Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Kuih keria di petang hari bersama mak

Salam,

Sempena mak dan adik beradik datang rumah hari minggu ni so ciku tetiba hari tu bukak la channel trymasak ni..saja nak tunjuk channel yang ciku suka tgk..hyppTV...hihi..pastu mak cam suka je tengok channel tu siap amik pen kertas salin pelbagai resepi.Ciku cakap kat mak..la ni takyah beli buku resepi pun takpe..banyak je dalam internet..cakap je nak masak apa..meh ciku search ..huhu.

Pastu teringin lak makan kuih keria..sementelah bahan bahan sume ada kat rumah so apalagi..mak le ..hihi ..bertungkus lumus buat kuih ni..ciku tak pandai buat gula salut salut tu dan bentuk bulat cam donut cantik tu.so better mak le buat lagi cantik dan menarik dan sedap..hihi.
Orait settle siap tu..kami anak beranak dan adik beradik dan mak le makan ..ciku buat milo ais dan beli goreng pisang.kudapan petang bagi memeriahkan suasana kami tengok citer lone ranger.Hari bersantai bersama keluarga.

Cam biasa la takdok gambo tapi memang kali ni comei lah keria nya sebab mak yang buat..hihi.

Boleh refer kat website ni kalau takdok hyppTV.

http://www.trymasak.my/




Resepi ayam sos lemon

Salam

Balik koje terus siap nak masak ayam sos lemon ni ..hihi.Main menu makan malam ciku sefamili.Lenlain..sup sayur meatball dan telur dadar.

BAHAN-BAHAN:
  • 7 ketul ayam (biasa orang buat tanpa tulang ,tapi ciku apa ada aje)
  • Tepung jagung
  • 1 biji telur ayam
  BAHAN SOS:
  • 2 Biji lemon  perah jus nya
  • 2 sudu makan tepung jagung , dicampurkan sedikit air untuk untuk memekatkan sos
  • 125ml air(agak agak aje)
  • Gula (agak agak aje)
 
CARA MEMASAK AYAM:
1. Bersihkan ayam dan gaul bersama sebiji telur ayam(putih telur) bersama garam dan gula secukup rasa.
2. Kemudian gaul pula dengan tepung.
3. Goreng ayam tadi sehingga rata dan garing.
4. Angkat dan letak dalam piring.

CARA MEMASAK SOS:
1. Untuk sos, panaskan air dan masukkan jus lemon dan gula.(agak agak aje)
2. Bila air betul-betul panas, pekatkan sos tersebut dengan menggunakan tepung jagung yang telah dibancuh air.
3. Curahkan SOS ke atas ayam tadi. Settle.
okeh jom makan . Makan buah epal dulu baru makan nasi :)

KARNIVAL TAMAN CABARAN PUTRAJAYA 2013


Salam,

Sebarang maklumat lanjut,
Sila layari laman berikut:, Karnival Taman Cabaran

Untuk memudahkan mencari lokasi, sila cari signboard ke Presint 20/Presint 5/Taman Cabaran/Taman Selatan

Secara ringkasnya, berikut adalah jadual tentatif untuk keseluruhan acara semasa Karnival Taman Cabaran 2013:

Tarikh
Pengisian
27 Dis 2013
·      Taklimat acara kepada peserta dan pasukan serta pengundian
·      Walk the field untuk acara Paintball
28 Dis 2013
·      Pertandingan Paintball - Pusingan Awal
·      Putrajaya MTB Nature Ride
·      TCP Night Trail Run
·      Penyampaian hadiah untuk acara Petzl Trail Night Run
·      Gerai jualan dan pameran
29 Dis 2013
·      Pertandingan Paintball - Pusingan 2 hingga Akhir
·      Putrajaya Up Hill Speed Run
·      Wall Climbing Endurance Team Challenge
·      Santai
·      Penyampaian hadiah untuk semua acara
·      Gerai jualan dan pameran


Ciku besar kemungkinan tak pegipun ..dapat maklumat dari member aje.

