Showing posts with label ittenary ke jepun. Show all posts
Showing posts with label ittenary ke jepun. Show all posts

Tuesday, October 7, 2014

Sinopsis - Japan 10 days

Salam, 

Sinopsis percutian di Jepun 10 hari untuk 4 orang (musim spring dan Winter).Ni sinopsis masa travel terakhir bulan April 2014.Selepas balik jepun , lagi 3 orang member selain ciku tu baru balik travel tour to Spain almost 3 weeks bebaru ni sept 2014.



Trip dari Malaysia - Overnight at Tokyo haneda Airport - Nagano hakuba goryu (snow winter) - Tokyo (ikebukuro,shinjuku,shibuya,nippori textile,akhiabara electronic town,takeshita street,daiso,disneyland) -Yokohama-Odawara - Kamakura - Osaka - Kyoto - kobe(cancel hujan lebat)- hiroshima (spring sakura) - Hakata Fukuoka (spring sakura) -Sasebo (HTB -tulips festival) - nagasaki Noritake factori Art porcelain ) - Osaka (spring sakura) - Malaysia


Tokyo
First cabin ladies hotel ( Penginapan )

23/3/2014 – Flight dari malaysia  2.40 petang tiba 10.05 malam (awal 25 minit)..

Sakit gigi tak henggat..huhu..nasib baik bawak ubat penahan sakit..hurix ..sori gigi masih sakit.
Di airport Tokyo International airport Haneda ,Q sgt panjang tapi cepat je jalan..kena touch 2 jari dan amik gambo muka ni.

Bagasi kutip kat baggage A..senang je landmark sume..5S jepun kan..alhamdulillah settle.

Last free shuttle bus ke first cabin ladies hotel ( Penginapan )di terminal 1 adalah pukul 11.30 ikut kepada information centre airport le..hihi..check in sebelum pukul 12 so ok lagi ..check in di first cabin ladies..cantik kemas, kecik dan simple.Muat letak satu beg sandang aje ..yang lenlain bag letak di area lobby hotel dan tagging.Lapo makan roti gardenia coklat tu area pantry cabin dan member makan Maggie cup..air mintak ngan first cabin free..hot water aje..hihi..bancuh milo. Solat dan tido..ciku tido lena je.hihi..bilik air first class tapi ada sesuatu yang membuatkan ciku tergumam jap bangun esok pagi ke share public bathroom ..haha.

Ni url untuk first cabin haneda website.Booking onlinehttp://www.first-cabin.jp.e.jr.hp.transer.com/locationlist/haneda-terminal1.html

24/3/2014

Nagano,Hakuba
Homestay pension Chau chau(Penginapan)

Solat pukul 4.20 pagi..plan berkumpul di lobby pukul 7 pagi untuk gerak ke Shinjuku station.

Dari First cabin ladies haneda –shinagawa(keikyu line) –xingat berapa hengget (belum aktif JR PASS)
Sampai  shinagawa -Shinjuku station (yamanote line) -190 yen

Shinjuku west berdepan ngan yodobashi camera building stairs no 7 untuk amik tiket ke hakuba by keio bus (17000 untuk 4 orang) bus ni berhenti 2 kali di rnr dan ada toilet di dlm bus.Dan best tak pening dan tak rasa naik bukit ..tetiba je dah sampai hakuba goryu dalam 4jam 40 minit.Alhamdulillah.

Kami book dari website http://highway-buses.jp/hakuba/

Sampai hakuba Goryu -5 minit walk to kamishiro station pastu staff hotel pension chau chau datang pick up.
Homestay pension Chau chau ( 1 night dinner – 6 petang  and breakfast  - 7 pagi )

Ni website hotel pension chau chau hakuba . Bila kita book by emel thru website ,dia akan guide camana nak ke hakuba gak.tqtq


Sampai hotel ..mcm homestay Cameron tu..comel je dan duduk ngan family situ..dia ada 1 anak perempuan baru habis sekolah menengah ..asyik tido je tak keluar bilik..kata mak dia la..hihi..lepas check in ,kami berdua terus g tengok salji kat atas hakuba goryu tu (yang member dua orang lagi dah pengsan..hihi).

