Showing posts with label cuti -Thailand. Show all posts
Showing posts with label cuti -Thailand. Show all posts

Wednesday, June 7, 2023

Part 2 : Trip dari KL sentral ke Hatyai dengan ETS

Sambung sini dari part 1 : Hatyai  Part 1 - Hatyai

DAY 3:  Dimsum Chabura , Amazon Cafe, Masjid Songkla, Samila Beach, Lampo Beach, Floating Market dan SeaVerse Cafe.



Bangun pagi persiapkan diri dan berkumpul di lobby dan bergerak ke Halal Dimsum Chabura .Kami makan Dim sum , pau dan Gyoza. Air green tea ,Thai tea , limau suam. Ada aje menu nasi dan lain lain tu. Sebelah kedai ni ada kedai mee celup . Bawang goreng halal yang sedap tu ada dijual di kedai sebelah Dimsum Chabura ni.Ni Tour guide tu yang maklumkan kat kami.

Selesai , kami ke Samila Beach Songkla yang ada patung duyung tu. Beli sourvenier area sini. Awan cantik . Boleh naik kuda dan port bergambar macam biasa mmg banyak di sini.Kami beli aiskrem kelapa ,ada kacang dalam tu.sedap . kedai halal area depan 7e.

Kami lajak ke Lamphoe beach pula untuk lunch di Restoran terapung. Sedap sesangat. Nasi goreng seafood portion besar dan udang salted egg.Minuman tak banyak plihan.

Singgah Amazon Cafe Hatyai yang dikatakan ala starbuck.cantik kawasan ni . Kemudian kami ke Sea verse Cafe (masuk kena bayar -20 baht) tempat cantik untuk bergambar dan ada cafe dalam tu . Bolehla rasa chocolate ice atau coffee.

Solat di Masjid Songkla, Wuduk dan toilet di bahagian bawah kiri tangga besar tu. Ruang solat di bahagian atas. Tiada carpet tapi ok aje. Selesa.

Kami ke Floating Market yang orang jual makanan dalam sampan sampan tu. Bahagian atas ramai aje orang jual sourvenier dan baju baju dan lain lain termasuk makanan.

Petang kami stop makan di Restoran Halal Steamboat Khlonghae Seafood (makan apa sahaja dengan 299 Baht) tapi disebabkan semua dah kenyang so cancel.

Bungkus kerabu maggie sedap sangat area hotel. Balik hotel tidur.







Day 4 : Kim Yong Market dan balik Malaysia.

Kejut anak anak  subuh dan rest dulu. Pagi breakfast di Restoran Ayyuthaya noodles. Beef soup,mee boleh pilih so kita pilih maggie .hihi. Roti canai pisang dan coklat. Selesai sarapan kami bergerak naik tuk tuk ke Kim Yong Market. Beli kerepek nangka ,kerepek sayuran, kacang gajus dan paling utama maggie serda yang buat kerabu maggie tu.hihi. Maggie serda satu kotak ada 30 bungkus dan harga dalam 200Baht. Toilet ada di tingkat atas. Tingkat atas ada jual barang letrik juga. Boleh berteduh sejuk dalam 7e lagi area sini.hihi.



Settle membeli belah kami tunggu tuk tuk dan gerak balik hotel. Kemas kemas , check out hotel dan gerak balik Malaysia. Macam biasa melepasi border . Alhamdulilah time balik ni tak ramai orang di border sadao dan padang besar. cepat aje.

Berhenti makan lunch area padang besar dan solat jamak di area stesen Padang besar atau dalam tren koc C. Tren bergerak pukul 4.45 petang . Rest makanan dalam tren telah tersedia dan semua tidur . Sampai KL sentral dalam pukul 10 lebih malam.

Alhamdulillah selesai trip ke Hatyai,Thailand.  Maaf memana yang tersilap info ye.hihi.Especially info border tu.Ciku rasa macam kat padang besar tapi macam masuk Bukit kayu hitam pulak masa sampai tu .haha.

