Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Banjir 2014


Ya Allah,
jika bencana yang melanda negara dan rakyat kami adalah kemurkaanMu terhadap dosa-dosa kami, Engkau ampunilah kami dan terimalah taubat kami.

Ya Allah,
jika bencana yang melanda negara dan rakyat kami adalah peringatanMu terhadap kesalahan kami yang lalai dari mengerjakan suruhanMu dan derhaka serta engkar melanggar larangan-larangan Mu, Engkau bukalah pintu hati rakyat kami untuk insaf dan berubah memperbaiki diri 

Ya Allah,
kami pohon janganlah jadikan kaum kami umat yang degil dan sentiasa memberi alasan dari kesalahan-kesalahan kami sehingga kemuncak kemurkaanMu 

Ya Allah,
jika semua bencana yang melanda rakyat dan negeri kami adalah musibah ujian bagi menguji kami, maka Engkau tabahkanlah hati kami, tetapkanlah iman dan agama kami, jauhilah kalimat kufur dari lidah kami, jauhilah lintasan hati dari bisikan iblis dan perbuatan jahat anggota kami.

Ya Allah,
amat benarlah kekuasaanMu.
Kami ini dari Mu Ya Allah dan kepada Mu lah tempat kami kembali.

Ya Allah,
Engkau gantikanlah semua kesedihan kami dengan kegembiraan dari pengampunanMu. Segala kerugian dengan keberuntungan dan segala yang hilang dengan balasan dan ganti yang lebih baik.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat-sahabat kami,
Dan semua penduduk di negeri-negeri yang terkena musibbah banjir ini

Sumber FB


Ciku dan rakan rakan turut menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa banjir di negeri terlibat dengan bersama-sama membantu menghantar dan mengumpul bantuan berupa makanan tin , pampers dan lain lain di JPAM presint 15 Putrajaya. Semoga usaha dan doa kita ini akan diterima Allah 

PROGRAM SUMBANGAN BANTUAN BANJIR
(Dengan Kerjasama Jabatan Pertahanan Awam W. Persekutuan)
Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyebarkan berita program ini kepada kawan2 di kawasan Putrajaya, Kajang, Bandar Baru  Bangi, Puchong dan kawasan2 sekitarnya. Sesungguhnya sumbangan kecil anda akan memberi makna yang besar kepada mereka di sana.
TEMPAT PENGUMPULAN
- Pejabat JPAM Putrajaya (Presint Diplomatik)
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi JPAM Putrajaya 0388881999

Maher Zain - For The Rest Of My Life

Salam,

Lego mengasah minda

Salam,

Ciku bawak anakanak jln alamanda putrajaya hari ni..lepas lunch,kami jenjalan lagi pastu anak anak ternampak lego toy r us ni..area ruang legar carre4 , free main sambung sambung lego tu.Apalagi anak anak ciku mmg le suka lego tp kebanyakannya kami bkn beli di toy r us..kami beli di toys area lekas highway nk ke senawang tu..hihi.bukan original tapi berbaloi untuk mengasah minda mereka.Ciku pernah sekali beli lego di US masa hubby ke sana dan pernah beli di toy r us bila buat half price atau for members  tapi kebanyakannya ciku beli di kedai toys seremban tu.hihi.anak anak ciku memang suka benar ngan lego..kagum gak tengok depa ni sabo ikut step buat lego lego ni.hihi.

Meh nak kongsi sesikit kat sini.

suasana di area care4 alamanda tu..

Anak anak ciku suka tengok EvanTubeHD kat you tube..ciku pun suka tengok..comel je adik beradik tu ngan lego depa.Tengok ajela ..nak beli the real tu selalu..tak mampu dek non.hihi.Orite cau cin cau.

Festival LAMPU di putrajaya

Salam ,

Hari ni nak kongsi Gambar ke Festival Lampu di Presint 2 , Putrajaya (12 /12/14 - 14/12/14 )..Semalam ciku dan famili dan sedara mara lingkungan umur 7 tahun - 45 tahun g terjah.Kami dah siap makan nasi ayam penyet di hentian bas kajang pastu g beli baju sekolah bebudak ni kat pasaraya MU kajang tu.Solat di Masjid UKM pastu terus ke putrajaya tengok festival LAMPU.Dalam kul 9 malam kot sampai ..parking area belakang Wisma Tani dan jalan kaki ke area maybank presint 2.Lepak situ dulu sebelum gerak  ke sepanjang kiblat walk masjid mizan.









Kami tak ke "Persembahan Water screen " area Monumen Presint 2 area Restoran Umai tepi tasik tu.Sini ciku tak terjah..sayang je.Kami jalan area maybank presint 2 dan masjid mizan..dah macam kat ICT je..hiihi.Ada game LAMPU Grand Prix guna tab yang disediakan free..minit terpantas setakat masa tu ialah 40 saat.Kena tulis nama dan IC pastu main lawan 2 orang..bebudak ni sume try.hihi.Ada car light show..tak tau kena bayar ke idak.kereta jenis yang bulat kecik tu..huhu..tak tau namanya.