Nagano , hakuba village muslim friendly japan

Salam,

Ni bukan pic di hakuba , ni saja papar Full Bloom cherry Blossom From : http://www.japan-guide.com/e/e2011_when.html

Info aje untuk simpanan ciku


Cherry blooming forecast (date of first bloom) onthe pass 2013 Season



JAPAN RAIL PASS... The Key To Convenient Sightseeing In Japan .




Hakuba , Located in the north-west region of Nagano prefecture , Hakuba became better known internationally after hosting some of the events of the 1998 Winter Olympics .

Banyak nak kena studi ni route ni..ramai je blogger yang dah pegi.Boleh ciku refer.hihi.:) Bagus gak blogger blogger yang suka note detail tour mereka secara backpack tu.tq tq.








 

From Tokyo

By shinkansen via Nagano
Take the JR Nagano Shinkansen from Tokyo to Nagano (100 minutes, 8000 yen) and then an express bus from Nagano to Hakuba (60-90 minutes, 1500-1800 yen), where the bus stops at Hakuba Station and directly at the base of several ski resorts. The Japan Rail Pass covers the shinkansen trip but not the bus journey.
By limited express train via Matsumoto

Take the JR Azusa limited express train from Tokyo's Shinjuku Station to Matsumoto and transfer to a local train on the JR Oito Line to Hakuba. Some Azusa limited express trains run all the way to Hakuba. The one way journey takes about 4 to 4.5 hours and costs around 8000 yen. It is fully covered by the Japan Rail Pass.

By direct highway bus from central Tokyo
During winter, six bus round trips per day are operated between Tokyo (Shinjuku) and Hakuba, where the buses stop in the village center and at the base of the Goryu and Happoone resorts. The one way journey takes about 4.5 hours and costs 4700 yen. A round trip ticket is available for 8500 yen.

By direct highway bus from Narita Airport
During winter, one round trip per day is operated between Narita Airport and Hakuba (Goryu, town center and Happo-one). The one way trip takes about six hours and costs 8,500 yen. 
Hopefully kali ni menjadi dengan izin Allah(SWT) trip to japan."cherry blossom" tunggu ciku ye.hihi .:)

2D1N Ke Alor setar kedah

Salam,
Sabtu lepas 21/12/2013 - ciku's famili ,mak dan adik bongsu ke alor setar selepas subuh ..gerak dalam pukul 7 pagi dari KL.Kami sampai AS dalam pukul 12 t/hari kot..so terus ke nasi kandar pekan rabu yang femes tu..mai pekena dulu lunch..

lokasinya
* Nasi lemak royale (Nasi kandar)
(berhampiran Pekan Rabu. Seberang Sungai berhampiran kedai gambar. )

Udeh kenyang gitu  kami meneruskan perjalanan ke hospital sultanah bahiyah ( inila tujuan utama ke AS - melawat anak sedara yang baru dilahirkan dan baru lepas operation dan masih berada di NICU -bengkak usus -semoga semakin sembuh.amin ) 

Kemudian kami amik kesempatan ke rumah makcik area sekolah SMDSO - Ciku duk tanya kat mana cucur udang white palace yang dikatakan sedap femes tu (ayat sebenarnya dah tau pun)..hihi..so kami pun makan le cucur udang tu untuk dinner..okla..siang tadi kan makan nasi royale- padat udeh.

Location:  Cucur Udang White Palace Gerai Taman PKNK Alor Setar Opens: Daily 4pm-11pm GPS: 6.137675,100.3843

area Taman PKNK  , mat cucur udang. For ciku n famili..cucur udang ni sedap..mabeles..tq for info blog makan kedah
Set nya ada cucur bawang, cucur udang, tauhu goreng & timun - RM3.50 ( kuah kacangnya sedap - sori no gambo)
kami makan bungkus aje , banyak bungkus untuk sedara mara sekali tapi sedara tu yang bayar..hihi.TQ TQ moga murah rezekimu .

