Followers

Jejak

Jejak Ciku n hubby
Make yours @ BigHugeLabs.com

Fridge Magnet Board baru dijumpai

Salam ,


FM negara /negeri yang ciku dan hubby pernah terjah dan agak  serabut ..banyak dah jatuh pecah dan magnet tercabut..hihi.ni pic sebelum ke Jepun.(ayat FM jepun belum letak sini..huhu)
Gambar hiasan dari blog yang ciku nak beli nanti.

Meh tengok link blog dia dan fb dia ye.kotkot la ada yang berminat gak

http://musshima.blogspot.com/2014/04/fm-board-price-mengikut-saiz.html

Dah lama ciku cari board ni..tak tau nak beli kat mana..huhu..tetiba tadi terajin nak google so dapatla link dibawah dan terus call orang ni.

Ingat tadi nak amik board , bayar dan terus lari.hihi ..mood tak sabo susun FM..hihi tapi orang tu kata kena tunggu 2 minggu lepas buat pembayaran so ciku nak kena tanya TL dulu.

- Mood tak sabo nak susun FM nanti  walau takde le banayk mana -:)-

Gambar Raya ciku 2014

Salam,
Sebelum tu ada stori sebalik gambar ye di
http://tanggadomino.blogspot.com/2014/08/jerejak-island-rainforest-penang.html



Beraya 2014  di Kedah
Alor Setar , Kebun 500 , kuala nerang, kuey Teow Iman, Nasi royale pekan rabu, buah jentik (nak buka buah ni kena jentik..hihi..macam buah rambai)

Beraya 2014 di Kuala Kangsar 
Beraya 2014 di Penang 
Bercuti di jerejak rainforest penang
Selamat Hari Raya dari DJ ciku..sakan tu..hihi

Jerejak island Rainforest Resort Penang

Salam ,

Google pic
Raya ke 5 bebaru ni ciku bercuti di Jerejak island rainforest Resort  ,penang.Ciku sebenarnya beraya di Alor Star masa raya ke tiga tu pastu ciku singgah masuk penang raya ke 5 tido di jerejak island ni..takut gak sebenarnya sebab macam macam stori tapi insyaAllah sume ok.Boleh refer http://www.jerejakresort.com/ atau
http://www.ancasahotels.com/jerejak.php . Ciku terus call hotel booking untuk date tu masa raya kedua.

Nak stori sikit kami makan nasi royal area pekan rabu alor setar pepagi raya ke 4 tu..beratur panjang..huhu.Malam tu kami g cari kuey teow Iman alor setar ..lagi ramai orang.bungkus je bawak balik.

Orite sambung stori di Jerejak island rainforest Resort ,penang.
Alhamdulillah kami berehat di sini selama 2 hari 1 malam.Pakej bilik katil Queen RM120 dan boat untuk dewasa 2 orang rm10 each unlimited.Kanak kanak free .10 minit jarak dari jetty boat jerejak ke jerejak island so total rm140. Ada pakej room only rm80 tapi ciku tak amik sebab tak taupun..haha.Parking kereta disediakan di location sebelum naik boat tu.Tempat menunggu boatpun agak cantik.Ciku memang dah siap bawak baju kami dan anak anak dalam beg sandang je yang hanya untuk dipakai selama 2 hari je ke hotel .Yang lain simpan dalam kereta .Ringan sikit..hihi.

Memula nak pegi raya ke 3 tapi penuh so kami tukar plan .Kami dimaklumkan tiada makanan disediakan kerana jerejak bertukar pengurusan dibawah direct ancasa resort.Sebelum ni sub..ntah apa la tapi ok je sebab boat unlimited dan jadual boat banyak sehingga pukul 10.30 malam.Ciku masa check in dah lewat dalam pukul 6 petang so kami siap siap beli bekalan nasi dan lain lain. Kami pusing pusing area hotel , kolam dan pantai je pastu masuk rest tido.Ramai gak orang bercuti kat sini time raya ..hihi.Ada orang melayu,cina,omputih dan arab.

