Monday, January 4, 2016

Simple Budget ke London-Paris-Manchester Old Tradfford

Salam,


Alhamdulillah selesai dengan jayanya travel tour penutup 2015 bersama keluarga ke london, Paris dan Manchester.hihi.Orite ciku ada buat sikit simple budget ke sana bagi percutian kami.Memang tak berapa detail tapi boleh kira sendiri je nanti..hihi.apapun masih teringat bulgogi di restoran Eid ,Seoul..hihi..tetiba.Apakah ke winter seoul tahun ni..hihi.Okies meh terus ke agenda hari ni.

Pertukaran wang 
1 pound  = RM 6.45

Flight Ticket : Etihad Airways  
Date :(6/12/2015 - 17/12/2015)
  • Malaysia (KLIA 1) - Abu Dhabi terminal 3 Transit 4 jam 30 minit di Abu Dhabi
  • Abu Dhabi - London Heathrow Terminal 4
  • London Heathrow - Abu DhabiTransit 1 jam di Abu Dhabi
  • Abu Dhabi - Malaysia
(Purata Harga dalam RM 2600 seorang) .

Perjalanan dari London Airport ke St Pancras

Tiba di Airport London Heathrow.
Terus Amik London Underground untuk satu haluan di mesin/kaunter berdekatan.Child free for under 11 years. Adult GBP 6 (seorang). Ni amik single ticket sebab nak ke ST Pancras International untuk ke Paris by train pada hari ketibaan di london.

Eurostar (Ticket Online dari London St - Pancras ke St Paris Nord ) 

Beli siap siap di Malaysia melalui url di bawah dan cetak .Terus ke kaunter Eurostar di London St -Pancras.


Harga Dewasa : GBP 36.00 
Harga Dewasa Senior :GBP 34.50
Harga Kanak kanak : GBP 25.50 

London Underground ticket (bagi sekitar london macam star LRT tu..hihi - oyster card)
Dewasa deposit  : 5 pound 
Budak bawah 11 tahun free.
Top up 3 kali kat mesin . Kalau ada problem tanya kaunter .
Total : GBP 30 (purata seorang sekitar london dalam tempoh kami di sana)




Hotel Di Paris 

Kami duduk di Apartment hotel ini selama 4 hari 3 malam.Ambil 1 apartment boleh muat 5/6 person.

Points Of Interest
·         Aquarium Sea Life Paris - 0.3 km
·         La Vallee Outlet Village - 0.3 km
·         Val d'Europe Shopping Center - 0.6 km
·         Val d'Europe Business Center - 0.7 km
·         Disneyland® Paris - 1.6 km

Click Url www.expedia.com.my dan click going to Disneyland® Paris, France .
Search by hotel name : Adagio

Address: 
Aparthotel Adagio Marne la Vallée Val d'Europe
42 Cours du Danube Serris Seine-et-Marne 77706 France 
03 77 249 556 
Room Guaranteed for late Arrival.
Includes:Free Wireless internet in room
Boleh tengok photo hotel apartment ni di website tu.
Total: RM 1585.76

Hotel  Di London 

Hotel Apartment queensway terrace dalam 5 minit walking distance dari bayswater station london.
Call member En Kayrul 0122255691 untuk buat reservation dan deal dengan dia dari Malaysia lagi.untuk apartment kami ni 3 bilik dalam GBP 280 -320 per night pending on seasons. Settle.

Van Transport di Paris untuk ambil dari St Paris Nord ke Hotel Adagio dan guide untuk satu hari di Bandar Paris dan juga dari Hotel Adagio ke St Paris Nord untuk ke london semula bagi hari terakhir. Sewa van (transferprivate.com ) 8 seater di paris amik info dari internet dan contact just by emel.
  • Eiffle Tower
  • Jalan sekitar outlet branded contoh LV
  • Galeri La Fayette
  • Opera
  • Pyramid du lovre
  • Arc de Trimphe
  • Paris Mosque

Total : 70 EUR 

Ticket Disneyland dan Walt Disney Paris ( ni kalau nak le..hihi)

Beli siap di Malaysia .Cetak dalam A4 Size dan sebagainya nnt boleh baca conditions for use kat website url di bawah ye..hihi.Boleh keluar masuk park tu..disebabkan hotel ciku dekat so kami memang makan dan solat di hotel sahaja.Cuma simple makanan cam roti , kit kat kami bawa bekalan dalam beg galas.

