Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Resepi Cendol

Semalam teringin sgt nak minum cendol..mmg ciku ngan anak sulong ciku jek yg suka cendol..selalu pg beli kat acik gerai tu tp semalam cam maleh nya nak pg gerai acik tu..jauh gak tu..so better pg pasar beli bahan bahan cendol..senang aje..

1 peket cendol pandan siap(hehe)
rm2.00 santan pekat
rm2.00 gula melaka dah siap hancur
Ais batu.

Caracara ciku buat
1) Santan,daun pandan dan garam secukup rasa dimasak hingga mendidih.
2) Pastu amik satu jug letakkan cendol pastu campur ngan santan tadi ..kacau
3) Memula ciku letak bekas asing untuk gula melaka yang juga telah dimasak tu..pastu ciku rasa  takyahla asing2 ..letak sekali jek..hehe
4) last sekali plus ais..pastu minum ajela berulang kali..hehe.

Best dapat minum puas dgn byknya..hehe..tapi takleh selalu..lemak berlemak..hehe..santankan..

Partner

Nak cari muvi ni lak..my girl dah abis tgk..city hunter tu tak cukup corum epi lak..
my girl tu best gak tapi best lagi marry me marry..heroin citer my girl tu best..hero nya cam biasa la cuma hensom (eja pun tak reti ..hehe).Tp mmg suka lakonan depa. Lepas ni nak cari muvi partner (lee dong wook and kim hyun joo).ciku suka kedua dua pelakon ni..kena cari ni lepas ni...hehe..dua dua hidungnya tinggi ala ala ciku..hehe..main main aje.pelakon malaysia ciku suka yang berlakon ngan nabil tu..citer labu labi..hehe..




Pecal oh pecal

Pecal tu sayur sayur rebus makan ngan kuah kacang..
Ciku suka makan pecal tapi pecal perak je..hehe..ntah pecal lain maksud ciku KL /selangor ...yang ciku penah makanla..Ciku lebih suka pecal kat perak maksud Ciku kat kampung ciku yang mak masak..hehe.
Ciku memula masak pecal ni masa memula jadi surirumah la..masak kat rumah mertua..first  time try buat kat kg belah husband..depa ok jek..ntahla sedap ke idak..depa  makan jek..abis gak.

Tadi bukak posa..buat pecal gak..ciku suka kangkung ngan tauhu je..lenlain takyahpun takpe..tapi kali ni ciku try guna perencah kacang pecal tu..lagi senangkan..tambah air jek kacau kacau..ciku masak atas api..masuk perncah pecal siap tu pastu masuk air..kacaukacau dah siap..sayur kangkung tu rebus aje..tauhu tu ciku goreng 2 ketul jek..dan potongpotong pastu campur je ngan kangkung dan kuah kacang tu..Siap..senang betulla.(macam ulang ulang je ayat..hehe)

hasilnya masa berbuka..uish tak sabo sabo nak makan ni..tp rasanya takdela sedap sgt..huhu..mmg sedap kaedah asli..tumbuk kacang tu..almaklumla..nak kerja senangkan..menu lain takyah citerla ye..hehe..main menu nak berbuka td adalah PECAL. Rindu pecal mak.jom balik kampung sok..

My girl

sumber : google

sumber : google

Citer ni ciku baru tgk episod 1 jek..hehe..nampak cam best jek sb buat kat jeju korea lagipun member suggest suh tgk ..so nnt lepas tgk abis baru ciku leh komen..ok sesapa nak tgk sama ..jomla nnt.

  • Title: 마이걸 / Ma-i-geol

  • Also known as: My Girl

  • Genre: Romance, Comedy

  • Episodes: 16

  • Lee Dong Wook as Seol Gong Chan

  • Lee Da Hae as Joo Yoo Rin

  • Lee Jun Ki as Seo Jung Woo

  • Park Si Yeon as Kim Seo Hyun
  • Paprik seafood


    Tetiba teringin nak makan nasi goreng paprik..so apa lagi testing the power la..nasi goreng tu ikut suka la nak buat camanapun..aku lebih suka nasi goreng color putih yang letak lada sulah tu..ehhe
    so bawah ni cara nak buat papriknya..