Esok pepagi apa lagi aktiviti mandi kolam la..anak anak dah tak sabo sabo dari semalam.Ciku g cari sarapan nasi lemak dan bihun goreng .Semalam dah order ngan penyelia boat tu.So mudahkan..hihi.Kami makan dekat area kolam gak pastu sambung mandi kolam.Settle tu ,kami g area climbing dan repelling tu .Anak anak dan hubby main panjat panjat tali dan imbangan badan..tak tau la apa nama game tu area paintball (sunyi tempat paintball tu dan tak terurus).Ciku cam nak try shooting dan archery tapi tapi tempat tu cam hidup segan mati tak mau je..hopefully afterthis ok la tempat aktiviti ni bila pengurusan bertukar .

Lepas Check out tu ,kami sekeluarga p cari nasi beryani kapitan kat georgetown yang dikatakan sedap tu ,adik pesan.Kami diberitahu mee udang ayu kat teluk kumbarpun sedap tapi sebab dah kenyang..hihi.lenkali g penang leh singggah lagi.Kami bukan makan di beryani kapitan tu , ciku suka g makan kat Restoran Pen mutiara di Wisma Nelayan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) Batu maung pulau pinang.Menu kari kepala ikan .hihi.Last selepas menziarahi kawan sekolah di penang kami terus naik jambatan baru penang ke ipoh.Jalan lengang je. Stop Kuala Kangsar sebab nak g tengok real masjid Ubbudiah , kuala kangsar dan Istana tanpa paku warna hitam kuning yang unik dan cantik tu.Kami stop solat sekali situ dan amik gambo.

Sampai ipoh , kampungku ciku terus pengsan kepenatan .hihi.Esok balik KL .alhamdulillah tak jem.Syukur sampai dengan selamatnya dan masak mee kari kerang sebab ada sedara mara KL nak datang petang tu.meh meh..no hal.Hidang sekali rendang pedas daging , mak masak yang lazat tersedap ni..bekalan ke KL..hihi

Gambo masih dalam simpanan.boleh je wat carian pakcik google ye memana yang ciku bold tu.



RAYA


SALAM

SELAMAT HARI RAYA .
MOHON MAAF JIKA ADA TERSILAP DIMANA MANA DALAM PENA BLOG CIKU.
2014



Tragedi MH17

Salam,

Ciku terkejut malam tadi dapat whatsapp dari  member pasal kapal terbang MAS terhempas dan pelbagai gambar dan video yang ciku tengok dan for sure ada di majoriti di internet pada hari ini.

Ciku lambat dapat tahu hal ini, dalam pukul 2.40 pagi baru tersedar terus tengok berita . 

Pesawat Boeing 777 MH 17 yang berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi ini Jumaat , dengan membawa 295 penumpang beserta anak kapal dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, dipercayai ditembak oleh peluru berpandu.

Hari ni , majoriti ciku and friends tengok berita terkini dari internet je tentang perkembangan terkini tragedi ini.Mungkin apa yang ciku stori kat sini tidaklah detail.Apapun semoga ahli keluarga penumpang dan krew tabah menghadapi ujian ini. Truly sad , another heartbreaking news. Al-fatihah.

dipetik dari http://www.news.com.au/


Pray for Gaza - Free palestine


Teruskan berdoa dan menderma kepada umat ISLAM di GAZA .
Mudah - mudahan doa kita menjadi senjata bagi melumpuhkan tentera israel, yang mampu hanya kalungan doa dari kejauhan.
Hancurkanlah Ya Allah tentera musuh itu.

Resepi kerabu pucuk paku / taugeh dan kerang.

Salam,

Resepi kerabu pucuk paku /taugeh dan kerang.

