Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Cuti santai 2 hari 1 malam di Solstice Cyberjaya

Salam,

Nak eja dan sebut pun agak sukar.hihi.Lama tak update pasal cuti cuti. Kali ni cuti singkat aje biasa kami kalau bercuti di cyberjaya, kami akan pilih dash box..tapi kali ni saja nak tukar angin. Ciku tengok dalam website booking.com. Harga booking.com RM129.00 tengok pada deal.Tapi time ciku booking dapat rm150.00 plus 10%.

Nama lokasi : Solstice @ Pan'gaea apartment satu bilik , ada dapur dan kolam yang sangat cantik (Kami suka kolam tu) .

Bilik untuk keluarga kami ok aje .Kena bawa toto. Cuma bilik kurang bersih masa kami check in dan kettle not function so masak air pakai pot yang juga disediakan.Buat teh panas panas dan cicah biskut. Bilik sangat sejuk but ok just nice .

Ni pic gambar pepagi dah turun mandi..aduhai

Gallery image of this property
Rooftop. ehsan 



Situated within 2.1 km of DPULZE Shopping Centre in Cyberjaya, Solstice @ Pan'gaea offers accommodation with a kitchen.
All units feature air conditioning and a flat-screen TV.
  • Bedroom 1: 1 double bed 
  • Living room: 1 sofa bed 

  • Ok  nak stori makan, kami suka makan sotong panas dan bawal panas di terminal cyber atau di arena sukan tu .Tapi masa cuti ni kami makan di homyst .Sedap .Esoknya makan di Restoran mohd chan putrajaya..pun sedap..sangat sedap.hihi.

  • Orite settle percutian ringkas 2 hari 1 malam.
  • Stress


    Image result for stress


    Image result for stress

    JOMS I NEED TRAVEL MAYBE NEXT HOKAIDO OR KASHMIR..LETS DO IT!!

    Bercuti di Avillion Port Dickson


    Salam,
    Alhamdulillah. Ciku dan keluarga berkesempatan menginap di Avillion pada sabtu -isnin yang lalu.
    Pakej yang kami grab masa Matta fair. 
    • Menginap di Avillion include breakfast for 2 person
    • Wild West Cowboy InDoor Theme Park
    • Trick Art
    • Karaoke (Ni kami tak masuk sebab tak sesuai..hiks)

    Kami gerak pagi ke Mambau terlebih dahulu , pekena nasi lemak ayam halimah di Mambau.
    Kemudian terus ke PD Wild West Cowboy InDoor Theme Park.
    Tempatnya simple .Anak anak seronok je .Try semua games dan bagi kami the best is Games escape the room.Simple aje bagi orang dewasa tapi bagi anak anak depa suka je.
    Nak dapatkan clue kena melalui  simple rumah hantu (gelap lor tapi ok aje) , maze mirror , cari telur dinasour, buat sikit soklan math dan dapatkan kunci yang banyak.Last bukak paddle lock with numbering tu..semua step kami lepas escape tapi kami sekeluarga salah kira tang math tu so kunci yang last tu tak dapat bukak..hihi.KALAH dan game escape ni ada masa yang diberikan.Kalau menang tak dapat hadiahpun tapi anak anak seronok .its ok aje.

    Indoor theme park featuring kiddie rides, cowboy-themed games & shows & a 3D art gallery.
    Address: 59-64, Jalan DS 2/7, 
    Bandar Dataran Segar, 
    71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

    Trick Art
    Ini kali keempat ciku dan keluarga pegi trick Art. Cantik dan best aje. 

    First time di Jeju ,korea
    Second kat ICT Shah Alam
    Third di Langkawi
    And this is forth di PD.hihi.

    Kami lunch burger King kat tepi trick Art tu aje.

