Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Cuti cuti di Lexis Hibiscus Port Dickson

Salam,

Alhamdulillah.Kami berpeluang bercuti bersama sama lagi dan kali ini ke N9.Ciku bersama keluarga dan mak mertua dan mak.

Booking satu bilik masa matta fair ritu dan 4 breakfast .Premium Pool Villa.Dalam bilik ada  2 katil king size dan 2 sofa panjang dan private dip pool and sauna in the balcony area.Located in the hibiscus petal area and glass panel on the floor to view the marine life below.

Malam malam ciku jalan kaki dari lobby ke Hibiscus Walk ada banyak hawker stalls situ.Kami makan kuey teow goreng dan nasi lemak bungkus(memang sedap -rm 3.00).Harga majoriti rm10 sepinggan kongsi aje.hihi.

Ciku baru tau ada lexis kat Kuala Lumpur dan penang.Ciku dah pernah ke Grand Lexis  dan Lexis.Ni first time tido hibiscus.Bagi pendapat ciku Grand lexis is better dan luas biliknya dan selamat poolnya untuk kanak kanak tapi Hibiscus lexis ni quite happening malam malam dan banyak tempat boleh jalan.

Buggy car boleh ambil dari lobby atau call service dari bilik.Nak jalan kaki dengan keadaan ciku camni..nope la..hihi.Hibiscus walk tu agak jauh tapi ciku slow slow jalan le.

Kami bawak bekalan mushroom soup serbuk dan cicah roti serta sachet tamar coco.(feberet kami).Kebetulan besday anak ciku pada esok harinya so ciku dah call hotel untuk sediakan apa apa yg free le untuk si besday ni..hihi.dapat la kek chocolate moist with strawbery 2 slices.Ok la bebudak seronok dan lagi seronok mandi kolam sampai pukul 9.00 malam.hihi sakan.

Meh terjah  gambo











Pandangan dari lif -saja naik nak tengok jarak dari atas
Address12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia
URL : http://www.lexishibiscuspd.com

Cuti cuti Masbro Village Melaka

Salam,

Kami berpeluang bercuti selama 2 hari aje ke melaka..hajat utama cari asam podeh melaka..hihi(feberet ciku - asam pedas johor dan melaka).

Homestay Warna-Warni , Masbro Village terletak di Paya Rumput, Melaka, kira kira tujuh kilometer dari pusat bandaraya bersejarah itu. Hotel ini menampilkan gaya butik yang ceria, cantik dan mempersonakan.nama Masbro adalah gabungan nama adik-beradik pemilik.Idea mirip Brighton Beach, di Australia.

Rumah inap ini menyediakan kemudahan seperti ketuhar, peti ais, katil di kedua-dua tingkat, penghawa dingin dan bilik mandi yang dilengkapi dengan pemanas air,sudu,cawan pinggan sume ada.

Harga masa ciku menginap adalah RM 280 dan memuatkan seramai 6 orang .Lebih kena tambah rm30.Bilik ciku kebetulan depan kolam..check in terus bebudak ni masuk kolam.

Kat melaka ciku g cari makan kat coconut shake kelebang,keria antarabangsa(rm0.60sen sebiji -kami tak beratur sebab call pakcik haji tu dulu dan terus g amik je pukul 1.00 thari),keria bonda(better),roti canai arang dan asam pedas Ani melaka( ikan fresh perkampungan nelayan di parit jawa MITC melaka).

Jenjalan tak banyak sangat sebab tak larat dah..hihi..lagipun baru 6 bulan lepas g melaka dah.

Meh tengok gambo ye.














Gambo asam pedas tak sempat nak amik sebab lapo dan dah habis.hihi.memang kena repeat ni di restoran Asam Pedas Ani ni.







Mengandung diusia melebihi 40 tahun

Salam,

Alhamdulillah rezeki Allah kurniakan. Aku disahkan pregnant diusia ini.Almost 9 years gap asik travel je tak perasan lamanya gap untuk anak ke empat kami.

1) Mabuk teruk 
2) Kurang aktif dari biasa
3) Dahla memang serabai ...bertambahlah serabai tapi still cute (orang kata,rasa sebab makin gemm..haha)
4) Kalut mencari pakej pantang yang boleh menjaga bermalam bersama dirumah
5) Tetiba pulak diabetis selepas minum air gula 7.9 - kena alwiz repeat BSP (First time)
6) HB low 10.5 but the ending pregnant its normal..alhamdulillah
7) Lately Sakit tulang pinggul bila start cecah 6 month kandungan maybe becoz of big size of me.
8) Aktiviti travel fly di slowkan
9) Aktiviti walking distance exercise also slow kan
10) Daftar FPP di Hospital kerajaan but ending bersalin di Hospital Az Zahrah Bangi. Alhamdulillah
11) Bermula episod check up ke klinik .buku merah before ni dah hilang.ntah letak mana tapi buku merah anak sulong ada lagi..hihi.
12) Rumah dan masak masak semakin tidak kuhiraukan dan telah berkurang.
13) Husband aje yang mendobi dan memasak or membeli.Alhamdulillah.
14) Minyak angin teman rapatku.hihi
15) Dan aku mengambil cuti tanpa gaji.Rest


**Apapun aku tetap bercuti bersama famili tapi dekat dekat aje. Baru balik melaka -Masbro Village sambil mencari keria antarabangsa yang glemer tu dan Restoran Asam Pedas Ani Parit Jawa MITC MELAKA.Nnt free aku upload entry Masbro Village melaka.




** dah tak membahasakan diri "ciku" dlm blog tetiba..hiihi