Esoknya ahad 22/12/2013 -kami masih di AS - Plan nak pegi lunch di

GULAI IKAN TEMENUNG (KARI IKAN KEMBONG)
Ikan fresh  dari kuala -ciku tak tau tempat ni tapi adik yang nak bawak sebelum kami balik KL plan lepas zohor.Tapi tetiba otw tu dapat call dari hospital (baby ada problem dan perlu emergency operation for second time)- kami batalkan hasrat makan ikan segar tu ngan mak sume so terus ke hospital.(lagipun itu tujuan utama ke kedah dalam masa yang singkat ni) .

Ayah baby yakni adik ciku dan ibunya sahaja boleh masuk NICU tu so kami sume tunggu diluar hospital.

So kami yang lain menunggu di lobby - ada taman mainan kat situ..sementara bebudak ni main kat taman tu..ciku nampak ada urut mengurut persatuan orang buta di lobby hospital tu so apalagi ciku pun tanya urut bahu/tangan/leher dan kepala hanya rm18.00 (30 minit) dan perempuan ada bilik disediakan so dun worry..settle.Ciku saja nak try urutan situ sambil niat sedekah . Ciku tanya adik tu..nak duduk mana ek?akak duduk je kat kerusi tu pandang depan..okeh pastu ciku tanya dia ..kerusi yang color hijau ni ke..adoila ciku..dia mana boleh nampak..sian lak..sori sori.Ciku tanya gak camana nak tahu masaa 30 minit ek?..dia jawab ada masa jam loceng nnt bunyi..ting tong..hihi.Pastu ciku sembang ngan dia mana belajar teknik ni dan berapa lama (setahun)..memang sedap dia mengurut bahu dan leher tu.Umur dia baru 22 tahun.Dia kata dia tak minat keja ni tapi mak ayah dia kata ini la kemahiran yang dia boleh belajar dan dapat menyara hidup.Alhamdulillah kita dilahirkan cukup sifat begini .alhamdulillah..ciku tersentuh hati bila dengar stori mori dia.Ada lebih kurang 3 orang pengurut wanita untuk wanita kat situ.Ada tempat menunggu gak kat luar .Best ..tq .moga dia semakin berjaya dan dimurahkan rezeki.

Selepas tu kami lunch makan di KOPITIAM kat UKIR Mall , ..ciku,anak anak dan anak anak buah sume  makan nasi ..TL makan mee udang (sedap gilos) .Pastu bungkus mee abu  and last tu kami makan ice cream goreng.sume kat situ ada lebih kurang 27 gerai..info google lor.Biasa orang sarapan situ sedap katanya.

Dalam pukul 6.00 petang , CIku n famili perlu gerak balik ke KL sebab koje dan ada urusan yang memang penting juga yang perlu diselesaikan.Operation kedua berjaya dan masih dirawat rapi di NICU.Alhamdulillah.

Dalam pukul 12.30 malam kami sampai KL.Gosok baju koje n tido.Alhamdulillah dapat gak melawat dan meluangkan masa bersama adik dan anak anaknya yang lain walaupun tak dapat bersuamuka dengan baby barunya itu.Semoga dia semakin sembuh . :)

Adventure Cove Waterpark ,sentosa singapore

Salam,

Video ni le yang buat ciku teruja nak try Splashworks di Adventure Cove Waterpark, sentosa singapore.hihi so kami set up untuk ke singapore bukan sahaja ke USS untuk anak anak dan bapak budak beriang ria sebab ciku agak gayat nak ke USS tu..huhu.Ciku naik roller coaster kat Ferrari world roller coaster di  abu dhabi dulu pun takut tak hilang..haha.So kami apply melalui rwsentosa website.boleh baca sini ek.

http://tanggadomino.blogspot.com/search/label/Sentosa%20Resort




dari rwsentosa website
Study sikit pasal map sebelum pergi sana.
Tiket sudah book untuk 1 day pass for adult dan free 1 adult..bebudak kena beli on the spot kat kaunter adventure cove waterpark.kalau ke uss pasti nampak signboard ke sini.
tiket sea aquarium dan adventure cove waterpark sentosa