    Avillion Resort Water Chalet Seaview 
    Designed with the architecture of an Old World Malay fishing village in mind, the resort fuses traditional culture with contemporary luxuries . Seaview chalet, natural walk, mini petting zoo. Nice environment.
    Resort ni nampak dah lama tapi bagi kami ok aje..cantik , banyak pokok pokok dan yang penting atas laut dan bilik kami paling hujung. Bangun je tdo nampak laut dan pokokpokok kelapa..really amazing view. Dan dalam bilik just nice dia punya feel very good with the surrounding aircond and whatever.Alhamdulillah

    Avi Lounge located kat atas Avi Spa. Tempat ni memang exclusive for adults only. Entry for age of 16 and above only
    During my stay at Avillion ni the package was inclusive with evening cocktail. Cantik terkejut serius cantik tapi kena g awal kalau dak ..ponuh.
    Evening Cocktail:  6.00pm-7.30pm

    Kami banyak duk di tepi Pantai tapi tak mandi laut.Just main pasir, kutip ketam kecik ,main bola sepak/bola tampar. Mandi di Kolam. Disebabkan hubby ada kerja on second day so ciku dan anak anak sahaja.Ok aje.

    Makan dalam pukul 3 petang di Double Queue Thai Cuisine Port Dickson .Sedap aje.
    Menu Nasi goreng seafood tomyam dan lenlain la.hiks.
    Opening at 11:00 AM
    https://double-queue-thai-cuisine-port-dickson.business.site/

    Pukul 6.30  petang kami ke Avi Lounge for evening cocktail only for kami berdua ala alahai.hari pertama sampai tu kami dapat duk kat luar .Hari kedua kami duk di dalam aje sebab dah penuh kat luar .Ok aje.nampak cantik juga sebab duk tepi tingkap.

    Best meh view sket gambar


     






    Free Time manjakan diri dan sihat

    Salam,

    MERDEKA !!! Merdeka bukan hanya di mulut sahaja tapi kita sebagai rakyat malaysia harus padu dan jati sebagai seorang yang benarbenar anak malaysia dan banggakan diri sebagai anak Malaysia.Jaga maruah dan Jaga perilaku .

    Orite Ciku baru balik dari dash Box cyberjaya (bercuti 2 hari ) dan alor setar bukit kayu hitam  (4hari - flight AA) bercuti cuti selepas balik dari melaka tempoh hari .Tapi hari ini bukan nak stori pasal cuti cuti tdo tdo hotel tu atau makan makan  ..hihi

    Nak stori pasal Free time is time spent away from business, work dan apa apa lagi la.Ciku rest only for one day - going for urutan beserta fisio(RM120) tapi bukan spa urut urut ala ala bali tu..hihi. Ciku ke Physiogo Bangi area dan kemudiannya ke muslimah beauty putrajaya untuk urutan kepala dan cuci cuci rambut (RM60).hihi..okla kan harga tu.
    Alahai nak stori panjang pun sebab ciku buat rawatan rambut so susah sket nak share . Tapi ciku ada bertanyakan pasal harga rawatan dibawah.Ciku pernah buat bekam angin kat sini juga. 

    untuk rambut beruban dan inai  - rm50++
    untuk rambut berkutu -rm50 jugak.
    untuk rambut berkelemumur dan rambut gugur agak mahal sket..tak ingat berapa kena call tanya ye.hihi

    Image result for muslimah beauty salon putrajaya

    Muslimah Beauty Salon & Spa Putrajaya, Presint 9 Putrajaya
    Alamat : Lot Kedai Putra Harmoni, 16A, Jalan P9 B/1, Presint 9, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
    Phone: 03-8861 3883

    Ciku cek pinggang sebab mcm nak cramp aje so fisioterapi tu tekan tekan cari point then di cek nya tiada yg mudarat tidak worst lah.alhamdulillah.Pastu dia letak hot pad dan urut area yang berkenaan sehingga urat menjadi lembut gitula kot bahasa dia .hihi..dan alhamdulillah dalam sejam tu..ciku dah ok dan rasa lega.

    Ciku pernah buat rawatan dengan mereka sebelum ini tapi this is my first time datang tempat ini.Bagi ciku kalau orang yang sakit tak boleh banyak gerakan tu better panggil fisioterapi datang rumah sebab tempatnya bertangga dan masa kita call tu dia akan tanya keadaan kita dan akan suggest dulu before datang.
    ni url artikel ciku sebelum ini .