2 Parks for 1 day
Harga  Dewasa : 62 EUR
Harga Kanak kanak : 55 EUR

Kalau beli di kaunter ,dikatakan beza harga lebih 30 EUR..huhu.

Ticket Boat Tour di London( ni kalau nak le..hihi)
River Red Tour
Westminster-waterloo-Tower-Greenwich
Pakej 1 famili (5 orang) plus 1 senior 
Total : GBP  36.00 + 12.60

ZSL London Zoo (ni kalau nak le..hihi)


Tapi ciku tak beli online , g terjah je tapi dapat le famili pakej plus 1 senior citizen .hihi.Sebelum tu jenjalan kaki area hydepark , regents park pastu mosque london .Dalam pukul 1.30 baru masuk zoo london..dah lewat le dalam pukul 4.00 settle pusing semua dalam zsl london ni.hihi.

Ticket ke Manchester by virgin train.

Return Ticket .(1 hari je)
Harga tengok di url di bawah ciku beli online semasa di London 
  • London Euston Station ke Manchester Picadilly.
  • Beli ticket di kaunter national Rail amik pakej famili (GBP 30 - 2 dewasa 3 kanak kanak di bawah 11 tahun ) layak untuk dapat diskaun daripada harga tiket asal so total GBP 230 dari London Euston - Machester Picadilly by virgin train.
  • Boleh cari date dan harga tiket berubah ubah.Time kami beli , purata dalam GBP 50 (seorang).Ada yang sewa van bersama pemandu ..kami dah tanya tapi harga double so cancel dan ada gak yang drive sendiri..ni ok kot tapi kami tetap amik train sebab nak amik 2 in 1 travel entry to attraction if you by train.hihi.Download siap siap.Hari tu download nak ke museum car manchester dan stadium tour .url dibawah ni.
  • https://www.daysoutguide.co.uk/manchester-united-museum-tour.
  • Boleh visit url di familyandfriends-railcard.co.uk/leaflet  untuk penerangan lanjut.
  • Kemudian beli ticket train dari Manchester picadilly ke old tradford dan bandar manchester..ikut la nak kemana..hihi.
  • Kami tiba di manchester picadilly menuju old tradford naik tram jalan atas bandar.
  • Stadium Tour di Old Tradford (beli online)
  • STEP INSIDE THE LEGEND
  • Go behind the scenes at Old Trafford and see the stadium through the eyes of Manchester United greats themselves.
    From the dizzy heights of the Sir Alex Ferguson Stand, to the atmosphere soaked players’ dressing room, every moment will seem to carry the roar of 76,000 fans in your ears - none more so than the ultimate honour of emerging from the players tunnel and following in the footsteps of so many legendary reds.
    The 80 minute (approx.) tours run 7 days a week from 09:40 to 16:30 except on match days where restrictions will be in place. Find the latest information on opening times here.
    If you’re looking for a tour with a difference then visit our Unique Tours page where you’ll find information about Legend Tours, arriving at Old Trafford by boat plus more.
    Everyone who goes on the Stadium Tour is entitled to a certificate. Don't forget to collect your certificate from the customer service desk in the Megastore after you have been on the Stadium Tour.
Shopping :
Ada le sesikit di area London Oxford Street , Galeri la Fayette Paris , Camden Road Porta Bello dan area hotel je.

Makan:
Agak agak je..1 kali makan di luar..selainnya di hotel..boleh masak.Ciku beli beras 4 KG kongsi 2 famili kat sana..sejuk sejuk tu..lapo je. hihi.

Info
Waktu siang pendek. Waktu solat bergerak lebih cepat.Masa beza dengan Malaysia 8 jam.
Semua dalam dibawah 5 darjah celcius sepanjang disana.huhu..sejuk.

Pakaian 
Anak anak - Long Joan sepasang dan extra heat ,sweater dan winter coat . Kasut sport dan sock .

Ciku - Long Joan sepasang dan extra heat , Sweater dan Winter coat . Kenkadang ciku pakai summer coat kulit ..Paling sejuk adalah di Manchester dalam 1 darjah celcius.Sangat sejuk bila angin menerjah diri ini..hihi.

Ciku bawak losyen baby ,krim muka ,krim Veselin ,Vics,Ubat memana yang patut,minyak balm putih.So far di sana ..ciku dan famili tidak mengalami kegatalan kulit atau kekeringan .alhamdulillah.