Okla ciku story sikit ..plannya kami 3 buah kereta sampai ke adventure cove ni dalam pukul 11 pagi tapi ada satu kereta member tersesat untuk ke resort world - cek in festive hotel ,sentosa ..hoho..so dah lambat ..famili ciku sampai memula dan betul timing  pukul 11 pagi sampai resort sentosa..so dah alang lambat tu kami 3 famili ni dah agak kalut so 2 famili tu taknak masuk sebab penat..tiket depa burn..apada..hihi..so just proceed ngan ciku's famili untuk masuk Adventure Cove Waterpark dalam pukul 2.30.Ciku terus solat jamak dan salin baju mandi semua ..bawak sikit roti gardenia coklat tu dan mineral letak dalam beg dan terus ke locker Adventure Cove Waterpark tu. (Lockers will be $10 or $20 for the whole day ) ..bukak kasut letak atas locker sebab amik locker kecik yang satu beg sandang kami. Terus lari masuk ke zone Adventure River ala ala macam kat tambun lost world tu tapi ni jauh lagi best..hihi.berpusing pusing kat situ..best gile..bebudk ni pun sume ok..alhamdulillah.

Pastu kami ke Bluwater Bay (ombak besar buatan tu) ..ciku lupa nak pakai lifejacket utk bebudak ni tapi ok je terumbang ambing tu..hoho..kejap je pastu kuar g amik lifejacket. Ikut size dan color.Malu gak orang tahu kita size apa..sebab dari jauh dah tahu color apa tu ikut size..haha.ciku size M..ye ke..hihi.apa apa ajela.Pastu sambung semula main kat Bluwater Bay tu.


TL dan anak bujang ciku g naik Thrilling Water Slides dan Pipeline Plunge ngan apa ntah satu lagi..ciku tak pegi pun situ just kat bluewater Bay tu ngan anak ciku yang 5 tahun ni..sini pun best pastu kami jalan 3 beranak sementara tunggu TL dan anak bujang main slides tu..kami bergerak ke zone lain termasuk Big Bucket Treehouse (ni bucket besar tumpah segerombolan atas air atas kepala dalam bentuk rumah besar ..bebudak ni duk ulang ualng je..cikupun sama..haha ) dan  Seahorse Hideaway (ni simple je macam tempat untuk baby je-kejap je la tak thrill) .pastu kami patah semula main kat Bluwater Bay tu.Ciku ada nampak cabana kat situ ..bila search sewanya sangat mahal . (5 cabanas located at Bluwater Bay are available for rental at $128 per cabana). Tak perlu pun bagi kami sebab asik main dalam air je dan tempatnya sangat besar dengan zone zone air tu.
Settle tu..kami sefamili ke  Rainbow Reefs (snorkelling bersama tengok ikan ikan , staff situ akan ajar kita cara nak snorkell tu dan ajar bebudak ni ..kena test dulu sebelum masuk..anak ciku yang last tak tahan sejuk so ciku kejap je then naik ngan dia - TL je ngan 2 anak lain tu -teruja bonar.) . Splashworks (this is the best ..macam running man lak..haha main panjat panjat lompat..teruja..lawak  - tapi bergilir ngan TL sebab anak anak sume tak lepas ketinggian)..hihi.Ada tempat duduk untuk tengok je kat tepi.ni area snorkelling tu gak.

Yang paling sedih..camera dan hpon sume tinggal dalam locker kat area dalam pintu masuk sebelah kiri Adventure Cove Waterpark..huhu..sebab dah kalut masa masuk tadi.
Dah abis bersukaria tu barulah kami ke toilet salin baju sume dan amik camera amik gambar hanya di area Ray bay,dolphin dan sume tu area kering.Oklakan boleh je search blog lain yang share pengalaman yang sama macam ciku bersama keluarga di Adventure Cove Waterpark , sentosa singapore.