    Image result for physiogo bangi


    Ciku pegi buat medical checkup jugak dan result baru dapat . Alhamdulillah all is normal cuma kolesterol tu agak lebih dari sepatutnya 5.2 tapi doktor kata ok aje dan masalah besar pada BMI..hihi..cmanaa nak turun mendadak gitu..adui.Tapi ciku jawab insyaAllah saya akan cuba cantikkan BMI saya.chaiyok

    Bagaimana dikala free time ciku manjakan diri selain spa dan urutan tu..ciku akan rest nengok muvi sensorang dan tidur lena tanpa sempat bermimpi..ye ke..haha.Okla joms goreng popia ketam ..masak makan masak makan pastu bising gomuks..haha

    Cuti melaka di terrace cottage

    Salam

    Kami dalam 2 famili sempat bercuti ke melaka bebaru ni. Sebelum ke melaka atas urusan hantar anak buah masuk uitm situ, kami sarapan di nasi lemak ayam goreng mambau dulu.hihi jauh bekfas.

    Kemudian kami terus menuju ke alamat homestay kami
    No 71, jalan BS15, Taman Bertam Setia

    Kami dah booking dan byr awal seminggu kot.Senang je cari guna waze.Terkejut masa masuk rumah ni.ID(Interior design) nya cantik alaala english cottage dan penuh barang hiasan.Risau jugak tp setakat kami duduk 2 hari tu.satu frame kecil buatan dr kayu terjatuh dan alhamdulillah tuan rumah kata tak perlu diganti..fuh..hiks


    nanti sambung ye..

    Life is Journey


    Salam semua,

    Hari ni syawal terakhir , alhamdulillah ciku dapat menahan diri dan berpuasa 6 syawal untuk tahun ini.Hari ni raya..yeahhh.Ada jamuan raya lagi hari ni kat opis skrg dan opis lama.Alhamdulillah masih sudi jemput kita ni.

    Nak stori semalam menu terakhir puasa 6 syawal.
    ciku sempat masak untuk berbuka  lepas ambil baby di taska dalam pukul 6 petang .
    Apa yang dimasak ?
    sambal tumis  bilis tempoyak
    Pecal rebus sayur
    Goreng ikan pekasam
    kari ikan

    Rutin hari ni (saja nak share)

    Mak mertua dan mak ciku ada di rumah dari puasa sehingga hari ini dan esok kami akan ke melaka hantar anak buah masuk Uitm .

    Pepagi lagi ciku dah settlekan kain baju termasuk baju sekolah.Petang nanti bleh gosok takut terlambat balik dari melaka ahad nanti dan penat so settlekan awal.

    Masak sarapan pagi tadi for my 2 moms , cekodok jemput jemput bilis goreng tepung adabi bilis tu campur dengan tepung gandum sikit dan ikan bilis dan bawang.Goreng dan hidang bersama kuah pecal semalam. Air milo juga. Kudapan sarapan ini untuk anak anak  sebelum ke sekolah (kenkadang je ) dan my 2 moms and my lovely hubby.
    Buang sampah sebelum ke sekolah tugasan anak sulong ciku.

    Lunch order ngan akak opis , ikan keli sambal dan ciku just goreng pekasam dan tumis sayur untuk anak anak dan my 2 moms di rumah untuk makan lunch.

    Petang ni anakanak ciku yang lain dah besar so depa akan pack baju sendiri. Ciku cuma akan pack baju baby dan kelengkapan baby sahaja serta baju kami berdua ngan TL.(ini kalau travel dekat 2 aje dan jumlah hari yang singkat).

    Dalam keadaan semua ini ,mustahil mulut ciku terkunci rapatkan.hihi. Walaupun anak anak dah besar , pasti kena jeritan dan bebelan ciku yang merdu.haha
    i love them all.Alhamdulillah 
    when i woke up
    i am alive
    i am healthy
    i can see all my families beside me and touch them.
    Tq Allah.
    Moga murahkanlah rezeki kami dan permudahkanlah kami dalam membesarkan anak anak ini anugerah dari mu Allah serta moga kehidupan kami diberkati oleh mu Ya Allah.Ameen
    From Allah To Allah.





    Raya 2018

    Salam syawal semua,

    Ramadhan telah berlalu, syawal juga hampir berlalu. Sedang menghabiskan puasa 6 syawal.
    Setiap sabtu ahad ciku dan famili pasti ada jemputan open house raya dan tetamu juga datang ke rumah kami tak tentu masa .Bagi ciku sekeluarga it's ok..insyallah kami jamu apa yang ada , cuma pada kebiasaannya tetamu ciku akan bagitau 2 jam sebelum paling lewatpun..hihi .