Jalan kaki je dekat bonar.Hotel ni berdepan ngan K's hakuba backpackers hotel..sampai atas tu dalam 20minit kot..amik amik gambo..main baling baling salji sket..haha..ada banyak ski for rental..ciku tak tanya berapa hengget sebab tak main ski..amik gambo ajela dan bukan dalam bajet kami nak main ski situ.Ada cabel car untuk naik ke puncak dan kat atas tu boleh berkelah atas meja ais..cam menarikkan tapi bukan dalam bajet kami gak..hah so kami berkelah Maggie ,biskut cicah milo dan nasi goreng kampung cap brahim atas meja kayu je di tepi tepi salji tu.ok la kan.hihi.

Lebih kurang pukul 5 petang tu kami turun dan siap untuk dinner .Best dinner nya sume sedap ..the best is pizza so bila dah abis makan tu.tuan rumah tanya le ..mana menu yang kitorang rasa the best,..so kami serentak ckp pizza udang tu..hihi.then dia sengih sengih bawak lagi satu pizza udang tu..hoho..makan lagi..kira memang kenyang benarla.tq tq.

Plan nak balik bilik tido kekenyangan tapi ternampak kat hall dia ada gitar so main lagu sikit do re mi dan kami sembang sembang ngan tuan rumah then balik bilik tido .ada heater okla kalau dak beku le teman.hihi.

25/3/2014

Masih di hakuba,pepagi lagi lepas breakfast lebih kepada salad salad dan pizza udang tu dan juga potato steam with butter..sedap ..kami terus jalan kaki lagi kat tempat salji bersama ngan member member 4 orang sume .amik gambo dan jalan kaki lagi sekitar situ ..ada lak snowman besar..comel je.Kaminya snow man tak jadi jadi. Ciku tak reti buat snowman tu..abis senget senget jek..haha.

11 pagi kami check out hotel dan tuan rumah tu hantar kami ke hakuba goryu bus station (free).Tunggu bus nak ke nagano station naik highway bus 1500 yen dalam 1 jam (tak bookingpun sebab memang ada je bus ni) ..macam nak muntah naik bus ni..huhu..nasib baik 1 jam je.

Kami aktifkan JR Pass di Nagano Central..lama gak kena Q ..sementara tu kami solat tepitepi situ.Settle  je terus naik JR shinkansen asama dari nagano station ke ueno station (reserved seat) –cover by JR pass

Dari ueno station amik yamanote line ke ikebukuro station ,amik ikebukuro central gate 1..check in 4 petang.

Sampai hotel sakura ikebukuro –(berpandukan map hotel emel kan sebelum ni) ..ok aje.Letak barang dan terus g cari restoran malaychan area situ( restoran makanan melayu dan ada program khas belajar masakan melayu –bagus kan..hihi)..tanya hotel je depa bagi panduarah.tq tq..kami order nasi goreng kampong , ikan bakar dan sambal udang petai (petainya terlajak dari udang ..adoi)..tepi restoran ni ada park penuh ngan pokok sakura tapi masa kami sampai tu belum ada sakura pun.

Jumpa orang Malaysia dalam tu ..tegur menegur le tukar tukar nombor tepon.pastu ciku dan hubby g daiso ikebukuro area walking distance je dari restoran malaychan ke sakura hotel..tapi daiso nya tak berapa nak best so kami tengok tengok aje.Tak sabo nak g daiso di harajuku nanti ,,haha.Daiso tu untuk pengetahuan ala ala kedai 2.00 la kat Malaysia ni..sana depa panggil daiso 100 yen.

Balik rumah tengok citer penyiasatan ala ala citer kegemaran ciku tu..citer cartoon conan..hihi then tido.

 26/3/2014

Hotel Sakura Ikebukuro (penginapan)

Odawara Castle
JR Tokaido line (40 minit) from central Tokyo dan dalam 10 minit walk dari exit gate odawara station to odawara castle.Entrance castle 400 yen.

Odawara ..cantik tapi sakura belum keluar lagi time ni..ada le dalam 3 pokok je ada sakura..huhu.

Pergi odawara castle dan Ciku beli FM (200 yen satu) .






Kemudian ke  kamakura station  untuk ke danzakura street (kalau ada sakura..street ni memang cantik) kamakura dan shopping district di kamakura di area Souvenir alley dan Hachimangu  Shrine.

