Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

RAYA


SALAM

SELAMAT HARI RAYA .
MOHON MAAF JIKA ADA TERSILAP DIMANA MANA DALAM PENA BLOG CIKU.
2014



Tragedi MH17

Salam,

Ciku terkejut malam tadi dapat whatsapp dari  member pasal kapal terbang MAS terhempas dan pelbagai gambar dan video yang ciku tengok dan for sure ada di majoriti di internet pada hari ini.

Ciku lambat dapat tahu hal ini, dalam pukul 2.40 pagi baru tersedar terus tengok berita . 

Pesawat Boeing 777 MH 17 yang berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi ini Jumaat , dengan membawa 295 penumpang beserta anak kapal dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, dipercayai ditembak oleh peluru berpandu.

Hari ni , majoriti ciku and friends tengok berita terkini dari internet je tentang perkembangan terkini tragedi ini.Mungkin apa yang ciku stori kat sini tidaklah detail.Apapun semoga ahli keluarga penumpang dan krew tabah menghadapi ujian ini. Truly sad , another heartbreaking news. Al-fatihah.


dipetik dari http://www.news.com.au/



Pray for Gaza - Free palestine


Teruskan berdoa dan menderma kepada umat ISLAM di GAZA .
Mudah - mudahan doa kita menjadi senjata bagi melumpuhkan tentera israel, yang mampu hanya kalungan doa dari kejauhan.
Hancurkanlah Ya Allah tentera musuh itu.

Resepi kerabu pucuk paku / taugeh dan kerang.

Salam,

Resepi kerabu pucuk paku /taugeh dan kerang.

Bahan bahan
20 sen taugeh,
satu ikat pucuk paku,
bawang hiris halus
serai hiris halus
cili padi 3 ulas hiris halus
1 cili merah hiris halus
1 biji limau nipis
kerang rebus ikut suka
keresek satu paket
gula
ayam kiub

Cara masak ciku
  • rebus taugeh ,pucuk paku dan kerang
  • gaul sume dengan bahan bahan hirisan lain tadi
  • hidang dan makan ngan nasi kari ikan bawal dan tempe goreng ngan terubuk masin untuk berbuka semalam.
Alhamdulillah rezeki kami hari ini.Anakanak tak makan kerabu ni pun..ciku n TL je. Untuk makluman, rumah ciku setiap hari ada menu tempe goreng bilis kentang..feberet  rumah ni.:)