Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Carbonara penutup makan makan

Salam,

Hari ni ciku sefamili g makan kat restoran Mat Ayam Kampung di bawah bangunan putrajaya Holding sebelah kem.wilayah presint 2 putrajaya.Buka pukul 11.00 pagi sampai kul 5 kot ke 6 ntah..huhu.Makan kat sini sebab nak makan ayam kampung cicah budu ngan ulam ala ala kedai cikgu kat kota bharu tu..sedap. Kami amik gulai lemak nangka, sotong sambal 2 ekor, kerabu taugeh ,ulaman , budu, sambal belacan , sambal ikan bilis tempe dan ayam kampung 5 ketul panaspanas.wat hidang hidang.cam tak cukup je ayam kampung tu.Total harga plus air lebih kurang rm60.00++

Disebabkan bekfas cuma masak pancake je dapat makan sorang satu..perasaan lapo tu memanjatmanjat nak makan..hihi.kejap je abis.xpasti le sedap ke lapo..huhu.Ciku pernah makan nasi campur ayam kampung area Hosspital kl..itu sedap lg kot.Lain org lain komennye.

Plan nak balik terus tapi tetiba mulut ni ter'ajak' TL g terjah ioi city mall putrajaya nu..hihi.Saja jenjalan cuci cuci mata..first sampai terus masuk index living room ala ala ikea gitu..pastu duk godekgodek dalam tu kami keluar g cari buah buahan area tesco ..beli delima ngan jambu batu je..ingat nk cari pear hijau size beso tu tapi xdo. Nak beli ceri mahal bonar..so cancel.

Sementara TL g kedai Home Pro nak beli iron board ..ciku g bawak bebudak ni g toys urs dan daiso betul betul area atas HomePro tu le. Disebabkan hp xdo line..pelik pelik..ciku dah siap buat temujumpa TL semula dlm kul  3.00 ptg di HomePro .Xbeli apapun kat daiso..hihi.Dulu g jepun beria ria nk g daiso sampai berlambak beli barang comel comel tu..kat sini..huhu..org beratur panjang..cam agak kemalasan lak.Settle sume kami solat di tingkat atas sekali juga area daiso.Berapa kali g toilet usah citer le depa ni.

Dah nak petang tu, kami otw balik  nak singgah iceroom makan ice cream lak..ntah camana xnampak lak ice room bangi tu padahal pernah je datang sini..yang nampaknya mee tarik chinese muslim food.Apalagi kami masuk le..ingat nk bungkus tapi termakan pulak lagi..hihi..2 mangkuk mee tarik sup daging dan 2 pinggan nasi goreng daging potong kecikkecik..sedappp xingat the real menu name (hihi).Bebudak ni teruja tengok org tu masak api beso cam nk terbako je pastu org kedai tu buat mee tarik tu. Total harga plus Air : RM39.90

Sampai rumah sebelum maghrib , rest dan tetiba TL masak kuah carbonara untuk stok esok.yahoo..tq.
Meh ciku share resepinya

Bahan bahan seperti dalam gambo ye yang takdo susu carnation cair dan pasta

Bahan bahan

Oregano potong halus
sweet basil potong halus
rosemary potong halus
cheese parmesan
butter president salted 
yg kotak tu ala ala whipping cream president
cendawan 
cili capsecum potong dadu
bawang putih sebuku di hiris halus atau tumbuk je.
susu cair satu tin
ayam siap buang tulang potong dadu .

Bahan bahan tu dipotong dan disediakan oleh ciku.TL just masak je..hihi.
Campur je sume bahan tu ngan ayam ..pastu baru masuk susu cair dan garam (kalau nak le).
Last letak cheese parmesan.Siap untuk dimakan esok.Esok kan koje..nanti balik senang le koje ciku ..rebus pasta je dan gaulkan stok kuah carbonara ni..hihi.Boleh simpan 5 hari ni. Inilah stori Carbonara penutup makan makan ahad.Menu resepi ni rasanya dah banyak kali ciku share kat blog ni.Feberet famili ni.alhamdulillah mekasih.Orite malam ni kami just makan buah delima aje dan minum air madu yang juga di beli di ioi city mall putrajaya.




Kuala Lumpur

Salam,
Ciku bukan nak stori perihal sejarah kuala lumpur tapi elok gak baca kat wiki kuala lumpur , boleh la tahu sejarah KL ni dan travel around KL.