Berdepan je ngan danzakura street dan  temple tu.Murah murah je ..ciku beli 20 chopstick satu 50 yen..dan dia bagi lagi 2 chopstick free sebab dia kata ciku beautiful..haha..ayat perasan..hihi.sori member member ..itu aje souvenior yang boleh beli banyak dan murah..haha..ada tulis made in japan so okla kan.

27/3/2014

Hotel Sakura Ikebukuro (penginapan)

Tokyo Disneyland ..tempat ni bukan feberet ciku tapi TL nak sangat pegi sebab dia kecik kecik dulu tak penah sampai..haha..apadaa..ciku pun takpenah gak.so ikut ajela..entrance 6200 yen sorang.

Hari ni berpecah , 2 orang member lagi pegi yokohama jumpa kawan jepun depa.Kami akan jumpa depa gak tapi malam di yokohama station gak untuk dinner dan chat.

Kami makan roti gardenia coklat kat sana..boleh je bawak masuk dalam..sorok sorok je sikit dalam beg.Masa kat gate entrance tu kita bukak siap siap beg sandang tu untuk depa cek dan senyum..teurs dia kejap je cek dan kata ok..padahal ada bawak air mineral dan roti gardenia dalam tu.hihi.tq tq.

Dari Ikebukuro station –Tokyo station (JR yamanote line)
Tukar JR mushashino line –Maihama disney

Hujan lak sampai kat Disneyland ni..kami tengok majority depa ni jalan laju dan siap lari lari nak kejar masuk Disney ke apa ntah..so ciku pun lari cam best je..haha.Ada banyak je kaunter nak beli tiket walaupun beratur panjang tapi cepat so takde le lama sangat menunggu dalam 25 minit kot.kami di Disneyland dari pukul 9 sampai pukul 12 je tu pun abis dah pusing sume Disneyland ni..jenuh dah aih..amik gambo..nak main majority game nya 200++minit.. takdo la ciku nak nunggu game lama gitu.





Abis di Disneyland ,kami ke nippori station untuk ke Nippori textile town..map kedai kedai situ ciku dan print dan dah mark mana nak pegi je sebab kedai banyak sangat so ciku nak ke area tomato fabric aje ada banyak kedai kain tomato dan kedai jeans Edwin kat situ. Jalan dalam 5 kedai je ..dan 4 kain cotton dirembat (580 yen,105 yen –bkn cotton ,380 yen semeter dan bidangnya macam kecik je so kena beli lebih meter ) dan kain wat baju melayu (108 yen semeter) . total membeli belah paling banyak kot kat sini..haha.

Refer website ini.

Pukul 4 kami terus ke station Yokohama dalam 50 minit naik keihin line –solat dan tunggu 2 orang member lagi dan member jepun dia ,nama ishikawa tua dah dlm 72 tahun tapi sangat kuat naik tangga turun tangga..wah bagus bagus.

Kami terus naik bus lak ke kampong dia..ni sume kawan dia bayar..ciku tak pasti rumah dia area kanazawa dan dia ada ladang apricot  tapi agak terpencil dan kemas.dia ajak makan di restoran  jepun.makan tempura udang dan ubi pumpkin ..sedap..kami hadiahkan dia kain pelikat yang kami beli di Sarawak hari tu dan sutera ala ala baju kelawar kat wife dia..hihi..seronok je depa..dia tanay cara nak pakai kain pelikat dan sutera tu..wat sikit demo pastu golak golak..kami bgtau dia jangan pakai kain pelikat ke pasaraya lak..haha.

Dia hantar kami naik train dari shinagawa dan kami naik sendiri ke yamanote line ikebukuro balik hotel dan dalam pukul 10.30 malam sampai hotel tu ..tido le apalagi.ciku lapo sebab tak berapa nak kenyang tadi..haha..so makan le nasi goring ayam cap brahim tu..ada 10 peket kami bawak sume plus 4 maggie cup dan roti gardenia dan sambal ikan terubuk Sarawak .

28/3/2014
Hotel Sakura Ikebukuro (penginapan)
Osaka
Toyoko inn shin Osaka (penginapan)

Pepagi lagi dah check out dan letak bagasi di tempat simpanan bagasi ..free boleh simpan 1 week dan insyaAllah safety..kami terus ke akhiahabara  selepas breakfast hotel sakura kopi dan roti bakar.Kami menuju ke akhiahabara –open kul 10 pagi tapi kami datang awal .cari kedai kebab untuk lunch nanti dan kedai sidiq (tutup sebab renovate) dan kedai casio jam murah tu.Plan macam nak cari iron steam berdiri tu..haha.tapi takdo pun.ciku tak beli apa apa pun kecuali jam tangan 1000 yen.

