Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Menu sahur popular

Salam,

Ramadhan dah dekat .Semua umat islam seronok dan gembira untuk menyambutnya.Para ibu mesti sibuk memikir setiap hari nak masak apa untuk berbuka dan bersahur. Bagi ciku biasanya masak nasi goreng atau makan roti john tanpa sayur sahaja dan kurma plus air panas untuk bersahur.

Ni antara menu yang ciku boleh senaraikan untuk menu sahur kami nanti selain kurma . Mudah dimasak di awal pagi dan makan panaspanas..hihi.anak anak pun suka dan kenyang.

1) Ikan kembung bakar cicah air asam
2) Ayam goreng kunyit potong kecilkecil.
3) Ikan bilis goreng bersama cili padi dan bawang (macam masak pantang tu..hihi)
4) Daging masak kicap
5) Telur masak kicap plus bawang besar dan cili
6) Sambal sotong /udang

Jangan lupa semua makanan diatas mesti disertai dengan sayur-sayuran tak kisahlah nak rebus or tumis . Pastikan ada menu sayur.hihi

Sekadar gambar hiasan
Selamat berpuasa dan moga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua.

BBQ Di Tapak Perkhemahan Taman Wetland Putrajaya

Salam,


Kami ambil pakej ni masa Matta Fair ritu so decide untuk perjumpaan keluarga dan adik beradik di sini pada 10/5/2017 bebaru ni . Peralatan membakar disediakan oleh Wetland. Seafood kami beli di Pantai Klanang Banting -fresh.

Masa penggunaan kami terima bagi Pakej ini adalah selama 6 jam dari pukul 1 -6 petang dan bayaran dikenakan rm190. RM50 dah dibayar semasa Matta Fair ritu. Baki bayar di pejabat di area pintu masuk taman Wetland.Jangan tersilap pulak,laluan masuk tapak Wetland ni ada 2 iaitu satu untuk wetland rekreasi air dan kami di tapak perkhemahan ni di taman wetland yang ada gerbang kayu pintu masuk utama dan ada tram disitu.Ciku dimaklumkan harga sebenar tapak perkhemahan itu agak mahal iaitu rm160 sejam tapi disebabkan ambil pakej di Matta fair so memang berbaloila..rm190 untuk 6 jam.

Hujan Lebat masa kami sampai .Parking kereta ada disediakan.Surau Musolla kayu yang bersih juga disediakan selain toilet dan tempat mandi yang luas. Ada juga tempat untuk pakej berkhemah di tanah lapang disitu..ciku tak pasti tentang bayaran khemah - boleh tanya pejabat Wetland di situ.

Alhamdulillah tempat membakar semua ditempat di bawah tempat wakaf berbumbung yang lapang yang disediakan.Kami dalam 20++ orang , selain makan dan sembang sembang kami mengadakan game win lose or draw dan rebut gula gula untuk kanak kanak sahaja.

Semua makanan masak sendiri. 8 Sinki disediakan cuma ada kepala paip yang agak senget macam nak patah.hihi. Antara makanan, sotong bako dicucuk lidi ,ikan siakap dan kembung bako,ikan cencaru sumbat, udang bako,ayam bako,ikan janahak (terhad -hihi) . Roti beli dan sapu garlic , Roti dan roti sosej buatan sendiri by kakak -breadmaker ,nasi putih dan nasi arab homemade by ciku, Mushroom soup dan sos black paper homemade by my hubby. Manggo dan strawberry Dadih by adik1, kuih talam durian by adik2, Air kotak by adik3,air teh tarik panas dan sirap .

Alhamdulillah settle semua dalam lebih pukul 6 petang dan penjaga dari Perbadanan yang menyediakan peralatan membakar tu memang ada je situ .Sebelum balik kami mengambil peluang bergambar beramairamai  di Taman Wetland Putrajaya dan balik ke destinasi memasing2 fengsan tido.

ooo..lupa lak lontong yang ditempah khas dari Teh Laris Kafe Seksyen 13  shah alam untuk sarapan pagi di rumah ciku sebelum ke Taman Wetland.

No Telephone :  +60 3-8887 7774
Isnin Pejabat tutup 
Gerbang kayu Taman Wetland -pic from wiki

Dekat area pintu masuk (ciku dah pernah panjat ni .)

Dari pandangan atas -gayat juga 

Tram yang disediakan (Free kalau tak silap -untuk pusing wetland dan masa ).
Biar gambar berbicara..hihi.Dibawah ni baru le gambo BBQ .Ambil signboard tapak perkhemahan .Mudah sahaja pencariannya.


Peralatan yang disediakan dan arang satu bungkus. Kami g beli lagi arang tak cukup.Petugas akan ajar cara penggunaan.Lenlain as kipas untuk bara dan penyepit kita bawa sendiri.

Adikberadik saling membako..mak buyong nak santap..hihi



Game rebut gula gula untuk bebudak bawah 5 tahun





Sunset di Bukit Batu Putih di Tanjung Tuan

Salam ,

Cerita ni sebelum pregnant..tak ingat bulan berapa pegi..hihi.


Sunset dari atas area rumah api
Plan sebenar bukan nak mendaki cuma bercuti je di Thistle Hotel port dickson tapi duk review blog lain dan member yang pernah ke sana kata quite cantik so kami lepas check in dan rest kami ke tempat ini dalam pukul 6.20 petang untuk melihat sunset.

Untuk ke sini, kami cuma perlu mencari lokasi PNB Ilham Resort Port Dickson dalam aplikasi Waze dan perjalanan anda akan tamat di pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan.  Bayaran masuk RM1.00 dikenakan bagi setiap pengunjung.




Ada pintu gerbang besar depan pintu masuk dan pondok Laluan utama masuk hutan adalah jalan tar sampai sehingga anda nampak Rumah Api Tanjung Tuan, baru cari lorong masuk ke hutan Bukit Batu Putih . Masa dah berada di atas area Rumah Api tu sakan bergambo tak sedar masa dah nak maghrib so kami try to teruskan perjalanan ke bukit batu putih tapi pendaki yang naik semula kata gelap dan jauh lagi , kami pun dengan kelengkapan tak lengkap so okla kami just stop dan patah balik semula..takut gak sesat.hihi.

Misi cuma berjaya ke Rumah Api Tanjung Tuan sahaja.Tajuk je gempak.hihi.(jangan marah) .Xperasan gambo rumah api tu takde dalam handphone ciku..huhu. So kami solat dan g cari makan then balik hotel rest menikmati air laut dan pantai di area thistle hotel sahaja. Nanti free ciku upload pic di area hotel.


Kolam dari atas bentuk mickey mouse

Happy Wednesday

Yehaa..We Are Already Half Way Through The Week Happy Wednesday 



"Try not to become a person of success ,but rather try to become a person of value" - Albert einsten

Menu hari ini (balik dari checkup 8 -11)

Makan pagi - Nasi goreng kampung dan beancurd dimsum plus air tembikai juice no sugar.
Lunch         - Air soya cincau plus biskut
Dinner        - Nasi putih dan asam pedas ikan dan kicap

hihi..