Nak rujuk baca entry sebelum ini.
Ittenarary dan penginapan di london



Orite itu je kisah percutian terakhir bagi tahun 2015 kami.Alhamdulillah.Maaf terkurang terlebih dalam mana mana penulisan ciku selama ini.Moga kita akan mendapat lebih keberkatan dan shafaat dalam kehidupan .amin.



13 comments:

Mie said...

Pergi satu family memang banyaklah rabaknya... pulak tu duit kita tengah mengecut...haish...

syieda said...

Adoi takutnya dengan pound tuh. Teruk betul ratenye..

Selamat tahun baru ciku

Nori Roppongi said...

Salam Ciku,

Amboi sakan no pi jalan sana sini hehe
Ciku, akak nak tanya sebab ada plan nak ke UK nanti.

1.) Mcm barang2 makan spt beras, serai, minyak masak dll boleh lepas ker di immigration di Heathrow. Ada ker dorang selongkar beg kita atau tanya mcm2.

2.) Akak pernah baca kat sana ada Tesco yg jual barang2 mentah halal, ciku ada ker beli kat sana spt ayam, daging, sayur dll

CIKU said...

wsalam..wow lama tak terjah kak nori japan ni..

So far masa ciku pegi heathrow airport dan paris..ciku bawak beras dalam 3 peket kecil sahaja besar tapak tangan dan segala perencah.Kemudian kami beli sayur ,minyak jagung dan telur di tesco.Ayam dan daging perap dan beras 4 kg kongsi ngan member ciku tak beli di Tesco..kami beli di kedai arab area sederet dengan tesco tu dan di jamin halal .

Nori Roppongi said...

Hmm banyak beli stok kat sana lah yer, tapi masa kat Heathrow Ciku atau member ciku ada declare tak barang2 makanan nih semua. Dan immigration dorang ada ker suruh bukak beg belek barang2 makanan yg kita bawak ?

CIKU said...

Dari Malaysia kami bawak beras 3 peket kecil ,perasa kiub ayam dan ikan bilis dan segala maggie,nasi gorneg kampung cap brahim,serbuk kari n kurma ,serbuk santan.Sume tak yah declare pun.Dalam bagasi kami campur2 ngan baju so far hari tu takde lak geledah bagasi.alhamdulillah.Bawang,telur,ayam,gula ,serbuk teh ,beras 4kg dan sayur sume beli kat sana.masak je kat london dan paris.Kat MU je beli makanan sebab tak bermalam.Selainnya di london dan paris(1x) makan je kat luar.

Ayie said...

salam ciku. boleh x emelkan itunerary ke emel sy naimleha88@gmail.com
insyaallah sy nk ke sane dlm bulan 3 tahun dpan/ boleh bagi jumlah semua total sekli x klu pergi 3 orang dlm ringgit utk seorang hehe

CIKU said...

Terimakasih.Saya akan cuba ye tapi lebih kepada bab transport dan penginapan,makan memang banyak masak sendiri sebab cuaca sejuk ..asik lapo je kami sekeluarga..hihi..selainnya macam tempat lawatan tu memang sendiri punya citarasa nak kemana ye..hihi.

Kami dari Flight ke London(tak bermalam) - Paris(bermalam di Aparthotel Adagio Marne la Vallée Val d'Europe) - Manchester(tak bermalam) -London (bermalam di Hotel Apartment queensway terrace dlm 5 minit je walking distance ke bayswater station).

InsyaAllah ciku try ye buat bajet tu cuma maybe tak sama la ngan orang lain..hihi tapi paris sewa van je.

Anonymous said...

Train ticket ker Manchester Picadally dari London, boleh beli di counter mane? Nak beli online tapi selalu ade problem..thank u in advance =)

MuhdEzzat95 said...

Salam ciku, tiket eurostar tu beli online lepastu nak cetak kat mana yer?

CIKU said...

Maaf lewat bls..mekasih jenguk sini..Cetak kat printer kita then bawak tiket tu terus guna mcm biasa kita masuk airasia kena through imigresen dan kaunter eurostar sana...

Passion,Love,Travel said...

salam ciku.. berapa harga tiket train dari manchester picadilly ke old trafford dan di mana harus beli tiket train?

CIKU said...

wsalam , kami beli tiket di kaunter sebaik sampai di manchester picadilly tu..harga tiket rasany bleh tgk kat website ..ciku pun udeh lupa.maafin

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...