Showing posts with label Cuti sarawak. Show all posts
Showing posts with label Cuti sarawak. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

Ciku di Kampung Budaya Sarawak dan Semenggoh WildLife Centre

Salam,

Macam sangat penat nak stori..balik dari sarawak terus ciku ada kursus seminggu..aduhai so sempat tepek gambo ajela buat tatapan.

Nak baca 

1) Ittenari sarawak 5 hari ada di sini ye.
http://tanggadomino.blogspot.com/2014/02/percutian-ke-kuching-sarawak.html

2) Tentang Pasar Serikin disini
http://tanggadomino.blogspot.com/2014/02/apa-ada-di-pasar-serikin-sarawak.html

3) Tentang Gua Angin di sini
http://tanggadomino.blogspot.com/2014/02/gua-angin-di-bau.html


Serba sedikit tentang Semenggoh wild Life Centre 
  • Jarak dari Kuching  dalam 30 minit 
  • Nature -Orang utan liar dibiarkan lalu lalang..jaga anak anak sendiri takut terlebih teruja..hihi
  • Kami drive guna waze dan park atas bukit terus ke sini..jalan turun bukit sikit ,ada jumpa mcm kafe kayu ..situ ada toilet,pastu jalan masuk hutan yang cantik dalam 10 minit je ..relax situ..duduk je atas ats akar kayu besar tu dan tunggu le orang utan..hihi.dengar je arahan staff situ.
  • Yang penting jangan bising dan bawak air botol takut kehausan.
  • Boleh rujuk sini kalau nak tahu lanjut http://www.wonderfulmalaysia.com/sarawak-borneo-attractions-semenggoh-wildlife-centre.htm

Semenggoh Wild Life

Semenggoh Wild Life

Serba sedikit tentang Kampung budaya Sarawak
  • Tiket masuk RM60 dewasa ,RM30 kanak kanak
  • Show start pukul 11.30 pagi (dalam 45 minit) dan pukul 4.00 petang
  • Waktu lawatan :9.00 pagi -5.00 petang
  • Jarak dari kuching dalam 35 KM -(45 minit).boleh tengok
  • Berhadapan dengan Damai Cetral(ada food court)
  • Ada Rumah panjang Bidayuh , Rumah iban,Rumah melayu,rumah melanau,rumah   cina,rumah orang ulu,rumah penan dan lain lain.


Kampung budaya show -best dalam 45 minit

Salah satu rumah di kampung budaya dan semua gambar di bawah adalah gambar di kampung budaya





ciku beli bubu ikan yang macam tergantung tu 2 unit -saiz besar dan saiz kecil untuk hiasan ayah dan ciku





di ambil dari Map kampung Budaya
Boleh refer di sini gak mengenai Kampung Budaya

Kesimpulannya - senario di kuching masih menampakkan budaya mereka long lasting dan trademark mereka sendiri.gud gud and the best ever is terubuk hidup dan telur terubuk goreng..adoi sedap sungguh.:)..dan jugak udang galah dan udang kertas yag besar dan murah  ..asik makan butter prawn je kat rumah ni..hihi..:)..nanti kalau sempat ciku sharekan resepi butter prawn my hubby.Orite daa

Apa ada di Pasar Serikin Sarawak

Salam All,

Serba sedikit tentang Pasar Serikin
  • Hanya dibuka sabtu ahad sahaja.Kami guna waze aje untuk cari lokasi Pasar serikin.
  • Kena tawar menawar harga.
  • Jauh -dalam 1 jam 40 minit perjalanan dari bandar kuching.Bangun awal untuk ke sini supaya samapi sana tak panas.Bawak topi atau payung siap siap so tak yah le beli topi kat sana nanti.
  • Sepanjang perjalanan ke Pasar serikin adalah agak kehutanan dan kawasan pedalaman.
  • Banyak sesangat barang barang dijual di tepi tepi jalan dalam sepanjang 2 KM (jalan kaki) .
  • Toilet terletak di sesetengah dalam kedai yang ala ala restoran.
  • Ada restoran melayu di situ tapi ciku tak makan kat situ.Beli air kotak aje.
  • Kawasan adalah sempadan kalimantan, indonesia dan dikatakan para penjual juga dari sana dan diberikan masa tertentu untuk menjual.Ciku tak pasti sangat.
  • Ciku beli bubu hiasan ,jauh murah dari waterfront kuching ,kapal besi mainan,jubah kain jeans -rm40...lenlain grup yang pegi banyak gak membeli..hihi.Ciku macam nak beli telekung rm 25 tu bukan cotton..plan macam nak beli bebanyak boleh buat bisnes telekung lak..hihi..tapi cancel..haha


