Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Meneroka bumi Esfahan ,iran



Salam .

Ciku sempat dan berpeluang masuk ke negara ini dan ssgt bersyukur. Kami naik van sewa dari shiraz dan ditemani oleh 2 orang iran yang boleh berbahasa inggeris dan parsi. Mudah sket nak kemana kemana. Kami bawak bekalan dari shiraz yang dimasak oleh mak tam. Dalam 7 jam kot perjalaanan , banyak batu batu dan padang pasir di tepi tepi jalan..pastu pokok anggur dan epal. Kalau dah masuk area pekan , kereta bersimpang siur memang la tak ikut peraturan..asik hon aje..hiks

below 8 degree ..sejuk ssgt

Atas jambatan 

Memula kami ke khaju (Royal) bridge ..ssgt cantik especially the structure Islamic design.lama gak kami bergambar kat sini.Nnt malam nak pergi lagi sebab malam lagi cantik ..nampak pantulan cahaya dari pintu pintu yang banyak tu ngan air sekelilingnya.

Lepas tu kami terus ke chehel sotoon  (40 column palace)..sebonarnya ada 20 column tapi lepas pantulan jadi double.tempat ni cam royal garden ..cantik dan ada superb mural paintings.

Pastu pegi tengok hasht bahesht  palace sume design building ni cantik.
Cadang memang nak pergi fire temple dan monar jonban ( shaking minaret) sebab bila tengok gambar dalam internet tu cam cantik tp disebabkan kesuntukan masa dan majority orang dah penat dan nak pg shopping so ikut ajela.Kami stop beli makanan dulu..tk ingat nama apa tapi dalam kedai tu memang stail arabla.duduk melunjur berhadapan air pancutan like a pond.

Kami sempat gak tengok Vank Cathedral yang dibina selepas migration of Armenians ke Esfahan. Lepas tu balik hotel rest dan solat.lepas je solat terus gerak ke bazar shopping jalan kaki je dari hotel ..nama tempat shopping Qaisarieh bazaar..besar ssgtnya lebih besar dari nilai 3 tu..so lastnya kami berpecah..balik asing asing. Ciku plan beli souvinier untuk member dan family. Pastu untuk diri sendiri le..hehe.kami mesti abiskan duit iran kat sini so apalagi..hehe..dalam kul 7 kot dah balik hotel..rest dan relax..pastu malam dalam kul 9.30 kot ..pg semula ke khaju bridge untuk snap pic cantik di kala malam dan sangat sejuk ..below 8 degree

Ada ramai orang iran tegur.maybe depa jarang tengok pelancong kot..ntahla. Ada gak yang tanya aku ni made in mana??hhehhe.macam product lak..i'm made from Malaysia.hahahaha
Bahasa parsi yang aku sempat belajar.
Kheli sardes –sangat sejuk
kheli mamnun – sangat berterimakasih
kube –apa kabar
mercy dan khoda hafiz – terimakasih gak
moshtaqiram – also terimakasih formal

Itu aje..bye negara yang penuh dengan islamic historical "iran" ..just cover for shiraz, perspolis ,sepidan snowing, esfahan,tehran.

No comments: