Resepi carbonara simple dan running man

Salam,


Makan kali ke 2 sambil tengok running man
 
First time ciku guna prego


Balik dari sekolah..ciku lepak library dulu ngan anak anak sebab awal lagi nak balik rumah...hoho.terasa feeling nak masuk library kanak kanak lak ..banyak buku bercolor color ..cantik dan library tu pun berwarna warni wallnya..sesuai untuk anak anak ciku yang cikonet ni.Orait habis library..ciku duk plan nak masak apo la malam ni..teringin lak nak makan pasta carbonara TL tapi dia takdok..so guna resepi ciku ajela.

Boleh refer sini untuk resepi pasta sos carbonara.pasta carbonara TL.

Paling mudah..
  • Beli je tin sos carbonara mushroom tu .
  • Ayam 3 ketul dada.(potong dadu-potong ikut suka la asal kecik)
  • Cendawan butang(potong halus)
  • Parmesan Cheese
  • Butter salted
  • Cooking Cream saiz kecik macam santan kotak kecik tu.
  • Bawang putih dan bawang merah potong dadu 
  • Daun oregano dan basil yang kering.(ni kalau TL suka guna yang real ..boleh beli kat cold storage parkson)
  • Sosej(saja je bebudak ni suka makan sosej)
  • Lada hitam yang dah siap tumbuk.
  • Ciku tak letak capsicum sebab lupe beli.

Orait cara masak memasak
Rebus pasta mesti le langkah no 1 ..haha..kalau tak, dah terliur bebudak ni..pasta tak rebus lagi..hoho.
  1. Panaskan butter salted.(apa apa brand je asal halal)
  2. Ciku tambah gak olive oil sikit.
  3. Tumiskan bawang putih dan merah.naik bau.
  4. Masukkan ayan potong dadu tu.
  5. Masukkan sosej dan cendawan.
  6. Dah empuk ayam tu masukkan 2 tin prego tu , kacau pastu masukkan cooking cream tu.
  7. Masukkan basil , oregano tu dan lada hitam (ikut dan je ciku)
  8. Masukkan parmesan cheese atau apa saja cheese la.(ciku tambah lagi cheese bebudak ni yang makan ngan roti tu..hihi 2 slices)
  9. Kacau seketika.
  10. Kalu terpekat camana..hihi..campur susu carnation tu sikit dan rasa kalau tawar gak..bubuh ajela garam sikit.
Siap suda kuahnya.

Time nak hidang baru campurkan pasta fetuccini ngan kuah tu sikit sikit ..ikut untuk makan berapa orang.Balance kuah leh simpan peti.3 haripun ok ni..lelama tak pasti lak untuk simpanan tu.

Gitu ajela masakan malam ni sambil tengok Runningman dan air masak kosong.hihi.Ooo..bagi sikit sepinggan kat jiran sebelah sebab dia pun suka makan pasta carbonara kami yang glamer ni ..hoho..perasan.

2 comments:

Azra said...

Pagi2 ni tengok carbonara ni rase lapar terus... huhuh

CIKU said...

hoho..lapo tengok carbonara ek?hihi.lapo gak ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.