Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Cho Binh Tay Market beli cotton dan kurung kuantiti banyak

Salam,

Info ni belum tersusun lagi..tengah dan masih mencari lagi info info untuk beli kain cotton selain di ben thant.Ciku dah 4 kali ke HCM tapi tak penah terjah Binh Tay di district 5 tu yang dikatakan lebih murah dari Pasar ben thant. Ciku senaraikan aje dulu na info info ni.Ni semua amik info dan survey merata rata guna search engine tu.

1) Cho Binh Tay Market di area Chinatown.Harga dikatakan jauh lebih murah dari Cho Ben Thanh itupun kalau beli dalam kuantiti bulk..banyak.Dikatakan penjual di situ tak berapa nak layan kalau beli sikit sikit ni.(tak pasti bulk tu lebih berapa kuantitinya.huhu)
Amik bus : Cho Binh Tay terletak dalam beberapa minit dengan jalan kaki dari Cholon bus station. Bus no 1 (color hijau) akan ke Cholon dan Ben Thanh bus station dan tiket dikatakan dalam 5,000 VND    ( Tak pasti pegi saja atau pegi balik) tapi kalau ada byk beg nanti driver bas charge lain.
    
Time tutup pasar : 6pm

Amik Taxi : Dari Cho Ben Thanh  in District 1 ke Cho Binh Tay in District  5 dalam harga between 95,000VND to 100,000VND dengan Vinasun Taxi.(ciku prefer naik taxi ajela for first time..hihi)

Petunjuk paling mudah kena mintak kurang(bargain) sehingga 40%.

no 2 ke bawah bukan info cari cotton ye.

2 ) Telekung dalam kuantiti yang banyak untuk dipilih adalah di Kediaman dan kedai hjh basiroh..yang terletak di 159 ,Phu nhuan District area pasar bin thay .Ciku dah pergi sini ,kami amik teksi ke rumah hjh basiroh dalam  3USD dalam 60000 dong/VND for one taxi not for one person harga masa tu la.(tahun 2012)

3) No kedai shop 475 dalam ben thanh market (Salim -Hakimah) -ni antara kedai baju kurung siap.

4) Taka Plaza

5) Rusian market(Ciku tak penah sampai sini -size beso beso katanya)
##copy paste aje ye info ni
The newest centre for bargains in HCMC, the Russian Market, like its name implies, caters to visitors from Russia. Boasting the largest stock of discounted winter gear in Saigon, you can renew your wardrobe of ski jackets and accessories at a fraction of the cost. The merchandise is disorganised and may require some digging around to find the right piece. Larger shoe sizes are also available.

In addition to cold weather wear, the Russian Market on Ben Chuong Duong in Saigon's District 1 sells sportswear, jackets, casual wear, shoes, souvenirs, suitcases and more. Pick up a women's t-shirt for about VND60,000. Children's clothing should cost in the neighbourhood of VND30,000 and up. Trousers and dresses are priced at about VND100,000, and high quality jackets sell for about VND950,000. Note that HCMC's Russian Market stocks larger sized clothing.
##

6) Mekong Quilts (Ni ciku paling suka quilts tapi rasanya cam mahal bebenor kat kat HCM tu..china lagi murah rasanya..hihi . tentang kualitinya ciku tak pasti)

Buka: From 9:00 am to 7:00 pm
http://www.mekong-quilts.org/
lokasi : Mekong Quilts            1st Floor, 68 Lê Lợi, District 1(yang ni insyaAllah boleh cari le)
             Ho Chi Minh City
             Vietnam

boleh cek url ni gak http://hello-saigon.com/2011/09/16/vietnam-quilts/


7) VINCOM CENTRE: A MODERN SHOPPING CENTRE.(ni kalau ciku masukpun sebab nakkan suasana sejuk..hihi)
##copy paste aje ye info ni
The Vincom centre is a modern shopping centre sprawled over 6 floors. Some of the shops here include Jimmy Choo, Versace, Karen millen, Swarovski, Crabtree and Evelyn, Debenhams, Accessorize, Mango, Warehouse, Disney and Emporio Armarni to name a few.
There is also a Highlands coffee, a burger bar called Carls Jrs and a wonderful French bakery called Tours les Jours.

Buka :9am - 10pm
What to buy: High end high street stores.
What to pay: A lot more expensive than the markets
Address: 72 Le Thanh Ton district 1 and 45A Ly Tu Trong Street, Ben Ng

Website: vincomshoppingmall.com (bahasa sana lor)

8)Hong Kong Market .(Agak menakutkan sebab dah ramai orang kena rompak kat sini esp: yang naik beca..huhu..ciku taknak la terjah..hihi)

9) Map semua kedai or apa apa je di area ben thant (Location: District 1) di URL dibawah ni
Semua kedai yang penting sekitar district 1

***okeh udah sampai situ aje stori info HCM.Yang paling ciku nak pegi adalah bin thay di district 5 tu aje.***

InsyaAllah kalau dah sampai district 5 ni ..ciku akan stori semula..hihi..lambat lagi nak pegi pun..kalau sesapa yang dah pegi..ciku leh refer blog tu..lagi best sebab baca pengalaman orang yang dah sampai.Kalau salah mohon maaf ye.

Santai dengan Turbo

Salam,


Best bersemangat..biarla tipu pun..memang tak wujudpun boleh tetiba laju gitu lepas "ter accident"..hihi.

Snail turbo datang dari garden biasa yang berimpian besar dalam arena racer in the world..hihi..apa ciku ..citer camni pun layan..layan ajela ngan anak anak ni .Lagipun comel je snail tu dan snail lain tu di akhir movie ni . Semua ada stail sendiri untuk berkelajuan tinggi..haha.Persahabatan antara snail tu dan brother snail tu antara babak yang best dalam stori ni. Depa sume nak bangunkan pekan tu yang seakan mati sebelum ni.


Kata kata turbo sebelum semua mengubah nasibnya ."I wish...I wish I was fast".Kesian lak masa ni tapi dah fitrah snail memang slow kan.

Takut lak esok tetiba anak anak ciku main snail lak depan rumah ni..hoho. Ciku baru abis tengok movie turbo ngan famili berehat santai nengok movie tu ngan anak anak sambil makan kuey teow sani  memalam ni.Orite selamat hari isnin.

Url turbo
http://www.turbomovie.com/

Meh tengok pic turbo sumber google

Setengah jam di stonehenge

Salam semua


Ciku dah siap sampai ke stonehenge Malaysia..:)

Alkisahnya selepas baca blog supermeng tu...cikupun dan keluarga gerakla ke Planetarium Kuala Lumpur.Bayaran masuk Free..kalau nak tengok show space theatre dimana ianya sangat besar dan large format film. Dibuka pada pukul 9.00 pagi -4.30 petang .Bayaran space theatre tu adalah RM8 dewasa dan RM 4 kanak kanak.

Ada 3 replika iaitu Stonehenge England dan ada 2 lagi replika dari new Delhi,India dan china yang terletak di depan pintu masuk Taman balai cerap purba.Tetiba sampai je situ..ciku terus cakap ngan TL..eh eh ada pokok manggis la..ngan pulasan kat sini.haha.

Okla stori pasal struktur lak, rekabentuknya sangat islamic dan cantik " blue-domed". Tangga tersergam indah color biru putih tapi adoila nak menapak..tak pasti ada tak jalan masuk yang lain selain menapak ni..hihi.Kira cam senaman kaki le ciku..hoho

Kami parking kereta tepi tangga ni..dekat kawasan staff parking..ciku bukan staffpun tapi ok je lepas.maybe banyak sgt kereta parking tepi2 tu..kami ikut je la.



Kami masuk je ..penuh ngan rombongan sekolah dalam tu..adoila..penuh benor dah macam cuti sekolah lak.Tapi time pukul 11 pagi tu dah makin kurang orang sebab rasanya depa masuk tengok tayangan space tu..Ciku dan keluarga tengok citer tu dalam pukul 12.00.Memula tu cam best  bila tengok roket nak terbang tu pastu lelama anak anak ciku cam dah tersusun dah ..hihi..kelam kabut  kecuali yang kecik ..cam kusyuk je tengok..pelik lak..hihi.
 
Neil Armstrong .dia nya tarikh lahir sama bulan ngan ciku la..hihi

Teruja gak depa ni ..dah macam tempat tidur teli tubbies je..huhu..jangan marah

Ni bila kita gerak gerak kan snapshot gambar kita sebenarnya



 
Ada satu lagi tak sempat nak snap..ciku suka sangat kiosk main wordsearch tu..lama gak kat situ ciku..pastu ciku selalu tolong bebudak rombongan tu siapkan wordsearch game tu..hihi.memang minat gila main game tu.Ciku siap ada beli buku crossword tu kat rumah.:)..aik tetiba panjang lak stori wordsearch book ni.
Ni Galeri Pemandangan atas sekali.Boleh nampak view KL.Lif kecik je..muatla famili kami ni.