Boleh tengok attractions kat website ni ye dan peraturan :-

http://www.rwsentosa.com/language/en-US/Homepage/Attractions/MarineLifePark/AdventureCoveWaterpark

General Admission

Guests entering Adventure Cove Waterpark should adhere to the below guideline for a safe and enjoyable experience:
▸      Children under 122cm must be accompanied by a supervising companion.
▸      Additional height and age restrictions apply at select attractions.
▸      Appropriate swimwear required for all attractions. Please ask one of our Lifeguards or Guest Service Team Members for more information.
▸      Guest should shower prior to entering any pool or experiencing any attractions.
▸      Adventure Cove Waterpark reserves the right to request guests to stop photography or video recording. Any photography or video recording is for personal use only.
▸      In the event of inclement weather, all outdoor attractions will be suspended temporarily for the safety of our Guests and Team Members.
▸      Please do not bring food and drinks into Adventure Cove Waterpark


Masa :10 pagi -6 petang
Mehle tengok sikit gambo ni..huhu.



adventure river..tu staff yang jaga..pelambung tu sume free..beso kecik..ciku siap tanya..is it free ?..haha..memangla..adoi

Hotel hard rock ni nampak dari Adventure Cove Waterpark

Pintu masuk
 

Training dolphin tengok dari kejauhan..kalau dalam adventure river memang boleh nampak dari jarak dekat.


signboard dalam Adventure Cove Waterpark (pasti tak sesat)


ni pic interior design dari hotel festive ..tetiba je ada..hihi

lorong lorong di situ situ..hihi

teruja nak masuk Adventure Cove Waterpark..turun tangga berdepan dengan pintu masuk USS..tengok signboard je kat sana..pasti jumpa..hiihi

Ada sikit pic kat Adventure river tp masa ni kami dah naik pun dah nak kuar dah pun.

pic wajib amik sefamili kat sini
oklah settle pasal entry Adventure Cove Waterpark..dalam pukul 6 kami keluar memang sampai nak tutup la..kami still disini..haha.

ok sambung ke USS di pagi hari esoknya 18 nov 2013 .
Sunyi di pagi hari masuk USS terus ke transformer
Boleh baca sini ye pasal tiket promosi sentosa resort yang ciku amik.


http://tanggadomino.blogspot.com/search/label/Sentosa%20Resort



sunyi takde orang pun pepagi pukul 8 pagi -boleh amik gambo di semua zone.sebelum bekfas dan selepas bekfas tapi kami terus ke transformer tu.



Q yang pertama untuk hari itu 18 nov ..hihi
sakan bebudak ni bergambar dan pelik takde orang

Okla nak tido..penat amat baru abis berkampung kenduri di shah alam 3 hari..kenduri adik beradik dan kena tolong tolong masak gitu gini..hihi..tapi banyaknya tolong makan..haha.


Sakit gigi

Salam,

Anda mengalami sakit gigi ?gigi berlubang..adoila.pertengahan tahun hari tu ciku ada jumpa doktor gigi untuk tampalan.Dah tampal sementara..kejap je..ingatkan lama betul dalam klinik tu ..masa menunggu punyala lama..dub dub dub ..takut..haha..ciku memangla penakut jumpa doktor gigi..huhu..lepas tu doktor kata kalau terbuka tampalan tu..dia akan tampal tetap terus je jumpa doktor tak perlu appoinment..tak paham gue tampalan sementara ke sebelum ni.Pastu ciku diberi tarikh jumpa doktor bulan november lalu , pada oktober tu gigi lubang ciku sakit tapi ciku tak pegi jumpa doktor sebab ciku batuk non stop masa tu..lama gak..gerun lak kalau doktor tengah nak buat rawatan gigi..ciku terbatuk batuk..hihi.

Pastu ciku g bercuti langsung lupa pasal gigi.sebab dah tak sakit..hihi.Bebaru ni ciku pergi lagi jumpa doktor gigi kerajaan cam biasa sebab november hari tu tak pegikan..doktor kata gigi ciku kena buat rawatan akar..aduhh apakah itu..cikupun google la.Memang baik la doktor tu..dia sarankan gigi ciku yang berlubang agak besar itu untuk tidak dicabut tetapi dibuat rawatan akar.Tanam pokok ke dalam mulut..hihi.

Boleh baca kat blog ni pasal rawatan akar..tapi panjang sikit .

Antara info ciku dapat dari laman web klinik pergigian kesihatan

Bagaimanakah caranya untuk mengekalkan kesihatan pergigian yang baik?