Pasar serikin..ada toilet area sini 20 sen dan restaurant makanan muslim pun ada cuma kami tak mkn kat sini aje.


kasut tu harga lebih kurang rm13.00 dan telekung ciku tanya ada harga dari serendah rm25 -rm85 ..ini yang ciku tanya le..kain ela tu ada yang beratus..tak pasti.

http://tanggadomino.blogspot.com/2014/02/percutian-ke-kuching-sarawak.html

Gua Angin di Bau

Salam,


Gua angin adalah gua semulajadi terletak di Bau on the way ke serikin pasti lalu sini.Terletak dalam 45 minit dari bandar kuching.Bau merupakan kalau ikut sejarah tempat melombong emas .Okla..gua angin ni dinamakan begitu kerana terdapat hembusan angin yang berterusan dan juga ada kelawar dan burung layang layang sambil boleh melihat aliran air sepanjang dalam gua.Tak sempat nak pegi gua fairy yang dikatakan lagi cantik mirip dewa guanyin kerana sebenarnya terdapat punca cahaya dan bayang bayang mewarnai dinding dinding .ontahla.

Boleh rujuk sini ye stori serba sedikit sementara tu boleh le tengok gambo gambo.:)

http://tanggadomino.blogspot.com/2014/02/percutian-ke-kuching-sarawak.html




Hujung gua ada sungai

yang tak  menapak masuk..hihi

Jalan nak masuk Gua angin




Golap leh sewa lampu RM3.00..masuk Free



Nanti ciku free ..ciku sambung je kat sini k.

Wednesday, February 26, 2014

Percutian ke kuching sarawak

Salam ,

Ciku memulakan post sarawak dengan ittenary ajela ye.Kami pergi ke kuching selama 5 hari bebaru ni.so inila ittenary yang ciku boleh kongsikan. Kami park kereta di LCCT yang jauh gile tu..RM16 sejam.itu aje yang murah.silap silap..rm16 sehari..haha

Hari Lokasi
1
  • 12.00 Thari ,  tiba di Airport kuching
  • Perjalanan 1 jam 40 minit dari LCCT ke airport Kuching. Total kami semua yang jalan jalan ke sarawak kali ni adalah 11 dewasa 3 kanak kanak. = 14 orang
  • Tunggu kereta  yang dah siap dirental –RM170 untuk Alza (7 orang) . Amik 2 buah.
  • Contact number : En. Agus Mohsit ( 0198480313)

  • Terus menuju ke tempat makan  dikenali Atok Kopitiam Area HSBC Bank kat Jalan Padungan, Kuching. Ciku makan nasi ayam penyet. Ayamnya dan sambal sedap sekali..the best tapi tak sempat nak repeat makan sini dan takde tempe. huhu.Yang lain makan nasi goreng spesel Atok.
  • Masuk chinatown sarawak gak yang ada gerbang tulisan cina tu tapi tak turun pun.. jalan dalam kereta aje.

  • Check in Hotel Margherita Sebelah Sarawak Plaza Shopping Complex. Sebelah jugak dengan riverbank suite tempat pertama kali g kuching.
  • Amik bilik Deluxe Twin (Cityview) . 2 katil Queen.Ciku bayar masa check in.
  • Tunggu grup lagi satu nak sampai dalam pukul 8 malam , 7 orang. Sewa hotel yang sama dan amik kereta rental yang sama .(patutnya amik homestay pun ok..tapi batal so amik hotel ni.).
  • Ciku amik direct dari website http://www.grandmargherita.com/
  • Grup satu lagi amik 3 bilik dan harga jauh mahal dari ciku yang direct booking dengan website hotel.
  • Kami jenjalan area waterfront tu..kedai banyak dah hampir tutup. Stop by beli kopok lekor sarawak area waterfront tu wat kudapan petang.