    Menu dan Tetamu yang pernah datang ke rumah sepanjang raya tahun ini 2018 .
    Jemputan berperingkat
    (ciku tak buat open house tahun ni but alwiz open house sape nak datang bebaru ni).

    Menu
    Pasta carbonara
    lemang panjang beli kat bangi 
    Rendang ayam dan daging
    Nasi lemak bungkus sendiri ye
    mee sup
    Nasi impit kuah kacang
    Bihun bilis
    Durian kampung jiran jual..hiks
    Nasi putih (kari ikan ,sambal tumis tempoyak,ikan pekasam,timun)
    Air teh tarik dan Sunquick markisa ais

    Tetamu
    Jiran berdekatan
    Rakan opis 
    Pakcik makcik sedaramara dari KL
    Adik beradik 
    Student Madinah first time datang Malaysia (Pakcik prof di Madinah)
    Kengkawan studi hubby dan ciku
    kengkawan sekolah anak anak ciku
    kengkawan mak (mak ciku duk ngan ciku hampir sepanjang ramadhan dan syawal ni)

    Alhamdulillah dapat mengeratkan lagi jalinan silaturahim antara kami semua.InsyaAllah

    Alhamdulillah selesai semuanya. Kami akan ke melaka minggu ini mencari asam podeh..jomss.Ada yang kata kat semabok melaka tu sedap..hiks.Tapi ke Mambau dulu mencari nasi lomak..menambah berat ni..adui.

                   Ciku berbaju biru (baju 2 tahun lepas - berat cuma turun 1 kg aje..59KG reveal tu .haha) 

    Sapporo PlanTrip Jan snow 2019

    Salam,


    InsyaAllah. Harap semua sihat dan dipermudahkan. Ciku masih studi dan terokai Sapporo Japan. Belum pernah touch down sana. Trip kali ni masa singkat sebab mengambil kira persekolahan anak anak ciku tersayang (2 hari ambil cuti sekolah). For ciku ,this is my third time touch down japan with my lovely hubby tapi sapporo first time..hihi. Alhamdulillah.




    Halal Food map - Template Hard copy 

    TRIP TO SAPPORO EARLY 2019

    RATE 100 YEN = RM3.70

    Early 2019(6 days)- (anak2 kena cuti sekolah / cuti dari keja – 2 Hari) 
    2 family

    Opening hrs of New Chitose Airport Terminal 
    Domestic        : Open 6:20 Close 23:00
    International  : Open 6:30 Close 22:30
    Connecting Path : Open 6:20 Close 23:00
    Hotel by AirBnB di area dan last day hotel area airport new chitose japan
    Refer https://www.japan-guide.com

    Terpaksa diedit jadual word tu sebab alburuks so kita 'conclude'kan gini ajela ye..hihi

    Travel hanya sekitar bandar Sapporo dan Mount Moiwa. Paling jauh maybe Area Sakaemachi . Disebabkan bawa anakanak yang first time bersalji .Last depa pernah travel pun paling sejuk 2 darjah celcius tapi tak bersalji.InsyaAllah nerbes plok ni..hiks

    Maher Zain


    Terdiam terpaku 
    Apakah aku masih disini 
    Riuh di sana sini namun aku tetap diam terpaku 
    Kenapa dengan diriku
    Airmata mengalir 
    Tak tau apa yang aku fikirkan
    Aku dapat pelbagai..alhamdulilah rezeki dari Allah
    Semalam rumah seorang staff disini terbakar dan aku tengok banyak kucing ,arnab dan seorang wanita tua dari rumah dia .Semua selamat .
    Hati tersentuh.Di sini mak ku juga tinggal dengan kami dan kadang kadang beralih ke rumah anak anak yang lain .Semoga mak senantiasa sihat.

    Sedih sehingga mengalir airmata setiap kali ingat, arwah ayah juga telah tiada, my ketua di pejabat juga telah bertukar naik pangkat. Tak tau kenapa sukar nak mentafsirkan. Di hujung hujung harinya bersama kami, aku baru nampak kewujudan ketuaku dan aku cuba untuk tidak menampakkan aku bersedih. Ketiadaannya baru ku sedar.(sb keja dah jadi byk..hiks.ye ke).
    Apapun moga berjaya disana .