Bahan bahan
20 sen taugeh,
satu ikat pucuk paku,
bawang hiris halus
serai hiris halus
cili padi 3 ulas hiris halus
1 cili merah hiris halus
1 biji limau nipis
kerang rebus ikut suka
keresek satu paket
gula
ayam kiub

Cara masak ciku
  • rebus taugeh ,pucuk paku dan kerang
  • gaul sume dengan bahan bahan hirisan lain tadi
  • hidang dan makan ngan nasi kari ikan bawal dan tempe goreng ngan terubuk masin untuk berbuka semalam.
Alhamdulillah rezeki kami hari ini.Anakanak tak makan kerabu ni pun..ciku n TL je. Untuk makluman, rumah ciku setiap hari ada menu tempe goreng bilis kentang..feberet  rumah ni.:) 


BMI untuk kanak kanak

Salam ramadhan,

Hari ni sementara kami menunggu waktu berbuka puasa, ciku pun sambil sambil tu nengok laptop ni dan wat carian BMI for Kids kat google.

Boleh click di url di bawah dan lihat kedudukan berat ideal anak anda .


BMI for Age percentiles and weight status
CategoryPercentile Range
UnderweightLess than the 5th percentile
Healthy weight5th percentile to less than the 85th percentile
Overweight85th to less than the 95th percentile
ObeseEqual to or greater than the 95th percentile



Anak anak ciku sume Underweight ..huhu..kurus la pulak.mak ayah nya nak masuk obese ni..hihi.
Boleh study kat link tu untuk dewasa gak.

Sementelah dah berblogging ni..
Nak stori sekali bebaru ni ciku ke sg siput (U) rumah anak anak yatim nurul ihsan yang terletak di Kampung talang tengah sebelah kampung temin di sg siput(U).Ciku g sana sebab ada hamba Allah yang minta ciku sampaikan hajatnya untuk menyampaikan sesuatu untuk anak anak yatim.Ni first time ciku ke rumah anak anak yatim dan berkenal mesra bersama mereka.Ciku hanya ke asrama puteri anak anak di sana.umo antara 6 tahun sehingga 17 tahun.Lebih kurang dalam 56 orang kanak kanak di sana.Seronok gak dan ciku tak lepaskan peluang bersalam dan terjah bilik bilik mereka.Ciku ke sana hanya bersama keluarga ciku sahaja.Seronok dan terharu.Alhamdulillah .

Ramadhan

Salam Ramadhan,




Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk bertemu lagi Ramadhan pada tahun ini..Moga Ibadat di bulan Ramadhan ini adalah yang terbaik dan moga kita sekeluarga hidup bahagia bersama dunia akhirat. Antara amalan yang dilakukan di bulan ramadhan.

1) Berpuasa dengan yang terbaik.Mengajar anak anak berpuasa .
2) Berterawikh
3) Berbuka secara kesederhanaan .
4) Bersahur bersama .
5) Bertadarus 
6) Luangkan masa berbuka dan bersahur bersama makayah dan keluarga
7) Kurang berkata kata yang tiada faedah.
8) Bersedekah
9) Bersolat malam dan diakhiri dengan solat sunat witr
10) Bermaaf-maafan dan bersikap yang terbaik sesama makhluk Allah(SWT).


Doa untuk ciku dan semua yang berkesempatan membaca blog ciku.Ciku petik dari fb member.

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami..
Yang sedang sakit, 
Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya 
Engkaulah yang Maha Menyembuhkan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami, 
Yang kesulitan rezeki
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..
Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
Yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu...
Mohon kuatkanlah ia utk bisa bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah dia dengan penuh kurnia-Mu..
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kemudahan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah..

Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada di antara kami, yg merasa tersakiti dan terzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja..
Bukakanlah pintu hatinya..
Agar memaafkan kami...

Mohon Maaf Zahir dan Bathin pada semua
Selamat menunaikan ibadah . Ramadhan..
Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan kita yang terbaik dan bukan yang terakhir...

Aamiin...


" SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA "

Hari nasi dagang sedunia

Salam semua,

Pepagi lagi ciku dah jogging jalan kaki ngan anak ciku.opss..ciku pakai selipar je..huhu..sebab musabab..kasut sport ntah kemana menghilang..hihi..alasan. 

Dalam hati niat sebenar bukan nak g jogging sangatpun pagi ni..haha..cuma nak g awal beratur beli nasi dagang kat food court presint 9 , putrajaya tu yang ramai gilos orang beratur seawal 7.30 pagi.Tapi tokei kedai bukak kedai pagi ni dalam kul 8.00 pagi..menapak gak menunggu ..ciku orang yg ke 6. Anak ciku cakap .."umi, macam keretapi kat belakang" haha..ropenya orang beratur panjang sangat  belakang ciku.Ciku tak pasti waktu tengah hari dan malam ada jualan yang sama or tak..sebab musabab tak penah g malam or tengahhari or petang.

Ciku pun sanggup keluar awal ni beratur..ciku suka nasi dagang color putih lauk ikan tongkol..plan nak beli 1 bungkus je sebab ciku je yg suka makan nasi dagang tapi beli 3 bungkus lak..alang alang dah beratur lama ni..beli le banyak .hihi.RM15.00 total pastu g beli air solivite n sasparilla.worite.

Lokasi nasi dagang ni di food court presint 9 ,putrajaya.Dari gerbang masuk(takde gerbangpun) food court berdepan ngan kolam renang kanak kanak tu..masuk kiri. Kedudukan area lempeng panas dan nasi lemak rm2 tu..kalau tengok ramai orang beratur cam keretapi tu..itulah dia.Selain nasi dagang ,ada nasi minyak,laksam..lain lain ciku tak pasti dan tak pasti loghat dia gannu or kelate.Yang pasti nasi dagang dia sedap.hihi.

Kenapa tajuk hari ni nasi dagang sedunia sebab musabab malam nipun  ada ghatering geng geng travel (2010 -2014) - hubby dan ciku sekeluarga di food court ayer 8 ,putrajaya..menu utama nasi dagang lagi.Adoi..haha..menu pantai timur today k.

Orait sebelum apa apa ..ciku nak habaq sat..selamat menyambut ramadhan .Moga yang terbaik untuk kita dan keluarga dunia akhirat.




Floria putrajaya 2014

Salam,


Bermula dari 14 june -22 june 2014 .
Lokasi di presint 4 ,putrajaya.

Masanya adalah pukul 9 pagi hingga 10.30 malam(isnin -khamis) dan 9.00 pagi hingga 12 midnight(jumaat -ahad).

Terbaru adalah taman diraja ,begonia garden(nama bunga begonia tu...hihi),orchid garden dan payung payung tu dan jugak kali ni entrance ada bayaran .

RM 1 -kanakkanak(7 -12 tahun) , RM3 (12 tahun ke atas) .Ciku pegi sana park area masjid besi pastu exercise jalan kaki..hihi..jenjalan ngan bebudak ni . Ada kuda padi dan taman rabbit gak. Ciku suka tengok area competiton lanscape dari sekolah rendah ,sekolah menengah,IPT ,Syarikat dan banyak lagi .

Tempat solat dan toilet disediakan di sini cuma cam telekung tu tak nampak lak disediakan.Makananpun banyak dan kebanyakannya fast food . Kami tak makan dalam ni..kami makan di area kampung sg merab tu .

Ada gak malam 'Magic Of The Night' di Persisiran Tasik dan Marina, Presint 4, Putrajaya.(tak pasti bayarannya) tapi kalau nak tengok tepi tepi jambatan or dari jauh..free ajela.hihi.Ciku belum berkesempatan terjah 'Magic of the night' tu.

Tak banyak gambo yang boleh di kongsikan tapi boleh je kalau nak tengok di fb ppj (perbadanan putrajaya ) atau https://ms-my.facebook.com/FloriaPutrajaya


Ciku paling suka ni -Puan hamidah singapore (kalau tak silap)

























Orite selamat bersantai.