  • Makan malam di RJ Ayam Bakar
  • Ciku makan Nasi Nasi penyet RJ ayam bakar ..kongsi ngan anak .saja nak rasa je. Rasanya sedap lagi Atok Kopitiam nya ayam.Tapi design Kopitiam ni cantik.
  • Balik Hotel tido
2
  • Bekfas di hotel..try makan laksa sarawak..hoho.
  • 8.30 pagi ke kampung Budaya area santubong .(1 jam lebih )- ada 9 jenis rumah.
  • Show pukul 11.30.’Best’
  • RM60 seorang tapi kami dapat diskaun yang agak melampau.hoho.Alhamdulillah. Takut gak kalau tak berbaloi tapi memang berbaloi..ciku sangat suka masuk rumah melanau ‘Tall House’ dengan jambatan buluh sempit tu..Gayat tapi memang cantiklah.
  • Ciku try sumpit gak tak ingat rumah mana ek.
  • Jenjalan area Damai beach lokasi berhadapan dengan kampung Budaya–ada food court.Ok gak makanannya.Kami try makan banana cheese gak .
  • Ke Pantai Santubong dan kampung Santubong.Nyaman ja.

  • On the way balik hotel, survey  Medan niaga satok ..dah berubah wajah..agak tersusun tapi ciku lebih prefer Pasar Satok yang dulu lagi. Kami tak beli pun..just tengok tengok je.
  • Petang ciku , adik dan mak ke sarawak plaza..saja jenjalan aje. Pastu lajak ke kedai handycraft area waterfront survey harga sebelum ke serikin esok..
  • Malam naik sampan ke seberang sungai – makan malam area kubah food court tu. Ciku makan mee kolok kongsi kongsi aje. kenyang sudah.
  • Kami ke Mira Cake dan Dayang salhah..walking distance dari kubah food court tempat makan tu akan jumpa Mira Cake dulu pastu jalan terus lagi baru nampak singboard kecik ke dayang salhah.Kami duk try testing testing cake tu..ciku test biskut bulat bulat color kuning ..tak ingat namanya.Ciku paling suka kerepek yang dibuat dengan seaweed ..sedap amat.kek sarawak ciku tak beli malam tu..just beli seaweed tu..sedap.
3
  • 8.30 pagi bertolak dari hotel ke Pasar Serikin .
  • Sepanjang lebih kurang 2 km orang jual barang barang tepi jalan. Macam macam ado. Ciku beli jubah jeans RM40.00 sehelai, pelbagai rempah ratus, udang kering,bubu hiasan untuk ayah, kapal besi mainan unik. Kat serikin ada jual jubah, telekung, kain ela cam kat bandung tu, baju blouse, topi, beg galas, kuali, kasut, kain batik , kain pelikat dan macam macam la.
  • Balik dari serikin.hoho.Stop by Wind Cave di Bau. Masuk free je.Cuma sewa lampu rm3.00..ada sungai dan kelawar dalam gua tu.Golap . Kami pergi 14 orang tapi yang masuk cuma 9 orang termasuk famili ciku.
  • Dalam pukul 3 petang ,pergi Jong ‘s crocodile farm..tengok show buaya makan ..ni bukan dalam planningpun..ada antara grup yang pergi tu nak pegi tengok show tu ..so kami ok ajela..mahl lor..RM16 dewasa.Tengok Skull bujang senang.ontahla..ok ajela.
  • Anak anak makan maggie dan bekalan roti yang memang sentiasa di bawa dalam kereta sewa..lapo sudah.
  • Malam sampai hotel..kami ke Barok Restaurant di seberang waterfront tu belakang kubah food court tu. Ada restaurant diperbuat dari kayu. Hampir sejam setengah kot makanan sampai.huhu.Ciku tanya pucuk midin tu apa ?? dia ala ala pucuk paku lor..tapi udah abis.huhu.
  • Lepas makan..sume nak pegi waterfront tengok tengok..ciku ngan anak anak balik tido..buat milo panas dan pengsan sudah.
4
  • 9.00 pagi ke Semenggoh WildLife – tempat yang dinantinanti nak pegi..tak percaya!.hihi..tengok orang utan..please be silent ..Nak bising bising g tengok kat zoo atau bukit merah ada orang utan yang dipelihara.Kat sini ada lebih kurang 27 orang utan liar.Masuk dewasa –RM3 , bebudak RM2.00
  • Kami ke rumah Annah Aris Longhouse- sesat la pulok..hihi..Tak ingat masuk berapa RM tpi bawah RM5. Kalau nak tourist guide harga lain..kami redah aje la.Ciku amik gambo ajes dengan makcik makcik dan bebudak kat situ.
  • Balik makan di serapi corner area kuching ..tak ingat the real location..huhu. Makan nasi campur.
  • Singgah lagi ke medan niaga satok sebab hari ni hari minggu.(ahad).Kakak beli banyak gak udang n ikan. Ciku tak beli pun lagi..survey lagi..haha.Kakak ciku nak balik esok so kena beli le.G ngurut kat mesin ngurut tu –rm1 (3 minit)..sakit belakang lor.hihi.
  • Singgah Waterfront beli apa yang patut. Jalan kaki ajes. Baju tshirt cotton untuk anak buah dan untuk adik. Pes laksa Sarawak,pes lemongrass black pepper , lada hitam botol kecil dan gendang Sarawak hiasan.hihi.Kami jalan sampai hujung indian street kuching tapi cam penat sangat lak ..banyak kedai tutup je.hoho.
  • Makan Malam di TopSpot gerai no 25 , Bukit mata..sedap sesangat dan ramai orang dan cepat. Makan macam lupa daratan..hihi.Alhamdulillah rezeki.Kami jalan kaki je ke sini dari hotel Margherita. Makan seafood yang sedap.Balik hotel, ciku naik bilik ngan anak anak tido.Yang lain ke Mira cake tu lagi beli kudapan untuk dibawa pulang ke Semenanjung
5
  • Selepas Bekfas..bawak anak anak mandi kolam.lepas gian depa asyik tengok je kolam tu..full activities setiap hari..hihi..kolam kecik je pun.
  • Rest di hotel tunggu check out pukul 12.
  • Ciku dan anak kedua g  jenjalan area waterfront dalam pukul 10 pagi lepas bawak anak anak mandi kolam tu. Beli apa apa yang patut.Beli lada hitam botol 5 botol kecik RM13.80 (kawan pesan) dan lapik meja saiz panjang dan tipis 3 helai rm12.00.kejap je..pukul 11 sampai hotel semula.Pack memana yang tertinggal dan check out 12.00
  •  Tertinggal lak stori utama ni..kami ke pasar satok untuk beli udang kertas saiz beso tapak tangan - rm38 sekilo, udang galah,ikan bawal,ikan tenggiri,terubuk hidup 2 ekor dan terubuk masin 2 ekor aje. All out RM200 ++ especially udang.Sakan beli sebab murah udang udang tu.hihi.Beli udang n ikan bawal dan tenggiri saiz beso tu kat kedai Man&M.Terubuk lak beli kat kedai andy ..aswandy.Balut dan packing kotak free bersama ais batu.
  • Beli kopok seaweed salut tepung gak..rm2.50 beli 4 bungkus kecik dapat rm9.00.silap tak beli bungkus besor bebenor tu rm12.00.hoho.sedap.
  • Singgah rumah sedara di area kuching , makan lunch free..sedap.
  • Ke muzium kuching tengok replica kuching bebanyak tu.Bebudk ni best le.
  • Pukul 4 ke airport hantar kereta dan tunggu je la situ sampai nak naik flight..g cari seaweed salut tepung kat airport tapi takdok..hihi. 
Naik sampan