Kalau tanya ciku, ciku paling suka makan udang egg salted di lampoe beach , gyoza di dimsum chabura, tomyam seafood dan ayam grg dengan bawang grg tu dan juga kerabu maggie.Ciku tak makan pulut so mmg tak makan masa kat hatyai.hihi


Part 1 : Trip 4 hari 3malam dari Kl Sentral ke Hatyai menaiki Tren ETS


Salam ,

Trip JJCM (Jalan jalan cari makan) ke Hatyai ,Thailand

Lama tak update blog.
Last ke Luar negara 2019 dan last ke Thailand pada Oktober 2012 . Ok ciku nak stori trip singkat kami ke sini .

Ciku guna Travel Agent TSM Terlajak. Best ever. Tour guide pun ceria dan sangat membantu. Kami menggunakan khidmat tren business class ETS. Kami semua dalam 22 orang 2 orang kanak kanak. Semua memang kengkawan travel kami dan banyak tempat kami gerak bersama so semua ok satu kepala. Alhamdulillah.
Kalau naik bus dari Kl sentral ke Hatyai , maybe boleh dapat harga rendah sikit.

Hotel : Hotel Crown Hatyai (interconnecting room) ambil 2 bilik sebab ciku 5 orang.
Pertukaran duit : 100 Baht = RM13

DAY 1 : 
Trip 1 June 2023 (10.45 malam ) - 4 June 2023 ( 4.45 petang ) ETS Business Class dari Kl Sentral ke Padang Besar . Tarikh cantik time cuti sekolah dan ciku ambil cuti satu hari sahaja. Pagi 1 June tu pergi kerja macam biasa sebab tren pun malam kan so sempat aje. Last minit decision , kami parking area Nu Sentral. Tunggu di Ruby lounge sebelum masuk tren. Perjalanan dalam 5 jam ke Padang Besar.

Keadaan dalam ETS .

Kami di Koc A dan standby bawa penutup mata sebab malam mmg susah nak tido kalau lampu tak tutup ni.hiks. Nak kata sejuk . Bagi kami ok aje. Biasa je. Kelajuan berubah ubah 123km/h dan 20 darjah celcius.

Surau di Koc C , cafe di koc C, toilet terdekat pula ada antara koc A dan B . Seat yang ada huruf A  adalah seat duduk seorang . Dapat 2x makan pergi dan balik. Ada tab boleh tengok movie/youtube dan lain lain. Kami solat isyak siap dah di rumah.

Makanan dalam tren masa pergi macaroni goreng cheese dan sosej ,pilihan air panas, air kotak,kacang,muffin blueberry.Makanan balik , nasi beryani ayam,kacang ,muffin coklat ,air kotak ,pilihan air panas,air mineral.


Susah gak nak tidur sebenarnya sebab biasa tidur baring atas katilkan.seat besar lapang aje.hihi.


DAY 2 : Padang besar  dan Danok

2 June , alhamdulillah kami sampai di stesen Padang Besar seawal 5 pagi . Kumpulkan bagasi di satu tempat berkumpulan dan sarapan ala kadar di area tren karipap panas tu sedap gak. (kenyang tapi nak rasa gak karipap tu.hihi). Beli SIM card AIS Thailand Tourist dan tukar sim kad hpon.

Toilet dan surau ada situ gak tapi kami turun tangga dan bus ke Hatyai dah ada so naik bus menuju ke Masjid Padang Besar. Bas selesa dan air mineral disediakan. Persiapkan diri , bersihkan diri dan solat subuh. Waktu awal Thailand sejam dari malaysia . Contoh Malaysia pukul 6 pagi, Thailand pukul 5 Pagi gitu. Cuaca sama je macam Malaysia . Panas sekarang ni.

Selesai solat subuh semua . Dalam 6.45 pagi kot kami naik semula bus untuk ke border Thailand. Ramai betul orang , bus lain pun penuh nak masuk Thailand. Tak ingat pukul berapa masa tu tapi panas dan agak lama , beratur rapat rapat tapi jalan laju je situ. Pegawai imigresen tu cek passport , cek cap jari kiri kanan ikut aje arahan dia. Sampai border Sadao . Settle semua lebih kurang dalam pukul 10 pagi .

Kami menuju ke danok untuk makan menu pulut ayam sedap ,daging bakar, pulut mangga ,pulut durian dan somtam. Nama kedai tu kedai makan kaksu seafood. Ada banyak aje kedai kedai makan area situ. Boleh aje pilih yang mana sebab dah lapar sangat so kami order terus makan lunch. Nasi putih,ikan siakap tiga rasa, kailan , ayam dan lain lain. Harga murah dan sedap.

