Showing posts with label cuti-iran. Show all posts
Showing posts with label cuti-iran. Show all posts

Saturday, June 29, 2013

Salji sejuk gue

Salam
Kita tatap gambo je hari hari cuti ni.









  

Pic dibawah saja nak promote jualan ..hihi...
BERMINAT 
Sila PM inbox chiklah98@gmail.com 

Dishwash (basuh pinggan)
 dan multipurpose cleaner(untuk lantai)
10 liter - RM35
Gambo tak clear lak.
Pencuci baju jenis liquid (2 in 1)
RM35 - 10liter 


Tuesday, October 23, 2012

Itinerary to iran

Salam,
Dah lama ciku nak letak itinerary trip ni  so hari ni baru berpeluang .Trip ni pada (20 JANUARY TO 29 JANUARY 2012)  yang lalu sendiri ( 3 ORANG). Amik cuti 3 hari je sebab raya cina plus sabtu ahad . mana boleh amik cuti bbyk..koje koje.hihi.Bajet seperti pegi umrah tahun 2011 yang lalu , memang berbaloi .Travel paling best selain umrah dan ciku teruja tengok senibina islam dan sejarah islam lama .ALHAMDULILLAH.

Tarikh
Destinasi
Catatan
Day 1
Abu Dhabi
Abu dhabi international airport by etihad airways

Naik  bus to chelsea  tower  dubai compliment by etihad airway

By taxi to  london crown 2 hotel apartment, dubai.
Sesat lak cari hotel..adui.
Arrival
Hotel di london crown 2 hotel apartment . Book by agoda

Makan dalam flight jek.Sampai hotel tido makan buah epal tido.

Weather waktu siang dalam 17 degree.

With hj razani n hubby
Day 2
Dubai City
Pusing pusing  sekitar dubai city

      -khalid al waleed station
      -dubai health care city centre
      -oud metro -sarapan
     -   etisalat station (line merah)
     -   airport duty free zone
     -   palm deira
     -   al rigga station
     -   makan nasi mandy area muraqabah street -lunch
     -   burj khalifa 
     -   dubai mall
     -   palm jumeirah atlantis
    -   dubai marina area nasimee beach
    -   nakheel station
     -   khalid al waleed station
-balik hotel
By dubai metro (rta). Beli tiket cards , valid untuk semua zone untuk sehari.










With hj razani n hubby
Day 3
Shiraz,Iran
Menuju ke terminal 1 dubai international airport

Menuju ke shahid dastghaib international airport, shiraz, islamic republic of iran by iran air

Tiba di shiraz city. Putar-putar di chamran dan shiraz city . (jalan kaki je).


By iran air to shiraz
Visa on arrival


With hj razani n hubby

Bermalam di uzir’s shiraz homestay

Makanan semua sedap..hihi
Day 4
Sepidan snow Iran
Menuju ke pusat pelancongan salji di sepidan mount.
First time tengok salji dan main salji.best ever..alhamdulillah.
Makan – bawak bekalan yang dimasak sendiri di uzir’s homestay.sejuk ssgt..time ni maggie pedas  paling sedap.masak nasi goring plus goreng pekasam.

With hj razani , uzir’family n hubby dan 2 orang translator bahasa parsi

Weather  –ve  degree.
Sgt sejuk..sediakan pakain yang sesuai sebelum pergi ..penting..long john ,losyen dll

Day 5
Perspolis ,Iran
-Perspolis (world heritage site oleh unesco), 
-davaze quran,
 
-bazaar vakil
Terpegun tengok keindahan seni bina islam sana..sejarah islam.
Dan juga..menyopping..hihi.

With hj razani ,uzir’family n hubby dan 2 orang translator bahasa parsi

Weather  8 degree.

Day 6 
Esfahan,Iran
To esfahan by van. (jauh sgt..tido dalam van).Kami melawat antaranya
      -khaju (royal) bridge
      -chehel sotoon  (40 column palace)
     - hasht bahesht  palace
     - fire temple dan monar jonban ( shaking minaret)
     - vank cathedral yang dibina selepas migration of armenians ke esfahan
      -qaisarieh bazaar
Bermalam di hasht bahesht apartment hotel esfahan

With hj razani , uzir’family dan hubby dan 2 orang translator bahasa parsi

Weather  8 degree.

 Ada masjid takde mic untuk azan disini.
Day 8
Tehran,Iran
Menuju ke tehran by royal safar bus.


Jalan2 sekitar golestan palace dan azadi square serta kawasan sekeliling by metro train .


Ciku suka ssgt makan epal kat sini..sedap rangup .sedap sangat.

-makan nasi mandy ngan berger besar ssgt.

Bermalam di ferdowsi international grand hotel, tehran nearby ferdowsi area.

