Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

JENAZAH

Antara persiapan sebelum menunaikan UMRAH ialah mendalami ilmu atau tatacara solat jenazah. Ini kerana anda akan mendapati hampir setiap kali waktu solat akan ada jenazah.

Ambillah peluang solat jenazah kerana fadhilatnya
hadis sahih riwayat al-Bukhari yang bermaksud : Sesiapa yang menghadiri jenazah seseorang muslim dalam keadaan iman & ihtisab, hingga disolatkan ke atasnya,hingga selesai dikebumikan maka baginya pahala 2 qirat, setiap satu qirat sebesar bukit Uhud, sesiapa yang menghadirinya hingga disolatkan kemudian dia pulang sebelum dikebumikan baginya satu qirat pahala. ( Rwyt al-Bukhari )

so cubalah belek buku-buku kita kerana kadang2 kita jarang bersolat jenazah..

Peluang ni terutama jemaah perempuan kena rebut sebab kat Malaysia memang jarang perempuan bersolat jenazah (rasanya tak ada) dibuat. Kat Madinah/Makkah kita mempunyai peluang jadi jangan sia siakan walau pun cuma sunat sahaja.



Buat bakal2 tetamu Allah... pergilah dengan bekalan ilmu yang cukup.
Sesungguhnya kalau pergi dengan bekalan ilmu yang sedikit, maka anda akan merasa suatu kerugian tatkala berada di sana nanti.


Sekadar berkongsi kenangan

No comments: