Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Spain

Salam,

Entry today bagi gempak je..ciku sebenarnya dapat souvenir dari member yang ke Spain masa ciku g melawat member di kuantan tempoh hari tu..hihi..ciku tak pegipun walau dalam listing tapi ntahla . Bajet tinggi .TL yang akan pegi next week..nnt ciku free  ciku share ittenary grup dia .



Sesapa yang dah pegi dan nak pegi. Have a Happy Trip in Spain!

Jalan jalan kuantan

Salam, Cuti sabtu ahad bebaru ni ciku ke kuantan.tido di seasons view area teruntum kuantan.  http://www.seasonsview-kuantan.com/ . 

Sabtu , selepas hadiri kenduri kawin di wisma belia , kami melawat sekolah rendah ciku kat bt8..la ni dah tukar nama sek fakeh abdul samad.Kemudian kami ke rumah kawan di kg seri damai dan terus ke sekolah menengah ciku lak..SMART..thn 1989-1993..wow lama sudah tinggalkan sekolah.Dulu rasa cam beso je sekolah tu, la ni cam kecik je..mungkin dulu kaki pendek jauh je rasa nk melangkah dr aspuri ke sekolah.hihi...settle sume tu..bermulalah misi jalan jalan cari makan di kuantan.


Tempat pertama terjah JJCM ialah teluk cempedak (TC) .Di sini kami mkn sotong kangkung dan kopok lekor mkn dan air chatime di tepi pantai sambil menghirup udara petang.On the way nk balik dari TC kami stop bungkus nasi kukus mama, beli 1 bungkus je kongsi..dalamnya ada ayam goreng sedap sungguh pastu sambal belacan , kuah kari,pajeri nenas,telur masin dan timun.


Malam lak kami ke Tanjung lumpur..makan di Ana ikan bakar petai..ciku pernah makan di bangi dulu.wow..memang fresh ketam..isi putih..hihi. Kami amik menu ketam telur masin 3 ekor,sotong bakar petai dan goreng tepung, udang butter, kangkung belacan , air.Settle balik tido.

Esok pagi jenjalan tanjung api nak g beli ikan atau seafood fresh bawak dari laut.Kat area sini selain jual stok laut tu..ada gak deretan kedai makan nasi dagang dan lain lain.ciku tak g makan situ just beli kotak putih saiz sederhana (Rm7.50) dan beli ketam dan ikan ikan.Kemudian kami ke tanjung lumpur semula nak cari temosa atau karipap panas inti ikan kelapa..duludulu feveret ciku ni..tu p cari gak..temosa frozen biasa ada di jual di kedai karipap panas peramu tapi hari ciku pegi akak tu xbuat so beli yg siap dah goreng je.okla gak.temosa frozen tak tau berapa rm.kalau temosa siap goreng ni rm1 -3biji.Ciku beli kopok leko gak wat balik nak bagi adik beradik di kl.



Gambar di Seasons View ,nasi kukus mama di TC ,sotong kangkung dan ketam telur masin di Ana petai
TC , buskers corner,Satay Zul ,Karipap temosa tanjung lumpur , ketam hidup  tanjung api ,ana ikan bakar petai .Semua gambar di atas di Tanjung Api -ikan dan seafood fresh .

Kami lajak ke rumah sedara di kota SAS sebelum balik semula ke kl..mood pengsan makan..hihi.

Meh terjah gambo ye tapi bercampur aduk ..huhu.


Gambar di TC dan Ana petai dan nasi kukus mama



Fridge Magnet Board baru dijumpai

Salam ,


FM negara /negeri yang ciku dan hubby pernah terjah dan agak  serabut ..banyak dah jatuh pecah dan magnet tercabut..hihi.ni pic sebelum ke Jepun.(ayat FM jepun belum letak sini..huhu)
Gambar hiasan dari blog yang ciku nak beli nanti.


Meh tengok link blog dia dan fb dia ye.kotkot la ada yang berminat gak

http://musshima.blogspot.com/2014/04/fm-board-price-mengikut-saiz.html

Dah lama ciku cari board ni..tak tau nak beli kat mana..huhu..tetiba tadi terajin nak google so dapatla link dibawah dan terus call orang ni.

Ingat tadi nak amik board , bayar dan terus lari.hihi ..mood tak sabo susun FM..hihi tapi orang tu kata kena tunggu 2 minggu lepas buat pembayaran so ciku nak kena tanya TL dulu.