JR Ikebukuro Station –Akhiahabara station –JR Harajuku station –JR Ikebukuro

Kami ke harajuku station dan omotesando ,shibuya selepas tu ..ramai betul orang seramai ramai nya orang dan macam macam jenis orang dan kedai ..hoho..kami jalan kaki je ke takeshita street dan daiso 5 tingkat tu..hihi best giler 2 bakul beli barang.total dalam rm110..haha ..termasuk train dan railway ,Origami ,lego block kayu untuk anak anak ciku…sume 100 yen satu aje.ciku beli sarung tisu ,chopstick,tempat letak surat ..haha macam macam la sume saiz kecik dan leper.

Settle harajuku dan shibuya ,kami ke hotel ikebukuro dalam 4.30 petang untuk amik sume beg dan ke shinagawa station untuk tukar naik JR shinkansen hikari pukul 5.40 -8.05 ke shin Osaka (2 jam 25 minit).Tido dalam train.

Stop at shin yokohama, odawara , Nagoya, gifu maihama,maibara,Kyoto,shin Osaka..huhu..sampai je shin Osaka station kami amik east gate dan walk in dalam 8 minit to toyoko inn hotel.Dinner nasi goreng brahim lagi dan paling best ada machine coffee free kat café hotel (Americano coffee,capucino,espressor dan apa ntah lagi coffee).

29/3/2014

Osaka
Toyoko inn shin Osaka (penginapan)

Selepas breakfast roti bakar dan buah epal dan coffee free tu ,kami gerak kepasar sabtu area shin Osaka station..murah murah dan berlambak gile barang dijual.kami tak beli pun..tengok aje..hajat macam nak beli je tapi berat lak nnati..haha
So kami naik JR hikari shinkansen (cara hanya tunjuk pass JR je kat kaunter –jangan touch lak) dari shin Osaka ke Kyoto dalam 15 minit.

Terus ke JR saga arashiyama tempat yang paling ciku nak terjah sebab nak tgk bamboo groove tu..sampai je terus q untuk beli tiket entrance sagano romantic train sight seeing tram..kat sini ada sikit sikit je sakura..train ni classic dan sangat menarik view especially untuk sakura dan autumn.Tengah duk rest tengok tengok pemandangan atas train ni..tetiba datangla sorang mamat jepun wat terkejut orang ..pakai topeng monyet..hoho..pastu amik gambo ngan kami.ada budak nangis tengok dia..takut kot.

Pastu kami turun jalan kaki ke bamboo groove yang menarik dan tertarik tu..amik line port tengah tengah bamboo tu..memang cantik..subhanallah..kami melalui tenryuji temple tapi tak masuk..ada macam park nampak dari luar ..cantik, pastu kami teruskan jalan kaki ni ke togetsukyo bridge sebab nak tengok sakura tepi takdo.

Settle sume kami ke Kyoto muslim association dekat ngan imperial palace marutamachi  street..agak sesat gak nak ke sini ..banyak tul jalan kaki tapi dalam garden Kyoto imperial park..cantik..nice view..huhu sebab map lupa save..adui..so banyak tanya tanya orang je..at last Alhamdulillah sampai..kami dah jalan kaki melebihi jambatan area Kyoto University..huhu.So terus solat dan masuk kedai muslim tu ..beli Maggie dan biskut oat..pastu makan di rose café sebelah kyoto muslim association..makan apa!!..nasi lor..lapo dah nak makan nasi time ni.ciku memang bawak sambal tumis terubuk kering ni ..hihi wat penyelera makan. 

Balik naik bus je depan area rose café ni ke Kyoto station.jem pening dalam bus ni..huhu..sampai Kyoto station..hari dah gelap so kami bergambar gak kat Kyoto tower tu..dan terus naik JR hikari shinkansen ke shin Osaka(15 minit). Dalam 7.30 sampai shin Osaka..stop lak lagi kat terminal tu tengok product MAC ..hihi..saje je tengok tengok.Sampai hotel shin Osaka tu terus makan bekalan lagi dan tido..oo..ciku basuh kain gak ..ada mesin laundry guna coin  kat lobby dan keringkan terus.yes tq tq.

