Penginapan di London area bayswater station

Salam,

Penginapan ini telah di booking dari Malaysia menggunakan emel, phone dan wassap. Ada 3 bilik dan 3 tingkat dan 4 bilik air . Kongsi 2 keluarga.Best ever.Hotel Apartment queensway terrace dalam 5 minit dari bayswater station.Kemudahan dalam apartment ada hall dan TV ,heater ,ruang makan seat 8 orang , dapur,microwave,cerek dan mesin basuh dan lain lain peralatan memasak. Ciku bawa periuk nasi kecil sebab kurang pandai masak nasi guna dapur gas. Ciku pergi trip ni bersama 2 keluarga lain yang dah bertahun kenal .hihi..asik golak je.

Hotel apartment kami.
Tingkat paling atas ada 2 katil (1 queen ,1 super single) ,1 sofa dan 2 tilam disediakan.1 bilik air.
Bawah apartment ni ada tesco lebih kurang macam ioi putrajaya tesco color coklat tu cuma cara pembayaran tak sama dan ini kecik je.Kami beli beras 4 KG kongsi ngan satu lagi famili

Barang runcit lain ciku memang bawak.Contoh santan serbuk, serbuk kari , perencah ayam dan bilis,ikan bilis, belacan serbuk gak dan perencah sup.So kami masak nasi lemak kongsi masak 2 famili ni dan makan.Ayam perap siap beli kat kedai runcit halal di area sepanjang bawah hotel ni jugak.Goreng je makan ngan nasi lomak.Kawan bawak sambal bilis dan mak ciku dah siap masak sambal ikan masin buat stok bawak london ni.hihi.fuhh sedap makan dalam keadaan sejuk ni..memang perut lapo je.

Restoran halal pun banyak area sini antara yang kami try makan di london termasuk cafe malaysian hall (air sirap free refill), restoran tuk din, restoran Makan di portabello road, restoran lebanese, restoran noodle doodle dan restoran CnR(nak pegi tapi tutup..huargh)

Ok stori semula pasal Penginapan di London.
Member punya contact en KY (012 2255691) untuk apartment kami ni 3 bilik dalam 280 -320 pound per night pending on seasons. Kami kongsi 2 keluarga yang sesama travel trip ni. Ada satu lagi member famili amik  apartment 2 bilik dalam 240 -280 pound per night.Deposit 100 pound dulu na dari malaysia. Person yang kami deal tu dah tunggu di bayswater station - 2 orang bersama anak buah dia.

Untuk makluman, trip kami dari Malaysia terus ke london airport terminal 4 kemudian amik underground line picadilly (color biru ) dan ke king cross st pancras untuk ke paris dulu by eurostar dah beli siap dari Malaysia. Majoriti di paris kami sewa van je .Kemudian ke london by eurostar juga sehingga ke King cross st pancras tu dan amik circle line (color kuning ) ke bayswater station dan terus jumpa person yang kami deal untuk penginapan tu.So far untuk famili kami semua ok.alhamdulilah

Dibawah ciku share url dan pic tube underground london na .Ciku cam biasa kurang pandai nak stori detail tapi ciku rasa agak senang berjalan di area london ni by tube underground ni ..baca line ikut color tu dan perlu tahu nak kemana..hihi.Oyster card kami start guna bila turun dari paris ke london menuju ke bayswater station .(free untuk kanak kanak 11 tahun ke bawah) so parent kena touch 1 oyster card bersama anak..ada icon parent pegang anak tu lalu ikut lorong tu.


http://tanggadomino.blogspot.my/2015/12/ittenarary-ciku-dan-famli-ke-london.html


https://tfl.gov.uk/fares-and-payments/


Boleh refer ye 

Dibawah antara pic di hotel apartment kami.

Whiteleys Mall berhadapan dengan apartment kami di london 
Hall yang selesa
Di tingkat 2 , ada 2 bilik berasingan.1 toilet di luar dan 1 toilet di dalam bilik.tangga untuk ke tingkat 3.
Pandangan dari luar pintu apartment
Sepanjang jalan ke bilik apartment di atas tesco berdepan dengan Whiteley Mall
Dapur memang best mudah nak masak dan bajet tang makan.Ciku bawak periuk nasi letrik saiz kecil.
Ruang makan keluarga. Kami 2 keluarga makan bersama sama.Kami 6 orang dan member juga 6 orang so total 12 orang all in..kongsi bayo .hihi.
Station terdekat dengan hotel apartment tu dalam 5 minit walking distance

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.