- Mood tak sabo nak susun FM nanti  walau takde le banayk mana -:)-

Gambar Raya ciku 2014

Salam,
Sebelum tu ada stori sebalik gambar ye di
http://tanggadomino.blogspot.com/2014/08/jerejak-island-rainforest-penang.html



Beraya 2014  di Kedah
Alor Setar , Kebun 500 , kuala nerang, kuey Teow Iman, Nasi royale pekan rabu, buah jentik (nak buka buah ni kena jentik..hihi..macam buah rambai)

Beraya 2014 di Kuala Kangsar 
Beraya 2014 di Penang 
Bercuti di jerejak rainforest penang

Jerejak island Rainforest Resort Penang

Salam ,

Gambar kami di jerejak 
Raya ke 5 bebaru ni ciku bercuti di Jerejak island rainforest Resort  ,penang.Ciku sebenarnya beraya di Alor Star masa raya ke tiga tu pastu ciku singgah masuk penang raya ke 5 tido di jerejak island ni..takut gak sebenarnya sebab macam macam stori tapi insyaAllah sume ok.Boleh refer http://www.jerejakresort.com/ atau
http://www.ancasahotels.com/jerejak.php . Ciku terus call hotel booking untuk date tu masa raya kedua.

Nak stori sikit kami makan nasi royal area pekan rabu alor setar pepagi raya ke 4 tu..beratur panjang..huhu.Malam tu kami g cari kuey teow Iman alor setar ..lagi ramai orang.bungkus je bawak balik.

Orite sambung stori di Jerejak island rainforest Resort ,penang.
Alhamdulillah kami berehat di sini selama 2 hari 1 malam.Pakej bilik katil Queen RM120 dan boat untuk dewasa 2 orang rm10 each unlimited.Kanak kanak free .10 minit jarak dari jetty boat jerejak ke jerejak island so total rm140. Ada pakej room only rm80 tapi ciku tak amik sebab tak taupun..haha.Parking kereta disediakan di location sebelum naik boat tu.Tempat menunggu boatpun agak cantik.Ciku memang dah siap bawak baju kami dan anak anak dalam beg sandang je yang hanya untuk dipakai selama 2 hari je ke hotel .Yang lain simpan dalam kereta .Ringan sikit..hihi.

Memula nak pegi raya ke 3 tapi penuh so kami tukar plan .Kami dimaklumkan tiada makanan disediakan kerana jerejak bertukar pengurusan dibawah direct ancasa resort.Sebelum ni sub..ntah apa la tapi ok je sebab boat unlimited dan jadual boat banyak sehingga pukul 10.30 malam.Ciku masa check in dah lewat dalam pukul 6 petang so kami siap siap beli bekalan nasi dan lain lain. Kami pusing pusing area hotel , kolam dan pantai je pastu masuk rest tido.Ramai gak orang bercuti kat sini time raya ..hihi.Ada orang melayu,cina,omputih dan arab.

Esok pepagi apa lagi aktiviti mandi kolam la..anak anak dah tak sabo sabo dari semalam.Ciku g cari sarapan nasi lemak dan bihun goreng .Semalam dah order ngan penyelia boat tu.So mudahkan..hihi.Kami makan dekat area kolam gak pastu sambung mandi kolam.Settle tu ,kami g area climbing dan repelling tu .Anak anak dan hubby main panjat panjat tali dan imbangan badan..tak tau la apa nama game tu area paintball (sunyi tempat paintball tu dan tak terurus).Ciku cam nak try shooting dan archery tapi tapi tempat tu cam hidup segan mati tak mau je..hopefully afterthis ok la tempat aktiviti ni bila pengurusan bertukar .

Lepas Check out tu ,kami sekeluarga p cari nasi beryani kapitan kat georgetown yang dikatakan sedap tu ,adik pesan.Kami diberitahu mee udang ayu kat teluk kumbarpun sedap tapi sebab dah kenyang..hihi.lenkali g penang leh singggah lagi.Kami bukan makan di beryani kapitan tu , ciku suka g makan kat Restoran Pen mutiara di Wisma Nelayan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) Batu maung pulau pinang.Menu kari kepala ikan .hihi.Last selepas menziarahi kawan sekolah di penang kami terus naik jambatan baru penang ke ipoh.Jalan lengang je. Stop Kuala Kangsar sebab nak g tengok real masjid Ubbudiah , kuala kangsar dan Istana tanpa paku warna hitam kuning yang unik dan cantik tu.Kami stop solat sekali situ dan amik gambo.

Sampai ipoh , kampungku ciku terus pengsan kepenatan .hihi.Esok balik KL .alhamdulillah tak jem.Syukur sampai dengan selamatnya dan masak mee kari kerang sebab ada sedara mara KL nak datang petang tu.meh meh..no hal.Hidang sekali rendang pedas daging , mak masak yang lazat tersedap ni..bekalan ke KL..hihi

Gambo masih dalam simpanan.boleh je wat carian pakcik google ye memana yang ciku bold tu.