Showing posts with label cuti -melaka. Show all posts
Showing posts with label cuti -melaka. Show all posts

Thursday, December 29, 2022

Trip cuti cuti Malaysia best ever



Percutian bersama keluarga 2020 - 2022 yang ingat. (yang best) .

Alhamdulillah kami berkesempatan ke sini bersama keluarga tercinta. Semua tak sempat nak update entry tapi travelling dan JJCM still ON aje. 

Anak anak ciku majoriti dah besar so agak memudahkan dari segi packing baju memasing.Takyah la nak atur benor. 

Dalam Negara

2022

1) Saudagar Nenas bangi ,menu nasi lemak nenas,lempeng nenas ,karipap nenas (Feb 2022)

2) Trip ETS Raya (Mei 2022)

3) Trip Pantai Timur , 
    Homestay Kuala Terengganu , Jambatan Angkat , Restoran nasi minyak atas gong,Pasar Payang,nasi Dagang atas Tol, ikan celup tepung (Jun 2022) 

    Hotel Ancasa Pekan pahang ,makan di Warung pekan lama (Jun 2022)

4) Trip seafood Pasir Penambang ,Ladang tebu ,mee udang banjir (ogos 2022)

5) Makan lauk kampung di Lubuk Bangku Kuala Lumpur (Sept 2022)

6) 
Hotel area  KLCC (Okt 2022)

7) Trip Ipoh , Cafe Harry Porter Ipoh , Lorong Panglima ,Medan selera Datok Sagor , Masjid Negeri Ipoh, Dewan bandaran Ipoh, Tasik Cermin ,Railway Station Ipoh,Kerepek DNS dan Kerepek PKH Buntong (Dis 2022) . 

2021

1) Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi ,Telaga Harbour, laman padi (Jan 2021) 

2) Trip Utara, 
Golden Sand Penang ,Nasi Padang (ikan jaket sumbat,mee sotong ,nasi kandar Jelutong ,mee udang Salwa Teluk Kumbar,mee udang sg dua , batu Feringgi night market, Restaurant Batu Feringgi Garden (Dis 2021)

Capati corner chenderiang,tapah  (Dis 2021)

 Trip ke Taiping ,
Hotel Novotel Taiping ,Taman tasik Taiping,Kuey Teow Dolly (Dis 2021)

 Villa Chee Sekinchan (Dis 2021), ni trip tetiba aje sb banjir time tu, tak boleh masuk shah alam so kami stop menginap kejap sini.


3) Trip ke Salang Indah Tioman ( July 2021)

4) Trip ke Golden sand penang  (Dis 2021)


Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim).




Friday, April 21, 2017

Cuti cuti Masbro Village Melaka

Salam,

Kami berpeluang bercuti selama 2 hari aje ke melaka..hajat utama cari asam podeh melaka..hihi(feberet ciku - asam pedas johor dan melaka).

Homestay Warna-Warni , Masbro Village terletak di Paya Rumput, Melaka, kira kira tujuh kilometer dari pusat bandaraya bersejarah itu. Hotel ini menampilkan gaya butik yang ceria, cantik dan mempersonakan.nama Masbro adalah gabungan nama adik-beradik pemilik.Idea mirip Brighton Beach, di Australia.

Rumah inap ini menyediakan kemudahan seperti ketuhar, peti ais, katil di kedua-dua tingkat, penghawa dingin dan bilik mandi yang dilengkapi dengan pemanas air,sudu,cawan pinggan sume ada.

Harga masa ciku menginap adalah RM 280 dan memuatkan seramai 6 orang .Lebih kena tambah rm30.Bilik ciku kebetulan depan kolam..check in terus bebudak ni masuk kolam.

Kat melaka ciku g cari makan kat coconut shake kelebang,keria antarabangsa(rm0.60sen sebiji -kami tak beratur sebab call pakcik haji tu dulu dan terus g amik je pukul 1.00 thari),keria bonda(better),roti canai arang dan asam pedas Ani melaka( ikan fresh perkampungan nelayan di parit jawa MITC melaka).

Jenjalan tak banyak sangat sebab tak larat dah..hihi..lagipun baru 6 bulan lepas g melaka dah.

Meh tengok gambo ye.














Gambo asam pedas tak sempat nak amik sebab lapo dan dah habis.hihi.memang kena repeat ni di restoran Asam Pedas Ani ni.







Tuesday, September 20, 2016

2 hari Cuti Cuti Melaka Sept 2016

Salam,

Hari Malaysia bebaru ni ciku n famili bercuti di Melaka. Bermalam 2 hari 1 malam di The Straits Hotel & Suites Melaka.

