Bebudak dan Mee Rebus Udang Ciku

Salam,


Nak stori pasal mee rebus ciku buat semalam ni..masa open house raya bebaru ni ciku masak mee rebus udang..biasanya mee rebus daging tp tukar jadi udang lak..hihi sebab udang cepat sikit masak dan membangkitkan selera anak anak ..ye ker..hihi..ontahla.

So semalam ciku suruh anak ciku sekolah rendah tu panggil rakan rakan sekolah dan anak anak jiran makan ramairamai. Berselera bebudak tu makan tak pasti la sedap atau memang lapo..hihi..so nak kongsi mee udang ciku sikit untuk 2 bungkus mee. Masa open house hari tu 8 bungkus mee..gilos banyak..haha.nasib baik opah bagi periuk besar kenduri dia.hihi.Alhamdulillah.

Kaedah masak ciku (simple dan tak pedas):-

2 bungkus mee kuning di celur .
Udang saiz besar
Udang saiz kecil.
2 peket Prawn ball
Keledek 1 biji rebus lenyek halus
Bawang merah hiris separuh dan blender

1) Panaskan minyak dalam periuk .Tumis bawang merah,putih dan halia hingga wangi .tumis sehingga pecah    minyak dan color perang.
2) Rebus dan blender udang kecil . masukkan dalam periuk tu gak.
3) Masukkan ubi keledek yang dah halus tu .
4) Masukkan udang besar gak.(ciku buangkan kulit sebab senang bebudak nak makan.huhu.(kulit tu rebus dan tapis masuk dalam kuah)paham ke..adoila ayatmu ciku.
5) 2 peket prawn tu sebab bebudak ni memang suka makan ball tu.hihi
6) Sos tomato dan sos cili
7) Pecah siap telur 4 biji dalam kuah tu
7) Main garam gula

Hidang dengan sawi rebus dan bawang grg serta limau kasturi dan cili besar hijaudan telur rebus.(taugeh tak letak lak sebab tak suka)..hihi.daripada membazir baik takyah letak..boleh gitu..hiihi.
Menu air ais..oren sunquick aje.

Settle boleh makan sampai malam sambil kunyah cheezey wadges KFC..hihi.

2 comments:

may said...

waaa....terliur may tgk mee rebus kak su...nk jugak...

CIKU said...

haha..kalau nak dtg..mehla ke rumahku ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.