Showing posts with label Cuti-cameron highland. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cameron highland. Show all posts

Tuesday, September 29, 2015

Camping di sungai pauh Cameron Highland


Salam,




Kami ke cameron highland segerombolan kerabat adik beradik ciku ..hihi.naik ikut simpang pulai ..turun pun ikut simpang pulai takde le poning sangat.so far ok je.

Nak tahu lebih lanjut , sila ke url dibawah

Pejabat hutan Cameron area taman sedia kampung melayu cameron.Kalau tahu opah strawberry , boleh jalan kaki je ke camp pauh ni.Orite tcare all.

Monday, October 20, 2014

Cameron Sebentar

Salam, 


Bukan nak stori sangat pasal cameron tapi nak  stori pasal gubahan bungaku ini..hihi.

Bunga hidup yang dibeli oleh TL di Cameron Highland (first time beli). Bermalam 1 hari je pegi 2 hari lor...cikupun sakanla mengubah ikut citarasa ciku ni bila sampai je di teratak ciku.hihi.lupa nak stori..kena letak air dalam setiap pasu tu ye dan siram selalu.

Beli cam biasa le sayur sayuran cuma kali ni berlambak lak, jagung madu (kukus 8 minit manis gilos boleh makan dah) , juice strawberry dan makan buah strawberry cicah nutella je bebudak ni dan beli itu bunga (harga tak tau).

Tido kat casa padena ke dalela ke apa ntah..huhu.Orite tu je entry today.
Entry dolodolo bercuti ke cameron disini ye.

http://tanggadomino.blogspot.com/search/label/Cuti-cameron%20highland


*Tambahan : Ciku ingat dah nama hotel .Kalau nak tgk di link direct situ ye.

Wednesday, October 16, 2013

Mencari Lavender di Cameron Highland

Salam,





Cantik cantik cantik..

Ciku baru balik dari cameron sakan nak tengok lavender 2 hari lalu..hihi..Dah banyak kali ciku naik Cameron tapi tak penah singgah sini dan tak perasanpun ada tempat ni sebelum ni..huhu.

Ciku wat survey kat google ajes dan pegi le kami sekeluarga..jom terjah gambo ciku di cameron lavender Garden..Kami naik ikut simpang pulai..no tapah ..poning poning kalau ikut tapah..hihi.

Bayaran masuk : 
RM5 dewasa
RM3 Kanak kanak (5 tahun above)

Masa buka : 9 pagi -6 petang
Masa cuti (jumaat -ahad tu )  : 9 pagi -7 petang

Lokasi : Area Tringkap , selepas Honey Bee farm ,sebelum kampung raja..haha..instruction senget.Wat je carian map google k.


Pic ni takde sangkut paut ngan lavender..hihi ..pepagi kami g jogging kat area jabatan hutan camp sg palas ..silap da.sg pauh lor..ni musti nak g tengok teh kat sg palas area tu tapi tak kesampaian..hoho. 

Kami tido area homestay Taman sedia..Tu opah strawberry and Jams

Gambo bawah ni baru le Cameron Lavender garden


  

















Makan strawberry coklat dan aiskrim strawberry di area homestay taman sedia
 Orait sesapa rasa nak pegi yang tak penah jejak sini..bolehla terjah cameron lagi..:)


**Pesanan : Sesapa dah cukup RM1300 dalam akaun tabung haji bolehla mendaftar haji***
Tetiba..hihi. Boleh baca detail sini na.

http://www.tabunghaji.gov.my/pendaftaran-haji-dalam-negara2

Monday, January 31, 2011

GreenHill Apartment Cameron Highland - part 2

sambung lagi yek..
aku pegi pejabat hutan daerah raub dan cameron highland..
singgah kejap je sebabbb..
nampak cam ada tempat rekreasi je dalam tu..mmg hutan la tp situ ada air mengalir..dari air terjun mana ek..ntahla..tp mmg air situ sejuk..aku cecah kaki jek..sejuk ssgt tak jadi la pulakk..
ada tempat rehat rehat gak..tp takde le gerai gerai ke apa ke situ..saja singgah kejap jek..toilet ada gak..okla..kan penting tu...jalan jalan mesti point utama cari toilet dulu..takut pe pe hal dak..


Masuk jek pintu pejabat hutan tu ada tempat ni..tp kali kedua aku pegi diorang tutup lak sebab nak buat penyelenggaraan ..so okla aku dapat gak rasa cecah kaki kat air tu..sini aku penah naik bukit situ masa muda remaja dolo dolo lah..
ni kesayangan kami..depa rilex jek kena basah ngan air sejuk cam ais tu..time ni tak plan nak mandi so cam tu ajela depa tak bawak spare part..baju mandi..main simbah simbah air aje..hiks


buah strawberry besar..jagung besar gak..tetiba masa jenjalan dalam kereta tu..ternampak taman buah buahan besar nih kat town tanah rata so stop park then naik sikit anak tangga..bukan tangga domino ye..pastu snap la beberapa pic ni.
tangan siapa tu..hehe..ada tangan kecik bawah tangan yang besar.

GreenHill Apartment Cameron Highland

Assalammualaikum , Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Aku memulakan pengalaman ke cameron dulu la yek.
aku mmg la selalu ssgt pg cameron sebabbb..
sebelum start apa apa..nak bgtau kat sini..blog ini sume pic lama yang baru nak di kongsikan.
aku mula kan semula blog pada tarikh hari ini untuk semua perjalanan rentetan "jalan jalan tengok jalan".
jemput jemput la tgk yek.

Mesti terliur tengok kan...nnt aku post strawberry coklat rebutan.
aku suka pic ni..ni real yang aku pluck n taste.lazat .hehe
Rehat di greenhill apartment dekat ngan heritage hotel kat tanah rata.fully furnish..leh masak so takyah le makan luar sgt ..bajet...view ok cantik ..nampak kehijauan dari atas..time ni aku pegi bawak adik ,mak n ayah..so ada 3 bilik..okla untuk 3 famili.adik aku bilik kecik jek ..dia pun kecik je size nya..hiks.harga nya rm300++ semalam..10 minit lebih kurang kalau nak jalan kaki ke town tanah rata..aku oh no..maap tak jalan kaki le..
Ini hospital Cameron Highland ..cantik siut..cam resort..tak ramai orang pun..cam sunyi sikit maybe spital baru atau org sana tak ramai yang sakit kot atau berubat tradisional sendiri ke..hiks ntah la.tp mmg cantik..time ni aku n famili g melawat somebody.

gambar di ambil dari sudut vetebrata kiri..hehe..perpekstif ..betul ke ek ayat ni..ke perpetua.okla ..time ni aku dah pluck strawberry yang merah merah dan ada yg dah masuk dalam kerongkong ni pun.aku takde le suka sgt apa apa yang berkaitan ngan strawberry..air kotak ke , gula gula ke apa apa la ..tp kat cameron..yes ..sedap lak buah nih.
ini la tempatnya...nama makcik empunya kedai n rumah ni namanya "mak dah"..kat tanah rata..aku selalu g sini kalau masuk cameron highland.sebabb..hiks.adala.nnt stori..chops ..nak stop jap..penat lak

Kaedah menyusun trip

  Salam ,      Entah berapa tahun laptop dan buku nota ini terperangkap dalam sepi, tanpa seulas pun cerita tentang perjalanan yang pernah d...