Settle naik bus (sejuk dan selesa) menuju ke tempat lawatan di Hatyai.



Lawatan pertama di Chang Puak Camp Hatyai 


Masuk Free .Tempat naik Gajah (500 Baht)  , bagi makan gajah (100 Baht satu bakul pisang ) , ada tempat bagi burung makan, Shooting (100 Baht 15 bullet) , port bergambar banyak aje tempat menarik kat sini. Cafe dan toilet semua ada. Tempat ni tak besar sangat 

Hujan kejap di area sini . Kami menaiki bus semula menuju ke municiple Hatyai Park ( melihat view bandar Hatyai dari tempat tinggi) . Naik tuk tuk untuk ke sana. Ada Patung Buddha tersergam di situ. Ciku tak naik atas tu. Terasa nak rest dalam bus.hihi.

Pukul 6.30 petang check in Hotel Crown Hatyai . Berdekatan dengan 7e dan kedai makan halal.(walking distance) . 

Asian Night Market dan Restoran Khai Tod Decha



Malam kami keluar makan malam di Restoran Khai Tod Decha menu nasi putih,ayam goreng sedap,sotong  salted egg, tomyam dalam kelapa dan kailan. Kemudian ke Asian Night Market naik bas , shopping time.hihi. Ada 2 tingkat. Ciku beli blouse dan baju jersi copy Ori dan blouse anak kat sini area tingkat bawah aje. Ada macam macam dijual.100Baht = RM12. Baju Blouse dalam 280Baht. Tawar ngan dia dapat 200Baht. Murah de. Jurujual ada yang boleh cakap melayu , ada yang tunjuk calculator. Kebanyakannya pelancong melayu memang ramai sini. Senyum senyum aje.hihi.

Urutan dan Lea Garden Market

Settle jalan jalan di Asian Night Market tu , kami singgah beli bungkus kerabu maggie (sedap betul ni) dan pulang ke bilik dan sesiapa nak mengurut ada 2 jenis urutan .Oil massage(majoriti amik yang ni - satu badan atau kaki sahaja atau shoulder sahaja)  dan Thai massage (ni sakit depa kata) .Boleh panggil masuk bilik lagi mudah. Ada yang ke Lea Garden Market shopping dan makan ) malam tu juga.
Sebelum keluar tadi dah settle solat jamak takdim so memudahkan . Alhamdulillah.


Sambung di Part 2 -Hatyai  Part 2 -Hatyai Thailand

Tuesday, October 11, 2011

Phi phi island , krabi


Krabi lak naik air asia as well.kali ni ngan family lak.Team kami kali ni ada 7 dewasa  7 kanak kanak.mcm biasa pakcik mat teksi ex jiran kami akan hantar kami ke LCCT tu..sampai sana jumpa semua in one grup..pastu makan mcD sebelum berlepas..dalam 1 jam 5 minit jek perjalanan tak sempat nak tido.sampai jek airport krabi dah ada agent hotel Aonang Princeville Resort, Krabi amik. So memudahkan le..simple n easy .cek in n rest..bebudak tak sabo nak mandi kolam aje..cikupun..hehe.
Kami makan dulu kat restaurant orchid aonang..memang ada tanda halal so tak was was la..tapi tunggu punya tunggu..lama nya la..adehla dah la lapo..apa la lambat sgt..member2 aku sume dah naik bilik..cancel..tinggal family ciku jek yang masih bertahan menunggu juadah..takde le sedap sgt..biasa biasa aje..
Hari pertama – free and easy..so relax..kami just jalan jalan sekitar pantai aonang je..byk jual jual brg ..beg jenama,baju ,fridge magnet ,souvenior dll . makanan pun byk tapi tak tahu le tahap kehalalannya .

Hari keduaPhi Phi Islands by Speedboat( Krabi Speedboat Tour - Full Day)


lepas makan pagi..terus naik van tak bertingkap nih ..best best…sejuk jek. Alhamdulillah cuaca ok..cerah secerah2 nya.
08:00            Pick up from hotel by minivan + transfer to the pier at Nopparathara Beach
09:30            Depart by speedboat, destination Phi Phi Islands.