Memberus gigi dua kali sehari iaitu sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Amalan memberus gigi atau sekurang-kurangnya berkumur setiap kali selepas makan juga amat baik untuk kesihatan pergigian. Amalan menggunakan kandungan gula serta pengambilan makan manis yang berlebihan. Selain itu, elakkan pengambilan snek atau makanan ringan diantara waktu makan serta amalkan pemakanan seimbang dengan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan untuk kesihatan pergigian.

Berapa kerapkah saya perlu membuat pemeriksaan gigi? 
 
Pemeriksaan gigi perlu dilakukan setiap enam (6) bulan atau sekurang-kurangnya sekali setahun.Dalam sesetengah keadaan,ianya bergantung kepada keadaan kesihatan gigi anda biasanya mengikut nasihat doktor gigi anda.

Apakah yang menyebabkan karies gigi atau gigi berlubang?
 
Karies gigi terjadi disebabkan tindakan bakteria yang terdapat didalam plak gigi, yang menghasilkan asid daripada sisa makanan. Asid yang terhasil menyebabkan hakisan permukaan gigi dan menyebabkan gigi berlubang. Pengambilan makanan manis yang berlebihan dan kebersihan mulut dan gigi yang kurang memuaskan juga akan mengakibatkan risiko kejadian karies gigi tinggi.


Apakah caj rawatan di klinik pergigian kerajaan?

Kos bergantung kepada jenis rawatan. Kos rawatan pergigian secara ringkasnya adalah seperti di bawah:
•    Perundingan RM1.00
•    Setiap tampalan gigi RM1.00
•    Setiap cabutan gigi RM1.00
•    Penskaleran RM2.00 setiap lawatan
•    Rawatan kanal akar RM4.00
•    Gigi palsu penuh RM50.00 setiap rahang
•   Gigi palsu sebahagian RM10.00 untuk plat dan gigi pertama dan tambahan RM2.00 untuk setiap gigi tambahan dengan maksimum RM25.00
Caj perkhidmatan yang ditawarkan oleh pakar pergigian adalah seperti di bawah:
Pembedahan kecil minor: RM50.00
Orotodontik: aplians pakai tanggal RM100.00, aplians tetap RM500.00 

***Apapun kalau anak ciku yang sakit gigi..cepat cepat je ciku bagi motivasi suruh jumpa doktor..hihi..tapi kalau ciku yang sakit gigi..macam ni la..ntah bila nak g cabut gigi atau rawatan akar tu..hoho..hari tu pegi cek gigi pun terkedek kedek dan macammacam alasan..hihi***

Berbaloi di Austin steak ,bangi

Salam,

Asik cuti je la dapur rumah ciku tu setiap sabtu ahad , lepas balik pantai timur hari tu..gantung periuk , kuali belaka.huhu..okla kita terus je pada tajuk entry tu.

Pertanyaan??Anda teringin makan steak dan berbaloi harga nya..meh la terjah sini..hihi. So tempat yang kami terjah sampai 2 x dalam seminggu adalah austin steak bandar baru bangi . Address penuh kotla korang nak terjah tapi cam ramai je orang dh tahu lokasinya .hihi..55-GF, Jalan Kajang Impian 2/1 (Taman Kajang Impian), Bandar Baru Bangi.Masa buka : 5.00 petang -tak pasti sampai pukul berapa..tapi ciku pegi pukul 9.30 malam ..ianya masih buka.

Tampatnya sangat cantik dan harganya berbaloi.Boleh tengok kat sini ..orang punya pic..ciku tak sempat amik gambo..terjah tengok kiri kanan atas bawah semua restaurant ni pastu makananpun sampai terus terkam makan.hihi.service cepat dan sedap.
Boleh je google gambo tempat ni.



Menu menu



Ciku order for the first time adalah
Chicken Marryland dan chic chop dan air jus kedongdong dan air jus apple asam boi. sedap tak terkata..hihi.Mushroom soup dan garlic bread.Bungkus fried spagheti.Banyaknya perkataan 'dan'..huhu.

