Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Part 2 : Trip dari KL sentral ke Hatyai dengan ETS

Sambung sini dari part 1 : Hatyai  Part 1 - Hatyai

DAY 3:  Dimsum Chabura , Amazon Cafe, Masjid Songkla, Samila Beach, Lampo Beach, Floating Market dan SeaVerse Cafe.



Bangun pagi persiapkan diri dan berkumpul di lobby dan bergerak ke Halal Dimsum Chabura .Kami makan Dim sum , pau dan Gyoza. Air green tea ,Thai tea , limau suam. Ada aje menu nasi dan lain lain tu. Sebelah kedai ni ada kedai mee celup . Bawang goreng halal yang sedap tu ada dijual di kedai sebelah Dimsum Chabura ni.Ni Tour guide tu yang maklumkan kat kami.

Selesai , kami ke Samila Beach Songkla yang ada patung duyung tu. Beli sourvenier area sini. Awan cantik . Boleh naik kuda dan port bergambar macam biasa mmg banyak di sini.Kami beli aiskrem kelapa ,ada kacang dalam tu.sedap . kedai halal area depan 7e.

Kami lajak ke Lamphoe beach pula untuk lunch di Restoran terapung. Sedap sesangat. Nasi goreng seafood portion besar dan udang salted egg.Minuman tak banyak plihan.

Singgah Amazon Cafe Hatyai yang dikatakan ala starbuck.cantik kawasan ni . Kemudian kami ke Sea verse Cafe (masuk kena bayar -20 baht) tempat cantik untuk bergambar dan ada cafe dalam tu . Bolehla rasa chocolate ice atau coffee.

Solat di Masjid Songkla, Wuduk dan toilet di bahagian bawah kiri tangga besar tu. Ruang solat di bahagian atas. Tiada carpet tapi ok aje. Selesa.

Kami ke Floating Market yang orang jual makanan dalam sampan sampan tu. Bahagian atas ramai aje orang jual sourvenier dan baju baju dan lain lain termasuk makanan.

Petang kami stop makan di Restoran Halal Steamboat Khlonghae Seafood (makan apa sahaja dengan 299 Baht) tapi disebabkan semua dah kenyang so cancel.

Bungkus kerabu maggie sedap sangat area hotel. Balik hotel tidur.







Day 4 : Kim Yong Market dan balik Malaysia.

Kejut anak anak  subuh dan rest dulu. Pagi breakfast di Restoran Ayyuthaya noodles. Beef soup,mee boleh pilih so kita pilih maggie .hihi. Roti canai pisang dan coklat. Selesai sarapan kami bergerak naik tuk tuk ke Kim Yong Market. Beli kerepek nangka ,kerepek sayuran, kacang gajus dan paling utama maggie serda yang buat kerabu maggie tu.hihi. Maggie serda satu kotak ada 30 bungkus dan harga dalam 200Baht. Toilet ada di tingkat atas. Tingkat atas ada jual barang letrik juga. Boleh berteduh sejuk dalam 7e lagi area sini.hihi.



Settle membeli belah kami tunggu tuk tuk dan gerak balik hotel. Kemas kemas , check out hotel dan gerak balik Malaysia. Macam biasa melepasi border . Alhamdulilah time balik ni tak ramai orang di border sadao dan padang besar. cepat aje.

Berhenti makan lunch area padang besar dan solat jamak di area stesen Padang besar atau dalam tren koc C. Tren bergerak pukul 4.45 petang . Rest makanan dalam tren telah tersedia dan semua tidur . Sampai KL sentral dalam pukul 10 lebih malam.

Alhamdulillah selesai trip ke Hatyai,Thailand.  Maaf memana yang tersilap info ye.hihi.Especially info border tu.Ciku rasa macam kat padang besar tapi macam masuk Bukit kayu hitam pulak masa sampai tu .haha.

Kalau tanya ciku, ciku paling suka makan udang egg salted di lampoe beach , gyoza di dimsum chabura, tomyam seafood dan ayam grg dengan bawang grg tu dan juga kerabu maggie.Ciku tak makan pulut so mmg tak makan masa kat hatyai.hihi


2 comments:

Mie said...

Bestnya.. nak kena pergi juga ni nampaknya..

CIKU said...

aah ..ciku pun sebab dah lama tak keluar so terjah la hadyai ni.Makan makan