Cara nak ke sini , ciku amik sumber map dari google ni .
Orite abis tu kami terus pg makan kat tupai tupai ngan member yang dah memang janji nak tunggu situ.Orite jom makan.

Pasta aglio olie lala

Salam

Petang tadi Ciku pergi pasar ..tetiba tengok duit ada RM21.00 aje dalam purse..haha.Nak p ATM jauh lak nak kena ulang alik plus maleh so ciku pergi le jugak masuk pasar tu..amik 3 ekor sotong saiz sederhana dan beberapa ekor udang dan suku plastik lala dan carrot sebiji.hihi. Total up adalah masih dibawah RM20.00 so okla..pastu ciku terus balik rumah dan terus le siapsiap untuk masak makan malam ni.

Dalam kepala ciku yang paling mudah nak dimasak adalah pasta aglio olie seafood tapi lebih kepada aglio olie lala aje..hihi.Spagheti memang banyak je kat rumah ni stock so rebus je dulu.




Bahanbahan tumis
sotong
udang
lala (ciku buang siap cengkerangnya sebab kenkadang ada je pasir hitam dalam tu..hoho)
bawang merah dan putih
pes cili kering yang ada dalam botol kat rumah ciku je..haha
cili merah hiris halus
cheese 2 keping
olive oil
carrot suku aje(sebab takdo terung - boleh ajela)
serbuk rosemary dan oregano botol (memang ada kat rumah je)


Cara tumisan
  • Tumis bawang merah dan putih dengan olive oil sampai naik bau .
  • Masukkan sotong,lala,udang..goreng bersama sama
  • Masukkan pes cili kering
  • Masukkan carrot dan cili merah hiris halus
  • Masukkan 2 keping cheese yang dicairkan.
  • Letak sikit serbuk oregano dan rosemary
  • letak garam gula untuk perasa.

Last, masukkan spagheti yang dah siap rebus tu ,tapis dan gorengkan bersama sama tumisan tadi.
Settle hidangan makan malam kami. Hidangkan dengan air sarsi ais sambil nengok running man hari selasa ni..hoho.

Mengamit rindu di pagi Aidil adha

Salam aidiladha


Ya Allah ,
aku amat merindui untuk berkali kali ke sana
aku senantiasa berdoa moga berkali kali dapat ke sana
aku seringkali menangis moga berkali kali dapat ke sana 
Semoga Allah senantiasa memanggilku untuk ke sana berkali kali

Aku amat merindui untuk kesana
Terasa amat rindu yang amat sangat
Tidak dapat digambarkan betapa aku amat merindui 
Pengharapan yang menggunung menarik diriku ke sana.
Ya Allah
Bersihkanlah hatiku ,lapangkanlah fikiranku dan tetapkanlah hatiku
Ya Allah semoga aku dapat berbuat ibadah yang berlipat ganda.
Pilihlah diriku dan keluargaku 
Jemputlah diriku dan keluargaku 
Semoga aku antara insan insan terpilih untuk mengerjakan Haji  dan umrah
Semoga aku dan umat islam senantiasa di dalam lindunganmu Ya Allah.
~Amin~

Mencari Lavender di Cameron Highland

Salam,





Cantik cantik cantik..

Ciku baru balik dari cameron sakan nak tengok lavender 2 hari lalu..hihi..Dah banyak kali ciku naik Cameron tapi tak penah singgah sini dan tak perasanpun ada tempat ni sebelum ni..huhu.

Ciku wat survey kat google ajes dan pegi le kami sekeluarga..jom terjah gambo ciku di cameron lavender Garden..Kami naik ikut simpang pulai..no tapah ..poning poning kalau ikut tapah..hihi.

Bayaran masuk : 
RM5 dewasa
RM3 Kanak kanak (5 tahun above)

Masa buka : 9 pagi -6 petang
Masa cuti (jumaat -ahad tu )  : 9 pagi -7 petang

Lokasi : Area Tringkap , selepas Honey Bee farm ,sebelum kampung raja..haha..instruction senget.Wat je carian map google k.


Pic ni takde sangkut paut ngan lavender..hihi ..pepagi kami g jogging kat area jabatan hutan camp sg palas ..silap da.sg pauh lor..ni musti nak g tengok teh kat sg palas area tu tapi tak kesampaian..hoho. 

