Resepi Pasta Carbonara







Hari ni dinner makan pasta dan bihun ikan bilis buatan tangan.
Tgk pada ke""free"an Cheff untuk buat western food tu.
Aku direct to the point la ye.


Bahan2.
bawang putih dan merah hiris halus

ayam dipotong kecil2

cendawan butang dipotong kecil.
butter President
parmesan cheese (100gm)
daun oregano dan daun rosemary dicincang halus
cili capsicum dipotong dadu,
creamer (carnation)


CARA-CARA

Cairkan butter lebih kurang setengah buku.
masuk dalam kuali
pastu masukkan sedikit daun2 oregano dan rosemarry asli yang dah dicincang halus tu...sikit je dulu.
pastu masukkan ayam tunggu sampai dia agak2 nak masak.
pastu masukkan cendawan, capsicum , daun oregano dan rosemary tu.
kaco sampai rata...then masukkan creamer.
dan last sekali masukkan cheese..agak2 je masuk cheese tu kalau nak pekat masuk lebih sket.

pasta tadi direbus terlebih dahulu.
pastikan masukkan minyak dan garam dalam air rebusan tu.supaya tak melekat...kalau boleh letak minyak olive.

masukkan kuah tadi agak2 le.
kalau nak makan banyak sekali gus masuk je semua.
tapi kalau nak makan sikit2 masukkan dalam sesenduk dua je kuah carbonara tadi....pastu masukkan mi pasta yang dah direbus tu dalam kuali.
gorengkan sekejap jee...dalam 5 minit.
angkat dan boleh dijamu dengan fresh orange ice.
perrgghhhh..makan kat ruang tamu sambil menyaksikan cerita kartun yang dah pasti tv tu dikuasai oleh anak2.



2 comments:

Ayu Firzara said...

yummy.....menggiurkan....

CIKU said...

tq tq miss ayu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.