3 Hari 2 malam di Regency PD

Salam,



Coconut Groove - ciku tak makan sini pun set teh tarik n sepiring kuih cucur rm15++..cancel terus..hihi.




Main kat luar futsal court je..huhu.Sejam rm40 kot kalau tak silap.boleh semak website hotel nnt.

  

Ni url website hotel 

Ni stori cuti cuti last week , ciku bersama 3 keluarga lain ke Regency PD sesaja bawak anak anak cuti sekolah ni.mandi laut.nak kata bersih sangat takla jugak..hihi.Seronok bebudak ni main pasir laut tu..cari cari kerang dan anak ketam..siap buat lubang pasir untuk tanam kaki dan badan ..best gak.Ciku pun turut serta.hihi

Ciku memang suka jalan jalan tepi pantai waktu pagi so pepagi tu dalam kul 7 pagi ciku dan anak anak buah yang dah sakan sangat nak ke laut tu berjalan la tepi tepi laut tu..sonok dapat jejak kaki kat pasir laut..sejuk je.

Kami mandi laut beramai ramai..tapi anak anak buah yang kecik g mandi kolam atau kalau nak mandi laut kena ada makayahnya sekali...takut gak dengan banana boat tu laju area situ..huhu.Ciku asik tenggelam timbul je..pergi kelas swimming dulu dulu kat putrajaya tapi tak de le pandai bonar.asik tenggelam je.haha.

Sebelah petangnya , hubby ciku dan adik beradik lelaki main lawan bola sepak sekali ngan anak anak buah.sape team menang..pastila bebudak menang.bapak budak sume berat dah..hihi.mak budak lagi berat..rest jek.hoho.main je jangan marah.

Tentang makan , selain masak di Apartment tu ..kami  ada g makan kat paklang kopitiam.Order macam macam la termasuk roti bakar stim.Kami sembang gak ngan owner tu. Dulu ciku pernah datang sini tapi la ni nampak macam dah berubah so sembang sikitsikit ngan owner kopitiam ni..hihi.cam dah kenal lama lak.Adik bungkus satay samuri area bandar PD untuk kudapan malam 100 cucuk ,Akak masak nasi goreng plus goreng ayam dan sardin,tumis sawi..sedap gilos makan reramai.Ciku's famili potong buah buahan makan ngan kuah rojak mak buat.Nugget, drummet sume kami goreng je ..biasala bebudak seramai 8 orang ni lapo je..hihi.Kami bawak telur sepapan..habis pada hari ketiga tu.settle sume soal makan untuk 3 hari.Plan nak g ice room area waterfront PD ,tapi dah takdo..tutup.Ice room yang di area bandar tu dah tutup gak dah jadi kedai mamak.ice room bangi ajela nampaknya.

Bilik di apartment regency ada 3 bilik ,2 bilik air so cukupla untuk kami 3 keluarga.bilik utama (katil king),bilik kedua ada 2 katil single ,bilik ketiga ada 2 gak katil single atas bawah.mana yang tak cukup ,bawak toto ..tido di hall.hihi.settlekan.

Ada muzium tentera area sini..ada banyak kereta kebal tapi ciku n famili pernah datang muzium ni dulu so kali ni tak yah masuk la..hihi.Kami terus check out kul 3 dan balik ke destinasi masing masing.

Alhamdulillah percutian kali ini sangat seronok dan cukup sempurna.Semoga ukhwah antara kami semakin akrab .



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.