30/3/2014
Hunt for hanami sakura and tulipsToyoko inn sasebo hotel (penginapan)

Lepas bekfas cam biasa roti  or nasi goreng brahim dan coffee ,kami teruskan perjalanan dan misi mengejar sakura dan tulips.Letak bag di hotel shin Osaka dan ianya free ..kami hanya bawak bag untuk satu hari sahaja ke Hiroshima ,hakata fukuoka dan sasebo Nagasaki .Naik shinkansen hikari ke hakata untuk stop di shin kobe..turun shin kobe plan nak g tengok kobe port tapi agak sedih sikit sebab hujan terlalu lebat dan kami tengok dari station shin kobe je la kobe..huhu.Mungkin ada sebab musabab Allah tak bagi jejak Kobe time tu so kami teruskan perjalanan tukar tiket JR sakura shinkansen ke kaguma chuo.Stop Hiroshima station untuk naik JR Miyajimguchi station (stop no 1) ke miyajima island by ferry (dalam 10 minit kot).

Ferry stop je kami dah nampak sakura merata rata ..hoho..alhamdulillah.. kami terus nampak banyak deer  meratarata dan jinak..hihi..Momiji-dani Park, or Maple Leaf Park.ciku amik gambo le pegang pegang si deer tu..ye ke..haha..takde maknanya..ciku kan penakut ..so duk tepi tepi je..pastu kami terus jalan kaki tengok Otori gate(Shinto kebanyakannya berwarna oren hitam) pastu ke park sakura walking street je pastu nampak tahoto pagoda dan itsukushima shrine(kami lalu je tak masuk sebab kejar masa time ni).

Ada miyajima Aquarium tapi ciku tak masuk sebab jauh jalan ke belakang lagi.settle tu kami bergegas ke ferry terminal dalam kul 12.30 ..silap bajet terlepas lak train nak ke hakata pukul 2.27..kami sampai kat area train tu 2.30..adui takpe takpe..kami rest kat hakata so kami keluar hakata station dan nampak landscape tulips.wah cantik pastu terus nak ke ohori park,hakata untuk tengok sakura.

JR hakata –meinohama naik kuko line stop ohorikoen station dalam 10 minit je.

Wah kat sini memang ada hanami sakura..berkelah dibawah pokok sakura.ramai gile orang berhanami..best best..kami apa lagi snap le gambo gambo sakura merata rata tu..alhamdulillah.Kami ke area Ohori park ,Maizuru Park dan fukuoka castle..tengok jam dan kami patah balik semula ke hakata station amik kuko line ke airport fukuoka , JR hakata stop station dan kemudian untuk ke sasebo line naik JR limited express midori  turun sasebo dalam 2 jam.

Check in toyoko inn sasebo,nagasaki dalam 1 minit dari gate station sasebo..dekat bonar..keluar je station terus nampak toyoko inn sasebo hotel (penginapan).Sampai dah malam dalam pukul 8.30..lepas check in je ciku dan hubby jalan lagi ke friesta sasebo sesaja nengok sekitar dan rasa view sejuk tu..hihi..member 2 orang lagi pengsan..lepas jalan jalan kaki tu , kami makan Maggie dan biskut cicah milo.

31/3/2014

Hunt for tulipsDuring the Special Week (Mar. 21-Apr. 6), all the tulips in each area will blossom together!


Huis tenm Bosh ,nagasaki ..3200 yen sorang..kami naik dari  JR sasebo ke huis ten bosh (25 minit) ..pepagi dah gerak nak jadi orang pertama q..haha..memang cantik view mcm kat Holland..ciku sorang je tak penah pegi Holland antara kami berempat ni so agak jakun la nengok tulips ,windmills,flower palace dan lain lain yang macam English view tu..memang cantik.Solat di huis ten bosh aje.

Kami naik canal dah macam kat venice lak..haha..perasan..

Settle sume kami bergegas nak ke imari station untuk survey noritake (product pinggan mangkuk).dari Huis tenm bosh –arita station pastu tukar dari arita station – imari station (4.15 sampai) 490 yen

Amik taxi dari imari station ke noritake factory outlet ,majaoriti china bone kena hati hati..dalam 4.30 sampai ..masa tutup 5.00..huhu ..ada 30 minit je.cari dan tengok apa apa yang patut pastu mintak staff noritake call taxi hantar ke arita station.

