Showing posts with label umrah 2011. Show all posts
Showing posts with label umrah 2011. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Umrah 2011

Assalamualaikum 

Alhamdulillah.Perasaan ciku memang macam tak percaya dapat ke madinah dan melihat tersergam kaabah , mekah menjejakkan kaki di masjidil haram dan masjid nabawi yang selalu ciku baca melalui buku buku dan kitab kitab sahaja kini ada di depan mata . Alhamdulillah ciku senantiasa dipimpin suami ketika berada disana dengan izin Allah. Rezeki Allah bagi untuk melangkah melihat makam ya Rasullah kekasih Allah..kala ini sangat merindui beliau .Memang tak tergambar dengan kata kata..syukur sesangat. Dapat pergi jugak ngan mak mertua dan makcik hubby..yang dah biasa ke sana.

Alhamdulillah..semoga dapat mengerjakan umrah dan  haji dan menziarahi makam baginda lagi..insyaAllah. Balik je Malaysia ciku buat satu buku dan album tentang semua yang berlaku disana untuk tatapan ciku dan keluarga  dan sahabat handai yang datang menziarahi kami sahaja. Penerangan dari muttawiff ustaz mardan tentang tempat tempat sejarah di sana banyak membantu kami meluaskan minda. Ciku juga pertama kali solat jenazah di sana dan melihat ramai orang yang berlari lari nak angkat mayat kat mekah. Di sana ciku berkenalan dgn jemaah bari solo,indonesia dan turki.


Ini serba sedikit tentang pakej andalusia
DI KOTA MADINAH AL MUNAWARRAH
Ciku dan jemaah lain mengikuti pakej under andalusia dan antara tempat tempat ziarah ialah Maqam Rasullullah s.a.w dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi, Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, Ladang Kurma.

SELEBIHNYA DI KOTA SUCI MEKAH 
Umrah 3x (dibimbing oleh Mutawwif) dan nak tambah ciku buat sendiri ngan suami dan mak serta makcik tersayang. Kami juga ziarah Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur dan banyak lagi


Ziarah sahabat dan saudara di mekah
Ciku dan keluarga sempat singgah ziarahi rumah sedara angkat yang memang tinggal di mekah. dah lama dia duduk sini dari anak satu hingga anak 3 dah..semua anakanak dia dh besar..dia kawin ngan org pattani pastu duk mekah.rumah dia atas bukit bukau.kami panjat..dia dtg hotel kami dan bawak g rumah dia..diapun dah berpurdah sama ngan anak perempuan dia.

Yang sorang lagi , member satu kolej dulu yang duk keja kat mekah ada 2 orang..tapi depa yang ziarah kami kat hotel..hihi..depa bawak kami pergi ke kilang air zam zam ( lelaki sahaja) dan kilang Quran (lelaki sahaja)..depa fasih berbahasa arab..harapkan ciku dan suami tergagapgagap la ckp jawabnya..hihi..insyaAllah ciku akan mengikut jejak belajar bahasa arab ni. InsyaAllah. Oh ye pendakian ke gua hira' tu member member nih ikut gak. Salah seorang tu memang suka ambil gambar dah macam photographer. Alhamdulillah terbina ukhwah antara kami dan jemaah jemaah yang baru dikenali di sana.


Alhamdulillah ciku dapat rezeki ini..semoga Allah memanggil ciku dan keluarga lagi untuk ke sana. InsyaAllah.

NOTA
Harga & Tarikh penerbangan tertakluk kepada pindaan semasa.
 HOTEL DI MADINAH  : Concorde Hotel (100 M) 


 HOTEL DI MAKKAH    : Royal Sultan  Hotel  (300 M)




nyum nyum..bersantai sementara sambil makan biskut di perkarangan masjid nabawi madinah
Pemandangan Mekah dari atas gua Hira'
Jalanraya yang diasingkan laluannya.
Masih lengang awal 2011 didalam masjidil haram 
Anda akan bertemu unta unta dan merasai kelazatan susu unta semasa melakukan  ziarah hudaibiyah
Jangan melepaskan peluang mendaki gua hira' tempat permulaan nabi muhammad (SAW) menerima wahyu pertama.


Ada satu lagi antara ziarah iaitu ke jabal magnet (misteri road)
melihat dan merasai kekuasaan Allah kenderaan yang kita naiki (bas) bergerak sendiri walaupun driver tak tekan minyak-real.





Friday, March 4, 2011

Misi Pendakian Gua Hira'

Suasana di mekah memang tak tergambar dengan kata kata dan ayat..perasaan berada disana memang sukar nak diceritakan..sangat terharu apabila dipilih menjadi tetamu Allah.
Alhamdulillah semoga berkalikali dipilih Allah untuk menjadi tetamu NYA lagi.

kat post di blog ini..ciku memang tak byk cerita pasal suasana di sana so ciku citer pasal pendakian ciku ke jabal nur ye.

Alhamdulillah dapat gak menjejakkan kaki di kaki jabal nur / gua Hira'
trip rombongan kami dalam 36 orang..10 orang batalkan saat akhir.
dalam pukul 10 malam kami bergerak dari kaki bukit ke atas dalam pukul 2 pagi br dpt turun bawah.
ada 2 orang makcik umur 60++ dan seorang pakcik 70++ pun dapat naik bukit ni..sangat respek kat depa.

Gua Hira terletak di MakkahArab Saudi. Letaknya pada tebing menanjak yang agak curam walaupun Bukit Nur atau Jabal al-Nour tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit Nur yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.
ketinggian dalam 500 meter ..ada yg beli tongkat gak..ramai grup dr turki gak..tempat ni wangi dan sentiasa cerah..jabal Nur kan namanya. sampai atas ada gua kecil..kat situ tempat nabi (saw) selalu bertafakur.


Sejarahnya bg sesiapa yang tak tau ye.hiks
**** Ia untuk menghayati bagaimana kesungguhan Nabi saw mengorbankan masa untuk bertafaakur memikirkan masalah umat. Di sinilah segala-galanya bermula, ketika Nabi diutus wahyu pertama. siti khadijah isteri nabi waktu ni pun naik atas nak bg bekalan kat nabi.Hebat hebat..

alhamdulillah dapat naik atas jabal nur dan tgk gua hira'.













sempat snap pic dari puncak..gambar bandar makkahh kala malam


tgh beratur menunggu nak masuk dalam gua hira'.dah sampai atas jabal nur dah..alhamdulillah


ni dalam gua hira' muat dalam 2 orang jek.yg lain kena que ye.






terang benderang walaupun pukul 10 malam..kuasa Allah



Itulah antara pic yang dapat dirakamkan ..nasib baik ada member hubby yg duk keja kat mekah ..mmg photographer sampingan..haha..so dia pun ikut serta misi pendakian ni.tak susun ikut aturan lak pic ni sume..hiks.

Apapun alhamdulillah dapat mendaki jabal nur dan melihat gua hira secara dekat.

Thursday, March 3, 2011

Kembali Terjalin

 ( 17 feb -3 march 2011 )
Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah berikan.
Semua perasaan bercampur baur bila dapat berita akan dipilih ke sana.
Dah sampai lagi macam macam rasa ada.Alhamdulillah ada rezeki ..insyaAllah akan kesana semula.
First time ke negara selain malaysia..byk lak transit so dapat la rasa pelbagai negara dalam masa 2minggu ++ tu.

Part 1 - Yemen
Part 2 - Makkah
Part 3 - Madinah
Part 4 - Dubai
Part 5 - Jakarta 
Part 6 - KLIA 

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.Syukur ke hadrat ilahi.

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...