With hj razani n hubby tanpa traslator..huhu

Day 9
Abu Dhabi Ferrari World
Menuju ke imam khoemeni airport ,tehran dari hotel.

Menuju ke dubai by iran air
Menuju ke abu dhabi city bycomplimentary etihad airways from dubai chelsea tower.

From abu dhabi to dubai pusing pusing sebelum ke ferrari world abu dhabi (the largest indoor and first ferrari theme park world) by car drive sendiri.(murah dari nak letak barang kat locker airport)

Balik malaysia by etihad airways
Hotel hantar ke airport.kalau amik teksi lain,  susah sebab bahasa parsi.xreti.

     makan nasi mandy area airport abu dhabi.

With hj razani  , hafiz (cousin in dubai) n hubby
Day 10
Perjalanan ke rumah di malaysia
Rest .
Plan to istanbul or mesir or Jordan..tak tau le bila..hihi..

Thursday, March 1, 2012

Meneroka bumi Esfahan ,iran



Salam .

Ciku sempat dan berpeluang masuk ke negara ini dan ssgt bersyukur. Kami naik van sewa dari shiraz dan ditemani oleh 2 orang iran yang boleh berbahasa inggeris dan parsi. Mudah sket nak kemana kemana. Kami bawak bekalan dari shiraz yang dimasak oleh mak tam. Dalam 7 jam kot perjalaanan , banyak batu batu dan padang pasir di tepi tepi jalan..pastu pokok anggur dan epal. Kalau dah masuk area pekan , kereta bersimpang siur memang la tak ikut peraturan..asik hon aje..hiks

below 8 degree ..sejuk ssgt

Atas jambatan 

Memula kami ke khaju (Royal) bridge ..ssgt cantik especially the structure Islamic design.lama gak kami bergambar kat sini.Nnt malam nak pergi lagi sebab malam lagi cantik ..nampak pantulan cahaya dari pintu pintu yang banyak tu ngan air sekelilingnya.

Lepas tu kami terus ke chehel sotoon  (40 column palace)..sebonarnya ada 20 column tapi lepas pantulan jadi double.tempat ni cam royal garden ..cantik dan ada superb mural paintings.

Pastu pegi tengok hasht bahesht  palace sume design building ni cantik.
Cadang memang nak pergi fire temple dan monar jonban ( shaking minaret) sebab bila tengok gambar dalam internet tu cam cantik tp disebabkan kesuntukan masa dan majority orang dah penat dan nak pg shopping so ikut ajela.Kami stop beli makanan dulu..tk ingat nama apa tapi dalam kedai tu memang stail arabla.duduk melunjur berhadapan air pancutan like a pond.

Kami sempat gak tengok Vank Cathedral yang dibina selepas migration of Armenians ke Esfahan. Lepas tu balik hotel rest dan solat.lepas je solat terus gerak ke bazar shopping jalan kaki je dari hotel ..nama tempat shopping Qaisarieh bazaar..besar ssgtnya lebih besar dari nilai 3 tu..so lastnya kami berpecah..balik asing asing. Ciku plan beli souvinier untuk member dan family. Pastu untuk diri sendiri le..hehe.kami mesti abiskan duit iran kat sini so apalagi..hehe..dalam kul 7 kot dah balik hotel..rest dan relax..pastu malam dalam kul 9.30 kot ..pg semula ke khaju bridge untuk snap pic cantik di kala malam dan sangat sejuk ..below 8 degree

Ada ramai orang iran tegur.maybe depa jarang tengok pelancong kot..ntahla. Ada gak yang tanya aku ni made in mana??hhehhe.macam product lak..i'm made from Malaysia.hahahaha
Bahasa parsi yang aku sempat belajar.
Kheli sardes –sangat sejuk
kheli mamnun – sangat berterimakasih
kube –apa kabar
mercy dan khoda hafiz – terimakasih gak
moshtaqiram – also terimakasih formal

Itu aje..bye negara yang penuh dengan islamic historical "iran" ..just cover for shiraz, perspolis ,sepidan snowing, esfahan,tehran.

Tuesday, February 21, 2012

Snow at Sepidan Shiraz , iran

Salam,
Bagi sesiapa yang dah sampai shiraz or esfahan..yes..very nice place to visit..so beautiful scenery nature . Kami naik van dari rumah member kami di shiraz dan menuju ke sepidan .Ada staff opis member kat sana yg fluent dengan bahasa parsi so kitorang bawak dia gak.hehe. Teruja dah dalam van bila nengok salju penuh tepi jalan..terharu dan rasa bersyukur dapat sampai gak tengok satu lagi keindahan Allah beri yang tiada di Malaysia..Salji didanau rindu..hehe..salju ke salji..apa apa ajela.
dalam perjalanan ke sepidan ski reso
Ni ciku ngan hubby dan 2 staff opis member di sana. Di puncak sepidan by cable car .