Singgah toilet area maybank..hihi..itupun nak stori.Pastu ke gerai Ayamazz Roti Impit area kanan maybank makan roti sosej (rm3.80) dan teh o ais setiap sorang kalau memandang Istana kehakiman tu.Kami lepak situ je dalam kul 11.20 dah settle sume..yang pancaran projektor mapping tu duk ulang ulang je kalau tak silap.

Orite itu aje aktiviti di putrajaya semalam.


3 Hari 2 malam di Regency PD

Salam,



Coconut Groove - ciku tak makan sini pun set teh tarik n sepiring kuih cucur rm15++..cancel terus..hihi.




Main kat luar futsal court je..huhu.Sejam rm40 kot kalau tak silap.boleh semak website hotel nnt.

  

Ni url website hotel 

Ni stori cuti cuti last week , ciku bersama 3 keluarga lain ke Regency PD sesaja bawak anak anak cuti sekolah ni.mandi laut.nak kata bersih sangat takla jugak..hihi.Seronok bebudak ni main pasir laut tu..cari cari kerang dan anak ketam..siap buat lubang pasir untuk tanam kaki dan badan ..best gak.Ciku pun turut serta.hihi

Ciku memang suka jalan jalan tepi pantai waktu pagi so pepagi tu dalam kul 7 pagi ciku dan anak anak buah yang dah sakan sangat nak ke laut tu berjalan la tepi tepi laut tu..sonok dapat jejak kaki kat pasir laut..sejuk je.

Kami mandi laut beramai ramai..tapi anak anak buah yang kecik g mandi kolam atau kalau nak mandi laut kena ada makayahnya sekali...takut gak dengan banana boat tu laju area situ..huhu.Ciku asik tenggelam timbul je..pergi kelas swimming dulu dulu kat putrajaya tapi tak de le pandai bonar.asik tenggelam je.haha.

Sebelah petangnya , hubby ciku dan adik beradik lelaki main lawan bola sepak sekali ngan anak anak buah.sape team menang..pastila bebudak menang.bapak budak sume berat dah..hihi.mak budak lagi berat..rest jek.hoho.main je jangan marah.

Tentang makan , selain masak di Apartment tu ..kami  ada g makan kat paklang kopitiam.Order macam macam la termasuk roti bakar stim.Kami sembang gak ngan owner tu. Dulu ciku pernah datang sini tapi la ni nampak macam dah berubah so sembang sikitsikit ngan owner kopitiam ni..hihi.cam dah kenal lama lak.Adik bungkus satay samuri area bandar PD untuk kudapan malam 100 cucuk ,Akak masak nasi goreng plus goreng ayam dan sardin,tumis sawi..sedap gilos makan reramai.Ciku's famili potong buah buahan makan ngan kuah rojak mak buat.Nugget, drummet sume kami goreng je ..biasala bebudak seramai 8 orang ni lapo je..hihi.Kami bawak telur sepapan..habis pada hari ketiga tu.settle sume soal makan untuk 3 hari.Plan nak g ice room area waterfront PD ,tapi dah takdo..tutup.Ice room yang di area bandar tu dah tutup gak dah jadi kedai mamak.ice room bangi ajela nampaknya.

Bilik di apartment regency ada 3 bilik ,2 bilik air so cukupla untuk kami 3 keluarga.bilik utama (katil king),bilik kedua ada 2 katil single ,bilik ketiga ada 2 gak katil single atas bawah.mana yang tak cukup ,bawak toto ..tido di hall.hihi.settlekan.

Ada muzium tentera area sini..ada banyak kereta kebal tapi ciku n famili pernah datang muzium ni dulu so kali ni tak yah masuk la..hihi.Kami terus check out kul 3 dan balik ke destinasi masing masing.

Alhamdulillah percutian kali ini sangat seronok dan cukup sempurna.Semoga ukhwah antara kami semakin akrab .



Hotel bajet station 18 Ipoh

Salam,

Nak kata bercuti takde la sangat cuma kami dan rombongan pengantin dari KL bermalam satu hari di Hotel area station 18 Ipoh. Bagi yang tak tau kawasan ini, ianya terletak di area Tesco Ipoh dekat area kampung pengkalan pegoh station 18 .Kalau dari KL , masuk simpang pulai sebelah kiri.Nama hotel ialah checkedinn station 18, ipoh.

Ciku amik pic dari agoda je ye ..hihi.Harga rm65.00 semalam untuk double deluxe room by agoda.okla ..dalam tu ada aircond,1 toilet,katil satu size king , almari solek ,free wifi dan TV siap bermangga(lock)..hihi.ruang agak sempit tapi okla boleh bentang sejadah pastu duk je atas katil reramai.hihi.Itupun pegi hotel dalam kul 12 malam kot..memang tujuan bermalam sahaja.Dan ciku datang terjah je dan ada kekosongan kat situ.Agak kecil jika keluarga besar dan bersaiz besar untuk jenis ini.



Boleh click url ni juga 


Hari yang terakhir kami tido di hotel suria area masjid pengkalan pegoh juga . Ciku rasa design lebih cantik dari checkedinn .Orite kami tak jalan manapun selain AEON ipoh tu aje.Cuma di r n r hentian tapah , ciku n famili suka makan di salah satu kedai masakan cina muslim ."Mee Kicap" .