10:30 -15.00

1st Stop kat pulau Bamboo. Wonderful desert island with superb beach and excellent coral reef to explore by snorkelling
2nd Stop Hin Klang, Phi Phi’s No. 1 snorkelling reef in the open sea, where the most coral fish are to be found
3rd Stop Monkey Beach. Well-sheltered bay on Phi Phi home to all kinds of marine life and even some beach monkeys ..kat sini kami stop by jek tak turun..so tgk dari atas bot jek .
4th Stop Tonsai Bay. Delicious Thai buffet lunch at beachside restaurant dalam kul 12 lebih
kat sini ciku pening sesgtnya…mabuk laut..adehla ..makan sikit jek..makan tomyam ngan ansi putih jek..alhamdulillah anak anak ciku sume ok..ceria jek..ciku lak yang pening teruk..sampai muntah..haha.

5th Stop Viking Cave. Brief tour of the cave with ancient wall paintings, where birds nests are collected for soup. Kat sini..cantiknya la view..subhanallah..cantik sesungguhnya.
6th Stop Phi Phi Leh Bay. Hidden sea lagoon of outstanding beauty with high limestone cliffs on all sides kat sini..ciku pening lagi sekali lagi..tak tgk sgt..asyik tutup mata jek.
7th Stop Loh Samah Bay. Colourful snorkelling in clear, calm and shallow waters just off a small, quiet beach..snorkelling sini ciku turun ..byk nya ikan tp cantik lagi redang island..pendapat ciku le..tetiba ada ular kat tepi ciku adehla..apa la ular nih..so ciku naik semula dibantu orang tu..hubby ada gak tepi la.
8th Stop Maya Bay. Relax and admire the remarkable scenery from 'The Beach' movie.
Ssgt cantik ..kami sume mandi dan cuaca memula hujan gak tapi redah jek … sgt cantik..kat sini lama sikit leh rest..alhamdulillah anak anak sume sihat walaupun kena hujan mandi dalam hujan..huhu.
16:30 Return to pier + hotel transfer.
lebih kurangla timing tu..kami bergerak jalan ke darat nak naik minivan semula dan balik hotel dalam 30 minit kot. Terus terjun kolam lak..asben ciku pun pening lalat.

Hari ketigaTour Krabi Nature Elephant Trekking & River Camp(Eco Tour in Krabi)




9.00 pagi - Kami berpecah ..sume  tak nak ikut so family ciku jek pegi dalam 7km jek dari aonang..hehe. masa kat kuala gandah dulu..ciku tak naik pun gajah ni..geli..ehhe..so kat sini ciku try gak ..anak sulong ciku ridhwan kata ..dia pegang tangan ciku kuat kuat..umi jgn takut ye..haha..okla anak umi..so ciku naik ngan duan ..asben naik ngan habib dan raudhah.ingatkan habib takut sebab dia jek yang tak penah naik gajah..hehe ..dia lak sonok..kita lumba umi..dia jerit..kami naik 2 gajah yang berlainan.hehe.menyusuri sungai masuk hutan..naik jalan lopak lopak..best best..ehhe. dalam 2 jam je..okla.

Balik hotel…mandi kolam dan pagi makan area hotel tu..pastu terus ajak member2 lain yang perempuan sahaja pg thai massage..uish best..yang lelaki jaga anak ..ehhe. Pastu dalam petang lepas asar pergi join tour krabi town dan walking street (lebih kurang cam pasar malam la)..kat sini aku pening lagi..ahha..ramai gilos orang ..makanan pun pelik pelik..taksabo nak balik hotel jek..ehhe.

Malam ..bebudak sudah tido awal..penat ..ciku masih ngan word puzzle pastu lena ..hehe..hubby pg kuar ngan member member dia beli nasi bungkus jek .

Hari keempat – lepas makan pagi, mandi kolam yang terakhir sebelum packing balik KL. Tapi before tu pegi makan dan cari kacang gajus halal dulu kat mana ntah on the way to airport..amat sedap makanannya..miss muslim thai food ..cakap jek kat van hotel tu ..nak makan kat muslim food so dia bawak..sedapnya la..kami makan mcm amazing race ..sume member2 aku gitu gak..kalut makan..sumbat jek..hehe sb nak kejar airport lak.
abis babai krabi..Alhamdulillah Allah member rezeki dan kesempatan untuk melihat keindahan pulau alam semulajadi.Alhmadulillah.

Friday, September 2, 2011

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...