Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hurom 4 Health

Salam all,


Pic dari web hurom




Dah potang dah..ciku just nak save url ni untuk simpanan ciku n famili dan share kepada sesapa yang berminat.

http://global.hurom.com/

http://www.hurom.com.au/content/recipes.php#tabs-fruit-juice

Mata dan kurang nampak dan asid uric banyak .

Recipe juice tanpa air yang ingat untuk mata - carrot
untuk asid uric - nenas,epal hijau dan lemon.

Bercuti di Kg Sahom Kampar

Salam,

Subhanallah...tenang di Kg Sahom Kampar .Nature and cool .Alhamdulillah









Penginapan di London area bayswater station

Salam,

Penginapan ini telah di booking dari Malaysia menggunakan emel, phone dan wassap. Ada 3 bilik dan 3 tingkat dan 4 bilik air . Kongsi 2 keluarga.Best ever.Hotel Apartment queensway terrace dalam 5 minit dari bayswater station.Kemudahan dalam apartment ada hall dan TV ,heater ,ruang makan seat 8 orang , dapur,microwave,cerek dan mesin basuh dan lain lain peralatan memasak. Ciku bawa periuk nasi kecil sebab kurang pandai masak nasi guna dapur gas. Ciku pergi trip ni bersama 2 keluarga lain yang dah bertahun kenal .hihi..asik golak je.

Hotel apartment kami.
Tingkat paling atas ada 2 katil (1 queen ,1 super single) ,1 sofa dan 2 tilam disediakan.1 bilik air.
Bawah apartment ni ada tesco lebih kurang macam ioi putrajaya tesco color coklat tu cuma cara pembayaran tak sama dan ini kecik je.Kami beli beras 4 KG kongsi ngan satu lagi famili

Barang runcit lain ciku memang bawak.Contoh santan serbuk, serbuk kari , perencah ayam dan bilis,ikan bilis, belacan serbuk gak dan perencah sup.So kami masak nasi lemak kongsi masak 2 famili ni dan makan.Ayam perap siap beli kat kedai runcit halal di area sepanjang bawah hotel ni jugak.Goreng je makan ngan nasi lomak.Kawan bawak sambal bilis dan mak ciku dah siap masak sambal ikan masin buat stok bawak london ni.hihi.fuhh sedap makan dalam keadaan sejuk ni..memang perut lapo je.

Restoran halal pun banyak area sini antara yang kami try makan di london termasuk cafe malaysian hall (air sirap free refill), restoran tuk din, restoran Makan di portabello road, restoran lebanese, restoran noodle doodle dan restoran CnR(nak pegi tapi tutup..huargh)

Ok stori semula pasal Penginapan di London.
Member punya contact en KY (012 2255691) untuk apartment kami ni 3 bilik dalam 280 -320 pound per night pending on seasons. Kami kongsi 2 keluarga yang sesama travel trip ni. Ada satu lagi member famili amik  apartment 2 bilik dalam 240 -280 pound per night.Deposit 100 pound dulu na dari malaysia. Person yang kami deal tu dah tunggu di bayswater station - 2 orang bersama anak buah dia.

Untuk makluman, trip kami dari Malaysia terus ke london airport terminal 4 kemudian amik underground line picadilly (color biru ) dan ke king cross st pancras untuk ke paris dulu by eurostar dah beli siap dari Malaysia. Majoriti di paris kami sewa van je .Kemudian ke london by eurostar juga sehingga ke King cross st pancras tu dan amik circle line (color kuning ) ke bayswater station dan terus jumpa person yang kami deal untuk penginapan tu.So far untuk famili kami semua ok.alhamdulilah

Dibawah ciku share url dan pic tube underground london na .Ciku cam biasa kurang pandai nak stori detail tapi ciku rasa agak senang berjalan di area london ni by tube underground ni ..baca line ikut color tu dan perlu tahu nak kemana..hihi.Oyster card kami start guna bila turun dari paris ke london menuju ke bayswater station .(free untuk kanak kanak 11 tahun ke bawah) so parent kena touch 1 oyster card bersama anak..ada icon parent pegang anak tu lalu ikut lorong tu.


http://tanggadomino.blogspot.my/2015/12/ittenarary-ciku-dan-famli-ke-london.html


https://tfl.gov.uk/fares-and-payments/


Boleh refer ye 

Dibawah antara pic di hotel apartment kami.

