Lanun One Piece di Huis Ten Bosch Japan

Salam,

Sebenarnya dah lama nak stori tapi selalu tak siap je masa nak buat entry yang majoriti memang ciku tak penah abis tulis untuk semua negara yang pernah di ziarah . Bagi ciku semua tempat di luar negara yang ciku pernah ziarah secara back pack bersama suami dan ada juga yang bersama 2 orang rakan lain adalah pengalaman yang "best"  .Kalau g sorang ciku pun tak reti..huhu. Sesatpun pernah..hihi.Orang kurang siuman usik ciku di korea dan sekumpulan wanita iran datang tanya ciku ni made from what (pelik soklan tu..hihi..ciku jawab Malaysia..betul ke ntah..hihi )pun pernah..huhu...dan ada macam macam jenis kat jepun area harajuku tu ..nasib baik tak jumpa Yakuza je..hihi .kalau jumpa yakuza mcm dalam drama my boss my hero tu okla..haha.

Ok nak stori pasal lanun One Piece tu .Ciku bukan peminat mangga cartoon jepun tu ..hihi.Ciku pegi Huis Ten Bosch(HTB) sebab ada pesta Tulips dan HTB adalah tempat unik satu satu bandar belanda di Jepun walaupun harganya agak mahal jadi kami memang studi dari awal cara nak ke sana.
Dalam HTB ni ada hotel gak tapi mahai so kami memang dah siap booking hotel Toyoko Inn sasebo dalam 25 minit ke HTB. Dari Shin Osaka -terus ke Hakata , jalan jalan tengok sakura kat area Hakata dulu.

Apapun yang paling utama kena print out jadual train tu atau minta je kat dalam station Hakata tu.Ciku dah pernah buat entry pasal HTB ni di entry japan dulu.

Boleh click sini ye Tulips di Jepun.

Meh nak kongsi gambo One Piece ..hihi.



Naik shinkansen JR shin osaka ke Hakata station,Lepas tu amik JR limited Express to Sasebo Station.Kami bermalam di Hotel Toyoko Inn Sasebo - 1minit ke sasebo station.

Kapal One Piece


Masa nak keluar dari HTB ni cam sesat gak..hihi..besar bonar.Tengok Map kalut. Ada kedai Red Lobster dalam ni.Kami seharian dalam HTB dari pagi sampai petang lebih kurang pukul 4 kot pastu terus ke Imari tengok Porcelain Noritake dan sesat..hihi tapi sempat sampai Hakata station untuk pulang ke Shin Osaka semula.hoho.


Dari arita station –hakata station (JR midori limited express)- (6.12 -7.35)
Hakata station – shin Osaka by JR sakura shinkansen tengok jadual shinkansen.Sampai hotel makan nasi goreng brahim lagi .Tido tersangat penat..huhu.

6 comments:

Jari Manis said...

baca entri ni teringat kenangan ke sana ;-) bila nk pegi lagi nih

CIKU said...

Kena pegi lagi nnt ni..hihi..cikupun kobe hari tu hujan tersangat lebat takdapat nak jalan byk area kobe tu..huhu

Azra said...

excited bile tengok kapal one piece sunny go ni... tapi i was even more excited bile tau kat situ ade red lobster restaurant ... zaman study dulu2 me suka pegi makan kat kedai red lobster

CIKU said...

Yerp..kami mkn situ je masa di HTB..hihi..

tiga lalat said...

Salam. Hee nampak seronok pergi ke Jepun.

CIKU said...

Wsalam..aah mmg best g jepun dan puashati dapat g sendiri mengikut plan kita sendiri..alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.