Straits Hotel & Suites Melaka ni dekat sesangat dengan tempat menarik di Melaka. Kami berjalan kaki dengan keluarga bersama anak anak ciku ke 
  • Dataran Pahlawan  
  • Mahkota Parade 
  • A’Famosa  (panjat sampai atas)
  • The Stadthuys 
  • Melaka aLive(pirate) -kami masuk rumah pirate ni..asyik golak je..sian plok kat orang yang jadi pirate yang dah mati tu..ala ala rumah hantu le.
  • Masjid Melaka color merah turun dari A famosa tu.
  • Dekat dengan Hatten Square
Ada Gym ( tak masukpun..hihi..kesian kat lemak ni) , kolam rooftop tingkat paling atas ada satu level je tapi tak dalam bagi anak2 ciku  dan sauna yang best. (ciku dan anakanak je bersauna).
















Sarapan ciku ngan hubby je..anak anak xbangun pagi time tu so kami beli kat kedai mamak kat tepi hotel ni..Restoran Madina.Ciku ada nampak satu kedai rice ball masuk JJCM gak tu tapi disebabkan kami konyang.Cancel la pegi.

Sebelum check in ritu kami dah makan restoran asam pedas claypot yang terletak di Taman Kota Laksamana. 

Satu set asam pedas iaitu bersama sepinggan nasi (ada sayur,sambal belacan dan telur masin) dijual dengan lebih kurang harga RM10 .Ciku amik 2 set nasi dan 3 nasi putih.Lauk asam pedas ikan kembung,ikan tenggiri,ikan jenahak(mahal sket to mabeles) ayam goreng 2 ketul dan telur dadar satu.

Kami tak ke klebang coconut shake tu sebab dah pegi seblum ni ..hihi setakat ni je..to be so continue at cuti cuti dan bermalam di hotel resort Legoland Johor keesokan harinya..jomm..

Alamat dibawah dan website sesapa yang berkenan ye.
Alamat tempat makan
Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana
86, Jalan Laksamana 5, 75200 Melaka


Alamat Hotel
No 1-B , Jalan Melaka Raya 2 ,
Taman Melaka Raya,
75000, Melaka Malaysia
Website : http://www.straitshotelsuites.com/

Monday, November 23, 2015

Famili Day 2015 di Bustel Klebang

Salam,


suasana pagi di bustel

Alhamdulilah selesai sudah  Famili day kami yang rata rata dari Perak, KL dan Kedah .Ciku and famili dah booking Bustel , Melaka ni sebulan yang lalu dan dapat 13 bus maknanya 26 bilik .1 bus ada 2 bilik yang berasingan .Bilik bahagian depan adalah king size dan bahagian belakang 2 single bed yang agak besar.

Semua kami lebih kurang dalam 60  orang termasuk kanak kanak dan bujang .Hari jumaat check in pukul 3 petang dan check out ahad 12.30 . Lantikan AJK telah dibuat sebelum ini iaitu Ajk penginapan, Ajk sukaneka, Ajk hadiah dan Ajk makanan.Lebih kurang gitula..hihi. Ciku and famili amik part Penginapan so kami pilih Bustel , klebang ni dan dipersetujui ramai.Famili day terbahagi kepada 3 grup besar.Team pertama color merah hitam  dan team kedua color pink hitam dan team satu lagi color campuran.hihi.










Ittenary Hari keluarga Nenda Aisyah November 2015

Jumaat
Check in di bilik masing masing
Terima kunci dan goodies ketibaan 
(berupa keychain bustel homemade dan biskut )
Aktiviti Free and Easy

5.00 petang Ciku dan anak anak buah makan laksa dan rojak passembor di cafe bustel dalam bus.unik .
Dinner di bustel berkumpulan.
Di waktu malam main bola sepak , bola tampar dan giant bubble .

Sabtu
 6.30 pagi jogging - sesiapa yang nak je area stadium sebelah bustel (terang  sebab lampu stadium dan memang dah ramai orang yang jogging.) dan jalan  di pesisiran pantai .

 Sarapan sendiri di area stadium  (jalan kaki)

 9.30 pagi acara sukaneka diadakan di antara 2 bus bustel.Redup sket situ.

Acara sukanekan kanak kanak terbahagi pada 3 kategori umur.
Lari bawak belon berkumpulan
Kutip pasangan selipar
Rebut  gula gula
Music chair
Grup paling panjang
Baling belon air

Acara sukaneka dewasa
Musang berjanggung (asingkan ikut jenis)
Baling belon air
Pasangan bawa bola
Golek tayar paling laju (ambil dibustel -jgn lupa letak semula ditempatnya)

12.00 Penyampaian Hadiah sukaneka dan pengagihan soalan IQ untuk kanak kanak dan dewasa.Mesti hantar semula kepada AJK sebelum pukul 6.00 petang.

