Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Life is Journey


Salam semua,

Hari ni syawal terakhir , alhamdulillah ciku dapat menahan diri dan berpuasa 6 syawal untuk tahun ini.Hari ni raya..yeahhh.Ada jamuan raya lagi hari ni kat opis skrg dan opis lama.Alhamdulillah masih sudi jemput kita ni.

Nak stori semalam menu terakhir puasa 6 syawal.
ciku sempat masak untuk berbuka  lepas ambil baby di taska dalam pukul 6 petang .
Apa yang dimasak ?
sambal tumis  bilis tempoyak
Pecal rebus sayur
Goreng ikan pekasam
kari ikan

Rutin hari ni (saja nak share)

Mak mertua dan mak ciku ada di rumah dari puasa sehingga hari ini dan esok kami akan ke melaka hantar anak buah masuk Uitm .

Pepagi lagi ciku dah settlekan kain baju termasuk baju sekolah.Petang nanti bleh gosok takut terlambat balik dari melaka ahad nanti dan penat so settlekan awal.

Masak sarapan pagi tadi for my 2 moms , cekodok jemput jemput bilis goreng tepung adabi bilis tu campur dengan tepung gandum sikit dan ikan bilis dan bawang.Goreng dan hidang bersama kuah pecal semalam. Air milo juga. Kudapan sarapan ini untuk anak anak  sebelum ke sekolah (kenkadang je ) dan my 2 moms and my lovely hubby.
Buang sampah sebelum ke sekolah tugasan anak sulong ciku.

Lunch order ngan akak opis , ikan keli sambal dan ciku just goreng pekasam dan tumis sayur untuk anak anak dan my 2 moms di rumah untuk makan lunch.

Petang ni anakanak ciku yang lain dah besar so depa akan pack baju sendiri. Ciku cuma akan pack baju baby dan kelengkapan baby sahaja serta baju kami berdua ngan TL.(ini kalau travel dekat 2 aje dan jumlah hari yang singkat).

Dalam keadaan semua ini ,mustahil mulut ciku terkunci rapatkan.hihi. Walaupun anak anak dah besar , pasti kena jeritan dan bebelan ciku yang merdu.haha
i love them all.Alhamdulillah 
when i woke up
i am alive
i am healthy
i can see all my families beside me and touch them.
Tq Allah.
Moga murahkanlah rezeki kami dan permudahkanlah kami dalam membesarkan anak anak ini anugerah dari mu Allah serta moga kehidupan kami diberkati oleh mu Ya Allah.Ameen
From Allah To Allah.





Raya 2018

Salam syawal semua,

Ramadhan telah berlalu, syawal juga hampir berlalu. Sedang menghabiskan puasa 6 syawal.
Setiap sabtu ahad ciku dan famili pasti ada jemputan open house raya dan tetamu juga datang ke rumah kami tak tentu masa .Bagi ciku sekeluarga it's ok..insyallah kami jamu apa yang ada , cuma pada kebiasaannya tetamu ciku akan bagitau 2 jam sebelum paling lewatpun..hihi .

Menu dan Tetamu yang pernah datang ke rumah sepanjang raya tahun ini 2018 .
Jemputan berperingkat
(ciku tak buat open house tahun ni but alwiz open house sape nak datang bebaru ni).

Menu
Pasta carbonara
lemang panjang beli kat bangi 
Rendang ayam dan daging
Nasi lemak bungkus sendiri ye
mee sup
Nasi impit kuah kacang
Bihun bilis
Durian kampung jiran jual..hiks
Nasi putih (kari ikan ,sambal tumis tempoyak,ikan pekasam,timun)
Air teh tarik dan Sunquick markisa ais

Tetamu
Jiran berdekatan
Rakan opis 
Pakcik makcik sedaramara dari KL
Adik beradik 
Student Madinah first time datang Malaysia (Pakcik prof di Madinah)
Kengkawan studi hubby dan ciku
kengkawan sekolah anak anak ciku
kengkawan mak (mak ciku duk ngan ciku hampir sepanjang ramadhan dan syawal ni)

Alhamdulillah dapat mengeratkan lagi jalinan silaturahim antara kami semua.InsyaAllah

Alhamdulillah selesai semuanya. Kami akan ke melaka minggu ini mencari asam podeh..jomss.Ada yang kata kat semabok melaka tu sedap..hiks.Tapi ke Mambau dulu mencari nasi lomak..menambah berat ni..adui.

               Ciku berbaju biru (baju 2 tahun lepas - berat cuma turun 1 kg aje..59KG reveal tu .haha) 

Sapporo PlanTrip Jan snow 2019

Salam,


InsyaAllah. Harap semua sihat dan dipermudahkan. Ciku masih studi dan terokai Sapporo Japan. Belum pernah touch down sana. Trip kali ni masa singkat sebab mengambil kira persekolahan anak anak ciku tersayang (2 hari ambil cuti sekolah). For ciku ,this is my third time touch down japan with my lovely hubby tapi sapporo first time..hihi. Alhamdulillah.




Halal Food map - Template Hard copy 

TRIP TO SAPPORO EARLY 2019

RATE 100 YEN = RM3.70

Early 2019(6 days)- (anak2 kena cuti sekolah / cuti dari keja – 2 Hari) 
2 family

Opening hrs of New Chitose Airport Terminal 
Domestic        : Open 6:20 Close 23:00
International  : Open 6:30 Close 22:30
Connecting Path : Open 6:20 Close 23:00
Hotel by AirBnB di area dan last day hotel area airport new chitose japan
Refer https://www.japan-guide.com

Terpaksa diedit jadual word tu sebab alburuks so kita 'conclude'kan gini ajela ye..hihi

Travel hanya sekitar bandar Sapporo dan Mount Moiwa. Paling jauh maybe Area Sakaemachi . Disebabkan bawa anakanak yang first time bersalji .Last depa pernah travel pun paling sejuk 2 darjah celcius tapi tak bersalji.InsyaAllah nerbes plok ni..hiks

Maher Zain


Terdiam terpaku 
Apakah aku masih disini 
Riuh di sana sini namun aku tetap diam terpaku 
Kenapa dengan diriku
Airmata mengalir 
Tak tau apa yang aku fikirkan
Aku dapat pelbagai..alhamdulilah rezeki dari Allah
Semalam rumah seorang staff disini terbakar dan aku tengok banyak kucing ,arnab dan seorang wanita tua dari rumah dia .Semua selamat .
Hati tersentuh.Di sini mak ku juga tinggal dengan kami dan kadang kadang beralih ke rumah anak anak yang lain .Semoga mak senantiasa sihat.

Sedih sehingga mengalir airmata setiap kali ingat, arwah ayah juga telah tiada, my ketua di pejabat juga telah bertukar naik pangkat. Tak tau kenapa sukar nak mentafsirkan. Di hujung hujung harinya bersama kami, aku baru nampak kewujudan ketuaku dan aku cuba untuk tidak menampakkan aku bersedih. Ketiadaannya baru ku sedar.(sb keja dah jadi byk..hiks.ye ke).
Apapun moga berjaya disana .

BERSYUKUR DENGAN SEMUA NIKMAT ALLAH.ALHAMDULILLAH

Jari jemari menaip sambil mendengar lagu Hold My Hand by Maher Zain
Awaken by Maher Zain  , Open your eyes also by Maher Zain. i'm a fan of him..maybe..
tukar mood la..pasang lagu Aa Ab Laut Chalen ..hiihi

SALAM JUMAAT SALLAM SYAWAL


Related image
ala ala ciku dan mr hubby di usia dahulu ..hiks