Salam ,
Terbang ke bandar seri begawan pada hari Malaysia..ramai yang kata tiada apa di sana..1 hari udah cukup untuk jalanan.(aik cam bahasa indon lak) .Flight pepagi.sampai je terus hantar bagasi dan solat subuh di LCCT tu then terkocoh kocoh naik kapal ngan keluarga ciku.bebudak ni pun bangun awal pukul 4.30 pagi dah gerak..hihi..sakan.
Penerbangan dalam 2 jam lebih sikit je..dalam kapal ciku sempat berkenalan dgn seorang lecturer math Uitm permatang pauh datang dari keda..dia solat subuh dalam kapal terbang tu sebelah ciku.Dia dengan satu famili besar dia ke brunei tapi satu hari sahaja..esok udah balik.ada urusan di Malaysia katanya.apa apa aje la.oh ye..lupa lak..nnt dalam flight..pramugari tu bagi kertas isi visa dalam kapal..visa masuk brunei katanya..ontah ada la dia terangkan nnt.
So sambung citer ,perjalanan kami pergi selama 4 hari 3 malam. Ciku dah siap booking online makanan dalam flight..almaklum anak anak musti lapo..bahkan mak yah nya juga lapo..hihi..apa bahasa ntah ciku kali ni..adoila.
Plan pusing pusing dan tido di Miri dulu pastu baru masuk brunei semula.
Sampai je ke airport bandar seri begawan..memang sebelum ni ciku ada baca kat forum dan blog kata..brunei kecik je takde apa apa tapi takpela tak tengok tak tau..ye tak..hihi..Kami terus ke tempat sewa kereta AVIS kena jalan agak jauh jugala lepas amik bagasi sume tu . Kami dah book online gak sewa kereta ni..harga lebih kurang langkawi tapi dalam duit ringgit brunei.cuma deposit mahal..Bnd500 .tapi takpe nnt leh amik semula.
Opis tourism brunei lak tutup lagi pagi tu..ingat nak amik map ..ciku nampak ada bas area airport tu..taxi pun ada..kalau kalau ada sesapa nak naik bus or taxi . Pasal map tu kami mintak je kat tempat sewa kereta so takde masalah...jalanrayapun ok je..tak sesak takde bunyi hon honpun..hihi.
Kami tanya untuk confirmation kat tempat sewa kereta tu cara untuk masuk ke Miri..so dia isikan borang maklumat kereta sewa tu siap siap untuk kami so mudah untuk dibawa masuk semula ke Miri, Malaysia.
Kami terus pusing pusing sekejap je di bandar brunei , makan kat kedai kedai area tamu kiangeh tu bukan dalam tamu kiangeh( pasar ) tu ye...lepas tu hubby dan anak sulong ciku sempat solat jumaat di masjid Masjid Omar Ali Saifuddien . Kami parking kat tepi tepi jalanraya depan masjid tu aje. Ciku duk dalam kereta ngan 2 lagi anak ciku..tengok tengok orang orang brunei pergi masjid lengkap berpakaian baju melayu bersampin ala ala raya gitu di Malaysia.Masa sana awal hampir 1 jam lebih dari malaysia. Pukul 12.05 dah zohor.
Habis solat jumaat kami teruskan perjalanan ke miri tengok signboard ke kuala belait dan seria , sg tujuh kalau tak silap..tak susah..insyaAllah sume ok. masa kat pusat kawalan imigresen nak masuk miri tu dia cek pasport dan borang pasal kereta sewa tu.settle ..dah masuk miri..memang nampak beza miri ngan brunei. Masa di brunei tu walaupun sekejap melalui kedai kedai situ banyak tulisan jawi dan rasa aman tenang je aura masuk brunei.Masuk je miri sama je rasa aura kat malaysia..dah nama pun malaysia..hihi..sama ajela aura nya..hihi.
Dah sampai MIRI
Okeh kami terus cek in hotel mega dah siap booking agoda gak. amik yang promotion room tu 2 katil. leaps tu p mandi kolam bawak anak anak yang dah memang tak sabo nak mandi kolam ni..asik umi jom jomjomla aje. Untuk makluman , Hotel ni berhadapan dengan masjid tertua miri color kelabu plus hijau sikit gitu..tak ingat nama tapi berusia hampir 57 tahun.
Dah sampai MIRI
Okeh kami terus cek in hotel mega dah siap booking agoda gak. amik yang promotion room tu 2 katil. leaps tu p mandi kolam bawak anak anak yang dah memang tak sabo nak mandi kolam ni..asik umi jom jomjomla aje. Untuk makluman , Hotel ni berhadapan dengan masjid tertua miri color kelabu plus hijau sikit gitu..tak ingat nama tapi berusia hampir 57 tahun.
Kami tidak melepaskan peluang solat maghrib di masjid ini. so malamnya kami pusing pusing bandar miri..nak tengok miri city waktu malam . Makanan banyak je jual ada food court.
Balik hotel pengsan tido semua.
Balik hotel pengsan tido semua.
Esoknya pusing miri ke handicraft miri ..beli frigde magnet as well le..pastu ke muzium petroleum miri dan the grand old lady. First muzium petroleum di miri sarawak sesuai dengan perindustrian minyak di miri dan dibina oleh 2 major company minyak dimalaysia petronas dan sarawak shell berhad. Disebabkan nampak ada pameran dinasour cam kat pusat sains negara tu so bebudak ni bising nak pegi gak padahal kat Kl dah pernah pegi dah ..dulu kat kuantan ada buat dinotrek pun dah pegi..bebudak gitula..ikut ajela. Tapi sampai je sana..muzium tu tutup sebab tengah selenggara..huhu.
Kami singgah jenguk sebentar kampung kampung atas bukit tu kampung haji waheed kot namanya..huhu..
So kami terus ke tempat yang dikatakan ada giant kuda laut tu di miri , marina bay..hihi..cantik betul pantai , ombak kuat membelah batu batu tu..ada banyak pokok bunga kertas area situ dan bangunan kayu cuma macam tak di jaga je dah.tapi memang tenang duk situ..gurau senda ngan anak anak dan keluarga.Masa kami g situ ada pengantin amik gambo gak..view memang cantik. Marina bay , miri cantik ciptaan Allah SWT..selesai semua sudah di miri..kami terus bergerak ke brunei semula. To be continue ke brunei lak nnt.
So kami terus ke tempat yang dikatakan ada giant kuda laut tu di miri , marina bay..hihi..cantik betul pantai , ombak kuat membelah batu batu tu..ada banyak pokok bunga kertas area situ dan bangunan kayu cuma macam tak di jaga je dah.tapi memang tenang duk situ..gurau senda ngan anak anak dan keluarga.Masa kami g situ ada pengantin amik gambo gak..view memang cantik. Marina bay , miri cantik ciptaan Allah SWT..selesai semua sudah di miri..kami terus bergerak ke brunei semula. To be continue ke brunei lak nnt.
Mega Hotel
Miri Lot 907,
Miri Lot 907,
Jalan Merbau,
98000 Miri,
Sarawak
Tel:(6) 085-432432 Fax:(6) 085-433433
Email: info@megahotel.com.my
Website: http://megahotel.com.my
Biasanya ciku dan famili lebih suka kepada travel sightseeing tengok keindahan dam structure building.kalau boleh kami ingin menunjukkan kepada anak anak tentang keindahan ciptaan allah semulajadi sambil beriadah bersama sama. Rasanya majoriti tempat berkisarkan keindahan alam.plan nk bwk g nz tp mahal gilos lak.Ayat ayat poyo je..haha.Okeh bye.
No comments:
Post a Comment