Thursday, February 27, 2014

Apa ada di Pasar Serikin Sarawak

Salam All,

Serba sedikit tentang Pasar Serikin
  • Hanya dibuka sabtu ahad sahaja.Kami guna waze aje untuk cari lokasi Pasar serikin.
  • Kena tawar menawar harga.
  • Jauh -dalam 1 jam 40 minit perjalanan dari bandar kuching.Bangun awal untuk ke sini supaya samapi sana tak panas.Bawak topi atau payung siap siap so tak yah le beli topi kat sana nanti.
  • Sepanjang perjalanan ke Pasar serikin adalah agak kehutanan dan kawasan pedalaman.
  • Banyak sesangat barang barang dijual di tepi tepi jalan dalam sepanjang 2 KM (jalan kaki) .
  • Toilet terletak di sesetengah dalam kedai yang ala ala restoran.
  • Ada restoran melayu di situ tapi ciku tak makan kat situ.Beli air kotak aje.
  • Kawasan adalah sempadan kalimantan, indonesia dan dikatakan para penjual juga dari sana dan diberikan masa tertentu untuk menjual.Ciku tak pasti sangat.
  • Ciku beli bubu hiasan ,jauh murah dari waterfront kuching ,kapal besi mainan,jubah kain jeans -rm40...lenlain grup yang pegi banyak gak membeli..hihi.Ciku macam nak beli telekung rm 25 tu bukan cotton..plan macam nak beli bebanyak boleh buat bisnes telekung lak..hihi..tapi cancel..haha


Pasar serikin..ada toilet area sini 20 sen dan restaurant makanan muslim pun ada cuma kami tak mkn kat sini aje.


kasut tu harga lebih kurang rm13.00 dan telekung ciku tanya ada harga dari serendah rm25 -rm85 ..ini yang ciku tanya le..kain ela tu ada yang beratus..tak pasti.

http://tanggadomino.blogspot.com/2014/02/percutian-ke-kuching-sarawak.html

No comments:

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...