Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

ciku nonton movie coco dan shopping cottton on

Salam ,




Kami  cuti sekolah ni ke Alamanda jenjalan point utama nak tengok wayang ngan anak anak ni.Pilihan kami COCO ..papagi bekfas bubur ayam pastu dalam kul 10.00 pagi ke alamanda trus ke GSC beli tiket amil tayanan pukul 11.30 pagi ..disebabkan bukan hari rabu 

Harga tiket for children rm7.50 dan dewasa rm9.00.

Pastu terus ke Aeon beli je apa apa yang dalam kepala ni termasuk jug plastik pastu letak dalam kereta nanti xde la banyak sgt nak hangkut g wayang.hihi. Pukul 11.00 terus  g wayang beli makanan combo 2 , RM25.00 (air fanta ,air heaven,mineral 2 botol dan 4 popcorn) .

Hall 7 , seat tepi dan row tengah.settle.Iklan saja dah 15 minit kot..citer ni memang best colorfull dan kekeluargaan..best la  sesuai untuk anak anak ciku umo 9-13 tahun ni.  Ada part nangis plok ciku nengoknya.

Settle wayang kami terus ke Cotton On cari tshirt..beli 2 RM80 dan jenis lain  beli 1 - rm30 (2  pasang). Kemudian kami  makan burger king try menu baru tu dan balik dalam kul 3.30.

Itu jela aktiviti hari ini di Alamanda asal anak anak sonok  cukup le..balik rumah pengsan  semua .hihi.


Sekolahku


Salam ,



Sekolahku,
Tempatku menimba ilmu,
Tempatku mencurah bakat,
Tempatku belajar apa itu kehidupan ,dan 
tempatku mendisplinkan diri

Terima kasih sekolahku,
Kebangggaanku,
Kini jasamu, terukir indah dihatiku

Abisss...tetiba teringat sekolah sebab cuti sekolah ..hihi

Ciku Sekolah di Sg besi,sg ramal luar kajang ,pasir panjang port dikson, bt 8 kuantan , kem bt 10 kuantan, seri mahkota kuantan,smart kuantan,sg ara penang,uitm dungun,U n me perak

Ketam goreng butter telur masin creamy

Salam semua


Tajukpun dah menyelerakan ..hihi
TL Ciku ritu g tj lumpur kuantan pastu belila ketam fresh.
Ciku masakle ketam tu alaala tajuk kt atas tu

Bahan
7 ekor ketam
Telur masin 4 biji direbus dan hancurkan ( 1biji amik semua 3 biji lg amik kuning shj)
Bawang putih
Daun kari
Cili padi ikut le
Butter salted
Susu cair 1 tin

Kaedah
Goreng ketam ngan kunyit garam
Panaskan butter dan masukkan semua bahan kecuali ketam dan susu
Akhir sekali masukkan susu dan ketam
Kacau kasi padu..ciku suka yg creamy so buh 1 tin susu

Kalau takde telur masin guna telur kuning je tp jangan rebus plok.pecah je dan goreng laju laju dalam kuali (kalau taknak guna telur masin)

Boleh makan ngan nasi panas dan ditambah sambal kuah kicap cili padi bagi umpphh
Hoho settle
xsempat nak cantik cantikkan..ngap je..hihi


bahanbahan



Baby sakit mata

Salam,

Baby 4 bulan ni macam sakit mata. Malam sebelum ni ciku tengok ada selaput macam tahi mata tu tapi tak banyak dan sedikit berair dan tak merah bila bangun pagi tu.So ciku hantar cam biasa ke taska dan cikgu taska pun tak complain so maybe ok bukan sakit mata.

Tapi pagi tadi ciku bangun tengok mata dia still ada selaput dan berair .Mata tak merah tapi merah kat luar je so ciku dolo dolo memang ada pengalaman anak 3 bulan kena sakit mata sebab jangkit ngan taska so kali ni ciku cepat cepat titiskan air susu ibu dan lap slow slow dan yang penting juga jangan hantar taska kesian kat baby lain.

Pagi ni ciku g klinik kesihatan dan doktor bagi ubat titis bila perlu dan ubat ointment sapu tu tapi disebabkan baby ni g6pd so ubat sapu tu tak boleh guna. Akhirnya guna susu ibu  le juga dan alhamdulillah ada improvement.

InsyaAllah mata baby semakin ok.


Cuti cuti di Golden Sands Resort, Penang by Shangrila

Salam, 

Alhamdulillah kami berkesempatan ke penang lagi kali ini untuk cuti sekolah selama 5 hari tapi booking 3 hotel berlainan sebab musabab ada 3 agenda berlainan lokasi ..hihi so beg ciku packing dengan 3 beg berlainan hari sebab musabab takde la hangkut semuanya pada satu masa.

