Pasta aglio olie lala

Salam

Petang tadi Ciku pergi pasar ..tetiba tengok duit ada RM21.00 aje dalam purse..haha.Nak p ATM jauh lak nak kena ulang alik plus maleh so ciku pergi le jugak masuk pasar tu..amik 3 ekor sotong saiz sederhana dan beberapa ekor udang dan suku plastik lala dan carrot sebiji.hihi. Total up adalah masih dibawah RM20.00 so okla..pastu ciku terus balik rumah dan terus le siapsiap untuk masak makan malam ni.

Dalam kepala ciku yang paling mudah nak dimasak adalah pasta aglio olie seafood tapi lebih kepada aglio olie lala aje..hihi.Spagheti memang banyak je kat rumah ni stock so rebus je dulu.




Bahanbahan tumis
sotong
udang
lala (ciku buang siap cengkerangnya sebab kenkadang ada je pasir hitam dalam tu..hoho)
bawang merah dan putih
pes cili kering yang ada dalam botol kat rumah ciku je..haha
cili merah hiris halus
cheese 2 keping
olive oil
carrot suku aje(sebab takdo terung - boleh ajela)
serbuk rosemary dan oregano botol (memang ada kat rumah je)


Cara tumisan
  • Tumis bawang merah dan putih dengan olive oil sampai naik bau .
  • Masukkan sotong,lala,udang..goreng bersama sama
  • Masukkan pes cili kering
  • Masukkan carrot dan cili merah hiris halus
  • Masukkan 2 keping cheese yang dicairkan.
  • Letak sikit serbuk oregano dan rosemary
  • letak garam gula untuk perasa.

Last, masukkan spagheti yang dah siap rebus tu ,tapis dan gorengkan bersama sama tumisan tadi.
Settle hidangan makan malam kami. Hidangkan dengan air sarsi ais sambil nengok running man hari selasa ni..hoho.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.