Ni cable car yang cik lyn dan uzir naik..kami di tepi depan dia.
Ciku as well gayat dengan benda benda gayat  ni tapi  nak gak naik..dulu kat langkawi ngan abu dhabi ferrari dan korea ..kali ni di shiraz. sebab ada hubby sebeklah so ok la kan..naik gajah kat thailand dulu tu pun ciku gayat gak..haha.apa daa


Sorri yek..blog pasal perjalanan ke iran ni tunggang langgang..hiks..so conclusionnya..first kami ke shiraz airport dan tido rumah member di shiraz pastu ke sepidan snow , perspolis  esfahan ancient world by van tido di hotel di esfahan dah tempah siap dari malaysia dan confirmkan masa di shiraz..pastu terus ke tehran tido di hotel ferdowsi tehran pastu terus balik abu dhabi n malaysia..abiss ..sume dalam 5 hari  di iran.the best is shiraz dan esfahan..tehran tu sesak gak.

Alhamdulillah dapat gak masuk iran melihat keindahan nature dan sejarah tamadun islam sana.

Friday, February 3, 2012

Air teh di Azadi square ,Tehran




Tehran adalah ibu kota Iran dan terletak di tengah tengah Wilayah tehran. Kami mengambil masa lebih kurang 5 jam dari esfahan ke tehran by local bus. Kami memilih royal safar iranian  VIP seat sebab masalah bahasa . Kat sana banyak berkomunikasi dengan bahasa parsi.Kami kurang fasih dengan bahasa parsi dan member yang fasih tu tak pergi sekali ke tehran so kami ajela ..tu sebab kena amik bus yg tak crowded dgn local people. Kami juga mintak kawan tulis alamat hotel kami dalam bahasa parsi supaya senang bila sampai ke tehran terus bagi kat pemandu teksi.Time ni ada student perempuan iran tolong kami carikan teksi .terimakasih tak sempat nak  salam ngan dia.

Alhamdulillah setakat ini berjalan lancar dan kami sampai ke hotel tehran di  Ferdowsi International hotel : - Address. No. 20, Kooshk e Mesri street, Ferdowsi Ave, North of Imam Khomeini square, Tehran, Iran.

Kami booking online je dan bila sampai kat esfahan (tak sempat lagi nak stori pasal esfahan dan shiraz)  minta member yang fasih dengan bahasa parsi tu cek sama ada nama kami dah ada ke tak kat hotel tu..booking's name.
Sampai sahaja di tehran..kami check in dan terus jalan kaki sekitar bandar tehran..kami ke golestan palace dulu pastu terus ke azadi square by teksi..alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Kami bergambar tak abis abis..hehe..teruja tgk struktur binaannya.dan sekelilingnya ada bunga kobis purple.cantik..ada orang yang jual hot water..chairl(teh panas)..tapi kami tak beli pun.sejuk tak tertahan..nasib baik mmg dah siap pakai baju heater kat dalam so boleh tahan lagi la..4 degree dah time ni..dah malam...
on the way balik tu nampak kedai jus delima ..kami try minum..masam yang amat.pastu makan kebab..dagingnya macam masak daging kicap kat malaysia tapi ia makan ngan roti..sedapp..sampai hotel order piza arabic lak..adoyai..asik makan je ni..aku selang seli ngan makan apple merah..huhu..kena makan buah gak kan. Kami tak byk jalan kat tehran..just pergi tempat yang memang plan sahaja.
Kami ada terjumpa dgn famili iranian yang suka pada malaysia..sangat teruja depa bila jumpa kami..pelik pelik.Alhamdulillah duduk di bumi Allah ini.syukur teramat dapat melihat suasana dan cuaca yang berbeda dari Malaysia.

Persepolis iran

Salam, 

Kita terus tengok gambar gambar dulu ye.

Map jalan masuk situ..ciku pun tak paham..hihi

Panjat ini tangga dulu baru nampak apa ada dalam tu.

Ha..ni la dia terus tersergam batu batu yang cantik dan masih utuh..sejarah peradaban dunia
 


  




Ni tangga satu sebelah lagi.Tinggi mak non

Mengikut pakcik wiki , 
Persepolis (Parsi Lama: Pars, Parsi Baru: تخت جمشید, 'Takht-e Jamshid') adalah ibu kota istiadat Empayar Achaemenes, dinasti Iran yang kedua. Kota ini terletak kira-kira 70 kilometer di timur laut bandar raya Shiraz.



Serba sedikit tentang Persepolis adalah ibukota kerajaan Achaemenid di Iran dan didirikan oleh Raja Darius I pada tahun 518 SM. Kota tua ini terletak 70 km dari kota Shiraz di Iran dan diumumkan sebagai salah satu world heritage site oleh UNESCO pada 1979.