Kangen Water kesihatan

Salam,

Ciku oh ciku..dah nak abis Jan 2015..kalam kabut ngan anak bongsu darjah 1 masuk sekolah..tengok tengok dah nak masuk bulan feb dah..hihi.Minggu ni member ajak g acheh lagi ..tetiba..hihi.ciku tak pegi just bagi no supir pak rizal dan mintak kirim ketam lembut masak lada hitam kering dari sana (kotla dapat...)hihi

Ciku tetiba nak baca tentang air tapi untuk stori tentang kangen water ni kena refer to the other blog yang lebih mahir kot ye dak.

Untuk sikit info yang ciku rasa nak share ,air atau nama saintifiknya H2O terdiri daripada dua bahagian hydrogen dan satu bahagian oksigen. Ia merupakan salah satu elemen yang paling penting untuk kesihatan dan memastikan badan kita dapat dielakkan dari proses dehidrasi. Air mungkin ada dimana-mana tetapi kita tidak pernah mengambil berat tentangnya.
Air adalah penting untuk mekanik tubuh manusia. Badan kita tidak boleh bekerja tanpa air, seperti mana kereta tidak boleh bergerak tanpa gas dan minyak. Malah kesemua sel dan fungsi organ yang membentuk keseluruhan anatomi dan fisiologi kita bergantung kepada air untuk berfungsi.

Tubuh manusia boleh bertahan beberapa minggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari tanpa air. Badan terdiri daripada 50% – 70% air. Otak manusia terdiri daripada 75% air, darah 82%, dan paru-paru 80%. Walaupun hanya kekurangan 2% bekalan air di dalam badan kita, ia boleh mencetuskan tanda-tanda dehidrasi seperti kabur ingatan jangka pendek, kesukaran memberi tumpuan, dan menghadapi masalah dengan pembelajaran. Dehidrasi ringan ini juga merupakan penyebab biasa bagi keletihan di siang hari.
Badan kita tidak boleh menyimpan air, kita perlukan bekalan air yang segar setiap hari untuk menggantikan kerugian air daripada paru-paru, kulit, kencing dan najis. Jumlah air yang kita perlukan adalah bergantung kepada saiz badan, makanan harian kita dan tahap akitviti harian yang kita lakukan.
Beberapa fakta mengenai bekalan air dalam tubuh manusia :
  • Kandungan air dalam badan adalah lebih tinggi di kalangan lelaki berbanding wanita yang sama usianya.
  • Kebanyakan orang dewasa kehilangan kira-kira 2.5 hingga 3 liter air sehari. Kehilangan air dalam badan boleh meningkat dalam cuaca yang panas dan dengan senaman yang berpanjangan.
  • Orang tua kehilangan kira-kira 2 liter air sehari.
  • Kehilangan air dalam badan perlu diganti.
 Air diperlukan untuk fungsi badan manusia :
  • Mengekalkan kesihatan dan menjaga setiap sel dalam badan.
  • Menyimpan cecair aliran darah yang cukup untuk mengalir melalui saluran darah.
  • Membantu menghapuskan hasil sampingan daripada metabolisme badan, elektrolit yang berlebihan (contohnya natrium dan kalium), dan urea.
  • Mengawal suhu badan melalui perpeluhan.
  • Melembapkan paru-paru dan mulut.
  • Melincirkan sendi
  • Membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  • Melembapkan kulit untuk mengekalkan tekstur dan rupa.
  • Membawa nutrient dan oksigen ke sel-sel badan.
credit to http://www.kangenmalaysia.my/

Apapun minum air banyak memang penting dalam kehidupan kita.

friday quotes muslim

Salam,




Cendol Bakar dan Pasir Penambang 2015

Salam,






Bebaru ni ciku sempat ke cendol bakar dan merasai nasi ambeng di area Kuala Selangor . Sedap.ciku amik cendol VIP special dan TL amik cendol plus durian.marbeles katanya.hihi.

Kami makan cendol,kopok leko panas dan sengkuang calit..dan jugak aiskrim goreng perisa coklat cip..hihi.Kalau dah duduk kena bergilir bangun kalau nak beli makanan..orang ramai betul.Toilet kalau tak silap ciku nampak ada satu je style lama tu dan ada satu lagi area stesen minyak caltex di sebelah tempat ni.

Kami terus ke Pasar pasir penambang kuala selangor 'membelahan ikan, udang, sotong, ketam' buat stok rumah.hihi..Lupa daratan kalau g pasar pasir penambang ni. Balik rumah makan luar lak..Restoran Cina muslim Sharon Low putrajaya amik nasi goreng je ngan sotong salted egg.sedap gak .Esok baru plan masak ketam goreng cili aje n TL masak butter Prawn .hoho.