Lunch sendiri di bustel

 6.30 petang konvoi ke Deli Muara Ikan bakar dalam 30 minit dari bustel (dah    order siap sebelum gerak)

8.00 malam Penyampaian pertukaran hadiah antara keluarga dan sambutan   hari lahir bulan Oktober/November dan acara teka teki dan siapa jawab dapat terus hadiah.

10.00 Acara sembang sembang malam .Grup Lelaki ke cafe bustel berdekatan minum teh tarik.Wanita acara sembang bersama anak anak buah dan sambung tekateki tanpa hadiah..bentang tikar belakang bus. Ada anak anak yang kecil dah tidur .

Ahad      
6.30 pagi jogging - sesiapa yang nak je area stadium sebelah bustel (terang sebab lampu stadium dan memang dah ramai orang yang jogging.) dan jalan di pesisiran pantai 

Sarapan sendiri di area stadium  (jalan kaki)
10.00 pagi -penyampaian hadiah IQ test .Kanak kanak semua dapat hadiah.Dewasa satu je hadiah.Pemenang famili yan guruskan penginapan bustel..hihi.

12.00 check out - Konvoi ke Coconut shake Ori drive thru area caltex dalam 10 minit dari bustel.Ramai gile orang tapi banyak je tempat duduk dan servis cepat.Makanan ada nasi lemak bungkus,kopok lekor,pelbagai kuih dan lain lain.

Lawatan ke muzium kapal selam (sesiapa yang nak join) -area bustel rm3 dewasa(12 tahun keatas) dan rm1 untuk kanak kanak.




Ke destinasi masing masing.Free and easy . Alhamdulillah selesai.
Dibawah adalah url kali pertama ciku ke bustel klebang.
http://tanggadomino.blogspot.my/2015/10/merasai-keunikan-di-bustel-melaka.html   

Friday, October 23, 2015

Merasai keunikan di Bustel Melaka

Salam,

gambar bawah kanan tu -bahagian dalam pintu masuk bustel.

Gambar palang putih tu bukan di bustel ye..itu di air panas apa ntah..saja stopby sebab unik replika tu


Pic credit to #Projektravel
credit to #masbrovillage
Sebenarnya ciku n famili ada kenduri di area muar so kami plan untuk tido dan cari le hotel hotel unik area melaka atau muar dengan harga berpatutan dan selesa ...hihi

Survey punya survey , kami jumpa masbro hotel..cantik gilos dan terus call tapi hampa ..semua penuh so insyaAllah lenkali.Memang cantik gambonye dan unik dalam internet ni . Ciku dah terjah lokasi kurang menarik tapi rumah tu memang cantik ala ala di australia katanya.

Lepas ciku cari lagi then survey dapat satu website bustel di dataran klebang then try to call ..alhamdulillah ada kosong.Unik ..lagipun nak pegi 2 hari 1 malam je so okla.

meh kita tengok website orang ni dan pic dia gak..hihi.credit to #Projektravel dan # masbrovillage

Berminat boleh hubungi Encik Khairi di talian 0197414113 


HARGA SEWA BUSTEL



Hari biasa (hari bekerja) = RM90 semalaman.
Hujung minggu dan cuti umum = RM130 semalaman.



Dalam satu bus ada 2 bilik berasingan dengan dinding konkrit (tiada interconnecting room ye ) sesuai untuk 2 dewasa dan 3 kanak kanak bagi satu bilik.Turun naik ikut tangga bus yang berbeza.Kami ambil 1 bilik je.Tak dengar langsung bilik sebelahnya suara.Selamat.Parking kereta sebelah bus sendiri sahaja.Hanya penduduk bustel sahaja yang boleh parking dan masuk dalam area pagar bustel ni so insyaAllah selamat.

Masuk bilik je terus katil dan ruang untuk solat agak terhad ..sorang je muat.Ada bilik air siap shower dan aircond.So far memang puas hati.

InsyaAllah balik korea nanti ciku n famili akan buat famlily day di sini . Bustel dah booked end november untuk 14 bus dan boleh mintak kanopi dan BBQ juga..kena bayar ye.hihi.Oo..antara aktiviti ada naik kuda rm15 sorang ,jual mug bustel rm15 ,padang bola sebelah bustel,pepagi ramai jogging kat sini juga -pastikan bawah sport shoes,Plan nak bawak getah famili day main lompat getah..duludulu expert la..la ni nak lompatpun pk banyak kali..hihi.

okies itu je nak sambung ritu punya entry ni



Ciku tengok pic bustel dari blog ni.very the detail one..hihi.thanks ya
http://www.khairunnisahamdan.com/2015/06/bustel-pantai-klebang-melaka.html


Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...