Whiteleys Mall berhadapan dengan apartment kami di london 
Hall yang selesa
Di tingkat 2 , ada 2 bilik berasingan.1 toilet di luar dan 1 toilet di dalam bilik.tangga untuk ke tingkat 3.
Pandangan dari luar pintu apartment
Sepanjang jalan ke bilik apartment di atas tesco berdepan dengan Whiteley Mall
Dapur memang best mudah nak masak dan bajet tang makan.Ciku bawak periuk nasi letrik saiz kecil.
Ruang makan keluarga. Kami 2 keluarga makan bersama sama.Kami 6 orang dan member juga 6 orang so total 12 orang all in..kongsi bayo .hihi.
Station terdekat dengan hotel apartment tu dalam 5 minit walking distance

Itinerary ciku dan famli ke London - Paris - Manchester 2015

Alhamdulillah selesai tour ini bersama keluarga dan mak.

Kami gerak ke london by etihad pada 6/12/2015 sehingga 17/12/2015 ( Tiba Malaysia ). Flight dari Malaysia ke Abu Dhabi ,Transit 4 jam 30 min di Abu Dhabi dan kemudian ke Heathrow Terminal 4 , London..Nasib baik ada transit ..kalu dok kematu dalam flight..hihi.Lebih kurang 13 jam kot.so far ok je.Ini adalah trip ciku ke negara yang ke- 16.hihi.alhamduliah.

Dari Malaysia dah settle bayar tiket flight , tiket disneyland dan walt disney paris,eurostar london to paris (return), Hotel adagio paris by expedia.com, Hotel london deposit 100 pound contact wassap bayar penuh di london, sewa van (transferprivate.com ) di paris amik info dari internet dan contact just by emel.

Waktu solat semua awal dan london dengan malaysia beza 8 jam.London paris 1 jam.Dalam pukul 4 dah maghrib.Suhu dalam lebih kurang 5 degree kecuali manchester dalam 1 degree.Sojuk ..beli siap siap winter coat masa sogo sale untuk bebudak dan baju winter merah ciku beli di korea .coat summer tu beli kat bundle jenderam.inner extra heat dan long john beli di uniqlo alamanda masa sale dalam rm30 sorang untuk budak .



Manchester
Old Tradfford ,Manchester
ZSL london zoo
Oxford Street ,London 
Hotel apartment di london


Adagio hotel apartment di paris
 

Hotel apartment di london

Regents park ,london


St james Park,london
St james Park,london

Day 1 
  • Bertolak ke KLIA 1 Sepang(siap solat jamak zohor asar)
  • Dari main terminal KLIA 1 ke Abu Dhabi flight etihad airways airbus A332 Jet(solat jamak maghrib isyak dalam flight)

Day 2
  • Tiba di terminal 3 Abu Dhabi airport ke London Heathrow pesawat etihad airways airbus A380-800.(subuh dalam flight)
  • Tiba terminal 4 ,Heathrow london airport ,UK
  • Menaiki fast train Eurostar untuk ke london st pancras menuju ke paris norde , train station.
  • Sewa Van hangkut kami 6 orang dan 4 beg gedabak beso ke hotel apartment Adagio Marne di area disney la village paris
  • Masak sendiri dan Rest di hotel.
Day 3 
  • Free Shuttle bus dari hotel ke Disneyland.Ambil mini ticket , print siap buy online dari malaysia.Amik 1day /2 parks -Disneyland Paris dan walt disney park.First park walt disney ..kami ke ratatouille dulu..hihi.
  • Dari pagi sampai malam.Balik naik free shuttle bus dalam 2 station je.Lunch masak sendiri dan solat di hotel.Pastu masuk balik park.
  • Dinner masak jugak di hotel dan fengsan tido.
Day 4
  • Amik Van yang sama melawat ke bandar paris (time free n easy)
  • Melawat eiffle tower 
  • Melawat Arch de Triomphe
  • Jalan sekitar kedai branded termasuk LV bag dan lain lain.Toilet turun tangga ada di bawah area berdepan dengan LV.
  • Shopping di Galery la fayette.
  • Opera music
  • Pyramid de lourve
  • Makan di Restoran Salon di De the boutiques Hamam dekat area la mosquee , paris
  • Solat di Paris Mosque .
  • Beli souvenior .
  • Harga Van berdasarkan pick up pegi balik from Paris Norde station dari london ke hotel adagio dan tour 1 days di paris.Amik info van sewa tu dari internet.nanti ciku sharekan.
Day 5
  • Jalan kaki sekitar la valee village dari hotel apartment.Factory outlet .Tengok tengok je..hihi.
  • Menaiki train Paris Norde Station ke st pancras london.
  • Menuju ke apartment Queensway Terrace di area bayswater station.Boleh call en KY untuk pertanyaan dan tempahan (0122255691 -Malaysia)
  • Oyster card kami start dengan deposit 5 pound dan 15 pound untuk sorang adult, bebudak bawah 11 tahun free..yezza..anak anak ciku sume bawah 11 tahun.
  • Rest check in hotel apartment betul betul atas tesco .
Day 6
  • Tengok change guard - di Buckingham Palace .
  • Naik tube dari bayswater station ke Victoria station to buckingham palace (district or circle line)
  • Kemudian selepas tengok changing guard kami ke st james park jalan kaki.Tengok garden.
  • Naik tube at charing cross  to trafalgar square (bakerloo dan northen line).
  • lunch di Malaysian Hall balik hotel.
  • Malam kami naik boat tour  (River Red Tour pakej famili) - pound 36.00 + mak(12.60) -Westminter big ben,waterloo,london eye,golden jubilee bridge,shakespeare globe theathre,london bridge,tower bridge dan lain lain.
  • Balik Hotel tido
Day 7
  • Ke portabello atau pasar karat ,kami jalan kaki dari hotel ke sini dalam 20 minit.
  • Tengok tengok je dan beli souvenior .
  • Lunch di Restoran Makan .Dengar citer pantai timur nya owner .ok not bad.hihi.
  • Boat tour yang semalam sebab pakej tu 24 jam so boleh sambung lagi hari ni ..hihi.
  • Malam kami ke oxford street by bus double decker bus no 94 dari queensway. shopping di Primark .
  • balik hotel makan n tido.
Day 8
  • Ke Manchester picadilly
  • Dari Bayswater st  menuju ke London Euston Square st .
  • Beli ticket di kaunter national Rail amik pakej famili (30 pound) dari London Euston - Machester Picadilly by virgin train.
  • Boleh visit url di familyandfriends-railcard.co.uk/leaflet  untuk penerangan lanjut.
  • Tiba di picadilly manchester menuju old tradford naik tram jalan atas bandar.
  • Amik tour stadium di old tradford -settle
  • Dari old tradford ke picadilly gardens untuk makan..betul betul depan tram ada restoran halal..burger.
  • Dari picadilly gardens kami ke shudell tram untuk ke muslim youth foundation for solat.settle
  • Jalan jalan sekitar manchester city sampai malam
  • balik semula ke manchester picadilly untuk ke london euston st.
  • Dari manchester ke scotland dalam 2 jam lagi by virgin train tapi kami takla..hihi.