Jong's Crocodile Farm
Waterfront Kuching

Jalan Jalan Cari Makan
Jong's Crocodile Farm - ada replika bujang senang buaya putih tapi ciku tak sempat nak amik gambo lak..adoila

Jalan Jalan Cari Makan

Hotel Margherita
 

Muzium Kuching
Alhamdulillah settle sume perjalanan ke Sarawak buat kali kedua. Semalam makan butter prawn ciku dan ikan bawal masak cili dan jugak bayam masak lemak udang kering.hoho.lazat tu mak masak.

Kampung budaya
http://tanggadomino.blogspot.com/2014/02/ciku-di-taman-budaya-sarawak-dan.html

Tuesday, February 25, 2014

I'm back -sarawak.

Salam..

Best ever g sarawak kali ni..nanti free ciku citer na..tapi tak bestnya flight landing tersangatlah jauh..memalam sampai airport LCCT tu..adui penat sesangat jalan.Alhamdulillah suma selamat dan tak sabo nak balik rumah malam ni masak udang kertas size beso gedabak tu..RM30++ sekilo dan ikan terubuk hidup di pasar satok ..kubah ria /medah niaga satok..tak bestnya telur terubuk takdok..bukan musim katanya.

Wednesday, September 19, 2012

MIRI , Sarawak

Salam , 


Terbang ke bandar seri begawan pada hari Malaysia..ramai yang kata tiada apa di sana..1 hari udah cukup untuk jalanan.(aik cam bahasa indon lak) .Flight pepagi.sampai je terus hantar bagasi dan solat subuh di LCCT tu then terkocoh kocoh naik kapal ngan keluarga ciku.bebudak ni pun bangun awal pukul 4.30 pagi dah gerak..hihi..sakan.


Penerbangan dalam 2 jam lebih sikit je..dalam kapal ciku sempat berkenalan  dgn seorang lecturer math Uitm permatang pauh datang dari keda..dia solat subuh dalam kapal terbang tu sebelah ciku.Dia dengan satu famili besar dia ke brunei tapi satu hari sahaja..esok udah balik.ada urusan di Malaysia katanya.apa apa aje la.oh ye..lupa lak..nnt dalam flight..pramugari tu bagi kertas isi visa dalam kapal..visa masuk brunei katanya..ontah ada la dia terangkan nnt.


So sambung citer ,perjalanan kami pergi selama  4 hari 3 malam. Ciku dah siap booking online makanan dalam flight..almaklum anak anak musti lapo..bahkan mak yah nya juga lapo..hihi..apa bahasa ntah ciku kali ni..adoila. 


Plan pusing pusing dan tido di Miri dulu pastu baru masuk brunei semula.

Sampai je ke airport bandar seri begawan..memang sebelum ni ciku ada baca kat forum dan blog kata..brunei kecik je takde apa apa tapi takpela tak tengok tak tau..ye tak..hihi..Kami terus ke tempat sewa kereta AVIS kena jalan agak jauh jugala lepas amik bagasi sume tu . Kami dah book online gak sewa kereta ni..harga lebih kurang langkawi tapi dalam duit ringgit brunei.cuma deposit mahal..Bnd500 .tapi takpe nnt leh amik semula.


Opis tourism brunei lak tutup lagi pagi tu..ingat nak amik map ..ciku nampak ada bas area airport tu..taxi pun ada..kalau kalau ada sesapa nak naik bus or taxi . Pasal map tu kami mintak je kat tempat sewa kereta so takde masalah...jalanrayapun ok je..tak sesak takde bunyi hon honpun..hihi.

Kami tanya untuk confirmation kat tempat sewa kereta tu cara untuk masuk ke Miri..so dia isikan borang maklumat kereta sewa tu siap siap untuk kami so mudah untuk dibawa masuk semula ke Miri, Malaysia.


