Paprik seafood


Tetiba teringin nak makan nasi goreng paprik..so apa lagi testing the power la..nasi goreng tu ikut suka la nak buat camanapun..aku lebih suka nasi goreng color putih yang letak lada sulah tu..ehhe
so bawah ni cara nak buat papriknya..


Bahan-bahan
sotong dan udang -

4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara
1.Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
 2.Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3.Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
   Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-  sayuran.
4.Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.


jom jom testing..

2 comments:

Cikli said...

paprik faveret tu.
dulu kat pasir pekan ada kedai masak paprik terbest. sekarang tak tahu lagi

CIKU said...

pasir pekan tu kat mana?pekan pahang ke?leh try kalau kalau ter ke sana..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.