Day 9
  • Ke baker street st dan jalan jalan sekitar regents park dan hyde park .
  • Stop di london mosque solat dan lunch di dalam mosque ni tingkat bawah ada satu kedai arab, sedap sesangat dalam 4 pound sepinggan.
  • Jalan kaki ke ZSL london Zoo.Penguin beach ,Gorilla kingdom ,meerkat and mongoose stories,rainforest live,megabugs,kangaroo dan lain lain.bebudak ni alhamdulillah tak penat penat jalan kaki jauh gak tu.
  • Pukul 4.00 zoo tutup kami naik bus 274 to baker street.
  • Naik train dari baker street ke bayswater st balik hotel.
Day 10
  • Rest just jalan jalan kaki area bayswater sahaja dan Whiteley Mall depan hotel.
  • Tesco kalau nak beli barang .scan dan bayar guna mesin.Xde kaunter bayar.Kalau tak reti tekan button help..hihi..so far ok je.Guna plastik sendiri tapi kena scan gak untuk packing.
  • lunch masak sendiri kat hotel.
  • Malam kami ke marble arc station untuk jalan jalan shopping di oxford street , ciku pegi clark,mothercare dan primark sahaja.lenlain tengok dari luar je.hihi.
Day 11
  • Check out hotel
  • Dari bayswater st menuju ke terminal 4 ,Heathrow airport dalam 40 minit .
  • Menaiki Etihad ke Abu Dhabi Airport pukul 2.00 petang
Day 12
  • Transit 1 jam di airport Abu Dhabi dari london.
  • Menaiki Etihad dari Abu Dhabi menuju ke KLIA 1
  • Tiba di KLIA 1 , Malaysia dalam pukul 2.00 petang.

Alhamdulillah settle .Nanti ciku kongsi harga penginapan , gambar dan lain lain tu na.InsyaAllah


Travel to paris , london, manchester

Salam.
Ciku dan keluarga masih berada di kota london.insyaAllah akan pulang esok.Kami pergi sendiri dari malaysia -transit abu dhabi -london-paris-manchester by etihad so far semua ok sepanjang disini selama 10 hari.Alhamdulillah.


Simple ittenarary ciku
http://tanggadomino.blogspot.my/2015/12/ittenarary-ciku-dan-famli-ke-london.html

Nak tahu kisah Perbelanjaan kali ini.Click Url di bawah tu.

http://tanggadomino.blogspot.my/2016/01/simple-budget-ke-london-paris.html

Penginapan di london

http://tanggadomino.blogspot.my/2015/12/penginapan-di-london-area-bayswater.html

.