Escape theme park teluk bahang penang

Salam,
Ciku baru tahu kewujudan tempat ni..huhu..itupun sebab anak ciku bgtau sekolah nak buat g sekali..bila tengok kat youtube cam best je tapi bukan cikula..Ni untuk sesapa yang suka aktiviti lasak tapi juga sesuai untuk umo umo yang lain.


Boleh refer to this website link http://escape.my/ untuk maklumat lanjut ye.Entrance rate agak mahal tu..bagi sesapa yang berminat la..anak ciku g free ..sebab g projek rekacipta sekolah dia so cikgu belanja sekali untuk depa yang terpilih.hihi..alhamdulillah dapat free


http://escape.my/play/attractions

The Suspect korean

Salam,
Ciku nak stori ..kami sekeluarga baru abis nengok muvi ni..oohh best ni..gong yoo lain dari drama cofee prince dan big..hihi..

Meh meh tengok sama..lasak action .Muvi dalam 2 jam lebih kot.mcm nak tgk semula je..:) daebak..

Plot

A North Korean spy (Gong Yoo), who is abandoned by North Korea, settles down in South Korea. He then becomes a the prime suspect in a murder case. The victim in the murder case is the CEO of a large corporation. The suspect now attempts to uncover the truth.


dari web asianwiki

KLIA 2 ke Ho Chi minh

Salam,
Serpihan balik HCM belum abis lagi ni..nak stori sini.Ciku pegi 4 orang bebaru ni with my hubby and 2 my friend.First time ke KLIA 2.Kami datang 3 jam awal seperti yang disarankan. Duk naik ERL dari putrajaya. Semua sekejap je patutnya boleh je datang lewat dari tu kalau dak takdo la nunggu lama bonar kat situ tapi takpe sebab ni first time takut takut duk mengggagau cari balai pelepasan..hihi..kami di Gate L2.Dekat bonar. 

Tiba di airport HCM , kami amik teksi vinasun seperti biasa tapi kaunter dah kat luar.Harga 150000VND (5 seater teksi ) ke Hotel kami area lee than ton (2x duk sini). Cuaca tersangat panas..ciku tak tahan lak panas almaklum baru balik jepun..hahha (ayat poyo)..dalam ben thant tu sendiri dah macam sauna..huhu.nasib baik hotel ciku duk depan pasar ben thant je.asik balik hotel je pekena aircond.haha.Harga hotel dalam rm90 sehari .Okeh jom terjah gambo-gambo.

Simple Bajet ke HCM:-

  • 150000vnd (teksi) :-rm25 per teksi pergi sahaja -make sure amik vinasun teksi 
  • Hotel satu room A&EM hotel lee than ton dekat ngan restaurant serai untuk 2 org :-rm90 sehari
  • Makan  (kopi ais hinggalah ke tomyam seafood n nasi putih) - - RM20 sekali makan (ni boleh bajet sendiri).
  • Apa yang boleh dibeli di sana -Jenjalan Ben thant, kedai kain cotton, beli banyak dapat murah untuk satin cotton dan english cotton , ciku tak beli japanese cotton (xsamapun japanese cotton di nippori textile jepun dan viscose cotton .baju kurung siap,jubah lycra ,telekung lycra ,sportwears shop sume ciku jalan kaki,deuter beg pelbagai size,handbag ,alas meja ,baju gaun cotton budak,tshirt polo,tshirt HRC ,vietnam silk(tak pernah beli),fridge magnet,souvenior ,kasut,kain lace,lace,emas..hihi..ntah apa lagi..macam macam la situ .
  • Chuchi tunnel dan delta mekong ciku tak pegi..tak tau nak stori berapa harga.boleh refer di banyak blog yang ke sana.
  • Flight AA pegi balik promo  :-rm297 sorang (belum plus bagasi)