Second time pergi  order 
Grill chicken dan Fillet steak ,air jus apple asam boi dan jus durian belanda..beef ball spagheti (untuk anak ciku),mushroom soup dan garlic bread.Bungkus fried spagheti.sedap jugak dan service cepat walau ramai orang tapi masih boleh bernafas la.hihi.

Ciku rasa air jus buah dia murah dan gelas beso.try le ye jika berkesempatan.

Ciku pernah pegi makan kat laman Grill bangi tu....sepingganpun dah berpuluh puluh (sekali pegi ok kot- berkalikali tu...tak le..).first time g situ makan Carbonara pasta, menu signature chef zubir(xingat nama apa),Norwegian Salmon & Chilean Blue Mussel memang sedap dan harganya bagi ciku tak bolehla nak pegi selalu..lalu selalu boleh le.


So kalau terasa nak makan ala ala gitu ...kami ke Austin Steak bangi ajela..berbaloi bayo dan sedap juga.orite udeh citer pasal makan.Macam nak demam dah ni..minggu ni ada jemputan kenduri lagi..jenjalan lagi makan free..mekasih jemput..dekat je ..shah alam .

Terlewatkah untuk Kem Motivasi Cuti Sekolah Di Putrajaya

Salam, 

SummerCamp Super Muslim Siri III 

 
Sebenarnya ada banyak program cuti sekolah yang sedang dan telah dan akan dilaksanakan tapi yang date available untuk family ciku adalah tarikh pertengahan dis 2013 so yang paling sesuai adalah Siri jelajah supermuslin ini. 

Alhamdulillah masih ada 2 lagi kekosongan masa ciku nak daftar tu.So ciku daftar dan buat bayaran online ke akaun supermuslim .Kemudian , mereka akan emel kepada kita jadual penuh dan lain lain butiran. Ciku pilih masjid Putra ,Putrajaya.InsyaAllah date tu sesuai dan anakanak ciku boleh turut serta.
  
4 objektif yang telah di sasarkan khas untuk peserta iaitu : 
  •  Memperkukuh sahsiah dan peribadi remaja muslim dalam menghadapi ancaman sosial 
  •  Membentuk karakter dan memahami erti anak soleh sebagai pelengkap kepada muslim super 
  • Memperkukuh asas & penghayatan fardhu ain dari aspek penguasaan wudhu, solat dan al quran 
  •  Menguasai teknik asas belajar dan persiapan menghadapi peperiksaan

 KAEDAH YANG DIGUNAKAN 

 Program ini mensasarkan anak-anak remaja berusia 8-17 tahun ( Lelaki & perempuan) yang akan dipecahkan mengikut tahap umur masing-masing .Ciku suka ni sebab mereka pecah ikut umur so ok mudah sikit bebudak sebaya nak berkomunikasi. Ni pun best ..peserta akan bermalam di masjid dengan kawalan daripada fasilitator terlatih . 

  • Sesi brainstorming
  • Tayangan Audio Visual yang sesuai dan berkaitan dengan topik
  • Workplay & presentation
  • Latihan Dalam Kumpulan LDK
  • Zikir doa pilihan sepanjang kursus
  • Qiamullail sebagai pelengkap rohani ( Pada hari terakhir kursus)
  • Sesi bersama ibu bapa di akhir kursus untuk menjamin kelangsungan impak kursus kepada peserta.


Biasa anak anak ciku g solat je kat masjid putra pastu balik rumah.Ni depa kena stay situ..harap harap sume ok dan terkawal.So far ,kalau bab makan ..anak anak ciku takde masalah kecuali sayur le..susah na nak pujuk makan sayur. 

ATURCARA SUMMERCAMP SUPERMUSLIM III 2013 

 
Harapan ,moga anak anak kami menjadi anak yang soleh dan solehah .Tak sabar nak tengok dan merasai apa perubahan yang bakal tiba.Harap perubahannya berlandaskan islamiah. 

"Anak-anak yang baik lahir dari ibu bapa yang baik"

S.E.A Aquarium the world’s largest aquarium

Salam ,

S.E.A. Aquarium is located in Resorts World Sentosa, within Sentosa Island . Discover the awe-inspiring world of life in the ocean at the world’s largest aquarium accredited by GUINNESS WORLD RECORDS.With more than 800 species of marine animals, the aquarium is home to majestic manta rays, enormous goliath grouper, napoleon wrasse, and other gentle giants of the sea. Come face-to-face with over 200 sharks and uncover the centuries of myths about these ocean predators.800 species of marine animal over 10 zones in 49 habitats.
Tetiba speaking london lak ciku today..haha.itu cp paste aje dr web RWsentosa .


Map of S.E.A  Aquarium

Tiket Masuk :
One day pass - 
Adult :$38  
Child (4 to 12 years old) : $28
Masa :10AM -6PM (lepas bekfas terus masuk le)

Ataupun 

Multi-Park Pass

Buy a Multi-Park Pass and save 10% off ticket prices when visiting two or more of our fantastic attractions.
ParksTicket TypeAdultChild
(4 to 12 years old)
S.E.A. Aquarium™
+
Universal Studios Singapore™
One Day Pass$100$74
Two Day Pass$163$120
S.E.A. Aquarium™
+
Adventure Cove Waterpark™
One Day Pass$67$49
Two Day Pass$110$80
S.E.A. Aquarium™
+
Adventure Cove Waterpark™
+
Universal Studios Singapore™
One Day Pass--
Two Day Pass$217$159
 
Ciku amik pakej ke 2 untuk budak sahaja sebab USS dan adult untuk adventure cove dan sea aquarium dah settle masa pakej online sebelum datang cni.
Dan ianya include admission to the The Maritime Experiential Museum so kami terjah sekali ke museum maritim ni..banyak sesngat kapal beso kecik ..kapal yang macam jong besar macam betul betul pun ada.bebudak ni seronok la..kami pun teruja la tengok sejarah laut dunia .

anak anak dh tak sabo sabo nak masuk


Ada shark bawah kaki kami.


ni macam kat KL Aquaria tu




Tak sabo sabo nak g tgk the real shark

Tempat staff depa cek beg..kami bawak mineral je pun.
Isi perut kenyang kenyang masa bekfas.

Stingray - kami tengok je dari jarak dekat dan jauh..nak pegang kena bayar..hoho.takyahla.


Maritim museum..tengok tengok masa nak masuk dan keluar S.E.A AQUARIUM







ciku dan famili siap bersila tu - teruja tengok shark,dolphin dan pelbagai lagi spesis laut.




Dalam tu , selain yang macam dalam gambo tu ada restaurant gak .Ada restaurant (Ocean Restaurant) and a quick bite corner (S.E.A.side Snacks) . Tepi tu ada toilet..sebabnya anak ciku nak g toilet so ciku bawakla anak pg toilet dan patah semula ke hubby n the grup.Dalam S.E.A Aquarium ni ada part or zone yang golap.Tapi ok je.sebab nampak cahaya lampu ikan ikan tu.Dalam S.E.A Aquarium ada makanan yang dibolehkan bawak masuk mcm air mineral..hihi.

Kami keluar dari situ dalam pukul 3 petang ..ntah apa yang lama bonar..bebudak ni suka teruja tengok ikan shark,dolphin dan lain lain tu.Masa dulu g Redang ,Tioman dan Aquaria KL tak nampak shark..tu depa teruja bonar..hihi.pastu dapat pegang tapak sulaiman..anak ciku yang kecik siap bengkok bengkokkan tapak sulaiman tu..adoila .Staff situ gelak je maybe dah ramai budak teruja gitu.nasib tak dicampak keluar je..haha.

Grup kami 3 famili..tapi satu lagi grup dah kuar awal ..maybe tak sut kot ngan jiwa anakanak depa..hihi.Okeh amik gambo tak abisabis kat situ sebelum kuar..ntah bila nak pg lagi..hoho.
Lokasi nya sebelah je nagn Adventure Water Cove (ni boleh main air macam sunway tu..cuma banyak spesis ikan termasuk dolphin- best ever)
Alhamdulillah :)