Hari 1
Penginapan : 
Golden Sands Resort, Penang by Shangrila 
Batu Feringgi Beach, Penang, 11100,
T:(60 4) 886 1911    F:(60 4) 881 1880

http://www.shangri-la.com/penang/goldensandsresort

8.00 Pagi , Kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Ipoh terlebih dahulu amik mak dan gerak dari ipoh ke Penang pada pukul 3.00 petang so dah call hotel kami late check in lor sebab mak ada hal lak so gerak lewat.

Sampai penang kami g makan terus memang tempat ni ciku suka makan kalo p penang. Restoran pen mutiara batu maung berdekatan dengan lembaga kemajuan ikan malaysia.Order kari kepala ikan ..wallah..banyak je tempat makan kat area penang ni berasaskan kari.

Makan : Kari kepala ikan

Pen Mutiara Restaurant
Wisma Nelayan
Pelabuhan LKIM Batu Maung
11960 Bayan Lepas, Penang

Tel: 04 626 4615
Fax: 04 626 1134
http://penmutiara.com/

Ikut waze ke batu feringgi dari batu maung untuk check in hotel-laluan pusing2 poning lor dan agak bahaya.Dah gelap dah sampai hotel, ciku terus rest. Anak anak g 'melaypark' kat area hotel lobby ada ipad game dan watching cartoon movie.9.30 depa naik bilik dan tdo(ye ke tdo..hihi)


Hari 2
Mandi Kolam lepas tu bebudak ni pegi main ipad kat area lobby.

Banyak aktiviti kat hotel ni.Kami join 2jam - RM24 untuk guest hotel di adventure zone.Kena pakai baju lengan panjang dan stokin.Kalau kat sana ada gak tapi mahal lor rm11 untuk socks tu so kami memang bawak dari rumah.Parent free of charge.Open 10 pagi sehingga 7 ptg.

Adventure Zone

The Adventure Zone is a unique family entertainment centre for children and adults. The 10,300-sqf comprehensive indoor facility caters to family-style activities, allowing children, teens and adults to interact together in a safe environment.
Housed within an air-conditioned facility, three categories of exciting drop slides and multiple sections of modular play equipment create a fun-filled environment for children. The facility also includes a multi-use reception area, retail and snack counter, toddler zone, kids' club and child-friendly restrooms.

Makan : 
Kami lunch nasi kandar Deen Jelutong - sedap gak
598-D, Jalan Jelutong, Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang
Tel: 04-657 5285

Hari 3
Penginapan :
PARKROYAL Penang Resort 

Batu Ferringhi Beach,

Penang 11100,

Malaysia 

+60 4 886 2288

Toll-Free:

1800 220 021
https://www.parkroyalhotels.com/en/hotels-resorts/malaysia/penang-resort.html

Makan : Kenduri kahwin staff di area gelugor (konyang)
Kami terus ke padang kota lama nak cari pasembur dan adik p beli mee pata sotong (sedap) tapi tak tau kat mana - bungkus je untuk makan malam pastu check in hotel dan bebudak macam biasa terus mandi kolam dan ciku bersantai je .

Tak sempat nak amik gambo makanan sebab abis cepat je .Cuaca di padang kota masa ni gelap dan hujan so kami bungkus aje .

Malam ciku dan hubby rest aje di lobby hotel minum coffee sambil dengar nyanyian ..ala ala hotel calfornia tu..hihi

Hari 4
Penginapan : 

THE LIGHT HOTEL (M) SDN BHD (887114-P)
Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya, 13700, Seberang Jaya, Penang, Malaysia
http://www.thelighthotelpg.com/

Pulau Aman
Alhamdulillah cuaca cantik pagi ni so plan kami ke Pulau Aman dengan famili adik dari kuala lumpur jadi.Perjalanan pergi balik 10 minit. Ciku refer sini 
http://budakletrik.blogspot.my/2016/03/ada-apa-di-pulau-aman-pulau-pinang.html

Kami tunggu boat tak lama pun dan order ketam dan kerapu (masak stim sahaja) baru naik dari laut (tak ingat harga). Lenlain nasi goreng udang ,kuey teow udang,bihun udang sume udang ..harga rm6 kalau special rm10.00 (rasa ok ok aje) tapi udang, ketam n siakap stim tu fresh sedap.

Settle kami check in hotel dan rest.Aktiviti tetap Kiddies club dan kolam..bebudak ni.
Malam kami jalan kami ke night market area pesisir bawah hotel.


Hari 5
G cari kuey teow di medan selera seberang jaya
Ada keja area perai then check out lunch KFC chizza .hihi.

So Jalan jalan cari makan agak kurangla kali ni..hihi.depa kata kuey teow sedap tang BM..nanti bebila bleh mai lagi penang.

Abis sudaaa jalan jalan Malaysia tahun 2017