2 hari Cuti Cuti Melaka Sept 2016

Salam,

Hari Malaysia bebaru ni ciku n famili bercuti di Melaka. Bermalam 2 hari 1 malam di The Straits Hotel & Suites Melaka.

Straits Hotel & Suites Melaka ni dekat sesangat dengan tempat menarik di Melaka. Kami berjalan kaki dengan keluarga bersama anak anak ciku ke 
  • Dataran Pahlawan  
  • Mahkota Parade 
  • A’Famosa  (panjat sampai atas)
  • The Stadthuys 
  • Melaka aLive(pirate) -kami masuk rumah pirate ni..asyik golak je..sian plok kat orang yang jadi pirate yang dah mati tu..ala ala rumah hantu le.
  • Masjid Melaka color merah turun dari A famosa tu.
  • Dekat dengan Hatten Square
Ada Gym ( tak masukpun..hihi..kesian kat lemak ni) , kolam rooftop tingkat paling atas ada satu level je tapi tak dalam bagi anak2 ciku  dan sauna yang best. (ciku dan anakanak je bersauna).
















Sarapan ciku ngan hubby je..anak anak xbangun pagi time tu so kami beli kat kedai mamak kat tepi hotel ni..Restoran Madina.Ciku ada nampak satu kedai rice ball masuk JJCM gak tu tapi disebabkan kami konyang.Cancel la pegi.

Sebelum check in ritu kami dah makan restoran asam pedas claypot yang terletak di Taman Kota Laksamana. 

Satu set asam pedas iaitu bersama sepinggan nasi (ada sayur,sambal belacan dan telur masin) dijual dengan lebih kurang harga RM10 .Ciku amik 2 set nasi dan 3 nasi putih.Lauk asam pedas ikan kembung,ikan tenggiri,ikan jenahak(mahal sket to mabeles) ayam goreng 2 ketul dan telur dadar satu.

Kami tak ke klebang coconut shake tu sebab dah pegi seblum ni ..hihi setakat ni je..to be so continue at cuti cuti dan bermalam di hotel resort Legoland Johor keesokan harinya..jomm..

Alamat dibawah dan website sesapa yang berkenan ye.
Alamat tempat makan
Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana
86, Jalan Laksamana 5, 75200 Melaka


Alamat Hotel
No 1-B , Jalan Melaka Raya 2 ,
Taman Melaka Raya,
75000, Melaka Malaysia
Website : http://www.straitshotelsuites.com/

2 comments:

Jari Manis said...

sedap x asam pedas di kota laksaman tu...dulu JM mkn kat kedai pak man ujong pasir..memang sedap gila sampai kami minta tambah kuah

CIKU said...

sedap..tapi sebab belum try kedai yg JM bgtau ni..xboleh nak compare..insyaAllah ada rezeki g melaka ...ciku terjah kedai pak man ujong pasir tu..hiihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.