Kami tido area homestay Taman sedia..Tu opah strawberry and Jams

Gambo bawah ni baru le Cameron Lavender garden


  

















Makan strawberry coklat dan aiskrim strawberry di area homestay taman sedia
 Orait sesapa rasa nak pegi yang tak penah jejak sini..bolehla terjah cameron lagi..:)


**Pesanan : Sesapa dah cukup RM1300 dalam akaun tabung haji bolehla mendaftar haji***
Tetiba..hihi. Boleh baca detail sini na.

http://www.tabunghaji.gov.my/pendaftaran-haji-dalam-negara2

Resepi carbonara simple dan running man

Salam,


Makan kali ke 2 sambil tengok running man
 
First time ciku guna prego


Balik dari sekolah..ciku lepak library dulu ngan anak anak sebab awal lagi nak balik rumah...hoho.terasa feeling nak masuk library kanak kanak lak ..banyak buku bercolor color ..cantik dan library tu pun berwarna warni wallnya..sesuai untuk anak anak ciku yang cikonet ni.Orait habis library..ciku duk plan nak masak apo la malam ni..teringin lak nak makan pasta carbonara TL tapi dia takdok..so guna resepi ciku ajela.

Boleh refer sini untuk resepi pasta sos carbonara.pasta carbonara TL.

Paling mudah..
  • Beli je tin sos carbonara mushroom tu .
  • Ayam 3 ketul dada.(potong dadu-potong ikut suka la asal kecik)
  • Cendawan butang(potong halus)
  • Parmesan Cheese
  • Butter salted
  • Cooking Cream saiz kecik macam santan kotak kecik tu.
  • Bawang putih dan bawang merah potong dadu 
  • Daun oregano dan basil yang kering.(ni kalau TL suka guna yang real ..boleh beli kat cold storage parkson)
  • Sosej(saja je bebudak ni suka makan sosej)
  • Lada hitam yang dah siap tumbuk.
  • Ciku tak letak capsicum sebab lupe beli.

Orait cara masak memasak
Rebus pasta mesti le langkah no 1 ..haha..kalau tak, dah terliur bebudak ni..pasta tak rebus lagi..hoho.
  1. Panaskan butter salted.(apa apa brand je asal halal)
  2. Ciku tambah gak olive oil sikit.
  3. Tumiskan bawang putih dan merah.naik bau.
  4. Masukkan ayan potong dadu tu.
  5. Masukkan sosej dan cendawan.
  6. Dah empuk ayam tu masukkan 2 tin prego tu , kacau pastu masukkan cooking cream tu.
  7. Masukkan basil , oregano tu dan lada hitam (ikut dan je ciku)
  8. Masukkan parmesan cheese atau apa saja cheese la.(ciku tambah lagi cheese bebudak ni yang makan ngan roti tu..hihi 2 slices)
  9. Kacau seketika.
  10. Kalu terpekat camana..hihi..campur susu carnation tu sikit dan rasa kalau tawar gak..bubuh ajela garam sikit.
Siap suda kuahnya.

Time nak hidang baru campurkan pasta fetuccini ngan kuah tu sikit sikit ..ikut untuk makan berapa orang.Balance kuah leh simpan peti.3 haripun ok ni..lelama tak pasti lak untuk simpanan tu.

Gitu ajela masakan malam ni sambil tengok Runningman dan air masak kosong.hihi.Ooo..bagi sikit sepinggan kat jiran sebelah sebab dia pun suka makan pasta carbonara kami yang glamer ni ..hoho..perasan.

Nuffnang earning dan CPUV Oktober

Salam,

Hari ni nak kongsi entry yang tetiba ciku terasa seronok ..lawak lak macam dapat banyak bonar.

Tetiba ciku bukak nuffnang semalam dan dapat cpuv yang ke berapa ntah..untuk bulan oktober.Pastu total walau tak segah blog orang lain tapi ciku tetap rasa seronok .ontah la..TL selalu kata dapat ciputpun nak kecoh satu dunia..haha..masa cash out nuffnang dulu ..rasa seronok sakan macam dapat ratus ratus padahal cash out tu lebih kurang rm60 ajes awal tahun hari tu..haha..ciku tak penah dapat ratus ratus pun macam orang lain citer tu..hoho. Apapun setakat kurang RM60 tu memang penah dapat .Nuffnang hantar cek ke alamat rumah yang kita register.Okeh meh nak kongsi gambo aje.Kira bukti..haha.



