Wednesday, September 26, 2012

Mewahnya Bandar Seri Begawan

Salam,

Coklat free dalam hotel 
Baru sempat nak update blog trip Brunei.Ciku teruja nak pergi brunei untuk melihat kedamaian dan suasana di brunei melalui pembacaan dan pencarian info ciku sebelum sebelum ni..hihi..kalau tak pergi ..tak tau. Katanya ada aura bila masuk brunei.
Unforgettable
Kami sampai airport bandar seri begawan dalam pukul 10 pagi kot lepas tu terus sewa kereta kat area airport tu dan drive masuk miri..one day di miri ..bleh tgk sini ye..Travel Miri.

Hari ke 2 , terjah Brunei , keluar awal Miri lepas sarapan terus masuk brunei dalam pukul 11 pagi sampai. Tempat pertama check in hotel dulu sebab anak anak dah penat..pusing lalat ..kalau kami berdua je..terus terusan bergerak sampai malam kot.hihi. So lepas daftar kat hotel Empire brunei tu..boleh tengok link sini ye.. The Empire Hotel , kami terjumpa dengan penceramah dari india dekat lobby iaitu Sheikh Zakir Naik anak buah ke anak murid kepada Sheikh Ahmed Hoosen Deedat Al-Hafiz - pakar debat umum tentang masalah keagamaan islam dan agama-agama lain ). Memang terasa beruntung tapi duk kalut kalut tu tak sempat amik pic bersama. Sheikh Dr Zakir Naik akan beri lecture di Universiti Brunei Darussalam pada 18/9/2012 (ciku dah balikpun ke Malaysia) . Tapi kat Malaysia end of Sept ni , kalau tak silap ada talk dia round tour hingga hujung oktober.


Lobby Empire
So continue brunei ye..masuk bilik terus makan makanan brunei sedap dari nasi katok(beli kat kedai luar hotel, harga Bdn1 dalam RM2.50 ) sehinggala ke menu lain..sume sedap. Sampai sekarangpun ciku duk ingat makanan tu Nasi katok lauk ayam ngan nasi pusu kecil atau besar , hubby lak busy snap gambo gambo dalam dan view hotel yang berdekatan hotel ini keluasannya 180 hectar  besar gilos. Bila masuk lobby tu penuh dengan golden colour.Hotel ni kami amik masa Matta Fair last year.
Seharian kami peruntukkan masa di kawasan area hotel empire tu..macam macam ada di empire rugi kalau tak cuba semua bila dah sampai sini termasuk berkayak 2 orang ..hihi. Chef empire tu salah seorangnya orang perak ,Malaysia..hihi

Nasi katok lauk ayam ngan sambal kuning.
ni restoran yang kami terjah makan di brunei kalau nak makan kat hotel tu aje mau tak jalan langsung nnt.hihi.
Anak anak dan abahnya tido kekenyangan..ciku as well suka benar tengok muvi kalau kat hotel citer muvi cars 2 je pun..haha..kalau kat rumah tak sempat nak tengok TV..asik tengok siaran KBS je korea.

Bangun je depa lapo..nasib baik ada bawak bekalan biskut biskut pelbagai ni dari Malaysia.. Pihak hotel ada beri gift coklat sekotak besar siap bereben tapi pure coklat hitam tu yang pahit tu..ciku tak suka...coklat biasa pun ciku tak suka gak..haha.So hubby ngan duan je makan.(gambar atas sekali tu).


Hari ke ketiga..kami terus keluar jalan jalan hotel lepas tu survey jalan ke jerudong park.jerudong park tu berdekatan je dengan empire hotel tapi bila masuk dalam tu..ada banyak majlis kawin kat macam macam dewan..kami duk tengok orang dalam kereta mewah mewah tu majoriti bertudung litup bermanik manik bagai..so kami teruskan nampak ada banyak kandang kuda..ciku snap gambo tapi sume tak jadi..hihi..ciku tak reti amik gambo rupanya ..haha.Last baru perasan tersilap jalan..last tanya orang situ.kami memang dah masuk jerudong park tapi dah jauh sangat sampai ke dalam rumah staff ..so rupanya jerudong park kat area depan depan tu je.haha.Yang kami pergi tu ruamh staff jerudong park.adoila.
PIntu masuk masjid Omar Ali Saifuddien
Kain kain di brunei

Nasib baik survey jalan awal so Jerudong park buka malam. Kami teruskan perjalanan ke masjid Omar Ali Saifuddien terletak di tengah tengah bandar Seri Begawan bersebelahan dengan Royal Regalia Museum (tak masuk).Ada banyak banner ,kain rentang semua ada majlis perkahwinan diraja akan dilakukan dalam beberapa hari lagi di brunei.Banyak gakla amik gambo kapal unik tepi masjid tu pastu bila ciku masuk dalam tu..menarik dalamnya tapi tempat solat wanita mcm kecik je.Rekabentuk dalaman cantik . Dekat area situ gak ada Taman Omar Ali Saifuddien ada jam besar color hijau tengah tengah tu..cantik..namanya Jam peringatan diperbuat dari simen adalah satu tugu di brunei. ada 4 penjuru .

