Persepolis iran

Salam, 

Kita terus tengok gambar gambar dulu ye.

Map jalan masuk situ..ciku pun tak paham..hihi

Panjat ini tangga dulu baru nampak apa ada dalam tu.

Ha..ni la dia terus tersergam batu batu yang cantik dan masih utuh..sejarah peradaban dunia
 


  




Ni tangga satu sebelah lagi.Tinggi mak non

Mengikut pakcik wiki , 
Persepolis (Parsi Lama: Pars, Parsi Baru: تخت جمشید, 'Takht-e Jamshid') adalah ibu kota istiadat Empayar Achaemenes, dinasti Iran yang kedua. Kota ini terletak kira-kira 70 kilometer di timur laut bandar raya Shiraz.



Serba sedikit tentang Persepolis adalah ibukota kerajaan Achaemenid di Iran dan didirikan oleh Raja Darius I pada tahun 518 SM. Kota tua ini terletak 70 km dari kota Shiraz di Iran dan diumumkan sebagai salah satu world heritage site oleh UNESCO pada 1979.


Arkeologi mempercayai bahwa lokasi kota ini dicetuskan oleh Cyrus Agung tapi pembangunannya dilaksanakan oleh Darius dan dilanjutkan oleh putranya Xerxes Agung. Ia ditubuhkan bertujuan untuk menciptakan suatu simbol keagungan dari kejayaan kerajaan Achaemenid atau kerajaan Persia kuno, serta sebagai tempat menggelar upacara dan perayaan khusus.

Di keruntuhan teras terdapat tiang tiang yang terbuat dari marmer abu-abu gelap dimana 15 tiang diantaranya masih dapat dilihat. Para arkeologi masih berdebat apakah reruntuhan ini dihancurkan oleh Alexander III atau Alexander Agung dari kerajaan Makedonia.

Ni rombongan mak kiah kami lapo..so makanle bekalan yang di masak oleh kami beramai ramai..sedap woo..nasi goreng..hihi..cuaca sangat sejuk time ni.



Okla ciku citer sikit ye. Kami menaiki van ke sini dari kota shiraz(Tempat penginapan kami) ..memula sampai makan dulu..sejuk ssgt walaupun ada cahaya matahari.Lepas makan , kami terus beli air mineral dan jalan kaki naik bukit bukau untuk melihat tersergam runtuhan batu batuan ..cantik ssgt.Teringin lak nak tengok piramid di Mesir.


Hubby dan pak tam naik ke atas paling puncak ..dikatakan ada laluan masuk atas tu..ciku ngan kakchik naik separuh jalan je..hihi..amik gambar apa yang patut.Cik lyn dan uzir masih rancak beramah mesra dengan orang iran di sana.Almaklum depa boleh berbahasa parsi. Tu sebab ikut trip depa..satu keistimewaan. Mak tam dan haji duduk je makan..hihi.Melihatkan mak tam dan haji duduk lama kat bawah sana..ciku dan kakchik amik keputusan turun bawah dan pergi ke tempat depa..tengah kami rancak berborak ..datang pulakla segerombolan orang lelaki iran..ciku naik takut lak.Depa cakap bahasa parsi..ciku diam je.nasib baik haji ada,dia pandai mengawal keadaan..alahai suamiku ada kat atas paling puncak lak tu..bilala nak turun tu.adoi..hihi.Takde apa yang membahayakan berlaku.Alhamdulillah.



So settle tu , ciku pegi solat kat area situ .Ada bilik kecil solat lengkap dengan tempat wuduk..tetiba ciku teringat hubby kata iran ni lain macam sikit solatnya..ada yang ikut syiah.So ciku cam biasa nak solat tu ..datang seorang perempuan iran yang cantik menegur..bahasa ayam itik la..haha...dia kata kenapa ciku tak ambil ada batu kecil color biru letak atas kepala.Kira sujud kat atas tu.Ciku kata takpela..(adala cara cakapnya..hihi).Dia macam nak marah siap geleng kepala sampai dia tunjuk cara dia sujud tu..adoila..macam macam.Ciku terus je solat sehingga selesai. Ciku senyum je kat perempuan tadi tu..dia ok akhirnya..Malaysian muslim.yerp it's me.


So ciku meneruskan perjalanan meneroka persepolis bersama hubby ciku dan yang lain lain.

Teruja tengok kejadiannya.Memang dah lama nak jejak kaki ke sini..alhamdulilah sampai juga ke tempat impian ciku ni. Terima kasih jua kepada famili uzir dan cik lyn yang sudi terima dan bawak kami jenjalan di iran.

2 comments:

Ayu Firzara said...

Ayu pun teringin nak pergi melawat ke negara2 Islam yang banyak tinggalan sejarah...insyaAllah kalau ada rezeki...best kan...

CIKU said...

insyaAllah niat dah ada tu cik ayu firzara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.