 
 

Bagaimana Memohon Apabila Berlaku Kematian Dalam Perkhidmatan Awam

Salam Jumaat,

Tetiba tajuk entry agak panas ..hihi..sebenarnya ciku nak kongsi info ni je.Info /maklumat apa perlu dilakukan jika keadaan ini berlaku bagi kakitangan awam yang meninggal semasa perkhidmatan. Ianya berkenaan urusan pencen dan pinjaman perumahan kerajaan dan Bantuan Mengurus Jenazah.


1) Urusan penerima pencen terbitan.
  
First ciku pun takde pengalaman gini tapi ciku terus wat carian kat web JPA untuk masalah urusan pencen. Rujuk Url dibawah: http://www.jpapencen.gov.my/laman_utama.asp. Sangat mudah dan webnya user manual.Pegi ke menu Jika Anda Penerima pencen faedah terbitan.

(Dipetik dari web jpapencen untuk info ciku dan yang membaca)
Maksud Term Pencen Terbitan ialah Suatu faedah persaraan yang dibayar setiap bulan kepada balu atau duda, dan anak anggota berpencen atau pesara yang telah meninggal dunia.
  • Takrif anak menurut undang - undang pencen ialah anak yang di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin, termasuk anak angkat, anak tiri dan anak tak sah taraf. Bagi anak yang cacat atau hilang upaya dari segi jasmani secara kekal serta tidak berupaya menanggung nafkahnya sendiri, tiada had umur ditetapkan.
  • Kadar bayaran pencen terbitan adalah mengikut pembahagian syer berikut :(ini boleh direct call pegawai bahagian pencen untuk confirmation jika tiada suami)
    Balu/Balu-balu/Duda
    2 syer bagi tiap-tiap seorang balu/duda

    Anak-anak
    1 syer bagi tiap-tiap seorang anak. 
  

2) Bagaimana Memohon Apabila Berlaku Kematian Dalam Perkhidmatan?
     
Tindakan Oleh Balu / Duda / Waris

Jika berlaku kematian anggota Kerajaan dalam perkhidmatan, balu /duda / waris hendaklah mengambil tindakan berikut:
  •     Laporkan segera kepada Ketua Jabatan di mana anggota berkhidmat, dan
  •     Kemukakan salinan dokumen-dokumen berikut:
    • salinan sijil kematian
    • salinan sijil perkahwinan / sijil pendaftaran perkahwinan.  Walau bagaimanapun Surat   Akuan Balu / Duda Yang Sah boleh diterima jika sijil berkenaan tidak diperolehi salinannya dari pihak-pihak berkenaan. 
    • salinan sijil kelahiran / salinan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun
    • salinan surat pengambilan dan pengesahan anak angkat, (jika berkenaan)
    • dokumen-dokumen mengenai anak cacat dari Pakar Perubatan Kerajaan [JPA.BP.UMUM.B04] dan Laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta gambar penuh anak cacat, (jika berkenaan)
    • sekeping gambar balu / duda (mana yang berkenaan)
    • Surat Akuan Pengesahan Penjaga [JPA.BP.SPT.B02] (jika terdapat anak di bawah umur yang tidak di jaga oleh balu / duda).
***boleh cek direct url web jpa pencen tersebut.
        
3) Ciku ada terbaca tentang PERMOHONAN PEMBERIAN BANTUAN MENGURUS JENAZAH (BMJ)..wah terbesar lak font ni..boleh mohon bantuan mengurus jenazah.Tetapi ianya hanya untuk Pesara Kerajaan Malaysia yang meninggal pada 15 Oktober 2010 atau pada tarikh selepasnya termasuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim KWSP.
(Pembayaran ini tidak dipanjangkan kepada penerima pencen terbitan yang meninggal dunia)..Amaun diberikan RM3000. Boleh rujuk url web ini http://www.jpapencen.gov.my/bmj.html.  untuk keterangan lebih lanjut.

4) Bagi pinjaman perumahan untuk kakitangan pegawai awam yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.(kalau tak buat pinjaman perumahan kerajaan..sila abaikan je la info ini..hihi)
Rujuk terus http://bpp.treasury.gov.my dan ke tab soalan lazim.Klik Kematian peminjam.


Apakah yang perlu dilakukan oleh waris jika peminjam telah meninggal dunia ?
Boleh rujuk terus jawapan didalam web site tersebut bahagian kematian peminjam.

Orite itu aje info yang ciku rasa serius penting untuk waris tahu tentang apa yang patut dilakukan . Ajal maut Allah tentukan dan ianya adalah rahsia Allah(SWT).

Seni yang penuh serabut

Salam,

"Crowded" seserabut fikiran ciku sekarang..hoho.