Ada banyak je gambo gambo di KLIA 2 tapi xletak sini - shop lot banyak betul dan ikut je arah tanda yg disediakan .Sediakan duit ajela kalau nk membelahan.
Laluan Bawah tu-unik..flight kami lalu bawah tu..hihi.
KLIA2 surau di L8 dan ada gak di area check in bagasi tu , ASK ME tu comel n unik and the last one -makan.
Ni Pic selamat mendarat di KLIA 2 -cuak kejap sebab flight duk pusing sampai ke PD..huhu.alhamdulillah selamat sampai Malaysia

Orite di bawah ni baru le pic di HCM



Pic kala malam Ben thant Market dari hotel A&EM 150 ..ada banyak hotel ni..yang ciku duk 150 lee than ton
First time g Andong market (orang kata murah tapi depa cam tak layan je..huhu..sebab beli tak banyak -ciku tak beli pun..survey je) -pegi naik teksi vinasun .
pintu masuk andong market -sebelahnya andong plaza(ada aircond ,sejuk)
Meh terjah apa ada dalam andong market


Tu pic sudu ,senduk dan apa ntah lagi semua diperbuat dari kayu..comel
Tetiba ada ferry Penang lak..hihi
Dibawah ni pic 1 day make suit -kat ben thant market -banyaknya kedai cam ni area sini..kena survey dan tgk kualiti kain dan harga.orite
Kedai 1 day make suits ..kedai ni masuk pintu 4 , SEBELAH KEDAI KAK FARIDAH (fasih ckp melayu -NO 520).ada 2 kedai 1 make suit yang kami terjah atas saranan member yang pernah tempah kat sini(hubby tempah 3 slack dan 1 suit, memberpun tempah 2 suit slack..ciku cam nak tempah skirt labuh gak tapi tak tempah..nantila datang lagi sekali leh je tempah..hihi)

Orite kita tengok pic makan makan lak.Kami ke sportswear gak..lenlain tu ..delta mekong, catheral, notre damn France design tu member je pegi depa first time ke HCM..ciku n hubby tak pegi. Rest makan makan n membeli belah di bin thay naik teksi vinasun (bagi ciku harga cotton sama cam ben thant kalau beli sikit), pasar ben thant, andong market (baju budak kena beli 8 helai same design lain color tapi masih quite mahal dari china..haha..compare), kat sportwears (ciku beli Badminton sport shoes, 3 raket anak anak dan beg raket yang boleh isi kasut sekali.(harga ok la dari malaysia- tak ingat dah)-ciku survey satu satu kedai situ..hihi.

Tq to blog Jarimanistravel ..restaurant ni ciku duk ulang sini je sebelah hotel ciku duk (A&EM  150 lee Than Thon)..ciku asik makan tomyam seafood n nasi putih..sedap sampai tak sempat gambar..huhu
air manggo pekat sedap dan lazat tak terkata gak..haha..bagi penggemar manggo le.(kat serai restaurant)


Kami makan Mee Pho di kedai Hajjah Basiroh dan serai restaurant
adoi ni paling sedap..sedap betul la..belum bukak dari kotak ciku dah amik..haha.(itu dalam pic org vietnam-not ciku)
Musti nak minum kopi ais kalau g hcm ni(rindu banget)
  
G area kampung pandan Ho chi Min lak area sportwear shop (ada padang futsal dan ciku teringin nak amik pic bola besar tepi padang tu tapi ntah tak kesampaian)..hihi
Laksa (member kata sedap)
  


Mee kari ciku nya pendapat kuah sedap tapi mee tu kureng
Ni area balik dari sportwears tu -Boleh refer blog jarimanistravel(situ lagi detail)..hihi tq


Kassim Baba roti prata..siang kena naik atas..malam kassim baba turun bawah bukak gerai siap ada meja -lokasi berdepan ngan serai restaurant (sori ,ciku tak makan sini so tak tau apa rasa)
Last makan maggie  ..huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.