Dari arita station –hakata station (JR midori limited express)- (6.12 -7.35)
Hakata station – shin Osaka by JR sakura shinkansen tengok jadual shinkansen.Sampai hotel makan nasi goreng brahim lagi .Tido tersangat penat..huhu.

1/4/2014

Toyoko inn Shin osaka(penginapan)

Hari nak balik Malaysia dah so free and easy..JR pass dah abis so kena bayo le takleh le nak kesana kemasi naik JR shinkansen lagi..haha.Flight pukul 2.40 petang so ciku and hubby decide untuk ke Osaka castle dan sakuranomiya park..observed sakura kan..hihi..

JR shin Osaka –JR Osaka loop line (stop osakajoen ) untuk ke Osaka castle..cantik banyak sakura ..pastu macam nak ke nishimumaru park tapi cam nak ke sakuranomiya park dan entrance is free..haha.kami walking distance je ke sakuranomiya park dari Osaka castle..ramai je yang jalan kaki..cantik sakura along the river dan pelbagai color..subhanallah memang cantik tak hengat.alhamudlillah.settle tu kami cari sakuranomiya station untuk ke Osaka dan terus ke shin Osaka.

Balik hotel amik bag dan terus ke kansai airport dari shin Osaka (haruka express -50 minit)

Sampai kansai airport , kami check in bagasi..alhamdulillah cukup kilo dan tiada masalah.
Solat di kansai airport memang ada kalau tak silap 3 surau ada lambang orang sujud lagi dan dalam surau ada senarai  kedai kedai yang ada certificate halal from Malaysia.gud gud.Kami solat dan makan di restoran halal area kansai airport dan terus gerak ke duty free zone , beli apa apa yang patut kat duty free zone tu and balik mesia.

Balance duit ciku ada dalam 15000 yen tapi masa kat duty free dan kedai kedai airport tu ciku nak gak membeli so anggaran balance adalah 10000 yen.abis stori 10 hari di japan using JR pass .(sangat berbaloi - insyaAllah)..dengarnya selepas 1 april 2014 , semua tax naik di jepun.hoho.

Continue to
Simple Bajet japan 10 days and Ittenary

Wednesday, April 2, 2014

Ittenary 10 hari to japan

Salam,

Sebelum tengok ittenary dan sinopsis japan ala kadar tu boleh le terjah bawah ni url post entry ciku gambo gambo misi sakura dan tulips dan main salji di hakuba Goryu - date of journey 23/3 -2/4/2014.

Ciku tak masukkan Mount Fuji dalam ittenary sb ciku cuma tengok dari kejauhan atas shinkansen.huhu. Easy way to view Mount Fuji is from the train on a trip between Tokyo and Osaka. If you take the shinkansen from Tokyo in direction of Shin Osaka, the best view of the mountain can be enjoyed from around Shin-Fuji Station on the right hand side of the train, about 40-45 minutes into the journey.Ciku lebih kepada tengok bunga bunga..hihi . Okeh continue pasal misi sakura ciku and hubby dan 2 orang member travel.


japan-rail-pass-dan-hakuba-goryu

misi-sakura-japan

tulips-di-japan-huis-ten-bosch

Japan 10 days


Trip di Hakuba Alps,japan bersama tuan rumah (2 hari )
Tak dapat g Holland..g Jepun ajela.hihi..cantik ssgt
Alhamdulillah akhirnya selamat sudah trip backpack mengejar sakura ini.Kami seramai 4 orang dalam masa 10 hari. Syukur alhamdulillah. Ciku dapat tengok first sakura di fukuoka dan patah balik ke osaka. Sori banyak salah ejaan.

Yang color Hijau tu yang lokasi kami sempat terjah.Alhamdulillah.


Tarikh
Lokasi
Catatan
Hotel
23/3 -24/3
Tokyo(malam)
Tokyo haneda

Free shuttle bus from Tokyo International airport-last bus 11.30 malam.
-Sampai je tgh malam..makan maggie and roti gardenia serunding and biskut cicah milo..lapo gile rasa.
First Cabin ladies  at Terminal 1.


Bilik asing untuk 4 orang.Kecil dan cozy room tapi sangat best.

