bawak kami jenjalan KK dan kolam air panas , tgk mountain kinabalu dr jauh jek..haha.pg tgk pasar yg jual gelang gelang kristal tu..borong gak la walaupun tak pakai..hiks.pastu makan durian sabah.(xigt lak nama tmptnya)
best best..nnt ada bajet leh pg lagi .insyaallah
Resort manikar kat labuan di taja oleh MAS

ni kolam kat karambunai...mandi time..

kiddies club..main main ..aku pun main gak..

ni dalam flight kecik sikit nak ke KK dari Labuan.




bergambar terakhir .insyaAllah ada rezeki pg lagi deh..

NEXUS RESORT & SPA KARAMBUNAI
Off Jalan Sepangar Bay,
Locked Bag 100, 88993 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.

Tel: 60 88 480 888     Fax: 60 88 480 999 

Kaedah menyusun trip

  Salam ,      Entah berapa tahun laptop dan buku nota ini terperangkap dalam sepi, tanpa seulas pun cerita tentang perjalanan yang pernah d...