Sakit gigi

Salam,

Anda mengalami sakit gigi ?gigi berlubang..adoila.pertengahan tahun hari tu ciku ada jumpa doktor gigi untuk tampalan.Dah tampal sementara..kejap je..ingatkan lama betul dalam klinik tu ..masa menunggu punyala lama..dub dub dub ..takut..haha..ciku memangla penakut jumpa doktor gigi..huhu..lepas tu doktor kata kalau terbuka tampalan tu..dia akan tampal tetap terus je jumpa doktor tak perlu appoinment..tak paham gue tampalan sementara ke sebelum ni.Pastu ciku diberi tarikh jumpa doktor bulan november lalu , pada oktober tu gigi lubang ciku sakit tapi ciku tak pegi jumpa doktor sebab ciku batuk non stop masa tu..lama gak..gerun lak kalau doktor tengah nak buat rawatan gigi..ciku terbatuk batuk..hihi.

Pastu ciku g bercuti langsung lupa pasal gigi.sebab dah tak sakit..hihi.Bebaru ni ciku pergi lagi jumpa doktor gigi kerajaan cam biasa sebab november hari tu tak pegikan..doktor kata gigi ciku kena buat rawatan akar..aduhh apakah itu..cikupun google la.Memang baik la doktor tu..dia sarankan gigi ciku yang berlubang agak besar itu untuk tidak dicabut tetapi dibuat rawatan akar.Tanam pokok ke dalam mulut..hihi.

Boleh baca kat blog ni pasal rawatan akar..tapi panjang sikit .

Antara info ciku dapat dari laman web klinik pergigian kesihatan

Bagaimanakah caranya untuk mengekalkan kesihatan pergigian yang baik?

Memberus gigi dua kali sehari iaitu sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Amalan memberus gigi atau sekurang-kurangnya berkumur setiap kali selepas makan juga amat baik untuk kesihatan pergigian. Amalan menggunakan kandungan gula serta pengambilan makan manis yang berlebihan. Selain itu, elakkan pengambilan snek atau makanan ringan diantara waktu makan serta amalkan pemakanan seimbang dengan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan untuk kesihatan pergigian.

Berapa kerapkah saya perlu membuat pemeriksaan gigi? 
 
Pemeriksaan gigi perlu dilakukan setiap enam (6) bulan atau sekurang-kurangnya sekali setahun.Dalam sesetengah keadaan,ianya bergantung kepada keadaan kesihatan gigi anda biasanya mengikut nasihat doktor gigi anda.

Apakah yang menyebabkan karies gigi atau gigi berlubang?
 
Karies gigi terjadi disebabkan tindakan bakteria yang terdapat didalam plak gigi, yang menghasilkan asid daripada sisa makanan. Asid yang terhasil menyebabkan hakisan permukaan gigi dan menyebabkan gigi berlubang. Pengambilan makanan manis yang berlebihan dan kebersihan mulut dan gigi yang kurang memuaskan juga akan mengakibatkan risiko kejadian karies gigi tinggi.


Apakah caj rawatan di klinik pergigian kerajaan?

Kos bergantung kepada jenis rawatan. Kos rawatan pergigian secara ringkasnya adalah seperti di bawah:
•    Perundingan RM1.00
•    Setiap tampalan gigi RM1.00
•    Setiap cabutan gigi RM1.00
•    Penskaleran RM2.00 setiap lawatan
•    Rawatan kanal akar RM4.00
•    Gigi palsu penuh RM50.00 setiap rahang
•   Gigi palsu sebahagian RM10.00 untuk plat dan gigi pertama dan tambahan RM2.00 untuk setiap gigi tambahan dengan maksimum RM25.00
Caj perkhidmatan yang ditawarkan oleh pakar pergigian adalah seperti di bawah:
Pembedahan kecil minor: RM50.00
Orotodontik: aplians pakai tanggal RM100.00, aplians tetap RM500.00 

***Apapun kalau anak ciku yang sakit gigi..cepat cepat je ciku bagi motivasi suruh jumpa doktor..hihi..tapi kalau ciku yang sakit gigi..macam ni la..ntah bila nak g cabut gigi atau rawatan akar tu..hoho..hari tu pegi cek gigi pun terkedek kedek dan macammacam alasan..hihi***

2 comments:

Jari Manis said...

kalau sakit gigi effect sampai ke otak..semua menda tak nk buat...sakit nyer pasal kann

Noe said...

Sakit gigi jgn main-main...hehehe..jgn sape kacau..makan tangan pun boleh...hehehe...gud info ciku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.