Resepi ayam sos lemon

Salam

Balik koje terus siap nak masak ayam sos lemon ni ..hihi.Main menu makan malam ciku sefamili.Lenlain..sup sayur meatball dan telur dadar.

BAHAN-BAHAN:
  • 7 ketul ayam (biasa orang buat tanpa tulang ,tapi ciku apa ada aje)
  • Tepung jagung
  • 1 biji telur ayam
  BAHAN SOS:
  • 2 Biji lemon  perah jus nya
  • 2 sudu makan tepung jagung , dicampurkan sedikit air untuk untuk memekatkan sos
  • 125ml air(agak agak aje)
  • Gula (agak agak aje)
 
CARA MEMASAK AYAM:
1. Bersihkan ayam dan gaul bersama sebiji telur ayam(putih telur) bersama garam dan gula secukup rasa.
2. Kemudian gaul pula dengan tepung.
3. Goreng ayam tadi sehingga rata dan garing.
4. Angkat dan letak dalam piring.

CARA MEMASAK SOS:
1. Untuk sos, panaskan air dan masukkan jus lemon dan gula.(agak agak aje)
2. Bila air betul-betul panas, pekatkan sos tersebut dengan menggunakan tepung jagung yang telah dibancuh air.
3. Curahkan SOS ke atas ayam tadi. Settle.
okeh jom makan . Makan buah epal dulu baru makan nasi :)

2 comments:

Time Traveller said...

letak la gambar sekali baru la ummmppp :P hehehe...

CIKU said...

TT-xyahlah letak..cukup untuk tatapan famili je makan..haha(alasan sebab tak comei)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.