Thursday, May 18, 2017

Menu sahur popular

Salam,

Ramadhan dah dekat .Semua umat islam seronok dan gembira untuk menyambutnya.Para ibu mesti sibuk memikir setiap hari nak masak apa untuk berbuka dan bersahur. Bagi ciku biasanya masak nasi goreng atau makan roti john tanpa sayur sahaja dan kurma plus air panas untuk bersahur.

Ni antara menu yang ciku boleh senaraikan untuk menu sahur kami nanti selain kurma . Mudah dimasak di awal pagi dan makan panaspanas..hihi.anak anak pun suka dan kenyang.

1) Ikan kembung bakar cicah air asam
2) Ayam goreng kunyit potong kecilkecil.
3) Ikan bilis goreng bersama cili padi dan bawang (macam masak pantang tu..hihi)
4) Daging masak kicap
5) Telur masak kicap plus bawang besar dan cili
6) Sambal sotong /udang

Jangan lupa semua makanan diatas mesti disertai dengan sayur-sayuran tak kisahlah nak rebus or tumis . Pastikan ada menu sayur.hihi

Sekadar gambar hiasan
Selamat berpuasa dan moga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua.

No comments:

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...