Arkeologi mempercayai bahwa lokasi kota ini dicetuskan oleh Cyrus Agung tapi pembangunannya dilaksanakan oleh Darius dan dilanjutkan oleh putranya Xerxes Agung. Ia ditubuhkan bertujuan untuk menciptakan suatu simbol keagungan dari kejayaan kerajaan Achaemenid atau kerajaan Persia kuno, serta sebagai tempat menggelar upacara dan perayaan khusus.

Di keruntuhan teras terdapat tiang tiang yang terbuat dari marmer abu-abu gelap dimana 15 tiang diantaranya masih dapat dilihat. Para arkeologi masih berdebat apakah reruntuhan ini dihancurkan oleh Alexander III atau Alexander Agung dari kerajaan Makedonia.

Ni rombongan mak kiah kami lapo..so makanle bekalan yang di masak oleh kami beramai ramai..sedap woo..nasi goreng..hihi..cuaca sangat sejuk time ni.



Okla ciku citer sikit ye. Kami menaiki van ke sini dari kota shiraz(Tempat penginapan kami) ..memula sampai makan dulu..sejuk ssgt walaupun ada cahaya matahari.Lepas makan , kami terus beli air mineral dan jalan kaki naik bukit bukau untuk melihat tersergam runtuhan batu batuan ..cantik ssgt.Teringin lak nak tengok piramid di Mesir.


Hubby dan pak tam naik ke atas paling puncak ..dikatakan ada laluan masuk atas tu..ciku ngan kakchik naik separuh jalan je..hihi..amik gambar apa yang patut.Cik lyn dan uzir masih rancak beramah mesra dengan orang iran di sana.Almaklum depa boleh berbahasa parsi. Tu sebab ikut trip depa..satu keistimewaan. Mak tam dan haji duduk je makan..hihi.Melihatkan mak tam dan haji duduk lama kat bawah sana..ciku dan kakchik amik keputusan turun bawah dan pergi ke tempat depa..tengah kami rancak berborak ..datang pulakla segerombolan orang lelaki iran..ciku naik takut lak.Depa cakap bahasa parsi..ciku diam je.nasib baik haji ada,dia pandai mengawal keadaan..alahai suamiku ada kat atas paling puncak lak tu..bilala nak turun tu.adoi..hihi.Takde apa yang membahayakan berlaku.Alhamdulillah.



So settle tu , ciku pegi solat kat area situ .Ada bilik kecil solat lengkap dengan tempat wuduk..tetiba ciku teringat hubby kata iran ni lain macam sikit solatnya..ada yang ikut syiah.So ciku cam biasa nak solat tu ..datang seorang perempuan iran yang cantik menegur..bahasa ayam itik la..haha...dia kata kenapa ciku tak ambil ada batu kecil color biru letak atas kepala.Kira sujud kat atas tu.Ciku kata takpela..(adala cara cakapnya..hihi).Dia macam nak marah siap geleng kepala sampai dia tunjuk cara dia sujud tu..adoila..macam macam.Ciku terus je solat sehingga selesai. Ciku senyum je kat perempuan tadi tu..dia ok akhirnya..Malaysian muslim.yerp it's me.


So ciku meneruskan perjalanan meneroka persepolis bersama hubby ciku dan yang lain lain.

Teruja tengok kejadiannya.Memang dah lama nak jejak kaki ke sini..alhamdulilah sampai juga ke tempat impian ciku ni. Terima kasih jua kepada famili uzir dan cik lyn yang sudi terima dan bawak kami jenjalan di iran.

Saturday, December 3, 2011

Tour to shiraz and esfahan,iran



Salah satu negara islam yang ciku nak jelajah gak ni..Ada rezeki ciku pegi early next year .Yang osaka,jepun  tu lambat lagi end of next year..pun kalau takde apa apa aral melintang. Untuk tour ke shiraz n esfahan..antara negara islam tercantik.Tapi aku tak berani nak backpackers ke iran so just cari info sesikit ajela..hehe..flight etihad airways to dubai  pastu shiraz . ..apapun insyaAllah kalau jadi..last year pegi yemen tu best ..tgk sejarah islam.so this year plan to shiraz n esfahan..
ni yang ciku dapat sikit info tapi ciku tak pegi ngan tour tu..heehe..just nak info je


Shiraz Historical Tour
iran traveling center


Alhamdulillah ada member ngan sepupu nak pergi sekali so kami pergi ramai gakla ni dan ada member sefamily gak duk sana so takde le takut sgt. InsyaAllah ada rezeki sampaila ciku ke satu lagi bumi Allah dan merasai salah satu dari 4 musim itu.

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...