    BERSYUKUR DENGAN SEMUA NIKMAT ALLAH.ALHAMDULILLAH

    Jari jemari menaip sambil mendengar lagu Hold My Hand by Maher Zain
    Awaken by Maher Zain  , Open your eyes also by Maher Zain. i'm a fan of him..maybe..
    tukar mood la..pasang lagu Aa Ab Laut Chalen ..hiihi

    SALAM JUMAAT SALLAM SYAWAL


    Related image
    ala ala ciku dan mr hubby di usia dahulu ..hiks

    Beraya di Tasik Chermin Ipoh

    Salam raya semua,

    Belum terlewatkan untuk mengucapkan selamat hari gembira ini di bulan syawal.

    Nak stori bebaru ni ciku ke Ipoh dan Ciku terjebak tengok satu blog dan tertarik dengan tempat ni..so ciku's sefamily decided to go selepas pegi kenduri kahwin dan open house sepupu pada hari raya ke lima.


    Sebenarnya dah 2 kali masuk naik kereta tapi waze bagi jalan mati dan ada tanda amaran tulisan merah situ..berbahaya so kami patah balik keluar sampai ke area tepi jalan sebelah proton tu tapi nampak ada 2 kereta masuk then kami masuk semula ..hihi.

    Tapi kereta tu pun keluar semula ..haha.Last kami stop kereta dan masuk jalan kaki..JUMPA tempat macam dalam gambar blog tu..hihi

    Laluan agak mencabar memula kena panjat langkah satu macam pagar dawai ..hihi lepas tu kena berjalan kat jalan berbatubatu dan tak berturap pastu naik bukit sikit ..hihi.okla takdele susah sangat. Ciku sebenarnya dah angkat tangan xmo masuk dah tapi TL ni bersungguh sebab dia kata dah sampai kita cuba macam kata kata perangsang masa kami hiking dolodolo..hihi.oookkk laaa.

    Pastu jumpa plok gua gelap tapi bleh nampak ada cahaya kat hujung gua tu..last alhamdulillah dapat masuk dan keluar dengan selamat..anak anak ciku ni tanya ..umi ada dinasour ke hantu ke? adoiii

    credit to https://www.malaysia-traveller.com/tasik-cermin.html

    Meh share the picture











          NI pic baby CIKU kepenatan melayan tetamu yang datang ke kampung kami ...IPOH...usia dah 10 bulan .Alhamdulillah

    Bercuti on the spot di First World Hotel dan murah

    Salam Ramadhan 

    Nak stori juga walaupun cuti cuti bukanlah berlaku pada ramadhan ni.hihi.
    Lepas PRU 14 hari tu..kami decide ke genting hihgland dan book on the spot by agoda -Resorts World Genting - First World Hotel .ambil 2 room type standard room ..nak tau harga..ciku pun terkujat..rm50 satu bilik plus rm5 sebab minta interconnecting..murah. so total rm105.00.

    Alhamdulilah dapatlah bersejuksejuk kat atas tu dan hotel kena check in dan check out guna kiosk je..wow..kalau tak reti..ada je staff dia akan tolong.Jangan memalu panggil je..hihi

    Kami pegi kenduri dulu kenyangkan perut kemudian baru naik atas.Masa tu dalam 19 darjah celcius. Kami tak ke Genting Premium Outlet sebab ritu dah pegi lagipun xde apa nak cari situ..kihkih.

    Menikmati cuaca kesejukan di Genting highland..best .alhamdulillah.

    Makan dimana..kami makan di Nene Chicken ..menu sume ayam dan burger ayam le..hihi..air refill free.Bleh refer url :
    http://www.nenechicken.com.my/

    Gambar dibawah semua ehsan dari google

    yg color2 tu hotelnya
    Lobby yang bukan self check in
    Standard Room
    19 m²/205 ft² 

    Aiskrim Choki choki susu sambil berangan ke Perth







    Cuti bebaru ni ciku terajin plok buat eskrim choki choki dan asam boi .Banyak gak buat hampir 60 pek ..kihkih..macam nak jual plok wat beli tiket nak ke perth.

    Apapun best ever kalau buat bersama anak anak dan anakanak makan sampai licin di masa cuaca panas (bukan dalam sehari ye) .

    Asam boi tu dapat dalam 23 pek aje selainnya choki choki.Lepas ni projek aiskrim bandung plok nanti boleh shopping ke bandung..aik ..hihi