Showing posts with label cuti -genting. Show all posts
Showing posts with label cuti -genting. Show all posts

Thursday, February 14, 2019

Trip 2 hari di GLAMZ Genting ala ala camping site

Salam 

Tahun baru cina yang lepas balik dari jopun , kami ke Glamz di genting Highland trip 2 hari aje. Area belum sampai Genting Highlands Premium Outlets so dekat ajela.Ciku tak naik pegi Genting Highlands Premium Outlets tu sebab baru lagi pegi sebelum ni lagipun takde apa nak di beli.hihi

Terjadinya trip ini sebab anak kepada member yang search dan bookingkan untuk 4 family so 4 room. Saja bertemutemuan..hiks

Kami makan siap siap diluar sebab bila studi tempat ni agak jauh dengan kedai makan dan jalan pun jem so maleh nak keluar masuk .Kami bawa bekalan burger king juga ..biasala nanti musti lapar lagi.

So aktiviti just rehat aje dan jumpa membermember aje kat situ .borak borak dan tido. Aircond sangat sejuk..hiks. Kami ambil 2 tilam extra.Toilet agak not friendly tapi bersih .

Kettle Air panas tiada dalam bilik so kena ambil di Pantry.Toilet shared ada banyak je disediakan dan bersih so tak perlu berebut kat bilik na.


Best jakuzzi ada di dalam bilik.Anak nak main air sambil dengar lagu radio dari jakuzzi tu.(hati2..kena perhatikan si kecil tu main air )









ihsan google .tak sempat nak snap sebab ciku duk main gak ngan anak anak..hihi

ihsan google.View dari atas
Bilik jenis VIP dan ada satu unit sahaja dan ada jakuzzi dalam tu. Untuk bilik lain jakuzzi disediakan di luar bilik . Shared type.

Sarapan pagi disediakan pada pukul 8.00 pagi. Menu tak perlu kupon - makaroni cheese (sedap gakla) , bubur nasi dan roti bakar . Menu berkupon set breakfast western . simple aje ..ingatkan ada nasi lomak ke..hihi.Syukur..kena syukur selalu.Alhamdulillah.

Ciku rasa tempat ni kalau buat any event maybe sesuai sebab unik dan cantik. Kerusi sume color english ala english style. Ada game indoor such as carom, dam dan lain lain. Lokasi di lerenglereng bukit . View langit pokok pokok memalam view bintang and once again there is no TV dalam bilik so memang kita chat all the time or sleep. Kalau Type VIP ni..jakuzzi nya bleh pasang lagu so kami rest sambil dengar lagu2 then sleeping beauty.

Okla settle percutian rest dan bergolek tido .Sebelum gerak balik ke rumah , kami tinjau Tiarasa escapes location at janda baik . Cantikla dan tak berbukit bukit mcm glamz genting ni .Harga pun cantik..hihi.Kami kejap je situ meninjau dan borak2 ngan staff situ then menuju pulang rest lagi .hiks
https://www.tiarasaescapes.com/


Detail boleh tengok sini na sesiapa berkenan

Website
https://glamz.com.my


ADDRESS
1, JALAN MERANTI, 69000 GENTING HIGHLANDS, PAHANG, MALAYSIA.

CONTACT NUMBER
012-664 5269

Thursday, May 17, 2018

Bercuti on the spot di First World Hotel dan murah

Salam Ramadhan 

Nak stori juga walaupun cuti cuti bukanlah berlaku pada ramadhan ni.hihi.
Lepas PRU 14 hari tu..kami decide ke genting hihgland dan book on the spot by agoda -Resorts World Genting - First World Hotel .ambil 2 room type standard room ..nak tau harga..ciku pun terkujat..rm50 satu bilik plus rm5 sebab minta interconnecting..murah. so total rm105.00.

Alhamdulilah dapatlah bersejuksejuk kat atas tu dan hotel kena check in dan check out guna kiosk je..wow..kalau tak reti..ada je staff dia akan tolong.Jangan memalu panggil je..hihi

Kami pegi kenduri dulu kenyangkan perut kemudian baru naik atas.Masa tu dalam 19 darjah celcius. Kami tak ke Genting Premium Outlet sebab ritu dah pegi lagipun xde apa nak cari situ..kihkih.

Menikmati cuaca kesejukan di Genting highland..best .alhamdulillah.

Makan dimana..kami makan di Nene Chicken ..menu sume ayam dan burger ayam le..hihi..air refill free.Bleh refer url :
http://www.nenechicken.com.my/

Gambar dibawah semua ehsan dari google

yg color2 tu hotelnya
Lobby yang bukan self check in
Standard Room
19 m²/205 ft² 

Tuesday, March 27, 2018

Awana SkyWay Genting Highland

Salam,

Alhamdulillah sekali lagi kami sekeluarga diberi peluang berjalan jalan.Kali ni ke  genting dan tidak bermalam.


Minggu lepas menghabiskan cuti sekolah , kami ke genting tujuan utama nak rasa kesejukan di atas tu..hihi.Dah bertahun tahun tak ke genting so free bebaru ni kami meluangkan masa ke sana ..tu pun tetiba jugak sebab on the way balik dari KL tu nak g rumah member tapi dia takde so pk pk kami pun naikla kejap.

Dari KL kami naik kereta sampai ke Genting Highland Premium Outlet. Parking  situ pastu jenjalan kejap je dan solat zohor .Kemudian kami naik lagi atas naik Awana SkyWay melalui Awana station --Chin Swee Station --Sky Avenue (stop).

Genting Awana SkyWay Car Park Free Parking, Cable Car Ticket Price Standard: RM8/Person, Glass-Floor: RM50/Person

Kami jenjln je tengok dan makan di merry brown dan  cari pintu keluar untuk menghirup udara luar area berhadapan dengan hotel maxims..sejuk kabus wow..alhamdulillah sejuk .Best ever.

Solat asar sesiap kat atas area maxims hotel dan turun bawah naik awana sky way . Kali ni stop Genting Highland Premium Outlet menghabiskan jalanan mencari jajan yang tadi tak abis lagi..hihi.Penat gak kaki pusing2. Lepas solat maghrib baru turun Kuala Lumpur semula . Mood Fengsan dan stop Wong Solo Ampang bungkus ayam bakar dan sambal balado super delicious 



Kaedah menyusun trip

  Salam ,      Entah berapa tahun laptop dan buku nota ini terperangkap dalam sepi, tanpa seulas pun cerita tentang perjalanan yang pernah d...