24/3-25/3
Hakuba Alps (2hari)
Pagi pagi dah gerak dari Hotel First cabin after sarapan sendiri je.Ada pantry situ .Milo dan roti or biskut ..cicah je.
Hakuba by keio bus at shinjuku station west -stairs no 7


Stop at hakuba Goryu (5 minit walk to kamishiro station) then pick up by hotel staff .

Main salji and tengok orang ski..hihi.

Time nak balik ke Tokyo baru aktifkan JR Pass di nagano station .

By  JR shinkansen Asama  dari nagano station - ueno station (reserved seat)
Kami ke sini 4 orang.

Pension chau chau at hakuba Goryu (listing hotel in muslim Village )
http://muslim-friendly-japan.com/members/

25/3
Tokyo
Jalan jalan area Ikebukuro 
Makan di Malaychan ikebukuro area hotel (dinner)
Kami ke sini 4 orang.

Bermalam di Sakura Hotel Ikebukuro
26/3
Odawara
Odawara Castle- ada sikit je sakura.

Shopping street

By Tokaido Shinkansen 
Kami ke sini 4 orang.
26/3
Kamakura
kamakura shrine

Danzakura street - plan nak tengok sakura kat street ni tapi belum ada.
Kami ke sini 4 orang.
27/3
Tokyo
BY JR yamanote line


Ikebukuro area

Shinjuku area

Tokyo Disneyland - ada sakura gak tapi sikit je.

Kedai Tomato dan Jeans Edwin di Nippori Textile Town
Berpecah . Ciku jalan berdua  je sebab membe lagi 2 orang tu tak pegi disneyland dan Nippori cotton textile .Depa ke arah lain area tokyo
27/3
Yokohama
Yokohama
Sakuraghico Park

Meet at friends japanese house.Dinner.
Bertemu semula di Yokohama station - 4 orang.
28/3
Tokyo
BY JR yamanote line

Akhihabara  Electronic Town
(makan di kedai kebab turki)

Daiso Harajuku

Takeshita street Harajuku -ramai orang pelik

Omotesando,Shibuya-bangunan yang unik

Berpecah.Ciku jalan berdua je sebab lagi 2 orang ke arah lain di tokyo.
28/3
Shin Osaka
By JR hikari shinkansen to shin osaka from shinagawa station tokyo.


Stop at (shin yokohama, Odawara, nagoya, Gifu-maihama, kyoto, shin osaka) -mode pengsan

Pasar pagi macam pasar lambak sabtu jual pelbagai barang barang murah di area station Egi Higashi shin osaka..tapi ciku tak beli..ada macam-macam pinggan mangkuk, topi, baju coat, buku..ntah apa lagi.
Kami ke sini 4 orang.

Bermalam di Toyoko inn Egi higashi shin osaka.

East gate walk in 8 minit to hotel
29/3
Shin Kyoto
-Pagi pagi dah gerak dari shin Osaka ke kyoto.
By JR Hikari shinkansen (shin osaka -shin kyoto) -15 minit

-Bekfas nasi brahim pek nasi goreng kampung dan nasi goreng ayam


JR saga -Arasiyama

Sagano Romantic train sight seeing Tram

Bamboo Groove

Tetsakugo Bridge

Imperial palace

National Garden Park

Kyoto Muslim (KAM)

Rose cafe muslim sebelah kyoto muslim (lunch)
-balik dari sini naik bus untuk ke station kyoto

Kyoto Tower
Best kami pegi 4 orang cover semua tempat dalam plan.Mode pengsan.
30/3
Shin Kobe
By Shinkansen Hikari

Cancel hujan lebat ada hikmah.

Patut plan nak ke kobe port yang cantik tu.


Cancel hujan terlalu lebat untuk berjalan jalan so tukar plan ke 2 - Hiroshima
Hiroshima
(Observed sakura)
By shinkansen sakura
Miyajima island

JR Miyamaguchi station (stop no 1)
O-tori Gate (shrine color oren)

Momijidani deer park

Itsukushima Shrine
Dapat tengok sakura yang cantik di sini
Hakata ,Fukuoka
(Observed sakura)
JR hakata -meinohama
Stop Ohorikoen


Ohori park -hanami sakura here

Fukuoka Castle


Maizuru Park
Dapat tengok sakura yang cantik di sini

Bermalam di sasebo sebab dekat sikit esok plan ke huis Ten Bosch.(25 minit)

Kalau dari shin osaka jauh sgt.

