Monday, August 25, 2014

Jalan jalan kuantan

Salam, Cuti sabtu ahad bebaru ni ciku ke kuantan.tido di seasons view area teruntum kuantan.  http://www.seasonsview-kuantan.com/ . 

Sabtu , selepas hadiri kenduri kawin di wisma belia , kami melawat sekolah rendah ciku kat bt8..la ni dah tukar nama sek fakeh abdul samad.Kemudian kami ke rumah kawan di kg seri damai dan terus ke sekolah menengah ciku lak..SMART..thn 1989-1993..wow lama sudah tinggalkan sekolah.Dulu rasa cam beso je sekolah tu, la ni cam kecik je..mungkin dulu kaki pendek jauh je rasa nk melangkah dr aspuri ke sekolah.hihi...settle sume tu..bermulalah misi jalan jalan cari makan di kuantan.


Tempat pertama terjah JJCM ialah teluk cempedak (TC) .Di sini kami mkn sotong kangkung dan kopok lekor mkn dan air chatime di tepi pantai sambil menghirup udara petang.On the way nk balik dari TC kami stop bungkus nasi kukus mama, beli 1 bungkus je kongsi..dalamnya ada ayam goreng sedap sungguh pastu sambal belacan , kuah kari,pajeri nenas,telur masin dan timun.


Malam lak kami ke Tanjung lumpur..makan di Ana ikan bakar petai..ciku pernah makan di bangi dulu.wow..memang fresh ketam..isi putih..hihi. Kami amik menu ketam telur masin 3 ekor,sotong bakar petai dan goreng tepung, udang butter, kangkung belacan , air.Settle balik tido.

Esok pagi jenjalan tanjung api nak g beli ikan atau seafood fresh bawak dari laut.Kat area sini selain jual stok laut tu..ada gak deretan kedai makan nasi dagang dan lain lain.ciku tak g makan situ just beli kotak putih saiz sederhana (Rm7.50) dan beli ketam dan ikan ikan.Kemudian kami ke tanjung lumpur semula nak cari temosa atau karipap panas inti ikan kelapa..duludulu feveret ciku ni..tu p cari gak..temosa frozen biasa ada di jual di kedai karipap panas peramu tapi hari ciku pegi akak tu xbuat so beli yg siap dah goreng je.okla gak.temosa frozen tak tau berapa rm.kalau temosa siap goreng ni rm1 -3biji.Ciku beli kopok leko gak wat balik nak bagi adik beradik di kl.



Gambar di Seasons View ,nasi kukus mama di TC ,sotong kangkung dan ketam telur masin di Ana petai
TC , buskers corner,Satay Zul ,Karipap temosa tanjung lumpur , ketam hidup  tanjung api ,ana ikan bakar petai .Semua gambar di atas di Tanjung Api -ikan dan seafood fresh .

Kami lajak ke rumah sedara di kota SAS sebelum balik semula ke kl..mood pengsan makan..hihi.

Meh terjah gambo ye tapi bercampur aduk ..huhu.


Gambar di TC dan Ana petai dan nasi kukus mama



2 comments:

radin fadli said...

Patut try makan dekat season bawah tu, steak dia sedap. and hujung tu ada ikan patin pak akob , terbaik kalau minat ikan sungai. Area tanjung lumpur patut try mail ikan bakar, ketam masak pedas dia tip top.

CIKU said...

oo..steak bawah season view Ritz Steak kalau tak silap tu kami jeling je..hihi..nanti kena datang lagi ni makan ikan bakar lak..hihi.
tapi ciku beli fresh ikan,udang,ketam sume tu..malam tu jugak ciku goreng ikan dan ketam ngan tepung campur serbuk kari.sedap manis.

-mekasih ye info terbaik ni-

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...