    Bahan-bahan
    sotong dan udang -

    4 ulas bwg merah - ditumbuk
    2 ulas bwg putih - ditumbuk
    1 labu bwg besar - dimayang
    2 btg serai - dititik
    2 biji buah tomato - dipotong 4
    5 biji cili padi - ditumbuk
    bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
    sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
    bahan2 perasa

    Cara-cara
    1.Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
     2.Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
    3.Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
       Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-  sayuran.
    4.Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.


    jom jom testing..

    Raya dan Teluk batik lumut

    Hari jumaat raya tu ,kami sekeluarga pergi ke teluk batik atas jemputan keluarga wat perjumpaan reramai kat sini..so otw balik KL tu ..kami amikla 1 malam kat situ..okla ada sukaneka,pertandingan muka seiras,persembahan keluarga dan macam macam lagila..aku ni adalah kira pangkat cicit la ..dalam 200++ keluarga kami datang..kat sinila baru kenal sedaramara punyala ramai..adehla..
    ropenya aku ni betulla keturunan melayu brunei dan acheh (kalau belah ayahla)hehe..apa apa ajela ..yang pasti aku muslim..insyaAllah..k nnt sambung stori..nak makan jap..lapo..
    ni yang nak bergambo je..lenlain ada yang dah balik awal - sedih tak dpt cabutan bertuah kot..hehe..main je.


    terus mengadap laut..itu jela yang best..hehe ..chalet impian
    

    chalet utk grup penginapan arwah onyang..puteh zaharah..
    sambung semula yek..hehe..kat sini kami satu famili dapat cabutan bertuah..kira mmg bertuah la..dapat 5 terus..sorang satu dapat..sume best cuma chalet nya jek..cam hidup mati segan tak mau..hehe..housekeeping takdak orang..kami sendiri pg amik kat guard dan pasang sendiri cadarnya.tak kisah la..asalkan dapat tido ..ada aircond..okla..TV pun takde..huhu..nasib baik bawak laptop tapi line takde lak..hpon pun ada satu bar jek..cuma chalet dekat ngan laut..best..kami mandi laut la di hari raya..makanan sume best tajaan keluarga atok atok ni..kami tukang abiskan ajela..hehe.
    pastu esoknya sabtu kami direct balik KL singgah bagan dato' dan teluk intan pg ziarah kawankwan lama..worait..alhamdulillah  segala perjalanan ke Putrajaya dipermudahkan..kami ikut jalan lama ...kuala selangor pastu naik hway baru tu..highway latar..wokeh..abis citer raya sambil bercuti diperantauan (kekonon le)

    Raya dan kolesterol




    Silap tajuk daa..nak tulis "RAYA DAN JANTUNG "..takpela ek.


    Time raya nila macam macam makanan nak makan..nafsu meluap luap nak makan..hehe..kalau tak makan bila pergi rumah orang tu bukan raya tu bukan raya tu so kena rasa semua yang dihidang..hehe tapiiii kena berpada pada makan..bukan kat jalanraya je kena hati hati ye..ok kat bawah ni ciku ambil tips sikit dari DEMC specialist ..JOM baca..
    Sakit dada, cepat merasa penat dan termengah-mengah. Awas, jika anda sering mengalami masalah ini, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital. Mungkin ini tanda awal anda menghidapi penyakit jantung. Penyakit jantung juga sering dikaitkan dengan lelaki dan pembunuh nombor satu lelaki.

    Punca utama penyakit jantung menyerang :
    • Keturunan- ia berkait rapat dengan sejarah keluarga
    • Tekanan- keadaan ekonomi yng tidak stabil, tekanan di tempat kerja, ego kerana merasakan tidak ada masalah kesihatan, lebih suka pendam masalah. Mungkin kerana anda tidak mahu membebankan masalah ini kepada ahli keluarga yang lain, akibatnya, tekanan seperti inilah membuatkan lelaki mudah untuk mendapat serangan sakit jantung.
    • Merokok merupakan factor penting dalam meningkatkan risiko penyakit jantung.
    • Alkohol- pengambilan minuman alcohol lebih kerap berlaku di kalangan lelaki
    • Kurang aktiviti senaman- orang yang kurang bersenam dan mengamalkan cara hidup yang tidak aktif berisiko untuk mendapat serangan sakit jantung
    • Masalah kegemukan- lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan terutamanya di bahagian perut lebih berisiko
    • Tabiat pemakanan- makanan yang mengandungi kolestrol, gula dan garam natrium yang tinggi akan menyebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi yang akan menambahkan risiko penyakit jantung.

    Tanda-tanda awal penyakit jantung :
    • Sakit dada semasa melakukann aktiviti kecergasan seperti apabila berjalan laju, naik atau turun tangga, bermain bola, berjoging atau sebagainya.
    • Badan merasa cepat penat, sentiasa termengah-mengah, lelah atau batuk berlebihan. Kebolehan melakukan aktiviti yang biasa dilakukan berkurangan daripada biasa
    • Terasa letih, lesu, pening dan mudah pitam. Anda boleh merasakan denyutan jantung anda bergerak laju (palpitasi) dan cepat berpeluh.

    Mengetahui peringkat sakit jantung : 
    • Angina yang stabil - Peringkat ini anda merasakan sakit dada setiap kali aktiviti dilakukan. Ia berlaku kerana saluran darah koronari sempit. Ianya berlaku disebabkan mendapan kolestrol pada dinding saluran darah akibat tahap kolestrol darah yang tinggi. Ia juga mudah terjadi akibatgangguan fungsi dinding saluran darah disebabkan oleh merokok, kencing manis dan darah tingi. Apa yang boleh dilakukan pada peringkat ini, anda hendaklah mengawal faktor-faktor risiko  penyakit jantung iaitu berhenti merokok,kawal pengambilan gula dan kolestrol.
    • Angina tidak stabil - Pada peringkat in anda mengalami sakit dada yang berpanjangan, lebih kerap,  mudah berlaku walaupun melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat. Apa yang berlaku pada peringkat ini ialah mendakan pada saluran darah itu merekah atau terbelah dan mengakibatkan mendakan baru berlaku ke atasnya dan  mula menutup seluruh saluran darah itu. Ini boleh tercetus oleh peningkatan tekanan darah yang meningkat, tekanan darah yang amat, peningkatan darah dan kolestrol yang mendadak. Di peringkat ini, jika tidak dirawat segera boleh mencetuskan serangan jantung (myocardial infarct)
    • Serangan jantung  (Myocardial Infarct) - Kebanyakan mangsa pada peringkat ini, mereka tidak tahu lansung tentang masalah kesihatan yang dialami. Sebanyak 40% kesserangan jantung yang berlaku pertama kali meninggal di tempat kejadian. Selebihnya sempat  mendapat rawatan di hospital. Ia berlaku keran mendapan lemak pada saluran darah merekah atau terbelah dan berlaku mendapan lemak dan darah beku yang baru pada mendapan asal sehingga menutup seluruh saluran darah. Bila saluran darah ini tertutup lebih dari satu jam, kerosakan pada dinding jantung yang tiada pengaliran darah akibat saluran darah yang tersumbat boleh mengalami kerosakan kekal atau kematian sel.

    Pencegahan
    • Mengenal dan mengawal faktor risiko
    • Tidak merokok atau berhenti merokok
    • Mengamal gaya hidup sihat
    • Makan makanan kurang lemak, kurang gula, kurang garam natrium
    • Lebihkan pemakanan serat tinggi, sayur dan buah-buahan
    • Lakukan senaman arobik yang berkala, iaitu sekurang-kurangnya 5 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi. Senaman seperti berjalan laju, jogging, nernasikal, berenang amat digalakkan
    • Mendapatkan rawatan awal dalam mengawal tahap gula rendah, kolestrol dan tekanan darah yang ideal.

    Tip kesihatan
    • Mengamal gaya hidup sihat. Mula dari peringkat remaja dan kekalkan pada peringkat dewasa.
    • Melakukan pemeriksaan saringan yang berkala sekurangnya sekali setahun. Pemeriksaan ini termasuk periksa darah untuk kencing manis, kolestrol dan tekanan darah. Jika berisiko atau sudah menjangkau umur 40 tahun lakukan ujian senaman.
    • Jika ada tanda-tanda awal , jumpa doktor untuk pemeriksaan.
    • Jika perlu makan ubat-ambil dengan yakin

    krabi dan raya




    " Memukau " pencinta alam mcm ciku ni..teruja..hehe