Toyoko inn Sasebo
(1 min from sasebo station)
31/3
Sasebo kyushu island area
(Tulips season )
Jenjalan di Friesta Sasebo time malam

1) Huis Ten Bosh (Tulips season)
-kena buat entry HTB sahaja ni.

By JR Midori limited Express  to arita station
Change to imari station
Taxi from imari station to higashiyama shiro .Bergegas.

2)Noritake Factory outlet (Porcelain art japan) -imari station at  higashiyama shiro (kedai tutup kul 5 petang..huhu.ada setengah jam je).

Settle kami balik bergegas kejar train untuk ke hakata dan balik ke shin osaka semula. Malam di atas train je.

Kena gerak awal tempat ni luas dan best dan agak mahal.
1/4
Osaka
(Observed sakura)

Pagi pagi keluar jenjalan osaka.
Osaka Castle
-hanami sakura 

Sakuranomiya park
-hanami sakura

Shin osaka ke kansai airport (direct -50 minit)
Balik pukul 4.40 from  airport kansai to malaysia

Abis..alhamdulillah

Dapat tengok sakura yang cantik di sini

Patah balik ke Toyoko inn shin osaka

JR Pass dah abis

Kebanyakannya style travel ciku gerak awal pagi dan balik malam.hihi.

Antara gambar di japan selain hakuba dan huis ten bosch
Direction Danzakura street , Kamakura
Dalam Kotak hitam tu lokasi yang kami terjah ye untuk 10 hari (hakuba -Huis Ten Bosh area kyushu dan noritake factory area imari)

JR timetable dan guide

JR pass (beli siap siap dari malaysia) :
rm950 (7 days - on 25/3/2014 -31/3/2014) untuk seluruh japan dan semua transport kecuali shinkansen nozomi dan mizuho dan certain bus tak boleh naik..train sume ok.

Ticket AA Promo Malaysia ke tokyo dan balik dari osaka.

Simple bajet ground (per pax) sebelum 1 April 2014 sebab selepas tu dah naik tak pasti kenapa.

Entrance park
1)Tokyo Disneyland (6200 yen)  
2)Huis tenm bosh(3200yen) 
lebih kurang rm300.

Hotel : 
5 hotel anggaran total 10 hari = rm1500
semua order direct website hotel tersebut..boleh je google.

First cabin Haneda(room sorang)
Pension Chau chau Hakuba -macam homestay duk ngan famili owner(room couple)
Sakura ikebukuro Tokyo(room couple)
Toyoko inn shin Osaka(room couple)
Toyoko inn sasebo nagasaki(room couple)

Tambang ke hakuba Alps (salji) dari shinjuku :
rm135 (keio bus direct to hakuba dari shinjuku station (depan yodobashi camera building) rm48 (train dan highway bus untuk balik dari hakuba ke nagano )
= All in RM183 (kami belum aktifkan lagi masa ke hakuba our JR Pass.)

Tambang ke kansai airport dan Osaka Castle sebab JR pass dah abis last day lebih kurang = rm70 .
Lunch di Airport Kansai.


Souvenier dan hakmilik ciku: 
rm300 - ni duit beli cotton kat kedai tomato, nippori tokyo (4 pasang ada yang 580 yen semeter(1 pasang),380 yen semeter(2 pasang) dan 100 yen semeter(1 pasang) dan souvenior (majoriti beli di daiso takeshita street dan Odawara) dan mainan anak anak train dan railway set.yahoo..murah dan berbaloi.

Bekalan makanan : 10 bungkus nasi goreng kampung dan nasi goreng ayam cap brahim, roti gardenia bungkus, Maggie cup 4 dan sambal terubuk kering,milo 3 in 1,biskut.

Itu Anggaran aje tengok memasing nya minat nak ke mana di jepun tu..Orite settle la lebih kurang. Ciku rasa kalau hanya nak pusing Tokyo sahaja tak perlu beli JR pass seluruh japan ni..beli JR pass yang tertentu je.Tak pasti..hihi.

Orite sampai Malaysia dalam kul 11 malam..sampai rumah dalam pukul 12 malam dan bangun pagi esok untuk g koje opis..8.30 pagi hoho..alhamdulillah diberikan kekuatan fizikal dan minda.InsyaAllah.

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...