Pusat Arts & Handicrafs  dan jam peringatan brunei


Ni la dia Bubungan 12 belas
Lagi satu ciku ada baca tentang bumbungan 12 belas iaitu lokasi area kampung ayer , Rekabentuk bangunan moden tertua di brunei ..sekarang dah jadi museum gak.teringin nak pegi sini gak..so masa kami melalui kampung ayer tu jumpa le Pusat Arts & Handicrafs lepas tu bubungan 12 belas ni..takut lak nak masuk..haha.so kami teruskan perjalanan ke Kampung Ayer..tengok kehidupan di sana. Ciku memang dah lama teringin tengok rumah panjang kayu atas air bukan mcm kat Lexis PD tu ye..hihi.Ada sekolah gak atas air..dekat je dengan darat.kalau jerit boleh dengar kot..ye ke..banyak gak nak tanya kat orang situ tapi tak tertanya lak.Kenapa ntah..terkunci mulut time tu.
Kampung ayer
Habis kat situ kami teruskan perjalanan ke masjid jame' hasanal bolkiah..sangat cantik strukturnya dan luas.kami cam biasa bergambar bbyk la dan amik kesempatan untuk solat .
Banyak kedai tulisan jawi 

Ada yang pelik kat papan tanda ni

Masjid jame' hasanah bolkiah
Last malam tu kami terus ke jerudong park sekali lagi..main apa apa game yang ada situ..memang tak se gah sunway , mungkin tak sehebat  abu dhabi ferrari world ataupun USS tapi best sebab time azan sume tempat game ni stop selama 30 minit ..dan solat berjamaah di sediakan ..boleh dengar kat speaker speaker sana sini..kami main bumper car for kids pastu for adult gak..pastu game yang bawak kereta kecil dalam kolam dan lain lain lagi la.tk ingat dah ..almost 32 game sume..amik pakej famili.Bila dah abis tu ..ciku dan famili penat gilos nak balik dah..alih alih ada orang korea bagi kat kami tiket lagi untuk 3 game sb depa nak balik dah tp game card depa tu belum abis..hihi..tq tq..so kami terus pg sambung main bumper car for kids semula.hihi.sakan.Lagu yang dialunkan masa kami main tu lagu maher zain..hihi..tak penah gue rasa perasan ginih kat Malaysia.hihi.






ni ciku main gak ..ciku bawak slow je..adoila.


ada banyak gerai kat depan jerudong park tu..kami pilih gerai ni.
Balik dah tengah malam..terus ke empire hotel dan tido sampai pagi..

Hari keempat ..esok lepas bekfas gerak balik malaysia.Jalan sesak lak nak ke airport pagi tu target sampai ke airport dah lari ,pastu masa nak hantar kereta sewa tu..orang kaunter tu takde hampir 30minit tunggu  kot sb deposit bnd 500 nak amik balik.adoila..at last kami cek in bagasi dulu pastu ciku bawak masuk anak anak ciku melalui imigresen tu dan tunggu kat dalam berempat menunggu hubby lak.Takut gak time tu sebab kalau husband terlepas kapal terbang ke Malaysia ..ciku le sensorang dah la duit mesia takde dalam purse..hihi..plan tukar kat KLCC nnt je duit brunei yangada ni untuk balik rumah.gitu sekali pk..haha.padahal ATM berlambak kat mesia .Tetiba dengar pengumuman flight delay 3 jam..jangan main main..3 jam delay tu hihi  so kami duk rehat dgn penumpang ke Malaysia yang lain.Tak lama lepas tu hubby masuk bawak fridge magnet untuk rakan rakan dan sedara mara.Alhamdulillah..Air Asia bagi makan ayam goreng jolibee macam KFC le kat Malaysia.oke le rezeki..sedap.

Alhamdulillah dapat sampai gak brunei.

No comments:

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...