Sunday, September 4, 2011

Raya dan kolesterol




Silap tajuk daa..nak tulis "RAYA DAN JANTUNG "..takpela ek.


Time raya nila macam macam makanan nak makan..nafsu meluap luap nak makan..hehe..kalau tak makan bila pergi rumah orang tu bukan raya tu bukan raya tu so kena rasa semua yang dihidang..hehe tapiiii kena berpada pada makan..bukan kat jalanraya je kena hati hati ye..ok kat bawah ni ciku ambil tips sikit dari DEMC specialist ..JOM baca..
Sakit dada, cepat merasa penat dan termengah-mengah. Awas, jika anda sering mengalami masalah ini, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital. Mungkin ini tanda awal anda menghidapi penyakit jantung. Penyakit jantung juga sering dikaitkan dengan lelaki dan pembunuh nombor satu lelaki.

Punca utama penyakit jantung menyerang :
  • Keturunan- ia berkait rapat dengan sejarah keluarga
  • Tekanan- keadaan ekonomi yng tidak stabil, tekanan di tempat kerja, ego kerana merasakan tidak ada masalah kesihatan, lebih suka pendam masalah. Mungkin kerana anda tidak mahu membebankan masalah ini kepada ahli keluarga yang lain, akibatnya, tekanan seperti inilah membuatkan lelaki mudah untuk mendapat serangan sakit jantung.
  • Merokok merupakan factor penting dalam meningkatkan risiko penyakit jantung.
  • Alkohol- pengambilan minuman alcohol lebih kerap berlaku di kalangan lelaki
  • Kurang aktiviti senaman- orang yang kurang bersenam dan mengamalkan cara hidup yang tidak aktif berisiko untuk mendapat serangan sakit jantung
  • Masalah kegemukan- lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan terutamanya di bahagian perut lebih berisiko
  • Tabiat pemakanan- makanan yang mengandungi kolestrol, gula dan garam natrium yang tinggi akan menyebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi yang akan menambahkan risiko penyakit jantung.

Tanda-tanda awal penyakit jantung :
  • Sakit dada semasa melakukann aktiviti kecergasan seperti apabila berjalan laju, naik atau turun tangga, bermain bola, berjoging atau sebagainya.
  • Badan merasa cepat penat, sentiasa termengah-mengah, lelah atau batuk berlebihan. Kebolehan melakukan aktiviti yang biasa dilakukan berkurangan daripada biasa
  • Terasa letih, lesu, pening dan mudah pitam. Anda boleh merasakan denyutan jantung anda bergerak laju (palpitasi) dan cepat berpeluh.

Mengetahui peringkat sakit jantung : 
  • Angina yang stabil - Peringkat ini anda merasakan sakit dada setiap kali aktiviti dilakukan. Ia berlaku kerana saluran darah koronari sempit. Ianya berlaku disebabkan mendapan kolestrol pada dinding saluran darah akibat tahap kolestrol darah yang tinggi. Ia juga mudah terjadi akibatgangguan fungsi dinding saluran darah disebabkan oleh merokok, kencing manis dan darah tingi. Apa yang boleh dilakukan pada peringkat ini, anda hendaklah mengawal faktor-faktor risiko  penyakit jantung iaitu berhenti merokok,kawal pengambilan gula dan kolestrol.
  • Angina tidak stabil - Pada peringkat in anda mengalami sakit dada yang berpanjangan, lebih kerap,  mudah berlaku walaupun melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat. Apa yang berlaku pada peringkat ini ialah mendakan pada saluran darah itu merekah atau terbelah dan mengakibatkan mendakan baru berlaku ke atasnya dan  mula menutup seluruh saluran darah itu. Ini boleh tercetus oleh peningkatan tekanan darah yang meningkat, tekanan darah yang amat, peningkatan darah dan kolestrol yang mendadak. Di peringkat ini, jika tidak dirawat segera boleh mencetuskan serangan jantung (myocardial infarct)
  • Serangan jantung  (Myocardial Infarct) - Kebanyakan mangsa pada peringkat ini, mereka tidak tahu lansung tentang masalah kesihatan yang dialami. Sebanyak 40% kesserangan jantung yang berlaku pertama kali meninggal di tempat kejadian. Selebihnya sempat  mendapat rawatan di hospital. Ia berlaku keran mendapan lemak pada saluran darah merekah atau terbelah dan berlaku mendapan lemak dan darah beku yang baru pada mendapan asal sehingga menutup seluruh saluran darah. Bila saluran darah ini tertutup lebih dari satu jam, kerosakan pada dinding jantung yang tiada pengaliran darah akibat saluran darah yang tersumbat boleh mengalami kerosakan kekal atau kematian sel.

Pencegahan
  • Mengenal dan mengawal faktor risiko
  • Tidak merokok atau berhenti merokok
  • Mengamal gaya hidup sihat
  • Makan makanan kurang lemak, kurang gula, kurang garam natrium
  • Lebihkan pemakanan serat tinggi, sayur dan buah-buahan
  • Lakukan senaman arobik yang berkala, iaitu sekurang-kurangnya 5 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi. Senaman seperti berjalan laju, jogging, nernasikal, berenang amat digalakkan
  • Mendapatkan rawatan awal dalam mengawal tahap gula rendah, kolestrol dan tekanan darah yang ideal.

Tip kesihatan
  • Mengamal gaya hidup sihat. Mula dari peringkat remaja dan kekalkan pada peringkat dewasa.
  • Melakukan pemeriksaan saringan yang berkala sekurangnya sekali setahun. Pemeriksaan ini termasuk periksa darah untuk kencing manis, kolestrol dan tekanan darah. Jika berisiko atau sudah menjangkau umur 40 tahun lakukan ujian senaman.
  • Jika ada tanda-tanda awal , jumpa doktor untuk pemeriksaan.
  • Jika perlu makan ubat-ambil dengan yakin

No comments:

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...