Wednesday, December 11, 2013

Terlewatkah untuk Kem Motivasi Cuti Sekolah Di Putrajaya

Salam, 

SummerCamp Super Muslim Siri III 

 
Sebenarnya ada banyak program cuti sekolah yang sedang dan telah dan akan dilaksanakan tapi yang date available untuk family ciku adalah tarikh pertengahan dis 2013 so yang paling sesuai adalah Siri jelajah supermuslin ini. 

Alhamdulillah masih ada 2 lagi kekosongan masa ciku nak daftar tu.So ciku daftar dan buat bayaran online ke akaun supermuslim .Kemudian , mereka akan emel kepada kita jadual penuh dan lain lain butiran. Ciku pilih masjid Putra ,Putrajaya.InsyaAllah date tu sesuai dan anakanak ciku boleh turut serta.
  
4 objektif yang telah di sasarkan khas untuk peserta iaitu : 
  •  Memperkukuh sahsiah dan peribadi remaja muslim dalam menghadapi ancaman sosial 
  •  Membentuk karakter dan memahami erti anak soleh sebagai pelengkap kepada muslim super 
  • Memperkukuh asas & penghayatan fardhu ain dari aspek penguasaan wudhu, solat dan al quran 
  •  Menguasai teknik asas belajar dan persiapan menghadapi peperiksaan

 KAEDAH YANG DIGUNAKAN 

 Program ini mensasarkan anak-anak remaja berusia 8-17 tahun ( Lelaki & perempuan) yang akan dipecahkan mengikut tahap umur masing-masing .Ciku suka ni sebab mereka pecah ikut umur so ok mudah sikit bebudak sebaya nak berkomunikasi. Ni pun best ..peserta akan bermalam di masjid dengan kawalan daripada fasilitator terlatih . 

  • Sesi brainstorming
  • Tayangan Audio Visual yang sesuai dan berkaitan dengan topik
  • Workplay & presentation
  • Latihan Dalam Kumpulan LDK
  • Zikir doa pilihan sepanjang kursus
  • Qiamullail sebagai pelengkap rohani ( Pada hari terakhir kursus)
  • Sesi bersama ibu bapa di akhir kursus untuk menjamin kelangsungan impak kursus kepada peserta.


Biasa anak anak ciku g solat je kat masjid putra pastu balik rumah.Ni depa kena stay situ..harap harap sume ok dan terkawal.So far ,kalau bab makan ..anak anak ciku takde masalah kecuali sayur le..susah na nak pujuk makan sayur. 

ATURCARA SUMMERCAMP SUPERMUSLIM III 2013 

 
Harapan ,moga anak anak kami menjadi anak yang soleh dan solehah .Tak sabar nak tengok dan merasai apa perubahan yang bakal tiba.Harap perubahannya berlandaskan islamiah. 

"Anak-anak yang baik lahir dari ibu bapa yang baik"

2 comments:

Time Traveller said...

Amin..moga menjadi anak2 yang soleh dan solehah..

CIKU said...

amin..insyaAllah.

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...