Mesir terkini 7 Feb 2011

 PETIKAN DARI UTUSAN ONLINE

PKPIM minta penuntut Malaysia di Mesir balik

07/02/2011 3:22pm

KUALA LUMPUR, 7 Feb. - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta penuntut-penuntut Malaysia di Mesir supaya pulang ke tanahair meskipun suasana pergolakan di negara berkenaan ketika ini dikatakan semakin reda.
Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, PKPIM sudah menghantar satu pesanan menerusi e-mel kepada cawangannya di Mesir, menasihatkan para pelajar Malaysia supaya pulang ke tanahair demi keselamatan mereka.
Katanya, beliau difahamkan ada sesetengah pelajar berkeras untuk terus tinggal di negara bergolak itu kerana mereka akan menduduki peperiksaan pada hujung bulan ini, namun menurutnya mereka tidak seharusnya berbuat demikian kerana peperiksaan akhir seharusnya boleh ditangguhkan atas faktor keselamatan. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.