Kami terus pusing pusing sekejap je di bandar brunei , makan kat kedai kedai area tamu kiangeh tu bukan dalam tamu kiangeh( pasar ) tu ye...lepas tu hubby dan anak sulong ciku sempat solat jumaat di masjid Masjid Omar Ali Saifuddien . Kami parking kat tepi tepi jalanraya depan masjid tu aje. Ciku duk dalam kereta ngan 2 lagi anak ciku..tengok tengok orang orang brunei pergi masjid lengkap berpakaian baju melayu bersampin ala ala raya gitu di Malaysia.Masa sana awal hampir 1 jam lebih dari malaysia. Pukul 12.05 dah zohor.



Habis solat jumaat kami teruskan perjalanan ke miri tengok signboard ke kuala belait dan seria , sg tujuh kalau tak silap..tak susah..insyaAllah sume ok. masa kat pusat kawalan imigresen nak masuk miri tu dia cek pasport dan borang pasal kereta sewa tu.settle ..dah masuk miri..memang nampak beza miri ngan brunei. Masa di brunei tu walaupun sekejap melalui kedai kedai situ banyak tulisan jawi dan rasa aman tenang je aura masuk brunei.Masuk je miri sama je rasa aura kat malaysia..dah nama pun malaysia..hihi..sama ajela aura nya..hihi.
Dah sampai MIRI
Okeh kami terus cek in hotel mega dah siap booking agoda gak. amik yang promotion room tu 2 katil. leaps tu p mandi kolam bawak anak anak yang dah memang tak sabo nak mandi kolam ni..asik umi jom jomjomla aje. Untuk makluman , Hotel ni berhadapan dengan masjid tertua miri color kelabu plus hijau sikit gitu..tak ingat nama tapi berusia hampir 57 tahun.





Kami tidak melepaskan peluang solat maghrib di masjid ini. so malamnya kami pusing pusing bandar miri..nak tengok miri city waktu malam . Makanan banyak je jual ada food court.
Balik hotel pengsan tido semua.

Esoknya  pusing miri ke handicraft miri ..beli frigde magnet as well le..pastu ke muzium petroleum miri dan the grand old lady. First muzium petroleum di miri sarawak sesuai dengan perindustrian minyak di miri dan dibina oleh 2 major company minyak dimalaysia petronas dan sarawak shell berhad. Disebabkan nampak ada pameran dinasour cam kat pusat sains negara tu so bebudak ni bising nak pegi gak padahal kat Kl dah pernah pegi dah ..dulu kat kuantan ada buat dinotrek pun dah pegi..bebudak gitula..ikut ajela. Tapi sampai je sana..muzium tu tutup sebab tengah selenggara..huhu.
Kami singgah jenguk sebentar kampung kampung atas bukit tu kampung haji waheed kot namanya..huhu..

So kami terus ke tempat yang dikatakan ada giant kuda laut tu di miri , marina bay..hihi..cantik betul pantai , ombak kuat membelah batu batu tu..ada banyak pokok bunga kertas area situ dan bangunan kayu cuma macam tak di jaga je dah.tapi memang tenang duk situ..gurau senda ngan anak anak dan keluarga.Masa kami g situ ada pengantin amik gambo gak..view memang cantik. Marina bay , miri cantik ciptaan Allah SWT..selesai semua sudah di miri..kami terus bergerak ke brunei semula. To be continue ke brunei lak nnt.




Mega Hotel
Miri Lot 907, 

Jalan Merbau, 
98000 Miri, 
Sarawak 
Tel:(6) 085-432432 Fax:(6) 085-433433

Email: info@megahotel.com.my
Website: http://megahotel.com.my

Biasanya ciku dan famili lebih suka kepada travel sightseeing tengok keindahan dam structure building.kalau boleh kami ingin menunjukkan kepada anak anak tentang keindahan ciptaan allah semulajadi sambil beriadah bersama sama. Rasanya majoriti tempat berkisarkan keindahan alam.plan nk bwk g nz tp mahal gilos lak.Ayat ayat poyo je..haha.Okeh bye.

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...