Showing posts with label busan Tower. Show all posts
Showing posts with label busan Tower. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

Trip lapuk to Busan,korea

SALAM,

Flight AA murah ke busan.
So ciku nak kongsikan pengalaman ke busan  ye..DARI JEJU KE BUSAN
Tetiba je kan..hihi..


Last day di JEJU island dalam pukul 3.30, terus ke airport hantar kereta yang rent tu dan bekejar ke jeju coastal ferry terminal untuk amik tiket dan naik boat ke busan,korea dalam 11 jam.Sampai je kami kat boat terminal ni semua ayat dalam bahasa korea so apa lagi aku..haha.but my hubby tenangkan aku dan dia try to speak bahasa ayam itik ngan staff kapal korea tu ..haha.so ok naik cozy island boat ..patutnya naik solbongo boat tapi sebab bad weather so naik cozy..ok ajela..kami amik 10 katil sebilik.bermalam di dalam boat..best gak..ada restaurant dan shop kecik kecik dalam kapal tp kami tak beli apa apa pun..just makan biskut oat coklat yang mmg dibawa dr mesia. Ada famili korea dalam sebilik kami so takla takut sgt.alhamdulillah..kalau dak kecut gak aku ni. Kat sini jumpa satu member cina asal beijing..dia yang tegur kami dulu dan ..tukar tukar stori..dia student beijing University  dan mix china korea name J macam muka dan tinggi cam lee min ho tu..Pastu kami rest dan tido ..terumbang ambing gak tido dalam boat..hehe.First time in my life.alhamdulillah dapat rasa semua ni.Saje amik kesempatan travel guna boat besar ni.poning gue.berapa kali nak muntah.Problem 10 orang tu dalam sebilik tu.Toilet ada satu je..hihi..

Harga boat dari Busan ke  Jeju by Dongyang Express Ferry / Busan Ferry Terminal Seolbong
Adults:
₩43,000~
₩170,000
* MON, WED, FRI sailings: 
Departs from Busan: 19:00 → Arrives in Jeju: 06:00 
* TUE, THU, SAT sailings: 
Departs from Jeju: 19:00 → Arrives in Busan: 06:00 

 No sailings on Sundays (so kena buat betul betul plan)
11hrs.

Jeju coastal Terminal untuk ke busan.Beli tiket kat sini k.

Kami naik cozy island tu..adui susah gak nak beli tiket ni.

Tempat kami bermalam ada 2 tingkat ..ciku katil atas..hubby katil bawah.poning

Mr Hubby dan kawan baru , J from Beijing,China

Esok pepagi dalam kul 7.00 pagi dah sampai busan..lintas jalan dari terminal dan cari landmark hotel tu sebab jalan kaki je.

Gambar bawah ni adalah stesen terdekat dari terminal boat busan untuk ke seoul.Ni saja survey dulu sebab planning nak balik dari busan ke seoul nnt naik KTX je..lebih kurang 2 jam 30 minit je.

Ni seisi tanya tanya jalan ngan untie busan. Nasib baik ada si  J ni bleh ckp korea.
Menapak lagi cari motel Elize
Penuh wayar wayar kat situ..J pun first time pergi busan so dia samala ngan kitorang teragak agak.

Landmark motel kami setelah jumpa Tower Hotel...kira cam hotel besarla  kat sana.kalau tanay orang tahu.Hotel kami bukan yang besar ni..sebelah je..ada kecik namanya motel elizze takde dalam pic ni.

Motel kami di busan..best letak bagasi dan terus jenjalan lagi cari yongdusan tower lak.

 Ni menapak je ke busan tower dari motel elize dekat aje.

Yongdusan Park, Busan Tower


Dari Atas tower juga

lock cinta di sini



Akupun tak paham apa stori orang ni citer..ciku cuma duk rest  je situ nagn  J dan hubby.

Sambung sini k.


Macam nak ulang je ..hihi..tapi jeju la.

Tuesday, July 26, 2011

Trip Busan,korea

Salam,
ok kita sambung citer pasal busan lak yek. Naik kapal dari jeju ke busan dalam 11 jam so kami amik kapal malam.Saja testing mental fizikal naik kapal besar lama lak tu.huhu.Poning gak tido dalam kapal ni..kami amik 10 orang sebilik..alhamdulillah tido ngan sume orang yang ada famili..anakanak depa..orang korea..so takde la takut sangat.


So bila sampai jek kat busan ..kami terus cari hotel yang dah booking tu 

H o m e - P a g e : www.elyseemotel.com
E - M a i l : iamsonsh@gmail.com, iamson@korea.com
Room Type Deluxe
Elysee Motel
Total 1 night for 2 adults
KRW 60,000

cari jalan kaki jek..dikatakan dekat dgn port busan tu..siap tgk map lagi yg pihak hotel emelkan sebelum ni..mmg best la..macam cari hidden object lak kat tgh tgh bandar busan tu..kami jalan jalan jek..at last dapat jumpa dalam 30 minit gak..tp best..budak mix korea beijing yang jumpa atas kapal tu ikut kami gak..sgt baik..lepas cek in motel elyszze sebelah Tower hotel..rupanya hotel tu adalah the best award budget motel..siap ada sauna dan komputer leper dan TV  flat screen ..mmg berbaloi..paling penting ada komputer aa..hehe.harga motel tu mmg murah dan kemudahan 5 star utk kamila..hehe
Best giler motel ni..internet laju giler
ciku dan hubby menikmati laut atas kapal ke busan..


Salam nak balik .Motel kami memang dekat dgn stesen busan so mudah nak balik ke seoul nnt.



Banyak betul tangga.adehh




Ni pic nak balik seoul dari busan by KTX.






By KTX balik ke seoul dari busan


Ciku pun tak paham so ckp je nak beli tiket ke seoul dari busan ..ulang je banyak kali ckp seoul seoul seoul..haha


Kami terus ke busan station jalan kaki gak..hehe..mmg penggunaan kaki sgt diperlukan time ni..pastu cari busan city tour bus..kat sana mmg ada..tourism gitu..mudahkan tp kita kena pilih road mana nak jalan dan ianya hanya sekali bayar jek 10,000 won ..best naik bas 2 tingkat mcm kat london(haha..berangan jek) ..atas terbuka..sejuk gilos..18 darjah celsius.Dalam bas tu belah atas...ada model lak tgh bergaya sakan asik tukar baju jek..berdiri diri depan aku amik gambar..lastnya aku lak bangun suruh hubby aku amik gambar..haha..saja je..ingat dia je model...akupun nak...haha..main jek.
kami duk tang atas..sejuk gile..busan dalam 18 darjah celsicius(pic google)
Nak tau pasal road bas tour tu leh tgk website ni yek..boleh ulang ulang mana mana course tp dalam satu ari jek .

Pantai hauendae ,busan
Kami stop dekat akuarium busan dan pantai hauendae ..kalau nak tau pantai ni la yang dalam citer tsunami korea tu..depa wat drama tu.cantik ssgt pantai ni..lain dr malaysia..dan ssgt bersih.
jagalchi market - seafood market di busan


kami masak sendiri udang dan ikan bakar..ada restoran yang ada kauli atas meja so masak la ikut suka kita.
Dah settle tour by bus tu..last kami pg jagalchi market-big market seafood..kami jalan jalan cari ikan dan udang dan masak sendiri. Ada restoran tetepi tu yang kita boleh masak sendiri..best so tak de kita rasa food tu takleh makan..kami just bakar ikan dan udang tu dan mintak nasi serta air sejuk kosong. Untuk pengetahuan kat korea makan dan tempat untuk solat agak susah..solat kita kena cari tempat lapang dan agak terpencil untuk solat.macam aku ni perempuan pakai tutup semua dan stokin dah ok dah boleh solat..Byk yang aku pelajari masa berada di madinah mekah dulu..dan boleh apply kat sini.alhamdulillah.kat mana mana kita boleh solat dan pelbagai cara boleh solat.insyaallah.



Lepas makan kami naik pergi Yongdusan park..antara the best  kat busan. Jalan kaki aje. Dari atas tu kita boleh nampak laut view dan kat atas tu gak ada yongdusan tower (129m) dan ada 9 monument yang terbentuk dari batu batuan semulajadi dan sgt cantik bg pencinta alam cam aku la..orang len ntahla.hehe..ada macam macam lagila kat atas tu..ketinggian mountain tu aku tak perasan lak..hehe..tp takla setinggi kinabalu mount rasanya.

Pastu kami turun semula dan balik motel..rest kejap pastu kuar balik jalan jalan busan waktu malam..alhamdulillah  Allah beri kekuatan ini kepada kami untuk melihat alam semulajadi busan yang terkenal dengan laut dan pantai serta seafood..terigt lak kat udang bakar tu..sedap manisnya la..bakar ngan garam je..adeh sedapnya.


worait..so esok nya pepagi lagi lepas subuh kami naik KTX train (the new train dan kelajuan nya 304km/j) best kejap jek sampai Seoul dalam 2jam 30 jek. Sampai je seoul terus g everland lak..to be continue..bole pengsankan kalau ikut cara ciku jalan..haha.



Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...